Docstoc

1981 SPI 2 - Ketetapan Masa di Sekolah Sekolah

Document Sample
1981 SPI 2 - Ketetapan Masa di Sekolah Sekolah Powered By Docstoc
					BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
13ANGUNAN BANK PERTANIAN
TINGKAT 12-14
LEBOH PASAR BESAR
KUALA LUMPUR.                                                   Telefon: 922066
                                                          Kawat: 'PELAJARAN'
_______________________________________________________________________
                                                     Ruj. Fail: KP. 8591/(79)

                                                       Tarikh: 12hb. September, 1981.

Pengarah Pelajaran
Semua Negeri.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981
Ketetapan Masa di Sekolah-Sekolah

Semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan sekolah serta murid-murid
diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir di
sekolah-sekolah.

2.      Dengan demikian Guru Besar hendaklah menyedarkan guru-guru, kakitangan
lain dan murid-murid tentang perlu dan pentingnya amalan ketetapan masa.

3. Adalah diharapkan bahawa semua guru diingatkan dari masa ke masa tentang
tanggungjawab mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di
sekolah, baik semasa datang ke sekolah atau pun balik dari sekolah, mahu pun ketika
mernasuki bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik
darjah. Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual
pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tibanya
masa untuk berbuat demikian.

4. Peraturan-peraturan mengenai ketepatan masa hendaklah dikenakan, selain dari
murid-murid, juga kepada semua guru, kakitangan dan pekerja di sekolah. Guru-guru,
khasnya, hendaklah memberi contoh tauladan yang baik sekiranya mereka ingin
menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid-murid mereka.

5. Memanglah ternyata bahawa suasana disiplin di sebuah sekolah bergantung sebahagian
besarnya kepada Guru Besar. Guru Besar hendaklah mengambil langkahlangkah yang
positif untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan mengenai ketepatan masa di sekolah.

6. Tuan/puan sampaikan isi surat Pekeliling ini kepada semua guru besar untuk panduan
dan tindakan mereka.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'




Saya yang menurut perintah,
(DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

s-k.

 1.    Setiausaha Sulit kepada YB. Menteri Pelajaran Malaysia.
 2.    Setiausaha Sulit kepada YB. Timbalan Menteri Pelajaran I.
 3.    Setiausaha Sulit kepada YB. Timbalan Menteri Pelajaran Il.
 4.    Ketua Setiausaha.
 5.    Ketua Pengarah Pelajaran.
 6.    Timbalan Ketua Setiausaha I.
 7.    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I.
 8.    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II
 9.    Timbalan Ketua Setiausaha Il.
10.    Semua Ketua Bahagian.
11.    Pegawai Khas I kepada YB. Menteri Pelajaran Malaysia.
12.    Pegawai Perhubungan Awam.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1998
posted:5/7/2010
language:Malay
pages:2