Bahagian Sekolah Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tingkat - PDF by xld14276

VIEWS: 858 PAGES: 9

More Info
									Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,
Kuala Luinpur.                                            Telefon: 922066
________________________________________________________________________
                                                     Rui. Fail: KP. 8591/(96)

                                                                15hb. September, 1982.

Semua Pengarah Pelajaran
Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1982

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan S.R.P. dan S.R.P./L.C.E. (Sarawak)
bagi Murid-murid Tingkatan III - Garis Panduan.

Adalan dimaklumkari bahawa cuti sekolah penggal ketiga bagi tiap-tiap tahun lazimnya
bermula kira-kira tiga atau empat minggu selepas tamatnya Peperiksaan S.R.P./ L.C.E. bagi
tahun itu. Sepatutnva kerja sekolah dalam tempoh sebelum cuti sekolah penggal ketiga itu
hendaklah dijalankan seperti biasa bagi semua kelas menengah termasuk kelas-kelas
Tingkatan III

2. Sebagaimana tuan sedia maklum, lazimnya sukatan pelajaran bagi mata-mata pelajaran
Tingkatan III telah habis diajar sebelum Peperiksaan SRP itu. Akibatnva, selepas tamat
peperiksaan,murid-murid kurang tertarik untuk datang ke sekolah. Sebenarnva murid-murid
suka bersekolah, kalau di sekolah itu terdapat, keadaan dan suasana vang menyeronokkan
mereka dan bukan satu keadaan dan suasana disebaliknva. Dalam hal ini, sekolah harus
berusaha supaya murid-murid suka bersekolah. Oleh vang demikian, adalah difikirkan perlu
bagi setiap orang Guru Besar dan guru merancang aktiviti-aktiviti yang menarik dan
menyeluruh, khususnya untuk murid-murid Tingkatan III.

3, Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk memberi panduan kepada Guru Besar yang terlibat
tentang kegiatan-kegiatan bagi murid-murid Tingkatan III supaya mereka dapat mengatur
dan melaksanakan rancangan yang sesuai mengikut kemampuan dan kemudahan yang ada
di sekolahnya. 'Garis Panduan Kegiatan untuk Tingkatan III' vang terkandung dalam
Lampiran A kepada Surat Pekelifing ini adalah merupakan panduan sahaja. Pihak sekolah
adalah dikehendaki menyesuaikannya dengan menokok-nambah lain-lain aktiviti yang
difikirkan perlu dan sesuai. Dalam usaha menyusun dan melaksanakan rancangan ini, Guru
Besar yang berkenaan adalah diingatkan bahawa : -

        3.1. Rancangari bagi sekolahnya hendaklah disediakan dengan lengkap yang
             menujukkan jadual waktu bagi sepanjang tempoh 3 atau 4 minggu dengan
             kegiatan-kegiatannya sekali.

        3.2. Cara melaksana dan menyelia kegiatan-kegiatan rancangan ini hendaklah
             kemas dan teratur supaya disiplin sentiasa terkawal.

4.        Untuk mempastikan supaya rancangan ini akan berjalan dengan licin dan
mencapai kejayaan yarig diharapkan, Guru-guru Besar adalah diminta menggunakan
inisiatif mereka serta rneagambil langkah-langkah yang berikut:-
      4.1. Satu salinan rancangan seperti yang dikehendaki dalam 3.1. di atas hendaklah
           dikirimkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan salinannya ke Pejabat
           Pelajaran Daerah, sekurang-kurangnya satu minggu sebelum Peperiksaan,
           S.R.P. bermula. Peiabat Pelajaran Daerah pula hendaklah mengawas
           rancangan ini.

      4.2. Rancangan ini hendaklah diberitahu awal-awal kepada semua guru di sekolah
           itu supava mereka boleh membuat persediaan yang sewajarnya.

