MENGATASI MASALAH KEBERSIHAN FIZIKAL DI KALANGAN

Document Sample
scope of work template
							     SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ WAN AHMAD RASDI
                   34850 CHANGKAT JERING




MENGATASI MASALAH KEBERSIHAN FIZIKAL DI KALANGAN
          SEGELINTIR PELAJAR PEREMPUAN
           SMK DATO’ WAN AHMAD RASDI
MELALUI KAEDAH KAUNSELING KELOMPOK DAN TAKLIMAT




                           oleh
           PN PREMA A/P K.NARAYANASAMY
            PN ROMADIAH BINTI MAT SAFAR
               MENGATASI MASALAH KEBERSIHAN FIZIKAL
            DI KALANGAN SEGELINTIR PELAJAR PEREMPUAN
     SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ WAN AHMAD RASDI
     MELALUI KAEDAH KAUNSELING KELOMPOK DAN TAKLIMAT




1.     ISU KEPERIHATINAN
       Didapati segelintir pelajar perempuan datang ke sekolah terdiri dari pelajar yang
kurang perihatin terhadap kebersihan fizikal mereka. Antaranya mereka kurang            peka
terhadap perlunya pemakaian pakaian seragam sekolah yang kemas dan rapi, gigi yang bersih,
kuku kaki dan tangan yang pendek dan bersih, mandi dan masalah badan berbau serta
penggunaan tuala wanita yang betul. Dari penelitian dan kajian ke atas mereka didapati
beberapa faktor yang mempengaruhi sikap mereka itu.


       Faktor persekitaran pelajar yang datang dari berbagai sosio ekonomi, latar belakang
kehidupan, pendidikan keluarga dan keterbukaan terhadap maklumat kesihatan dan
kebersihan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sikap pelajar terhadap isu di
atas. Sebagai seorang Guru Kaunseling Sekolah dan pengkaji merasakan perlu membantu
pelajar–pelajar tersebut. Beberapa kaedah dan teknik disarankan sebagai usaha menangani
masalah kebersihan fizikal segelintir pelajar perempuan SMKDWAR.


2.     OBJEKTIF KAJIAN
       2.1 Objektif Umum :
            Mengatasi masalah kebersihan fizikal segelintir pelajar perempuan.
       2.2 Objektif Khusus :
          a. Mengenal pasti punca permasalahan kebersihan fizikal.
          b. Mengenal pasti kaedah dan teknik pencapaian yang berkesan yang dapat
             membantu pelajar mengetahui kepentingan kebersihan.
          c. Perlaksanaan amalan pengurusan diri yang betul dari segi bau badan, cara
             mandi, seragam sekolah, gigi, kuku yang bersih dan penggunaan tuala wanita
             yang betul dalam kehidupan seharian.


3.     SASARAN
       Kumpulan sasaran kajian ini alah 40 orang pelajar perempuan dari tingkatan satu
       hingga lima 2008 di SMK Dato’ Wan Ahmad Rasdi.




                                            2
4.   GERAKERJA


     4.1   TINJAUAN MASALAH
           a.     Pelajar ada potensi tetapi tidak berminat untuk belajar dan
                  bermotivasi rendah.
           b.     Sikap pelajar yang merasakan dirinya tidak penting dan rendah diri.
           c.     Prestasi      pencapaian   dalam         akademik   yang      kurang
                  memberangsangkan.


