Kod : W0002 Tajuk : KURSUS INDUKSI : KURSUS

Document Sample
Kod : W0002 Tajuk : KURSUS INDUKSI : KURSUS Powered By Docstoc
					Kod                : W0002
Tajuk              : KURSUS INDUKSI
Tempoh Kursus      : 12 hari


Pengenalan

Kursus Induksi adalah Kursus Perkhidmatan yang wajib diambil oleh
semua kakitangan awam bagi tujuan pengesahan dalam jawatan.
Seseorang kakitangan wajib mengambil dan lulus kursus ini dalam tempoh
3 tahun dari tarikh kakitangan melapor diri untuk bertugas. Kursus ini
dibahagi kepada kursus umum (silibus JPA) dan kursus khusus (silibus
UMS).

OBJEKTIF KURSUS INDUKSI

Kursus Induksi ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif
berikut:

1.   Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam
     Perkhidmatan Awam mengenai sejarah negara, dasar utama
     kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara.

2.   Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur
     utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-
     panduan kerajaan.

3.   Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-
     keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi.

4.   Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota
     dalam Perkhidmatan Awam.



OBJEKTIF KURSUS INDUKSI KHUSUS

Objektif Induksi Khusus pekerja UMS adalah seperti berikut:

1.    Memperkenalkan Visi, Misi, dan Objektif Universiti;

2.    Memberi penjelasan mengenai sistem pentadbiran Universiti;

3.    Menerangkan peraturan-peraturan Universiti/Pejabat;

4.     Memberi pendedahan cara kerja dan budaya kerja cemerlang.
PERATURAN PESERTA SEMASA KURSUS

A.   PAKAIAN

     1.   Semasa Kuliah

          1.1 Lelaki :  Berpakaian seragam penuh atau pakaian
              masa bekerja.

          1.2 Wanita : Berpakaian          seragam/berpakaian      sopan
              masa bekerja.


     2.   Riadah/Senaman

          Track Bottom, Baju T yang bersesuaian dan kasut sukan.

          2.1 Lelaki : Dilarang berseluar pendek, berbaju tanpa
              lengan dan tanpa kolar.

          2.2 Wanita :    Dilarang memakai pakaian yang menjolok
              mata.

B.   DISIPLIN DIRI

     1.   Semasa Dalam Kelas

          1.1 Hadir kuliah selewat-lewatnya 5 minit sebelum kuliah
              bermula.

          1.2 Keluar kuliah dengan izin.

          1.3 Menghadiri setiap kuliah          kecuali   dengan     izin
              Penyelaras/Penceramah.

          1.4 Memberi penuh tumpuan dan penglibatan aktiviti kuliah.
              Tidak membuat aktiviti sampingan seperti membaca
              buku, akhbar, majalah atau berbual-bual.

          1.5 Memberi hormat kepada penceramah dengan bangun
              serentak ketika pensyarah masuk dan di akhir kuliah.
              Penghulu memberi ucapan penghargaan kepada
              penceramah.

          1.6 Tidak merokok, makan dan minum dalam bilik kuliah.

          1.7 Tidak menggunakan telefon bimbit semasa kuliah
              sedang dijalankan.
          1.8 Peserta mesti memberi ucapan atau tanda hormat
              kepada semua pegawai dan urusetia

          1.9 Berdiri atau duduk dengan hormat apabila berhadapan
              dengan pegawai-pegawai kanan Universiti/Penceramah
              kursus Fasilitator kursus.

          1.10 Menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh
               semangat sebelum dan selepas kelas berakhir.

          1.11 Bertegur sapa, bermanis muka sesama peserta.


     2.   Masa Kursus

          Kursus akan dijalankan tidak terhad kepada waktu pejabat
          sahaja.

     3.   Semasa Makan

          3.1 Kebersihan keseluruhan Tempat makan adalah menjadi
              tanggungjawab peserta.

          3.2 Meja makan/tempat duduk mestilah dibersihkan dan
              disusun selepas makan .

          3.3 Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang
              telah disediakan.

