SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Description
sejarah-penilaian pdf
Document Sample


SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sejarah pertubuhan pusat sumber sekolah adalah berikut:
1. Perpustakaan sekolah ditubuhkan pada 1967. Segala perkhdimatan dijalankan oleh para
pelajar dan dinasihati oleh guru penasihat.
2. Pada masa itu, program belajar malam bermula. Ramai pelajar menyertai program ini
sehingga tidak cukup tempat duduk di bilik bacaan. Oleh itu, para pelajar perlu tempah tempat
duduk dan ada para pelajar duduk di kantin belajar disebabkan tiada tempat duduk di bilik
bacaan.
Sebuah bilik darjah digunakan sebagai bilik perpustakaan dan sebuah bilik darjah digunakan sebagai
bilik bacaan di Blok 1 (St. Augustine).
1995 – Blok 4, Bilik Lukisan di atas Bilik Guru ditukar menjadi Bilik Komputer untuk gturu dan pelajar
untuk menampung keperluan ICT dalam P & P.
1999- Pertukaran nama Perpustakaan kepada Pusat Sumber Sekolah.
2005 – Pertubuhan Pusat Sumber Sekolah secara rasmi. Ia terdiri daripada unit Perpustakaan, Unit
Bilik Sumber Guru, Unit ICT.
- Penggunaan fail kuasa pusat Sumber Sekolah dikemaskinikan dan digunakan secara garis
panduan untuk pengurusan pusat Sumber Sekolah.
Bilik darjah di tingkat atas bilik guru lama diubahsuaikan untuk menjadi Makmal komputer dan bilik
komputer guru diadakan di tingkat bawah Bangunan Centenary Mill-De La Salle.
Bilik Guru lama diubahsuaikan untuk menjadi Pusat sumber guru.
Makmal Fizik dan kimia yang lama diubahsuaikan untuk menjadi sebuah perpustakaan yang besar.
Kelab komputer menjadi sebahagian AJK Jawatankuasa kerja Unit ICT.
Persatuan Pusat Sumber menjadi sebahagian AJK Jawatan kerja Unit Perpustakaan.
Unit APD & BBM Persatuan Pusat Sumber dan Kelab Arkib menjadi sebahagian AJK Jawatan kerja
Unit Pusat Sumber Guru (BSG)
2006 – Majlis Pembukaan Perpustakaan Baru dilangsungkan pada 4 November oleh Dato’ Clement Hii
- Perpustakaan ini dinamakan Perpustakaan Dato’ Clement Hii.
- Sumbangan kewangan dari badan-badan NGO seperti Syarikat Shell, SHOSA, dan lain-lain.
2007 - Pusat Sumber Sekolah kami memenangi Anugerah Johan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang
2007 peringkat Sarawak.
- Anugerah Tokoh Nilam 2007 Peringkat Negeri Sarawak.
.
3
Muka Surat 3
PELAN SEKOLAH DAN PSS
▲ PELAN SEKOLAH
Bilik
Bilik
Pentadbiran
Mesyuarat Perpustakaan
I, II, II
Bilik
ICT
Bilik Bacaan
Bilik
Serbaguna
Makmal Komputer
Bilik Sumber Guru
Bilik Komputer
Guru
Bilik
Arkid
▲ PELAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
4
Muka Surat 4
VISI PSS
Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah asas pembentukan sekolah gemilang pada 2010
MISI PSS
Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan sumber maklumat melalui pendidikan holistik untuk
merealisasikan potensi individu secara menyeluruh.
PIAGAM PSS
1. Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga sekolah.
2. Potensi warga sekolah dapat dicungkil dan dikembangkan dengan pelbagai
perkhidmatan diberi.
3. Potensi pelajar dari segi intelek serta jamin akan diberi peluang dan ruang untuk
disungguhkan dalam pelbagai persaingan di sepanjang masa persekolahan.
MATLAMAT PSS
Menyediakan perkhidmatan untuk mempertingkatkan serta memantapkan proses
pengajaran dan pembelajaran demi kecemerlangan prestasi akademik.
