1995 SPI 3 - Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok

Document Sample
1995 SPI 3 - Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Powered By Docstoc
					                   PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
                   KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
                   PARAS 7, BLOK J,(SELATAN)                Tel : 03-2556900
                   PUSAT BANDAR DAMANSA                     Fax : 03-2562389
                   50604 KUALA LUMPUR                     Kawat:”PELAJAR”

______________________________________________________________________________
                                                 Ruj Tuan
                                                 Ruj.kami : KP(1BS)8591/Jld.V111/(85)
                                                 Tarikh : 21 Julai 1995


Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Yang Berbahagia. Datuk / Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS B1L. 3/1995:
Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan

1 . Pendahuluan

Kementerian Pendidikan begitu prihatin mengenai pelbagai risiko kemalangan yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah ketika dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
Begitu juga sewaktu mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan
sekolah.

      1,2      Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah
               Kerajaan dan Bantuan Kerajaan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada
               21 Jun 1995.

     1.3       Skim ini akan berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 1995/1996. Kadar
               bayaran bagi seorang pelajar ialah RM1.50 setahun dan akan dimasukkan
               bersama dalam bayaran yuran persekolahan tahunan.

2.   Jangka Masa Perlindungan

     2.1       Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan
               berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun
               berikutnya sehingga tamat persekolahan.

      2.2      Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi
               seluruh dunia

3.   Penyertaan,

      3.1      Peserta skim ini adalah semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang
               berdaftar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

      3,2      Perlindungan ke atas pelajar-pelajar ini tamat serta merta apabila pelajar
               tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi pelajar berdaftar di
               sekolah-sekolah yang dinyatakan di atas.

4.   Bayaran
     4.1    Kadar sumbangan/bayaran takaful ialah RM1.50 seorang setahun. Pelajar
     dikehendaki membayar sumbangan takaful melalui sekolah. Sekolah hendaklah
     menyerahkan pembayaran tersebut terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk
     disampaikan kepada lbu Pejabat Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. (STMSB). Bagi
     melicinkan sistem pemantauan, salinan surat penghantaran tersebut hendaklah
     dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah.

     4.2   Pihak sekolah hendalklah mengutip pembayaran ini seperti mana kutipan yuran
     lain mengikut proses dan prosedur yang sedia ada di sekolah,

     4.3   Pengetua/Guru Besar hendaklah memasukkan bayaran takaful ini ke dalam
     borang permohonan kutipan yuran untuk diluluskan oleh pihak Jabatab Pendidikan
     Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang mana berkenaan seperti dilakukan setiap
     tahun. Adalah lebih baik Jika kelulusan ini diperolehi sebelum sesi persekolahan akan
     datang bermula. Proses ini adalah untuk mempercepatkan pernbayaran skim
     pelindungan ini.

     4.4   Semua pembayaran mestilah selesai di peringkat sekolah pada akhir Januari.
     Pihak sekolah mestilah menyerahkan kutipan tersebut kepada pihak Jabatan pada
     akhir Februari. Sementara pihak Jabatan dikehendaki menghantar kutipan tersebut
     kepada lbu Pejabat STMSB selewat-lewatnya akhir Mac.

     45   Pihak sekolah bolehlah mendapatkan kerjasarna dari berbagai pihak seperti
     PIBG bagi membantu pelajar yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran dalam
     tempuh yang ditentukan.

5    Tuntutan Pampasan

           5.1     Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boIeh
                   mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui
                   sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah
                   dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran A)
                   dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan sebagaimana yang
                   ditentukan oleh STMSP

           5.2     STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan pelajar-pelajar berkenaan
                   atau waris mereka melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan.

           5.3     Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu
                   sekoIah pula berlanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan
                   kepada pelajar atau ahli warisnya.

           5.4     Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan
                   diselesaikan beserta dengan tuntutan yang masih dipertimbangkan akan
                   dikemukakan kepada Kernenterian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.

6.   Hal-hal Lain

     6.1         Maklumat terperinci boleh didapati dari Garis Panduan Skim Takaful ini yang
                 dikeluarkan oleh pihak STMSB (Seperti Lampiran B).