      4.3. Meminta kerjasama sekalian ibu bapa murid-murid Tingkatan III mengenai
           rancangan ini dan memaklumkan dengan surat kepada mereka sekalian
           bahawa anak-anak mereka hendaklah terus datang belajar di sekolah sehingga
           akhir penggal. Mereka ini hendaklah diberitahu juga bahawa pelajaran dalam
           mata-mata pelajaran penting akan terus diajar selain daripada acara
           kegiatan-kegiatan vang dirancangkan kerana semuanya ini adalah pendidikan
           vang akan menguntungkan murid-murid.

       4.4. Satu laporan ringkas mengenai kesan rancangan di peringkat sekolah
            dan syor-syor yang membina bagi memperbaiki rancangan ini hendaklah
            dikirimkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri
            hendaklah mengirirnkannya ke Bahagian ini untuk dijadikan bahan rujukan di
            masa-masa vang akan datang.

5.    Berikut adalah garis-panduan bagi rancangan ini

      5-1. Fungsi aktiviti

           5.1.1. Dapat membantu dan memberi galakan kepada murid-murid baik dari
                  segi pelajaran atau aktiviti-aktiviti kokurikulum;

           5.1.2. Dapat mengasah dan memajukan bakat, minat serta kecenderungan
                  yang ada pada murid-murid;

           5.1.3. Dapat memberi kepuasan psikologi serta dapat membantu
                  pertumbuhan sosial dan mental murid-murid;

          5.1.4. Dapat menjalankan hubungan rapat dan mesra antara guru-guru
                 dengan murid-murid dan antara murid-murid dengan murid-murid;

          5.1.5. Dapat memberi kebebasan tetapi dalam bentuk terkawal, bagi
                 menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan;

          5.1.6. Dapat memenuhi naluri semulajadi murid-murid seperti suka
                 berkelompok dan sebagainya;

          5.1.7. Memupuk semangat kerjasama;

          5.1.8. Memupuk dan memperkukuhkan nilai-nilai keislaman di kalangan
                 murid-murid Islam;
          5.1.9. Dapat menggunakan pengetahun dan kemahiran-kemahiran yang sedia
               ada serta dapat memperkukuhkan dan memperkayakannva.

5.2. Kaedah Pelaksanaan
        5.2.1. Adalah difikirkan lebih berkesan lagi, sekiranva rancangan aktiviti-aktiviti itu
               dibuat dan dikelolakan sendiri oleh murid-murid di bawah bimbingan dan
               pengawasan guru-guru.

        5.2.2. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah memberi pe!uang kepada semua murid
               melibatkan diri dengan aktif. Hal ini dapat dilaksanakan,misalnya
               mengadakan / menjalankan pelbagai aktiviti dalam masa yang sama
               mengikut kebolehan,minat dan kecenderungan murid-niurid.

        5.2.3. Bagi aktiviti-aktiviti yang bercorakkan akademik, aktiviti-aktiviti itu hendaklah
               dikaitkan dengan peiajaran secara formal (lihat 5.1)

        5.2.4. Penghargaan dalam apa jua bentuknva dapat memberi dorongan kepada
               murid-murid untuk mengambil bahagian, adalah digalakkan.

        5.2.5. Jenis aktiviti-aktviti itu seelok-eloknya dapat memenuhi fungsi-fungsi tertentu
               (lihat 5.1), samada secara kumpulan atau individu.

6.      Dengan adanya Surat Pekeliling ini, maka Surat Pekeliling Ikhtisas Bi. 10 / 1976
bertarikh 3hb. September, 1976 dan Surat KP(BS)8590/SJ.1/ Jld.II/(3) bertarikh 16hb.
Oktober, 1978, mengenai Tambahan kepada Pekeliling lktisas Bil. 10/ 1976 adalah
dibatalkan.

7.    Harap maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua Guru Besar
Sekolah Menengah bantuan penuh/kerajaan dalam negeri tuan.

Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,




(DATUK ABD. AZIZ BIN ISMAIL)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II
b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k.

