PENDIDIKAN TINGGI SEJAGAT AMALAN SEMASA DAN PERSPEKTIF by thu16555

VIEWS: 0 PAGES: 4

									                                                                    PENDIDIKAN TINGGI SEJAGAT:
14-16 December 2009   •   Parkroyal Hotel, Penang, Malaysia

                                                              AMALAN SEMASA DAN PERSPEKTIF MASA DEPAN

                                                                            13 – 16 Disember 2009
                                                                    Hotel Parkroyal, Pulau Pinang, Malaysia




                          Latar Belakang dan Rasional

                          Pembangunan serantau yang semakin pesat bukan sekadar meliputi isu-isu perkembangan
                          ekonomi dan keselamatan serantau, malah telah berkembang dalam penyepaduan
                          pendidikan tinggi serantau.        Blok serantau seperti Kesatuan Eropah (EU), Perjanjian
                          Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
                          (ASEAN) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), telah berusaha ke arah menggalakkan
                          serta melestarikan penyepaduan pendidikan tinggi dalam kalangan negara serantau. Usaha
                          penyepaduan tersebut termasuklah memiawaikan kelayakan akademik, menyokong
                          pendidikan tinggi melalui identiti serantau, menggalakkan kerjasama antara institusi serantau
                          serta menyediakan peron (platform) ke arah mengharmonikan pendidikan tinggi. Yang
                          menariknya, pengharmonian pendidikan tinggi dalam konteks negara membangun masih
                          berpaksikan model barat.

                          Universiti dan institusi pendidikan tinggi turut membina rangkaian formal secara berkumpulan
                          mahupun bersekutu. Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL),
                          Association of Commonwealth Universities (ACU), Association of African Universities (AAU),
                          European Universities Association (EUA), dan International Association of Universities (IAU)
                          adalah antara institusi bersekutu terkemuka yang menjalin usaha sama untuk memajukan
                          pendidikan tinggi.

                          Memandangkan terdapat banyak persamaan mengenai inisiatif yang dilakukan oleh
                          pelbagai pihak di semua rantau untuk menggalakkan pembangunan pendidikan tinggi
                          melalui peron yang sama (yang lebih cenderung terhadap model barat), maka
                          perbincangan tentang kepraktisan dan kewajaran negara-negara Asia dan Afrika untuk
                          mengorak langkah yang sama adalah tepat pada masanya. Kemelesetan ekonomi sejagat
                          yang sedang berlaku telah mewujudkan satu lagi latar belakang dan konteks yang menarik
                          untuk dianalisis dan difikirkan terhadap kesesuaian model barat dalam pembangunan sistem
                          pendidikan tinggi di Asia dan Afrika.

                          Berlatarbelakangkan kemelesetan ekonomi sejagat yang sedang berlaku, adalah perlu untuk
                          membuat analisis yang mendalam terhadap pendidikan tinggi sejagat secara menyeluruh.
                          Tidak dinafikan bahawa krisis ekonomi memberi kesan kepada pendidikan tinggi sejagat. Oleh
                          itu, adalah penting untuk kita membincangkan hala tuju pendidikan tinggi yang berubah
                          akibat peristiwa sejagat yang sedang berlaku. Kita juga perlu memahami kesannya terhadap
                          pendidikan tinggi sejagat akibat daripada pembangunan masa kini, dalam usaha
                          menyediakan diri kita untuk menghadapi cabaran mendatang. Yang menariknya, sistem
                          pendidikan tinggi dan/atau institusi yang pelbagai telah memberi reaksi yang berbeza
                          terhadap kemelesetan ekonomi sejagat. Hal ini akan memberikan gambaran tentang masa
                          depan pendidikan tinggi dalam sistem yang berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk kita
                          membincangkan tentang masa depan pendidikan tinggi sejagat dalam konteks senario
                          yang bakal wujud.