     6.2     Pihak sekolah juga boleh marujuk kepada Cawangan-cawangan Takaful yang
             terdekat atau menghubungi terus Ibu Pejabat STMSB jika memerlukan
             penjelasan atau sebarang kemuskilan.
7.   Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama dengan lampirannya kepada semua
     sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg. Dato'/Tuan.

Sekian, terima kasih.


 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”




(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


s. k. 1 . YB. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak
          Menteri Pendidikan Malaysia.

      2. YB. Datuk Khalid b. Yunus
         Timbalan Menteri Pendidikan.

      3. YB. Datuk Dr. Fong Chan Onn
         Timbalan Menteri Pendidikan

      4.   Ketua Setiausaha
           Kementerian Pendidikan Malaysia.

      5. Timbalan Ketua Setiausaha I
         Kementerian Pendidikan Malaysia.

      6. Timbalan Ketua, Pengarah Pendidikan I
         Kementerian Pendidikan Malaysia.

      7. Timbalan Ketua Setiausaha II
         Kementerian Pendidikan Malaysia

      8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
         Kementerian Pendidikan Malaysia

      9. Semua Ketua Bahagian
         Kementerian Pendiclikan Malaysia

      10. Ketua Perhubungan Awam
         Kementerian Pendidikan Malaysia
                                                                  LAMPIRAN 'A'

Nama dan Alamat Sekolah



Tarikh

Pengurus Besar
Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad
Tingkat 2, Blok Annex
Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut
Peti Surat 11483
50746 Kuala Lumpur

Tuan,

TUNTUTAN SKIM TPSM

Pelajar                  :
Tahun./Tingkatan         :
Kemalangan/Kematian pada :


Adalah saya dengan hormatnya memohon pembayaran manfaat tuntutan pelajar tersebut di
atas dibuat atas nama ___________________________________ dan saya dengan ini
mengesahkan penama tersebut adalah orang yang berhak kepada bayaran manfaat
tersebut.

Sekian. Terima kasih.


Yang Benar,




. ................................. .
Nama Pengetua./Guru Basar
Cop Pengetua/Guru Besar




                                                                   LAMPIRAN 'B'
                          SKIM TAKAFUL PELAJAR
                        SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

                              PANDUAN DAN MAKLUMAT
                                       UNTUK
                           GURU BESAR / PENGETUA SEKOLAH



                      SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK
                      BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH KERAJAAN DAN
                               BANTUAN KERAJAAN (TPSM)

I.     TUJUAN SKIM

        Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajar-
        pelajar yang sentiasa terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan
        amat perlu diberi manfaat perlindungan insurans/takaful bagi membantu mereka atau
        keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Kementerian
        Pendidikan Malaysia dalam melancarkan "Kempen Sekolah Penyayang" merasa
        suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta
        rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

II.    PERLAKSANAAN SKIM

        Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan
        penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan
        Kerajaan.

III.    SKOP PERLINDUNGAN

        3.1   TPSM yang dicadangkan ini menyediakan manfaat perlindungan kepada
               pelajar atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat
               pelajar berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana termasuk,

               i)        mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan ular;

               ii)       menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang atau
                         pembonceng,

               iii)      rusuhan dan kekacauan awam.

        3.2    Amaun manfaat yang akan dibayar oleh TPSM adalah seperti berikut:-

               SKOP                                        AMAUN(RM)

        A)     KEMATIAN akibat kemalangan                          7,500

        B)     HILANG UPAYA KEKAL DAN                             25,000
               MENYELURUH
               Akibat kemalangan
       C)     KEHILANGAN ATAU HILANG                                 25,000
              UPAYA KEKAL seperti berikut:

              a)      Satu atau kedua-dua tangan
                      Di atas paras dari pergelangan, atau

              b)      Satu atau kedua-dua kaki di atas
                      Paras dari buku lali, atau

              c)      Kehilangan langsung penglihatan
                      Sebelah atau kedua-dua mata;

                      Akibat dari kemalangan.