  1.    Setiausalia Sulit kepada,
        YB. l4enteri Pelajaran Malaysia.

  2.    Setiausaha Sulit kepada,
        YB.Tiinhalan Menteri Pelajaran I.

  3.    Setiausaha Sulit kepada,
        YB. Tinihalan Menteri Pelajaran II.

  4.    Ketua Setiausalia, Kementerian Pelajaran.

   5.   Ketua Pengarah llelajaran, Kementerian Pelajaran.
   6.   Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran.

   7.   Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran.

   8.   Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II,Kementerian Pelajaran.

   9.   Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran,

 10.    Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.

 11.    Ketua Jemaah Nazir, Kementerian Pelajaran.

 12.    Pegawai Khas I kepada YB. Menteri Pelajaran.

 13.    Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran.

/lyh.

                                                                       LAMPIRAN A

                                     GARIS PANDUAN

                     AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN SELEPAS
                      PEPERIKSAAN SRP DAN SRP/LCE (SARAWAK)
                                  UNTUK TINGRATAN III

       Kegiatan-kegiatan yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan cadangan dan
pihak sekolah bolehlah memilih melaksanakannya mengikut kemampuan,
kemudahan-kemudahan yang ada dan kedudukan sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN

1.0     Pelajaran Tambahan

        Kegiatan-kegiatan di dalam / luar kawasan sekolah

        2.1. Permainan-permainan olahraga, jimnastik, permainan-permainan seperti
             mencungkil bakat, syarahan, pantun, muzik, nyanyian, lakunan/drama. bahas,
             kuiz, karangan dan lain-lain;

        2.2. Peraduan syarahan, kuiz, catur, bahas dan sebagainya;

        2.3. Pertukangan kayu, seni perusahaan, sains rumahtangga dan lain-lain.

        2.4. Rancangan 'Buku Hijau', berkebun. Menternak ;

        2 5, Khidmat gotong royong di sekolah seperti :-

               (a)   Membersih dan mencantikkan alam sekitar (environment) sekolah;
               (b)   Mengecat perabut, membaiki harta-benda sekolah, menyelengara
                     perpustakaan.
        2.6.    Tayangan filem-filem pendidikan, Radio/TV Pendidikan, video;

        2.7. Projek-projek perkhidmatan masyarakat dan projek-projek penyelidikan
             akademik.
3.0   Lawatan sambil belajar

      Melawat tempat-tempat yang berfaedah dan menarik, seperti:

      3.1. Kilang-kilang dan perindustrian;

      3.2. Ladang-ladang dan kilang-kilang getah, kelapa sawit dan lain-lain;

      3.3. Kolam air, kolam ikan, rancangan tali air;

      3.4. Tempat-tempat ternakan, Zoo;

      3.5. Pejabat-pejabat kerajaan, Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Mahkamah, balai polis,
           bomba dan lain-lain;

      3.6. Hospital, pusat kesihatan, kelinik-kelinik dan lain-lain;

      3.7. Ke sekolah-sekolah luar bandar dan sebaliknya;

      3.8. Tempat-tempat bersejarah, Muzium;

      3.9. Institusi-institusi pelajaran dan latihan;

      3.10 Dan lain-lain.

4.0   Ceramah Kerjaya dan Kemasyarakatan_

      Mengundang para jernputan luar seperti ibubapa/ahli P.I.B.G., ahli Jemaah
      Pengurus Sekolah, Pegawai Polis, Pegawai Tentera, dan lain-lain untuk memberi
      ceramah yang ada kaitan dengan peluang-peluang pekerjaan dan kemasyarakatan.
      Jika perlu, guru-guru sekolah juga boleh memberi ceramah,

      4.1. Topik-topik ceramah yang dicadangkan

           4.1.1. Ceramah pelajaran dan latihan lanjutan

                   Antaranya ialah :

                     i) Kursus matapelajaran Sains dan Sastera, Tingkatan IV.

                    ii)   Kursus Sekolah Menengah Teknik,

                   iii)   Kursus Sekolah Menengah Vokesyenal (untuk lelaki dan
                          perempuan).

                   iv)    Kursus Maktab Tentera Diraja.

                    v)    Kursus Institiut Kemahiran MARA (bagi murid-murid lelakj dan
                          perempuan).

                   vi)    Kursus Institiut Pertanian.

                   vii) Kursus Pusat Latihan Perusahaan.
                          viii) Lain-lain kursus yang dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta.