          3.4 Piring makan, gelas, sudu dan mangkuk sup hendaklah
              diatur dan disusun di tempat yang disediakan.

          3.5 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan makan.


C.   KEBERKESANAN KURSUS

     Peserta-peserta akan diuji melalui ujian pilihan, tugasan Individu
     dan Tugasan Kumpulan yang akan dijalankan semasa kursus.

D.   SIJIL

     Sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada peserta-peserta yang
     telah menamatkan kursus dengan jayanya.
PENILAIAN KURSUS INDUKSI UMUM

1.   Asas Penilaian

     1.1 Penilaian Kursus Modul Induksi Umum dibahagikan kepada
         dua (2) komponen iaitu:

           i.        Penilaian sepanjang kursus (PSK), dan            40%
           ii.       Ujian Akhir Kursus.                              60%

     1.2 Setiap peserta wajib lulus dalam kedua-dua komponen
         penilaian ini untuk memenuhi syarat bagi mendapat
         kelulusan penuh kursus Modul Induksi Umum.

2.   Penilaian Sepanjang Kursus:

                    Penilaian:
      2.1. Kriteria Penilaian

      2.1.1 Penilaian sepanjang kursus dijalankan berasaskan
            kepada kriteria-kreteria tertentu. Kriteria-kriteria tersebut
            dan peratusannya masing-masing adalah seperti berikut:-

                     Kriteria Penilaian
                           Peratusan

                     i.     Kehadiran                                  30%
                     ii.    Pengucapan Awam                            10%
                     iii.   Penilaian oleh Fasilitator Kursus          20%
                            iii.   Tugasan Individu                    20%
                     iv.    Tugas Kumpulan                             20%
                                                                Jumlah 100%
                            (Wajaran bagi Penilaian 40%)

     2.2         Kehadiran

             Kehadiran kursus adalah wajib dan akan dinilai sebagai
             sebahagian syarat Lulus Kursus

     2.3
     2.3 Pengucapan Awam

             Setiap peserta diwajibkan membuat Pengucapan Awam dalam
             Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

             2.3.1          Tajuk Pengucapan Awam adalah bebas.
             2.3.2          Pengucapan Awam tidak boleh menyentuh isu-isu
                            Sensitif keagamaan dan perkauman atau menghasut
                            dan tidak terlalu remeh.
             2.3.3          Setiap seorang peserta diberikan masa selama 8
                            minit melakukan Pengucapan Awam dalam Bahasa
                            Melayu atau Bahasa Inggeris
             2.3.4          Sesi Soal Jawab adalah dibuka selama 2 minit
     2.3.4     Pengucapan Awam hendaklah dimulakan dengan
               memperkenalkan diri, menyatakan tajuk pengucapan
               awam    dan      hendaklah   dimulakan    dengan
               Pengenalan, Isi Kandungan dan Penutup.

2.4.  Penilaian Oleh Fasilitator Kursus:-
                                  Kursus:-

     2.4.1     Penilaian oleh Fasilitator kursus hendaklah dibuat
               oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang fasilitator.
               Fasilitator-fasilitator kursus merupakan pegawai-
               pegawai yang terlibat sepenuh masa dalam
               menyelaras dan mengendalikan Kursus Modul
               Induksi Umum.

     2.4.2     Fasilitator-fasilitator kursus dikehendaki membuat
               penilaian ke atas setiap peserta yang mengikuti
               Kursus Modul Induksi Umum melalui kaedah
               pemerhatian sepanjang kursus.          Pemerhatian
               hendaklah diasaskan kepada ciri-ciri berikut:

               i)     Disiplin

               Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

               -      Gaya berpakaian dan kekemasan diri;
               -      Kerajinan dan ketekunan dalam menjalankan
                      tugas;
               -      Ketepatan masa menghadiri kuliah dan aktiviti-
                      aktiviti lain;
               -      Kesanggupan menerima dan melaksanakan
                      arahan.

               ii)    Penyesuaian Diri

               Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

               -      Personaliti iaitu dinilai dari segi perangai, gaya
                      berbicara dan kesopanan;

               -      Keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi
                      terhadap persekitaran yang sentiasa berubah;
                      dan

               -      Kebolehan berkomunikasi iaitu kebolehannya
                      menyampaikan maksud dan pendapat dengan
                      jelas dan teratur sama ada secara lisan atau
                      tulisan.

               iii)   Inisiatif dan Tanggungjawab
                      Inisiatif

               Aspek-aspek yang dinilai ialah:-
-     Kebolehan memberikan idea atau cadangan
      dalam membantu meringankan sesuatu
      masalah yang dihadapi bersama.