             D)       KHAIRAT KEMATIAN mati akibat                     1,000
                      Kemalangan atau sakit biasa.

             E)       ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari -              25.00 sehari
                      Semasa tempoh dimasukkan ke hospital
                      Kerajaan Malaysia disebabkan oleh
                      kemalangan sehingga maksima 60 hari
                      berturut-turut mulai dari tarikh kemalangan.

       3.3   Had perlindlungan bagi mana-mana satu pengangkutan, walau
             bagaimanapun, adalah tertakluk kepada amaun manfaat perlindungan,
             RM3juta. Tuntutan melebihi syarat ini akan dibahagikan mengikut kiraan
             pro-rata.

       3.4   TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi
             seluruh dunia.

I V.   TEMPOH PERLINDUNGAN

       Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa
       selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya.

       Perlindungan ke atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara serta
       merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi pelajar
       berdaftar di sekolah-sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.

V.     KEKECUALIAN

       5.1    Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luas, ia adalah tertakluk
              kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut:-

              (i)     Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung
                      terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya',

              (ii)     Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;

              (iii)   Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;

              (iv)    Bunuh diri atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang
                      disengajakan;
                     (v)       Penyakit atau wabak;

                    (vi)      Pengaruh alkohol atau dadah;

                    (vii)     Mengandung atau keguguran;

                    (viii)    Peperangan dan risiko yang seumpamanya;

                    (ix)      Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;

                    (x)       Risiko nuklear dan yang seumpamanya.

           Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada manfaat (D) kecuali (iv),
           (vi), (viii), (ix) dan (x).

VI.           TUNTUTAN

           6.1      Bagi memudahkan urusan tuntuttan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh
                    mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui
                    sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan
                    hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti
                    Lampiran) dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan sebagaimana
                    yang ditentukan oleh STMSB.

           6.2      STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus dengan pelajar-
                    pelajar berkenaan atau waris mereka melalui sekolah di mana pelajar
                    berkenaan didaftarkan. Apabila sesualu tawaran dibuat, penerimaan
                    tawaran hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit
                    sahaja. Penerimaan tawaran ini adalah pelepasan sepenuhnya
                    tanggungan STMSB.

           6.3      Mana-mana. pelajar atau ahli warisnya tidak berhak berurusan secara
                    langsung mengenai TPSM, dan hanya Guru Besar/Pengetua sekolah
                    sebagai wakil Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak berurusan
                    dengan STMSB,

           6.4      Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu
                    sekolah pula. bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan
                    kepada pelajar atau ahli warisnya.

           6.5      Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan
                    diselesaikan beserta yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan
                    kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.

           6.6      TPSM menyediakan pellindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi
                    seluruh dunia.




                                          BORANG TUNTUTAN
                                SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA

                                                     PERINGATAN
      1.   BORANG INI PERLU DIISI OLEH GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA SAHAJA.
      2.   GURU BESAR/PENGETUA GURU BESAR/PENGETUA DIWAJIBKAN MEMBERI MAKLUMAT DENGAN BETUL DAN SEMPURNA.
      3.   SYARIKAT BERHAK TIDAK MELAYANI TUNTUTAN INI JIKA BORANG INI TIDAK DIISI DENGAN LENGKAP DAN SEMPURNA.
      4.   PENERIMAAN BORANG INI BUKANLAH BERERTI DENGAN SENDIRINYA TANGGUNGAN DIAKUI OLEH SYARIKAT.
I. BUTIR-BUTIR PELAJAR
    Nama                                                                         No K/P
    Alamat Kediaman                                                              Tarikh Lahir
                                                                                 No. Telefon
                                                                                 No. Pend. Pelajar
    Nama Sekolah                                                                 Tarikh Masuk
                                                                                 Sekolah ini
    Alamat

    No. Telefon
    Adakah Pelajar ini mengalami apa-ap kecacatan fizikal sebelum
    berlakunya kemalangan ini?

Pernahkah Pelajar ini membuat tuntutan bersabit dengan kemalangan diri dari
mana-mana Syarikat Takaful atau insurans sebeum ini ?

