1983 SPI 7 - Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma by suliasuhed

VIEWS: 346 PAGES: 7

									Bahagian Sekolah-Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian
Leboh Pasar Besar
Kuala Lumpur.
                                                       Tel: 922066
________________________________________________________________________
                                                      KP(BS)8591/Jld.11/(7)

                                                                 11hb. April, 1983.

Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7/1983
Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma
Melibatkan Murid-Murid Sekolah

Sekolah-sekolah biasanya menjalankan pungutan derma untuk menampung atau
membiayai sesuatu projek tertentu. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberi
beberapa prinsip dan garis panduan mengenai pungutan derma yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Garis panduan pungutan derma dengan melibatkan murid-murid sekolah adalah
disertakan bersama.

2.      Supaya kegiatan pungutan derma itu dapat dijalankan dengan teratur dan tidak
bercanggah pula dengan undang-undang dan lain-lain peraturan yang bersabit dengannya
serta tidak pula menjejaskan pelajaran dan pembelajaran murid-murid, perkara-perkara
berikut hendaklah diambil perhatian apabila menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut:-

        2.1   Prinsip-prinsip Am, seperti menentukan tujuan kutipan derma itu ; faedah dan
              kepentingan derma itu terhadap murid dan sekolah; mewujudkan perasaan
              relahati dan mengutamakan pembelajaran murid-murid ; mempastikan
              keselamatan dan kebajikan murid-murid; serta mematuhi undang-undang dan
              lain-lain peraturan mengenainya.

        2.2   Peraturan-peraturan Am yang patut diikuti/dipatuhi, seperti memperolehi
              kebenaran daripada pihak berkuasa; menubuh Jawatankuasa Kutipan Derma
              ; penglibatan murid-murid; tanggungjawab Guru Besar dan tanggungjawab
              Pengarah Pelajaran Negeri.

        2.3   Aktiviti-aktiviti kutipan derma yang bertujuan untuk memberi faedah
              kepada murid-murid atau sekolah dan aktiviti-aktiviti pungutan derma
              kebajikan yang dianjurkan oleh kerajaan seperti derma Hari Bendera/Hari
              Pahlawan, maka murid-murid sekolah bolehlah dilibatkan bersama, sekiranya
              diperlukan. Selain daripada tujuan-tujaun ini, Guru Besar hendaklah
              merujukkan terlebih dahulu kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

 3.   Adalah diharapkan tuan dapat memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada
semua Guru Besar sekolah-sekolah di negeri tuan.

Sekian, terima kasih.
 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,




(DATO'HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

 s.k.

     1.    Setiausaha Sulit kepada
           YB Menteri Pelajaran Malaysia.

     2.    Setiausaha Sulit kepada
           Y.B. Dato'Khahl bin Yaakob,
           Timbalan Menter Pelajaran.

     3.    Setiausaha Sulit kepada
           Y.B . Dr. Tan Tiong Hong
           Timbalan Menteri Pelajaran.

     4.    Ketua Setiausaha
           Kementerian Pelajaran.

5.         Ketua Pengarah Pelajaran
           Kementerian Pelajaran.

6.        Timbalan Ketua Setiausaha I
          Kementerian Pelajaran.

 7.       Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I
          Kementerian Pelajaran.

 8.       Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Il
          Kementerian Pelajaran.

 9.       Timbalan Ketua Setiausaha II
          Kementerian Pelajaran.

10.       Ketua-Ketua Bahagian
          Kementerian Pelajaran.

11.       Ketua Jemaah Nazir
          Kementerian Pelajaran.

12.       Pegawai Khas I kepada
          Y.B. Menteri Pelajaran.

13.       Pegawai Perhubungan Awam
          Kementerian Pelajaran.
 /sz.



                                  Garis Panduan Mengenai Pungutan
                               Derma --- Melibatkan Murid-Murid Sekolah

Pungutan derma yang dijalankan oleh sekolah-sekolah biasanya bertujuan bagi
mendapatkan wang bagi pembiayaan projek-projek dan/aktiviti-aktiviti pelajaran yang
dirancangkan, seperti percetakan majalah sekolah, kebajikan murid, membeli van/bas
sekolah, membina surau atau bilik sembahyang, membina bangunan tambahan, tabung
persatuan sekolah, kelengkapan dan alatan perpustakaan/pusat sumber sekolah, sukan
sekolah, Hari Ibu Bapa dan Penyampaian Hadiah, perasmian sekolah dan lain-lain lagi. Di
samping bertujuan untuk kebajikan dan kemasyarakatan, aktiviti pungutan derma juga dapat
memupuk semangat kerjasama, bantu membantu dan membangkitkan kesedaran
murid-murid terhadap golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang perlu bantuan,
kerana aktiviti ini mernpunyai unsur-unsur pelajaran dan pendidikan.