-     Kebolehan melaksanakan tugas atas daya
      usaha sendiri tanpa dorongan atau
      bimbingan serta arahan;

-     Perasaan       tanggungjawab               bagi
      melaksanakan kerja;

-     Penghasilan kerja yang dibuat dari segi
      output yang berkualiti dan menepati masa
      yang ditentukan; dan

-     Kesanggupan melaksanakan kerja tanpa
      mengira masa.

iv)   Penyertaan dan Kerjasama

Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

-     Tahap penyertaan dan penglibatan         semasa
      berkursus;

-     Perhubungan sesama rakan sekursus;

-     Kejujuran dan keikhlasan          memberikan
      sumbangan; dan

-     Sentiasa memberikan keutamaan terhadap
      aktiviti kumpulan dari kepentingan diri sendiri.

v)    Kepimpinan

Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

-     Kebolehan menentukan arah dan matlamat
      kumpulan;

-     Kebolehan memimpin;

-     Sifat-sifat yang mulia;

-     Kebolehan membuat keputusan dalam keadaan
      tertekan;

-     Kesediaan mendengar;

-     Mengamalkan perhubungan yang baik; dan

-     Pengetahuan kerja yang baik.
    2.4.2 Tiap-tiap ciri pemerhatian yang dijelaskan di atas
          diberikan wajaran seperti berikut:

                 Ciri                          Wajaran

          i)     Disiplin                        8%
          ii)    Penyesuaian diri                3%
          iii)   Inisiatif dan tanggungjawab     3%
          iv)    Penyertaan dan kerjasama        3%
          v)     Kepimpinan                      3%
                                                 --------
                        Jumlah                   20%
                                                 ====
            Individu:-
2.5 Tugasan Individu:-

    2.5.1 Sepanjang kursus berjalan, peserta-peserta akan
          diberikan kerja-kerja kursus (coursework) untuk dibuat
          secara individu. Kerja-kerja kursus ini akan dinilai
          dan diberikan markah. Tugasan ini bertujuan menilai
          tahap kefahaman dan pengetahuan peserta
          berhubung dengan topik-topik yang diliputi dalam
          masa kursus.

    2.5.2 Tugasan individu yang dimaksudkan ialah seperti
          latihamal, esei, soalan-soalan aneka pilihan dan
          sebagainya.     Setiap peserta diminta memilih 2
          daripada 3 tajuk berikut;

          i)     Perintah Am ;                              10%
          ii)    Arahan Perkhidmatan; dan                   10%
          iii)   Sejarah Malaysia                           10%

2.6 Tugasan Kumpulan

    2.6.1 Peserta-peserta hendaklah dibahagikan kepada
          kumpulan-kumpulan kecil yang mengandungi lapan
          (8) orang ahli atau bilangan yang dianggap sesuai
          untuk maksud ini.        Tiap-tiap     kumpulan kecil
          hendaklah diberi tugasan-tugasan ini yang akan
          dinilai dan diberi markah. Latihan ini membolehkan
          individu merasakan semangat kerja secara kumpulan
          apabila          kembali           bertugas        di
          Jabatan/Sekolah/Pusat/Institut/Unit masing-masing.