5
Muka Surat 5
OBJEKTIF PSS
(a) Memudahkan para pendidik sekolah ini
mengetahui dan menggunakan kemudahan
perkhimatan PSS untuk meningkat keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
(b) Menyediakan kemudahan dan kelengkapan terkini
seperti CD-ROM dan perkhidmatan INTERNET
untuk mengumpulkan maklumat demi pembinaan
ilmu serta dapat dinikmati oleh setiap warga
sekolah.
FUNGSI /PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PERANAN PSS
Peranan utama PSS pada masa kini adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid dan
pengajaran guru secara aktif melalui program dan perkhidmatan yang disediakan.
Secara ringkasnya Fungsi Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah berikut:
1. Mempertingkatkan aktiviti pengajaran guru.
2. Memantapkan aktiviti pembelajaran pelajar.
3. Memperoleh buku rujukan dan bahan-bahan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
4. Memperoleh alat/bahan bantu mengajar.
5. Memperolah keperluan IT.
6. Menilai impak keberkesanan pengguna PSS.
7. Mendapatkan faedah dari Pusat Kegiatan Guru dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri.
Perkhidmatan PSS terdiri daripada 3 bidang utama iaitu:
i. Bidang Perpustakaan
ii. Bidang Maklumat Digital / Latihan Teknologi Pendidikan
iii. Bidang Bahan Bantu Mengajar
6
Muka Surat 6
Peranan dan Tugas bidang-bidang utama seperti berikut:
1. Penasihat / Pengetua
a. Sebagai penasihat dalam pentadbiran PSS.
b. Memastikan PSS berjalan mengikut garis pandu yang telah ditetapkan oleh Unit Teknologi
Pendidikan (UTP).
c. Membantu serta menasihat perancangan, pelaksnaan program-program untuk mendapatkan
alat atau media serta lain-lain kemudahan bagi memenuhi keperluan pendidikan yang kian
mencabar.
d. Membentuk satu dasar yang praktikal bersama pengerusi-pengerui perkhidmatan media di
sekolah dan menyelaraskan kegiatan ini PSS yang lain dalam daerah yang sama dengan
kerjasama dan bantuan PSS.
e. Mengadakan perbincangan dengan pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Pegawai-
pegawai PPD, Pegawai PKG, Pegawai Kurikulum Negeri, Pegawai Unit Teknologi Pendidikan
mengenai Program Media di sekolah.
f. Menasihati dan membantu mengurus perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan
kerjasama Ahli Jawatankuasa PSS.
g. Memberi pandangan serta membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
h. Menyediakan kemudahan-kemudahan membaiki dan mengendali alatan pengajaran.
i. Menyebarkan konsep-konsep PSS kepada guru-guru, murid-murid dan masyarakat tempatan.
2. Pengurus Pusat Sumber Sekolah
a. Sebagai ketua pentadbiran PSS.
b. Memastikan PSS berjalan dengan berkesan untuk mecapai objektif PSS.
c. Membentuk satu dasat praktikal bersama penasihat mengenai perkhidmatan media di sekolah
dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan kerjasama dan bantuan PSS.
d. Menyelaras kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat dan memerlukannya.
e. Merancang untuk mendapatkan bantuan derma dari pihak-pihak tertentu dalam berbagai
bentuk moral dan material seperti wang tunai, buku-buku, dan bahan-bahan APD serta
kepakaran tertentu.
f. Merancang untuk mewujudkan Pusat Sumber dan merangka peranannya, kepentingannya dan
strategi perkembangannya.
g. Merancang perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa
PSS.
h. Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
i. Melahiran satu suasana yang boleh menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan
PSS dengan sepenuhnya demi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
7
Muka Surat 7
j. Mempengerusikan mesyuarat perancangan dan penilaian program tahunan pusat sumber
sekolah.
k. Menguruskan pelaksanaan dasar, program dan aktiviti pusat sumber sekolah.
l. Memeriksa dan mengodit rekod penggunaan untuk bidang-bidang perpustakaan, latihan
teknologi pendidikan dan maklumat digital, bahan-bahan mengajar serta alat pandang dengar.
m. Berkerjasam dengan agensi kerajaan, PIBG dan lain-lain agensi untuk meningkatkan koleksi
bahan dan perkhidmatan sumber pendidikan di pusat sumber sekolah.
3. Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
a. Bertanggungjawab kepada Pengetua / Penolong Kanan mengenai perancangan, pengurusan
dan perlaksanaan program pusat sumber dan teknologi pendidikan di sekolah.
b. Berperanan sebagai guru penyelaras yang mengawal selia bidang perpustakaan, bidang bahan
bantu mengajar dan bidang latihan teknologi pendidikan maklumat digital.
c. Membantu merancang dan melaksanakan program pembangunan dan penggunaan pusat
sumber sekolah serta perbelanjaan tahunan.
d. Membantu mengumpul maklumat/data serta mengisi borang soal selidik /status laporan PSS.
e. Membantu, membimbing / melatih guru dan pelajar dalam bidang kemahiran ICT.
f. Menguruskan fail dan rekod pelaksanaan program dan aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
g. Membantu membuat laporan bulanan, laporan mesyuarat dan laporan tahunan.
4. Setiausaha (Khas untuk Mesyuarat PSS)
a. Melapor segala laporan mesyuarat yang dijalankan.
b. Membuat laporan tahunan segala tindakan yang telah diambil dalam melaksanakan
perancangan tahunan PSS.
5. Ketua Bidang / Ketua Matapelajaran
a. Mengetuai guru-guru dalam panitia masing-masing.
b. Membuat saranan tentang jenis kursus / bengkel yang perlu diadakan.
c. Menilai tentang keberkesanan alat / bahan yang dibeli atau dihasilkan.
d. Membantu Penyelaras PSS meneliti dan mendapatkan alat / bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk guru dan murid.
e. Merancang program / aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pencapaian
akademik pelajar.
f. Mengemukakan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi dalam bidang masing-
masing serta berbincang untuk penyelesaian.
g. Membantu Penyelaras PSS mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran mengikut panitia
masing-masing.
8
Muka Surat 8
h. Membantu melengkapkan bahan-bahan mengajar dan mempamerkan kekayaan intelektual
matapelajaran tersebut pada sesuatu sudut di dalam bilik sumber guru serta membantu
mengumpul dan membeli courseware yang berguna dalam P & P.
i. Membantu dalam perlaksanaan projek-projek PSS. Contoh: Taman Sumber / Promosi PSS /
Papan Pameran / NOTIS.
6. Peranan dan Tugas Guru Perpustakaan Sumber (PPS)
a. Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatan-
perkhidmatan yang telah dan akan dijalankan.
b. Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan bercetak untuk kegunaan guru dan
murid.
c. Menggalakan pinjaman bahan cetak kepada guru-guru dan murid-murid.
d. Mengkatalog dan mengklafisikasikan bahan cetak yang terdapat di sekolah.
e. Merancang aktiviti tahunan.
f. Menyediakan jadual pinjaman dan penggunaan.
g. Menguruskan perolehan buku bacaan perpustakaan sekolah.
h. Menguruskan system pengkelasan dan pengkatalogan bahan bacaan, bahan pelbagai media
untuk perpustakaan.
i. Menguruskan Sistem Pengkelasan pinjaman dan rujukan bahan bacaan pelbagai media untuk
pelajar dan guru (termasuk Bilik mesyuarat , Bilik perbincangan & Bilik Media).
j. Menguruskan rekod perolehan bahan perpustakaan (bacaan, pelbagai media) dan aktiviti
penggunaan perpustakaan.
k. Memantau Program NILAM.