Ada sekolah-sekolah yang sering mengadakan pungutan derma dan pengelolaannya pula
tidak begitu kemas. Ada kalanya murid-murid sekolah juga dilibatkan oleh badan-badan
kebajikan/sukarela yang diiktiraf untuk mengutip derma bagi mengisi 'tabung kebajikan'
mereka. Hal-hal seperti ini menimbulkan keraguan dan kesangsian di kalangan ibu bapa
dan orangramai. Oleh itu, Kementerian Pelajaran berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti
pungutan derma perlu diseimbangkan dengan aktiviti-aktiviti lain di sekolah, supaya
aktiviti-aktiviti pungutan derma tidak menimbulkan kesan yang buruk kepada murid-murid
pada keseluruhannya.

1.            Tujuan

              Garis panduan ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada sekolah-sekolah
              yang, hendak mengadakan aktiviti pungutan derma, terutama sekali apabila
              murid-murid sekolah dilibatkan bersama.

2.            Pungutan Derma

              Pungutan derma ini dimaksudkan

              i)   sebagaimana yang ditakrifkan dalarn Akta 200 - Akta Pungutan Rumah
                   ke Rumah dan Di Jalan, 1947 (Disemak - 1978)

        ii)        sebagai segala kegiatan untuk mendapatkan wang atau lain-lain bentuk bukan
                   wang yang dijalankan di sekolah-sekolah melalui kegiatan-kegiatan termasuk
                   pasar ria, konset, pertunjukan pentas, tayangan filem, pengelolaan walkaton,
                   hari bendera, minggu kerjaya, surat rayuan kepada ibubapa/penjaga,
                   pertunjukan pancaragam, derma, 'jumble sale', mengadakan jualan kuih-kuih,
                   alat-alat dan bahan-bahan vang dibuat oleh murid-murid, malam amal,
                   iklan-iklan / tajaan-tajaan, dan lain-lain.

3.            Prinsip-prinsip Am

              3.1 Tujuan

                   Pungutan derma itu mestilah mempunyai tuiuan dan matlamat khas yang mesti
                   diterangkan dengan jelas; seperti ‘Untuk membeli buku-buku perpustakaan',
           'Untuk membiayai pembinaan surau sekolah' dan bukan secara am seperti
           'Tabung Am Sekolah'.

     3.2 Penerimanya

           Derma yang dikutip oleh sekolah hendaklah digunakan semata-mata untuk
           tujuan ianya dikutip, iaitu untuk faedah murid-murid dan sekolah yang
           berkenaan dan bukan untuk tujuan lain, melainkan jika derma itu dikutip oleh
           pihak badan-badan kebajikan/sukarela yang diiktiraf dan dibenarkan oleh pihak
           Kerajaan.

     3.3 Mewujudkan Perasaan Relahati

           Murid-murid patut diberitahu tujuan pungutan derma itu dan mereka jangan
           dipaksa untuk menjalankan kutipan ataupun dipaksa. menderma. Ibubapa
           murid-murid yang terlibat hendaklah diberitahu tentang penglibatan anak-anak
           mereka dalam kegiatan pungutan derma itu dan cara pungutan dibuat dan
           kebenaran bertulis daripada mereka hendaklah diperolehi.

     3.4 Pungutan Derma Di Luar Sekolah

           Jika pungutan derma dijalankan di luar kawasan sekolah, maka 'The House to
           House and Street Collections Ordinance, 1947' hendaklah dipatuhi. Antaranya
           ialah 'tidak sesiapa pun di bawah umur 16 tahun boleh menjadi sebagai
           pemungut'.

     3.5 Kerjasama PIBG/Jemaah Pengurus Sekolah

           Apabila mengadakan sesuatu aktiviti pungutan derma, pihak sekolah
           dinasihatkan berunding terlebih dahulu dengan PlBG dan Jemaah Pengurus
           Sekolah untuk mendapatkan kata sepakat atau pandangan, khususnya apabila
           murid-murid dilibatkan bersama.

     3.6 Pelajaran Murid-Murid

           Sekolah-sekolah adalah diingatkan supaya aktiviti memungut derma ini tidak
           mengganggu pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid serta
           aktiviti-aktiviti penting di sekolah. Sekiranya pungutan derma itu dibuat untuk
           aktiviti-aktiviti guru bagi kepentingan guru-guru, maka guru-guru sendiri atau
           ahli-ahli persatuan mereka sendiri berikhtiar mencari derma, tanpa melibatkan
           murid-murid sebagai pemungut.