                          Kemelesetan ekonomi telah memberi kesan kepada sistem pendidikan tinggi dan universiti di
                          seantero dunia. Dari segi kewangan, aktiviti pasaran semakin berkurangan, yang akhirnya
                          menjejaskan pendapatan negara di serata dunia. Hal ini telah memaksa kerajaan mengawal
                          perbelanjaan termasuklah untuk pembangunan pendidikan tinggi. Perkara ini akan
                          menimbulkan kesan yang ketara terhadap perkembangan pendidikan tinggi sejagat pada


                                                                                      1
masa hadapan, sekurang-kurangnya pada waktu ini sehingga krisis ekonomi reda. Adalah
penting untuk memahami keadaan ekonomi sejagat pada masa ini kerana jelas bahawa
keadaan yang sedang berlaku akan mempengaruhi keadaannya pada masa hadapan. Kita
tidak mampu menyangkal bahawa walaupun tumpuan utama pendidikan tinggi adalah
terhadap pendidikan, namun aspek ekonomi masih memainkan peranan penting dalam
perkembangan serta kelestarian pembangunannya.

Setakat yang kita faham tentang keadaan semasa dan kesannya terhadap masa depan
pendidikan tinggi, maka kita perlu mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menampan krisis ekonomi yang sedang berlaku. Langkah ini amat penting dalam konteks
pendidikan tinggi di Asia dan Afrika. Sesetengah langkah mungkin tidak dapat dilaksanakan,
namun kita harus merintis satu pelan tindakan yang mampu untuk menampan kemelesetan
ekonomi.      Oleh yang demikian, kita perlu memahami isu-isu sejagat yang akan
mempengaruhi pendidikan tinggi dalam sektor awam dan sektor swasta pada abad ke-21. Di
sinilah letaknya hala tuju pendidikan tinggi untuk memantapkan, mengembang dan
membangunkan sistem pendidikan tinggi.


Subtema

Forum ini bertujuan untuk meneliti isu-isu semasa dan masa depan, dengan memfokuskan
kepada subtema berikut:

   1. Penyatuan dan Pengharmonian Pendidikan Tinggi – Satu Model Sesuai untuk Semua?
      • Kepelbagaian model Pendidikan Tinggi, sama ada semasa atau kebelakangan ini
      • Amalan semasa dalam pengharmonian serantau sistem Pendidikan Tinggi
      • Isu-isu dan cabaran dalam usaha sama Pendidikan Tinggi serantau

   2. Pendidikan Tinggi dalam Dunia Persaingan Sejagat – Dari Komoditi Perdagangan ke
      Komoditi Persaingan
      • Wajarkah Pengajian Tinggi dijadikan Komoditi Perdagangan?
      • Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi: Adakah ia satu kegagalan?
      • Kedudukan dan tanda aras sejagat Institusi Pengajian Tinggi: Siapa yang
         Mendapat Manfaat?

   3. Pengajian Tinggi dalam Era Pergolakan Kewangan dan Ekonomi Sejagat
      • Kesan daripada krisis ekonomi dalam sektor Pengajian Tinggi: Biasiswa,
         Pendaftaran Pelajar, Kualiti dan sebagainya
      • Adakah Pengajian Tinggi di Negara-negara sebelah Selatan turut terjejas sama
         seperti di Negara-negara sebelah Utara? Apakah yang akan memberi kesan
         kepada perkembangan dan pembangunan negara?
      • Bagaimanakah cara untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut?           Adakah
         terdapat cara-cara untuk bekerjasama antara Pengajian Tinggi di Negara Utara-
         Selatan?

   4. Senario Masa Depan Pengajian Tinggi
       • Pengajian Tinggi menyediakan keperluan tempatan atau sejagat, atau kedua-
         duanya?
       • Model pilihan lain untuk masa depan Pengajian Tinggi
       • Menyemai nilai dan kewajipan kepada kemanusiaan untuk masa depan
         Pengajian Tinggi




                                            2
Pendekatan

GHEF2009 akan membincangkan semua subtema di atas dari perspektif sejagat dan
serantau. Oleh itu, kami akan menganjurkan beberapa sesi pleno dan/atau panel
perbincangan berdasarkan (1) perspektif sejagat (2) perspektif serantau dan (3) perspektif
perbandingan antara kedua-duanya.


Penyertaan

Forum Pendidikan Tinggi Sejagat (GHEF2009) bakal menemukan para sarjana, penggubal
dasar, penyelidik, ahli akademik dan pentadir untuk meninjau, menganalisis, berbincang dan
berbahas tentang pelbagai isu berkaitan pendidikan tinggi sejagat dalam konteks negara
Selatan-Selatan. Secara khususnya, GHEF2009 akan memberi tumpuan terhadap tema
Pendidikan Tinggi Sejagat di samping meninjau serta mengkaji mengenai faedah dan
cabarannya. Pada masa yang sama, forum ini juga akan merangka hala tuju untuk
meningkatkan serta membangunkan sistem pendidikan tinggi.