II. BUTIR-BUTIR KEMALANGAN/KEMATIAN (untuk kematian biasa sila penuhkanruang A sahaja)
A
Tarikh Kemalangan/Kematian               Tempat Kemalangan/Kematian                Waktu Kemalangan/Kematian


B
Balai Polis di mana laporan dibuat                                                 Tarikh Laporan



No. Laporan                              Waktu Laporan                             Laporan Dibuat oleh

                                                         Pagi / petang / malam
A
Sila ceritakan dengan sepenuhnya bagaimana kemalangan tersebut berlaku




PANDUAN MENGISI BORANG DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TPSM

1            Sebelum mengemukakan tuntutan, Guru Besar/Pengetua Sekolah hendaklah
             memastikan perkara-perkara berikut:

             a.     Bahawa pelajar yang menuntut adalah pelajar yang sah berdaftar di sekolah
                    berkenaan.
     b.    Bahawa tuntutan yang hendak dibuat adalah berhak memperolehi manfaat di
           bawah TPSM.

2.   Semua Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan betul oleh sekolah berkenaan
     dengan ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit.

3.   Semua ruang di Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan panduan berikut:

      RUANG I        Ruang ini adalah untuk menyatakan maklumat pelajar yang
                     mMembuat tuntutan dan butir-butir sekolah. Perlu diisi bagi semua
                     jenis tuntutan.

      RUANG II       Ruang ini adalah untuk menyatakan kejadian kemalangan /
                     kematian pelajar. Bagi tuntutan kematian biasa untuk manfaat D
                     (Khairat Kematian), hanya ruang A perlu dipenuhkan. Tuntutan
                     lain-lain manfaaf, ruang A, B dan C perlu dipenuhkan.

      RUANG III      Sebelum ruang ini dipenuhkan, Guru Besar/Pengetua Sekolah
                     perlu terlebih dahulu mengenal pasti jenis tuntutan manfaat yang
                     hendak dikemukakan:

                     RUANG A       Bagi tuntutan manfaat A dan/atau D

                     RUANG B       Bagi tuntutan manfaat B atau C. Jika tuntutan
                                   adalah untuk manfaat C, sila tandakan jenis hilang
                                   upaya yang menimpa pelajar.

                                   Bagi tuntutan ini (manfaat B atau C), pengesahan
                                   doktor adalah clikehendaki untuk pengesahan hilang
                                   upaya. Sila dapatkan pengesahan berkenaan
                                   daripada doktor yang kena memenuhkan ruang
                                   berkaitan.

                     RUANG C       adalah untuk tuntutan manfaat E.

     "Ward-chit" atau surat penyerahan rawatan di hospital perlu dikemukakan bagi
     menyokong tuntutan beserta Laporan Polis.

4.   Semua tuntutan hendaklah disokong dengan dokumen berkaitan sepertimana yang
     dinyatakan dalam ruang III (A, B dan C).

5.   Pengesahan dan perakuan tuntutan hendaklah dibuat oleh Guru Besar/Pengetua
     Sekolah di ruang IV.

6.   Semua bayaran manfaat tuntutan akan dikeluarkan dengan cek oleh STMSB atas
     nama sekolah. Jika pihak sekolah menghendaki bayaran dibuat atas nama pelajar
     atau waris pelajar, pihak sekolah hendaklah memohon secara bertulis dengan
     menggunakan contoh surat seperti Lampiran dan dikemukakan bersama Borang
     Tuntutan.

7.   Borang Tuntutan boleh didapati dari mana-mana pejabat STMSB (seperti Lampiran)
     dan Borang Tuntutan yang telah dipenuhkan dan disertai dokumen sokongan yang
     diperlukan boleh dikemukakan kepada mana-mana pejabat STMSB atau dihantar
     terus kepada:
URUSETIA TUNTUTAN TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad
Tingkat 2, Blok Annex
Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut
Peti Surat 11483
50746 Kuala Lumpur

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:515
posted:5/7/2010
language:Malay
pages:10