     3.7    Penglibatan Murid-murid Dalam Pungutan Derma
           Yang Dianjurkan Oleh Badan-badan Sukarela

           Sekiranya badan-badan sukarela seperti pengakap, Bulan Sabit Merah atau
           lain-lain badan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh kerajaan untuk mengutip
           derma dan murid-murid sekolah yang berkenaan adalah ahli-ahli badan-badan
           tersebut, maka pihak sekolah hendaklah terlebih dahulu diberitahu mengenai
           murid-murid yang terlibat itu oleh badan-badan berkenaan. Kelulusan bertulis
           daripada pihak ibubapa dan pihak sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu
           oleh badan-badan tersebut.

4.   Peraturan-peraturan Am Yang Patut Diikuti
4.1 Kebenaran dari Pihak Berkuasa

    4.1.1    Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada
             Pendaftar Sekolah-sekolah/Pengarah Pelajaran Negeri sebelum
             pungutan derma dijalankan. Butir-butir lengkap hendaklah diberi
             berhubung dengan pungutan yang hendak dijalankan, termasuklah
             tujuan derma itu, matlamat banyaknya yang hendak dikutip, jangka
             masa lamanya dan cara atau cara-cara pungutan itu hendak dijalankan,

    4.1.2    Sekiranya aktiviti dan pungutan derma itu dijalankan oleh per-
             satuan-persatuan di sekolah, maka kebenaran bertulis daripada Guru
             Besar    hendaklah    terlebih dahulu   diperolehi,   di   samping
             kebenaran-kebenaran dari Pengarah Pelajaran Negeri dan/pihak-pihak
             berkuasa yang lain.

    4.1.3    Sekiranya pungutan dari rumah ke rumah atau pun pungutan di
             jalan-jalan raya hendak dibuat, surat kebenaran hendaklah diperolehi
             terlebih dahulu daripada pihak polis dan syarat-syarat yang terkandung
             di dalam surat kebenaran hendak dipatuhi.

    4.1.4    Jika sekiranya pungutan derma itu dianjurkan oleh PIBG, Lembaga
             Pengelola/Pengurus Sekolah, Persatuan Murid-murid Tua atau
             Persatuan-persatuan Kebajikan yang diiktiraf dan mereka pula meminta
             kerjasama dan bantuan guru-guru dan murid-murid, Guru Besar
             hendaklah menentukan bahawa kebenaran bertulis daripada Pengarah
             Pelajaran Negeri dan juga pihak berkuasa yang lain telah diperolehi oleh
             badan-badan tersebut.

4.2 Jawatankuasa Pungutan Derma Sekolah

     4.2.1 Sekolah-sekolah yang hendak menjalankan kegiatan pungutan
            derma hendaklah menubuhkan jawatankuasa untuk mengendalikan
            segala urusan dan pengelolaan aktiviti pungutan yang hendak
            dijalankan dengan dipengerusikan sendiri oleh Guru Besar.
            Rekod-rekod mesyuarat hendaklah disimpan secara teratur,

4.3 Had Pungutan

     Had pungutan derma hendaklah tidak melebihi daripada matlamat pungutan
     yang hendak dicapai.

4.4 Akaun

     4.4.1 Pengeluaran resit-resit bagi segala penerimaan wang serta akaun
            yang terang dan teratur hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik.
            Segala pungutan derma yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke
            dalam bank atas nama akaun sekolah dan tertakluk kepada odit.

     4.4.2    Apabila selesai sahaja satu projek pungutan derma dijalankan,
              satu laporan lengkap berserta dengan penyata kira-kira pungutan
              derma hendaklah disampaikan kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

4,5 Penglibatan Murid-murid

     4.5.1 Jika sekiranya murid-murid dilibatkan di dalam aktiviti-aktiviti pungutan
                  derma, peranan dan tugas-tugas mereka hendakiah dijelaskan dengan
                  terang. Contohnva adalah sebagai 'pengutip derma', 'peserta walkaton',
                  'penjaga gerai makanan' dan sebagainya.

          4.5.2    Murid-murid hendaklah diberi kesedaran yang penuh tentang
                   tujuan dan matlamat pungutan derma itu dan juga                tentang
                   tanggungjawab mereka.

          4.5.3    Tidak ada paksaan dikenakan kepada murid-murid sama ada
                   melalui ugutan atau tekanan secara tidak langsung.

          4.5.4     Murid-murid di kelas-kelas peperiksaan seberapa boleh hendaklah
                    dielakkan daripada terlibat dalarn aktiviti ini.

          4.5.5    Ibubapa / penjaga murid yang terlibat dalam tugas-tugas pungutan
                   derma itu hendaklah diberitahu tentang tujuan dan kaedah pungutan
                   derma itu dijalankan dan kebenaran bertulis di perolehi daripada
                   mereka terlebih dahulu.