Tarikh-Tarikh Penting

 Penyerahan Abstract                             15 Julai 2009
 Maklum balas mengenai penerimaan abstrak         31 Julai 2009
 Penyerahan Kertas Kerja Lengkap                   31 Ogos 2009
 Tarikh Tutup Penyertaan                          15 November 2009



Yuran Penyertaan

             Kategori                            Pendaftaran Awal            Pendaftaran
                                             (sebelum 15 Sept 2009)     (15 Sept – 15 Nov 2009)
Tempatan     Peserta                        RM 800.00                   RM900.00
             Kumpulan (3 dan ke atas dari   RM700.00 setiap peserta
             organisasi yang sama)
             Pelajar*                       RM 300.00
Luar         Peserta                        USD 800.00                  USD 900.00
Negara
             Kumpulan (3 dan ke atas dari   USD 700.00 setiap peserta
             organisasi yang sama)
             Pelajar*                       USD 300.00

* Sila hantar salinan ID pelajar bersama-sama Borang Penyertaan.


Yuran Penyertaan merangkumi bahan-bahan persidangan, empat kali tea-break, tiga kali
makan tengahari dan sekali makan malam.

•   Pembayaran untuk Pendaftaran Early Bird perlu dijelaskan sebelum 15 SEPTEMBER 2009.
•   Bayaran penuh perlu dijelaskan pada atau sebelum 15 NOVEMBER 2009.
•   Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 NOVEMBER 2009.




                                             3
Terma dan Syarat-Syarat Pembayaran

   1. Pendaftaran diutamakan kepada peserta yang mendaftar awal. Pembayaran
      kepada GHEF2009 perlu dibuat SECARA PENUH, tidak termasuk bayaran dan
      perkhidmatan bank. Kos-kos lain perlu ditanggung oleh peserta. Resit rasmi akan
      dikemukakan setelah bayaran penuh diterima.
   2. Borang pendaftaran dan pembayaran perlu dikemukakan kepada pihak urusetia
      sebelum 15 NOVEMBER 2009 untuk melicinkan pendaftaran. Pihak urusetia berhak
      untuk menolak penyertaan sekiranya bayaran tidak diterima. Wang tidak akan
      dikembalikan sekiranya terdapat pembatalan selepas 30 OKTOBER 2009. Walau
      bagaimanapun, peserta pengganti akan dipertimbangkan. Sila maklumkan kepada
      pihak Urusetia dengan kadar segera jika terdapat sebarang perubahan. Pihak
      Urusetia juga berhak untuk menukar tarikh dan tempat persidangan sekiranya perlu.
   3. Keputusan pihak urusetia berhubung persidangan ini adalah muktamad.


Cara Pembayaran

1. Pembayaran melalui bank dalam RM/USD atas nama “Bursar Universiti Sains Malaysia”


Nombor Akaun       070-20001054-716

Bank               BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

Alamat            Service Centre, Universiti Sains Malaysia, Bangunan D12,
                  11800 USM, Pulau Pinang

Telefon            04-660 4600

KOD SWIFT          BMMBMYKL

No. Rujukan        GHEF2009 serta nama peserta dan institusi



2. Pembayaran Melalui Cek dalam RM/USD atas nama “Bendahari Universiti Sains Malaysia”
   Sila kemukakan cek berserta nama peserta, institusi dan bayaran untuk GHEF2009.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: gheforum@usm.my atau ipptn@yahoo.com atau
layari laman web http://www.gheforum.usm.my

                                  GHEF2009 Secretariat

                      Institut Penyelidikan Pendidikan TInggi Negara
                            Suite 109, Tingkat 1, Kompleks EUREKA
                                    Universiti Sains Malaysia
                                11800 Pulau Pinang, MALAYSIA

               Te;: 604-659 0534 / 653 3888 samb. 4090 Faks: 604-659 0532
                          (8.30 pagi - 5.00 petang, Isnin -Jumaat)
                URL: http://www.usm.my/ipptn Email: ipptn@yahoo.com




                                            4

								
To top