4.1.2. Cerarnah Kerjaya

       Peluang-peluang pekerjaan dalam

         i)          Polis;

        ii)      Tentera (Laut, Darat dan Udara);

       iii) Juruteknik Talikom, Lembaga Letrik Negara, Jabatan Keta Raya dan lain-lain;

       iv)       Perkhidmatan Pos;

        v)       Perkhidmatan Bomba;

       vi)      Majlis Bandaran dan Tempatan;

       vii)      Perkhidmatan Kesihatan;

       viii) Jabatan-jabatan Hutan, Pertanian, Haiwan,Taliair, FELDA, RISDA, Keretapi
             Tanah Melayu, Lembaga Pelabohan dan lain-lain;

        ix) Perindustrian dan perdagangan seperti firma, kilang, ladang, perkapalan dan
            lain-lain;

        x)     Peluang-peluang untuk bekerja sendiri (self-employment).

4.1.3. Ceramah Pelbagai Mengenai Aspek-aspek
       Pendidikan Kewarganegaraan

          i) Keselamatan (Jalan Rava, di rumah, di sekolah. air dan lain-lain)

         ii)    Pejabat pekerjaan (Employment Exchange)

        iii)     Pendaftaran - kad pengenalan.

        iv)     Pendaftaran kelahiran dan kematian.

         v) Pilihan raya dan urusan-urusan mengenainya.

        vi) Pendidikan alam sekitar (Environmental Education) -pencemaran dalam
            (pollution), ekologi dan lain-lain.

       vii)      Pendidikan kependudukan (Population Education).

       viii) Khidmatan masyarakat - Rukun tetangga, kelab-kelab belia,
             pertubuhan-pertubuhan sukarela dan lain-lain.

5.0   Pertunjukan

      5.1. Kebudayaan

               i)         Adat-istiadat perkahwinan berbilang kaum/bangsa.
               ii)        Tarian-tarian asli dan moden kaum di Malaysia.
              iii)   Permainan seperti congkak, gasing, kompang dan lain-lain.
              iv)    Seni mempertahankan diri (martial arts).
              V)     Masak-memasak.
              vi)    Gubahan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

      5.2. Pameran

              Pameran-pameran seperti hasil projek-projek yang disediakan.

      5.3. Hari Pesta.

6.0   Hobi-hobi berunsur kreatif (termasuk hobi Saintifik)

      Karya-karya diperbuat daripada bahan-bahan seperti

      (a)     Kayu;
      (b)     Tanah Liat;
      (c)     Kertas;
      (d)     Kain;
      (e)     Pelastik;
      (f)     Kaca/Tembikar;
      (g)     Kulit-kulit siput;
      (h)     Logam;
      (i)     Batu;
      (j)     Daun-daun dan lain-lain.

Rancangan Kegiatan Dakwah Islamiah Untuk Murid Tingkatan III Selepas Peperiksaan
SRP/LCE.

7.1   Tujuan

      (i)     Menyubur dan menjiwai murid-murid dengan ajaran Islam sebagai benteng
              menyekat mereka dari tercebur di dalam perkara-perkara maksiat seperti
              dadah, judi dan sebagainya.

      (ii)    Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah di samping
              membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya
              peperiksaan SRP.

      (iii)   Mendedahkan kepada murid-murid ajaran Islam yang murni sebagai satu cara
              hidup yang mesti diikuti di samping memberi peluang murid-murid
              mengemukakan kemusykilan mereka di dalam hal beragama.