        4.5.6      Berhubung dengan murid-murid yang dikehendaki membuat pungutan
                   dari rumah ke rumah ataupun di jalan-jalan raya, selain daripada yang
                   disebutkan di atas, peraturan-peraturan di bawah ini hendaklah
                   dipatuhi:

                  4.5.6.1 Umur Pemungut

                          Mengikut satu daripada kehendak-kehendak dalam 'The House
                          and Street Collections Ordinance, 1947' ialah 'tidak sesiapa pun
                          di bawah umur 16 tahun boleh menjadi sebagai pemungut'.

                  4.5.6.2 Surat Daripada Guru Besar

                          Bagi aktiviti pungutan derma yang dianjurkan oleh pihak sekolah,
                          tiap-tiap murid yang mengambil bahagian dalam pungutan
                          derma itu hendaklah diberi satu surat pengenalan,
                          ditandatangani oleh Guru Besar, dikeluarkan kepada murid itu
                          untuk mengutip derma bagi maksud yang disebutkan. Surat itu
                          hendaklah diambil balik selepas habis tempoh pungutan derma
                          itu.

                  4.5.6.3 Pakaian Seragam

                          Sernua murid yang menjalankan kerja sukarela ini hendaklah
                          memakai sama ada pakaian seragam sekolah atau pakaian
                          seragam badan atau persatuan yang berkenaan (misalnya
                          Persatuan Pengakap dan sebagainya).

                  4.5.6.4 Keselamatan dan Kebajikan Mund

                          Langkah-langkah yang perlu hendaklah diambil bagi
                          mempastikan keselamatan dan kebajikan murid-murid semasa
                          mereka menjalankan pungutan semasa di dalam ataupun di
                          kawasan luar sekolah.

5.   Tanggungjawab Guru Besar
     Guru Besar adalah bertanggungjawab atas sebarang perkara mengenai pungutan
     derma yang dijalankan oleh sekolah masing-masing. Jika sekiranya ada sebarang
     keraguan atau sebarang masalah yang berbangkit, Guru Besar hendaklah
     menghubungi Pengarah Pelajaran Negeri bagi mendapatkan nasihat dan pandangan
     untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.

6.   Tanggungiawab Pengarah Pelajaran Negeri

     Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengawasi aktiviti-aktiviti pungutan
     derma yang dijalankan oleh sekolah-sekolah dan mempastikan bahawa laporan
     lengkap berserta dengan penyata kira-kira pungutan derma dihantar oleh
     sekolah-sekolah ke Jabatan Pelajaran Negeri.

7.   Mematuhi Peraturan-peraturan

     Peraturan-peraturan di bawah ini adalah peraturan-peraturan yang ada kaitan
     dengan pungutan derma. Peraturan-peraturan ini di mana ada kaitannya hendaklah
     dipatuhi apabila menjalankan sesuatu aktiviti pungutan derma iaitu: -

     7.1 'School (General) Regulations' 1951, para 57 dan 61.

     7.2 M.E.5226/(25) - Surat siaran Kementerian Pelajaran: No. 25 tahun
         1959, 'Pungutan (termasok Pungutan rumah ke rumah dan di-Jalan
         Rava) dan Derma bagi Sekolah2' bertarikh 10hb. September, 1959.
         1959.

     7.3 KP.8610/(26) - Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 260, 'Pungutan-
         pungutan (termasuk pungutan dari rumah ke rumah dan di jalanraya)
         dan derma bagi sekolah-sekolah', bertarikh 25hb. Oktober, 1963.

     7.4 Perj. Sulit 3016/20 - Surat Pekeliling Perkhidmatari Bil. 19 Tahun 1969,
         'Sambungan kepada aktiviti2 sokan' bertarikh 13hb. Oktober, 1969.

     7.5 KP.8591- 9(11) - Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 11/1976, 'Mengharamkan semua
         permainan judi di sekolah-sekolah', bertarikh 9hh Oktober,1976.

     7.6 KP.8610-3B (15) - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/77 'Pengelolaan Walkaton Di
         Sekolah-Sekolah', bertarikh 7hb. September, 1977.

     7.7 KP.8610/(30) - Surat Pekeliling, lkhtisas Bil. 9/1977, ‘Menganjur dan
         Menjual Loteri di Sekolah-Sekolah', bertarikh 3hb. Oktober, 1977,

      7.8 The House to House And Street Collections Ordinance, 1947.

      7.9 Akta 200 - Akta Pungutan Rurnah ke Rumah dan Di Jalan, 1947
          (Disemak - 1978).

      7.10 'The Schools (Tours) Regulations', 1957.

      7.11 KP.8591/Jld.11 /(3) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4/1983 'lklan/Tajaan Dalam
          Majalah Sekolah', bertarikh 17hb. Mae, 1983,

								
To top