     4.2   PELAKSANAAN PROGRAM
           a.     Pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga 5 di pilih secara
                  pemerhatian dan di pilih secara rawak.
           b.     Seterusnya, pelajar menduduki inventori SIDEK di mana untuk
                  menentukan minat mereka dalam bidang yang hendak diceburi.
           c.     Menghadiri 9 sesi kaunseling Kelompok REBT ( Rasional Emotif
                  Behavior Therapy) Subjek Kajian yang dipilih, telah menghadiri dan
                  mengikuti sesi kaunseling kelompok REBT secara mingguan. Setiap
                  sesi memakan masa 1 jam dimana modul-modul yang disediakan
                  mengikut kesesuaian klien dan juga berdasarkan rujukan modul-
                  modul yang telah terbukti kebolehpercayaan dan keesahannya turut
                  digunakan dalam kajian ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan
                  semasa sesi kaunseling kelompok itu ialah:
           i)     Aktiviti Penentuan Matlamat dan Biodata Diri
           -      Penerangan tentang objektif dan matlamat penglibatan dalam
                  kelompok.
           -      Mengenali ahli-ahli kelompok secara lebih dekat.
           ii)    Ice Breaking – Rantai nama.
           -      Membina hubungan rapat di kalangan ahli
           -      Mewujudkan kemesraan dan suasana yang teraputik sebelum sesi
                  kaunseling dijalankan.
           -      Ahli dilatih untuk membuang sikap ragu-ragu, tidak percaya, takut
                  dan sebagainya untuk membolehkan kelompok berkembang dengan
                  lebih baik.
           iii)   Kenal pasti masalah, berkongsi masalah dengan rakan dan motivasi
                  dalam diri
           -      Perbincangan dan memberi peluang kepada setiap ahli untuk




                                        3
Membuat pengluahan kendiri agar segala apa sahaja masalah yang terpendam
             dapat melegakan perasaan mereka.
-            Membantu ahli menyesuaikan diri dalam kelompok dan
berkongsi pengalaman dan masalah di kalangan ahli.
iv)          Aktiviti Kenali Diri
-            Ahli-ahli kelompok dapat menilai diri mereka dengan lebih positif
             dan percaya bahawa mereka lebih cekap, hebat dan berkebolehan.
-            Ahli-ahli kelompok akan mempunyai kesedaran yang tinggi,
             menerima diri dengan lebih positif, menghargai diri sendiri serta
             menyedari kekuatan dan kelemahan diri.

v)           Aktiviti Diriku yang ku kenali

-      Menyedarkan kelompok bahawa kebersihan fizikal amat
                 penting pada diri masing-masing dan risiko yang perlu di
                 hadapi kelak.
         -      Membantu pelajar membina gambaran kehidupan akan
                datang.
         -      Mengenali potensi yang ada dalam diri pelajar akan dapat
                 membentuk sahsiah secara lebih strategi.


vi)          Perbincangan tentang matlamat dan Sasaranku
-            Pelajar dapat menentukan matlamat dan sasaran yang perlu
Dicapai seterusnya merangka tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi
             meningkatkan prestasi dan sahsiah mereka di masa akan datang.


vii)         Kebersihan Diri
-            Perbincangan kepentingan kebersihan diri. Remaja positif
Ialah remaja yang menjaga kebersihan. Memberi pendedahan tentang
             kepentingan kebersihan diri.
-            Dengan menggunakan modul-modul penjagaan kebersihan
Diri, pelajar dapat meyedari kepentingan kebersihan dan pengurusan diri.


viii)        Kemahiran menangani stress
-            Menegaskan kepada klien bahawa minda dan fizikal yang sihat
             adalah pemangkin kepada kecemerlangan seseorang individu serta




                                    4
                         dapat menghindarkan seseorang itu daripada terjebak dengan gejala-
                         gejala negative dan tidak sihat.
                 -       Membantu klien menguruskan tekanan dengan lebih bijak supaya
                         tidak merasa rendah diri.
                 -
                 ix)     Refleksi diri
                 -       Setiap individu dalam kelompok diberi peluang dan ruang
                 untuk menceritakan apa sahaja pengalaman dan perasaan setelah selesai
                         menjalankan sesi kaunseling kelompok.


5   DAPATAN KAJIAN
    Kajian dijalankan ke atas pelajar tingkatan 1 hingga 5 dipilih secara rawak, 40 orang
    pelajar perempuan.


