Docstoc

1978 SPI 11 - Hari Kelepasan Peristiwa

Document Sample
1978 SPI 11 - Hari Kelepasan Peristiwa Powered By Docstoc
					KP(BS)8590/Jld.6/(44)
                                                           Bahagian Sekolah-sekolah,
                                                           Kementerian Pelajaran,
                                                           Rumah Persekutuan,
                                                           Kuala Lumpur.

                                                           23hb. Oktober, 1978.

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri,
Malaysia.

Tuan,
                           Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1978
                           Hari Kelepasan Peristiwa P.U. 326/62

    Seperti tuan sedia maklum menurut Kaedah 8 dalam Kaedah-kaedah (Pengurusan)
sekolah yang dibantu 1962, Guru Besar dengan persetujuan Pengarah Pelajaran / Lembaga
Pengurus / Pengelola boleh memberi hari kelepasan peristiwa tidak lebih dari 4 hari dalam
mana-mana satu tahun.

2. Cuti seperti ini yang diberi kepada sekolah-sekolah bolehlah digunakan sebarang
perayaan sekolah / ugama dengan syarat:-

     (a) Hari persekolahan telah atau akan mencapai sekurang-kurang 190 harl setahun;

     (b) Cuti ini tidak digunakan untuk maksud memanjang cuti penggal;

     (c) Diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri;

     (d) Sekiranya pada sesuatu tahun tertentu hari kelepasan negeri bertambah dalam
penggal persekolahan, dan dengan itu bilangan hari persekolahan menjadi kurang daripada
190 hari, semua permohonan untuk mendapatkan cuti peristiwa dipanjangkan ke
Kementerian Pelajaran(U/P: Penolong Pengarah Sekolah (Rendah), Bahagian Sekolah).

3. Dengan surat pekeliling ini maka surat pekeliling lkhtisas Bil. 4/1977 adalah
dimansuhkan.

                                            Saya yang menurut perintah,




                                    (SYED ABU BAKAR BARAKBAH, KMN, PCM)
                                          Pengarah Sekolah-sekolah
                                          b.p. Ketua Setiausaha
                                          Kementerian Pelajaran.

1.   Setiausaha Sulit kepada Y.A.B. Menteri Pelajaran.
2.   Setiausaha Sulit kepada Y.B. TimbaIan Menteri Pelajaran (I) dan (II).
3.    Ketua Setiausaha Kementerian.
4.   Ketua Pengarah Pelajaran.
5.   Timbalan Ketua Setiausaha (I).
6.   Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (I).
7.   Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (II).
8.   Timbalan Ketua Setiausaha (II).
9.   Semua Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:437
posted:5/7/2010
language:Malay
pages:2