(i) Unit Perolehan
a. Memilih membeli buku-buku untuk diproses dan disimpan di perpustakaan.
b. Mengunjungi kedai-kedai buku untuk membeli buku-buku.
c. Memproses dan mengelaskan buku-buku mengikut sistemDewey.
d. Merekod buku-buku yang sudah diproses ke dalam buku perolehan dan komputer (Library
sistem).
e. Mengadakan rekod / catalog “Pusat”.
f. Memperoleh buku-buku daripada jabatan kerajaan, agensi-agensi berkenaan melalui pihak
sekolah.
g. Memperolehi buku-buku daripada pembekal sumber-sumber lain seperti persatuan NGO,
dan lain-lain.
h. Merekod Pencapaian pelajar dan rekod-rekod lain.
9
Muka Surat 9
(ii) Unit Perkhidmatan / Rujukan
a. Pembekal maklumat-maklumat tentang perkhidmatan di perpustakaan kepada guru-guru
dan pelajar-pelajar (Kaunter Perkhidmatan / Edaran).
b. Menguruskan masalah-masalah yang dihadapi oleh pustakawan berkaitan persatuan pusat
sumber.
c. Penyebar maklumat tentang aktiviti-aktiviti di Persatuan pusat sumber melalui risalah dan
courseware serta papan kenyataan / cogan kata ilmu dipamerkan.
d. Mendedahkan fungsi Persatuan Pusat sumber.
e. Mengumpul data dan menyerahkannya kepada Unit Data.
7. Peranan Guru bagi Pusat Sumber Guru ( PSG )
(Bidang Bahan Bantu Mengajar / Alat Pandang Dengar)
a. Menguruskan perolehan dan penggunaan alat dan bahan Bantu pengajaran dan pembelajaran.
b. Menguruskan penerbitan dan koleksi pelbagai media pengajaran dan pembelajaran bukan
buku.
c. Menguruskan dan menyelenggara ruang, peralatan dan pekakasan teknologi pendidikan.
d. Merancang aktiviti bahagian bahan bantu mengajar seperti Kelab Arkib / Persatuan Pusat
Sumber.
e. Menyediakan Jadual Tugas untuk guru AJK Bahan Bantu Mengajar.
f. Menyediakan Buku Penggunaan (Pinjaman) bahan.
g. Mengkatalog dan mengklafisikasikan bahan.
h. Mengorganisasikan bahan supaya guru mudah mengesan bahan.
i. Menyebar maklumat mengenai bahan yang baru diterima dan memberi tunjuk-ajar tentang
penggunaannya.
j. Memberi bengkel penghasilan bahan kos rendah.
k. Menceriakan bilik.
l. Membuat bancian Laporan Penggunaan Bahan (penilaian pinjaman) setiap bulan.
m. Menggalakkan guru-guru mereka cipta dan membuat bahan-bahan bantu mengajar dari bahan-
bahan terbuang dan kos rendah.
n. Menyediakan Jadual Rancangan Radio dan TV Pendidikan.
o. Menyebarkan nota guru untuk rancangan Radio dan TV Pendidikan.
p. Merekod alat dalam Rekod Perolehan.
q. Mengkatalog dan mengklafisikasikan pita rakaman Audio dan Video serta merakam salinan
rancangan TVP.
10
Muka Surat 10
r. Menyimpan rekod dan membuat penilaian tentang penggunaan alat / bahan media di sekolah.
Penilaian ini perlu dibuat untuk mengetahui kekerapan penggunaan bahan media pengajaran.
s. Membantu unit kurikulum di sekolah dari segi penggunaan bahan media dalam pengajaran dan
pembelajaran.
t. Menasihat dan menggalakkan ahli-ahli persatuan Pusat Sumber Sekolah menjalankan tugas
dengan aktif dan kreatif.
u. Mengadakan pameran.
v. Menggalakkan penggunaan rancangan TV Pendidikan ‘On-Air’ dan ‘Off-Air’.
w. Mewujudkan sudut khas / bacaan / kerja di bilik sumber guru.
x. Pemantauan sistem pengurusan bilik sumber guru.
11
Muka Surat 11
Get documents about "