    5.1 Analisis Data
         5.1.1       Kaedah Pemerhatian
                         Kaedah ini digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan di
                         luar kelas. Di dapati keadaan fizikal dan pakaian agak tidak kemas
                         dan kurang kebersihan.
         5.1.2       Temubual
                         Melalui sesi temubual yang dibuat dengan responden dan guru-guru
                         kelas untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh responden
                         sewaktu dalam kelas dan luar kelas. Daripada hasil temubual yang
                         dijalankan, didapati sememangnya sentiasa ada pelajar yang selalu
                         datang sekolah tanpa menghiraukan       kebersihan diri mereka dan
                         sikap “tak mengapa” pula wujud pada diri responden. Sebab mereka
                         menganggap diri mereka itu tidak glamour dikalangan pelajar-pelajar
                         lain.
6   RUMUSAN
    Dapatan yang diperolehi daripada hasil temubual, rujukan dari guru-guru dan rakan-
    rakan responden telah menunjukan bahawa faktor kebersihan fizikal adalah sudah
    menjadi satu amalan biasa dikalangan segelintir pelajar di mana mereka tidak dapat
    memberikan sebab yang munasabah, malah juga gagal memberitahu punca yang
    sebenar mengapa keadaan diri mereka begitu.




                                               5
                                                                                 LAMPIRAN A


                 LAPORAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN
                            PERINGKAT SEKOLAH 2008


 1.   Nama Pengetua/ Guru          Muhamad Dan bin Mahat ( Pemangku)
      Besar
 2.   Nama dan alamat sekolah      SMK Dato’ Wan Ahmad Rasdi, 34850, Changkat Jering

 3.   Jenis Sekolah                  4         SK = 1 SJKC = 2          SKJT = 3    SM = 4
 4.   Gred Sekolah                   1         A=1         B=2          SKM = 3    SOA = 4
 5.   Surat Pekeliling Program                                              Ada       Tiada
      Kajian Tindakan              1. J. Pen. Pk. (AM) 494/ Jld.9(90)        /
      Peringkat Sekolah 2008         Bertarikh 18 Disember 07
 6.   Tarikh Pembentangan          21 Jun 2008
 7.   Masa                         12,30 tengahari hingga 01.30 petang
 8.   Tempat                       Pusat Sumber Sekolah SMKDWAR
 9.   Mata Pelajaran               Bimbingan dan Kaunseling
10.   Tajuk Kajian ( Berkaitan     Mengatasi Masalah Kebersihan Fizikal Dikalangan
      dengan isu)                  Segelintir Pelajar Perempuan SMKDWAR melalui
                                   kaedah Kaunseling Kelompok dan Taklimat
11.   Isu/Keperihatinan/           Masalah Segelintir Pelajar Perempuan yang Kurang
      Masalah Kajian               Memberi Perhatian Terhadap Kebersihan Fizikal.
12.   Refleksi isu /Keprihatinan   Dapat menyedari diri dan mula menjaga kebersihan diri
      /Masalah                     sendiri .
13.   Objektif Kajian              Mengatasi masalah kebersihan fizikal dikalangan
                                   segelintir pelajar perempuan
14.   Kumpulan Sasaran             40 orang pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga 5
15.   Nama Pembentang              1. Pn Prema A/P Narayanasamy
                                   2. Pn Romadiah binti Mat Safar
16.   Kumpulan Penyelidik          1. Pn Prema A/P Narayanasamy
                                   2. Pn Romadiah binti Mat Safar
                                   3. Pn Hj Nooriny binti Abu Bakar
                                   4. Pn Rozana binti So-om
                                   5. Cik Puziah binti Mohd




                                               6
17.        Bilangan guru yang hadir                          55 orang
18.        Senarai guru yang tidak                           Sila lihat kehadiran
           hadir
19.        Sinopsis Pembentangan
           ( Gunakan lampiran                                LAMPIRAN
           berasingan jika perlu
20.        Masalah yang dihadapi                          1. Masalah kehadiran klien
           ketika membuat kajian                          2. Kekangan masa
21.        Cadangan tindak ikut                            Ingin pendedahan yang lebih terperinci dalam bidang
                                                           kajian tindakan.




..............................................................




Catatan : Laporan hendaklah ditaip




                                                                     7

						
Related docs
Other docs by mzj20485
Memoranduum by Boots Plc to the Lords Science
Views: 6  |  Downloads: 0
Mo Small Scale Industries
Views: 25  |  Downloads: 0
Federal Tax Data Sheet
Views: 20  |  Downloads: 0
WHO Child Growth Standards Banners
Views: 20  |  Downloads: 1
Microsoft Excel Level One
Views: 5  |  Downloads: 0