    2.6.2 Tugasan kumpulan yang dimaksudkan ialah seperti
          kajian kes, kajian projek, secara kumpulan dan
          sebagainya.
                 Aspek-                   meliputi:-
                 Aspek-aspek yang dinilai meliputi:-

                 i)     Penyertaan dan penglibatan;
                 ii)    Kualiti hasil kerja;
                 iii)   Usaha kumpulan; dan
                 iv)    Kreativiti

           2.6.3 Setiap kumpulan diminta memilih 2 daripada 4 tajuk
                 berikut:-

                 i)     Dasar-Dasar Negara;                 10%
                 ii)    Pengurusan Am;                      10%
                 iii)   Pekeliling-Pekeliling Kemajuan      10%
                        Pentadbiran Awam; dan
                 iii)   Sistem Pentadbiran Negara           10%

3.   Ujian Akhir Kursus

     3.1   Peserta-peserta wajib menduduki Ujian Akhir Kursus yang
           terbahagi kepada 2 bahagian berikut:

           Komponen          Masa         Bentuk           Markah
           Penilaian                                       Penuh
           Bahagian A        40           40     Soalan    40
                             Minit        Objektik
                                          Aneka
                                          Pilihan
           Bahagian B        2   ½        Jawab       4    60
                             Jam          daripada 8
                                          soalan esei

     3.2   Antara kedua-dua bahagian ujian, peserta-peserta diberikan
           masa rehat 15 minit.

     3.3   Soalan-soalan ujian adalah berasaskan kepada topik-topik dalam
           kurikulum Kursus Modul Induksi Umum.

     3.4   Soalan-soalan ujian esei ini disediakan oleh Cawangan
           Peperiksaan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan
           Awam Malaysia.

               Lulus
     4. Syarat Lulus Kursus Induksi Modul Umum

        4.1 Jumlah kehadiran kursus tidak kurang 95% daripada jumlah hari
            berkursus
        4.2 Peserta dikehendaki mencapai tahap 70% bagi setiap
            komponen penilaian, iaitu Penilaian Sepanjang Kursus dan Ujian
            Akhir Kursus
                     Khusus
Modul Kursus Induksi Khusus

Kursus Induksi dibahagikan kepada 3 modul berikut:

1.0       Modul Khusus

          Kandungan Modul Khusus adalah kursus-kursus yang berkaitan
          dengan Keperluan tugas di Jabatan, Sekolah, Pusat, Institut dan
          Unit di UMS seperti;

         i.     Sistem Pentadbiran Universiti
        ii.     Sejarah, Falsafah dan Hala Tuju UMS
       iii.     Pengurusan Sumber Manusia
       iv.      Pengurusan Perkhidmatan Akademik
        v.      Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
       vi.      Pengurusan Hal Ehwal Pelajar
      vii.      Pengurusan Pembangunan Fizikal Universiti
      viii.     Pengurusan Sistem Maklumat Universiti
       ix.      Pengurusan & Penggunaan Perpustakaan
        x.      Pengurusan Perundangan dan Tatatertib Universiti
       xi.      Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

2.0       Modul Umum

          Kandungan Modul Umum adalah seperti berikut;

      i. Sejarah Malaysia
      ii. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran di Malaysia
      iii. Dasar-Dasar Negara
      iv. Perintah-Perintah Am (Bab A-Bab G)
      v. Arahan Perkhidmatan dan Keselamatan
      vi. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
      vii. Keutuhan Peribadi
      viii. Pengurusan Organisasi dan Kewangan
      ix. Komunikasi Organisasi dan Interpersonal

3.0       Modul Fizikal

          Modul Fizikal adalah modul yang mengandungi latihan fizikal yang
          menjurus kepada kepimpinan, keselamatan, kerja berpasukan,
          penyelesaian masalah dan konflik, komunikasi dan pengurusan
          tekanan. Modul ini adalah wajib kepada semua peserta kursus.

          i.       Pakej ODEC
                   Low Rope, High Rope, Jungle Tracking, acara sukan pantai
                   dan kayak,   halangan dinding 8 kaki, flying fox dan
                   sebagainya

          ii.      Pakej Keselamatan
                   -   Mempertahankan Diri
                   -   Keselamatan dalam Bangunan
                   -   Fist Aids

				
DOCUMENT INFO
Description: sejarah-penilaian pdf