      (iv)     Menambah pengetahuan murid-murid dari perkara-perkara yang tidak
                terdapat dalam buku teks mereka.

      (v)        Mempraktikkan ajaran-ajaran yang pernah diterima di segi ibadat dan
                 muamalat.

      (vi)       Menyemai kesedaran beragama dengan cara yang betul dan mengikis
                 fahaman yang tidak tepat mengenai agama Islam.

      (vii)     Menolong guru-guru mengawal disiplin sekolah dan juga ibubapa
                menyelesaikan masalah pendidikan Islamiah di kalangan anak-anak mereka
                dengan cara yang lebih tepat dan berkesan.
7.2    Penglibatan Guru/Pegawai

        (i) Semua guru-guru agama Islam.

       (ii) Pensyarah-pensyarah luar yang bertauliah/diperakui.

       (iii) Pegawai-pepwai agama di JabatanJabatan Pelajaran sebagai pelawat bagi
             mempastikan rancangan berjalan dengan baik.

7.3    Susunan Gerakerja

        (i)      Penceramah bukan darl guru-guru yang mengajar mereka tetapi quru-guru
                Ugama yang mengajar tingkatan lain bagi menambah sambutan murid-muirid
                (jika guru sekolah sendiri).

         (ii) Adakan pertukaran penceramah di kalangan guru-guru ugama bagi
              sekolah-sekolah vang berhampiran.

        (iii)    Penceramah dari luar vang diperakui oleh piliak Jabatan Pelajaran boleh
                 dijemput ke majlis ini, tetapi jika melibatkan wang hendak dari wang sekolah /
                 persatuan ugama.

        (iv) Tajuk dan corak kegiatan hendaklah ditukar tiap-tiap hari, masa kegiatan
             hendaklah pada waktu pagi dan awal petang bagi sekolah-sekolah bersesi
             petang.

1.4.   Rancangan

        (i) Svarahan/ceramah.

         (ii) Soal jawab agama.

       (iii) Quiz agama.

       (iv) Forum agama.

        (v) Perbincangkan dalam bentuk USRAH seperti melancarkan bacaan Yasin, Qunut
            dan lain-lain bacaan sembahyang.

       (vi) Latihan kerohanian seperti berzikir, berdoa dengan diterangkan cara-caranya
            sekali.

       (vii) Latihan amali perkara-perkara yang melibatkan kehidupan harian seperti
             sembahyang, mandi hadas dan sebagainya.

       (viii) Lain-lain rancangan agama yang sesuai.

7.5    Tajuk-tajuk

       (i)      Fiqah

                (ii)    Kebersihan (attaharah) diri (hadas keeil & besar), makanan /
                        minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.
                (iii)   Sembahyang dan hikmat-hikmatnva, bagaimana boleh sembah
                        yang dengan baik dan jenis-jenis sembahyang termasuk sembah
                        yang sunat yang selalu diamalkan.
             (iv)       Zikir dan doa yang diamalkan tiap-tiap hari seperti tahlil, doa
                        selepas sembahvang serta aturan-aturannya sekali.
             (v)        Konsep halal dan haram dan hikmat-hikmatnva kepada manusia.

7.6 Tauhid

        7.6.1. Mengadakan perbincangan umum mengenai ketuhanan, kenabian dan
               soal-soal akhirat.

        7.6.2. Sejarah/Budipekerti

                (i)       Hormat dan taat kepada dua ibubapa.
                (ii)      Hormat dan taat kepada guru.
                (iii)     Apakah maksud taat kepada pemerintah.
                (iv)      Adab bergaul dengan jiran.
                (v)       Sifat-sifat terpuji Nabi Muhamad s.a.w. yang patut dicontohi.
                (vi)      Nilai-nilai moral dalam ajaran Rasulullah.
                (vii)     Memperkenalkan tokoh-tokoh Islam.

/rmr.

								
To top