26 29 oKTOBER 2009 by xld14276

VIEWS: 0 PAGES: 32

More Info
									a




         PERSIDANGAN
      PERKEMBANGAN BARU
    DALAM PENDIDIKAN 2O1O
               2012

     26 29 oKTOBER 2009
      INSTITUT AMINUDDIN BAKI
      KEMENTERIAN PELAJARAN
             MALAYSIA,
        GENTING HIGHLANDS
                       PERKEMBANGAN BARU PIPP


1.   PENDAHULUAN


Pelan lnduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan pada 16
Januari 2007 merupakan pelan pembangunan pendidikan yang paling
menyeluruh dan komprehensif. PIPP adalah pelan pendidikan untuk
semua rakyat Malaysia tanpa mengira taraf sosioekonomi, latar belakang
agama, mahaupun warna kulit mereka. PIPP dilancarakan dengan tujuan
untuk mengadakan seluas-luas jaringan perhubungan           pendidikan,
meningkatkan ekuiti serta memastikan pendidikan berkualiti kepada
semua rakyat Malaysia dalam arus pembangunan negara menjelang 2020.
PIPP menggariskan enam teras utama bagi menjayakan Misi Nasional
dalam RMKe-9, iaitu:
   i.   Membina negara bangsa
   ii. Membangun modal insan
   iii. Memperkasa sekolah kebangsaan
   iv. Merapatkan jurang pendidikan
   v.   Memartabatkan profesion keguruan
   vi. Melanjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


Bagi menjana kejayaan PIPP, KPM telah melipatgandakan            usaha
menggarap kejayaan lebih unggul demi merintis pembaharuan dalam
mencapai Misi Nasional. Kejayaan PIPP tidak akan tercapai tanpa
penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang
berkepentingan khususnya warga KPM. Oleh itu, KPM telah mengenal
pasti indikator prestasi utama (KPl) untuk setiap teras bagi memudahkan
pemantauan pelaksanaan. Sehubungan itu juga, KPM komited dalam
menyediakan kad laporan prestasi dua kali setahun.
Semenjak dilaksanakan PIPP, llma kad laporan pencapaian pelaksanaan
PIPP dan pencapaian program serta aktiviti telah dilaporkan untuk
memastikan pencapaian matlamat dan sasaran PIPP. Kad Laporan
kelima telah melaporkan status pelaksanaan PIPP yang telah dirancang
serta impak bagi pertengahan pertama tahun 2009.



2.    PENCAPAIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR                        DAN
      PERBELANJAAN PERUNTUKAN SEHINGGA JUN 2009.


KPM telah terus menggerakkan pembangunan infrastruktur bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif tanpa
membezakan lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid.
Dalam usaha merapatkan jurang pendidikan, KPM telah memberikan
penekanan terhadap pendidikan di luar bandar dalam enam bulan
pertama tahun keempat pelaksanaan RMKe-9. Tujuannya adalah untuk
memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan
keupayaan yang sama untuk cemerlang.


Teras merapatkan jurang pendidikan telah menunjukkan banyak kemajuan
khususnya bagi program dan projek pembangunan           di luar bandar.
Sehingga Jun 2009, sebanyak 1Q,281 (7Q.1o/o) projek sedang dilaksanakan
di luar bandar. Selain itu, KPM telah menerima suntikan peruntukan Pakej
Rangsangan 1 sebanyak RM450 juta bagi memberi bantuan kewangan
kepada 962 Sekolah Bantuan Kerajaan, memantapkan program
prasekolah, serta menaiktaraf, membaikpulih dan menyelenggara sekolah.
KPM juga telah menerima peruntukan Bajet Mini sebanyak RM2 bilion yang
antara lainnya adalah untuk membekalkan perabot dan peralatan,
t.




     menyediakan tenaga pengajar kontrak, membekalkan kabin, membasmi
     anai-anai, serta menaiktaraf, membaikpulih dan menyelenggara sekolah
     dan institusi pendidikan. Suntikan peruntukan pakej Rangsangan.l dan
     Bajet Mini ini penting kerana membolehkan KPM membela sekolah yang
     dalam keadaan kritikal dan memerlukan penambahbaikan segera.

     KPM telah menekankan usaha memperluas penyediaan prasekolah untuk
     membina kesediaan pembelajaran awal di kalangan kanak-kanak 5+ tahun,
     khususnya   di kalangan kanak-kanak luar bandar dan Orang Asli         serta
     Penan. KPM telah menyediakan 1,982 (100o/o) kelas prasekolah dl luar
     bandar dengan jumlah kapasiti 49,550 orang murid. KpM menyediakan
     guru prasekolah terlatih mencukupi dan      2    komputer setiap kelas bagi
     membina literasi komputer pada peringkat awal. lni sesuai dengan NKRA
     yang telah ditetapkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu 'Meluaskan Akses
     Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemapuan' yang mana Kpl yang
     telah dikenalpasti adalah'Pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian
     daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana'.

     Sehingga Jun 2009, KPM telah menyediakan projek bangunan sekolah
     baru, tambahan dan gantian yang mana semua 746 projek sekolah rendah
     dan 387 projek sekolah menengah telah siap atau dalam pembinaan. Bagi
     ubahsuai dan naiktaraf sekolah, semua 1,994 projek sekolah rendah dan
     558 projek sekolah menengah telah siap atau dalam pelaksanaan.


     Dari segi perbelanjaan pula, sehingga Jun 2009 sebanyak               RM2,
     197,359,252 (43%) daripada RMS,'l 08,443,   11   0 yang diperuntukkan untuk
     tahun 2009 di bawah Perbelanjaan Pembangunan telah dibelanjakan.
3. PRESTASI PENCAPAIAN PROGRAM-PROGRAM                   PENDIDIKAN
     TERAS PIPP

i.   Membina Negara Bangsa
Membina Negara Bangsa dalam konteks PIPP adalah untuk menyokong
hasrat negara bagi memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional
dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia yang
dapat memenuhi keperluan negara untuk mencapai 1 Malaysia. Bagi
mencapai matlamat 1 malaysia yang disarankan oleh YAB Perdana
Menteri, Persidangan Kajian Semula PIPP telah dicadangkan supaya
pembinaan negara bangsa memberi tumpuan kepada penerapan Konsep
I Malaysia dalam aktiviti pendidikan yang mengarah kepada pemantapan
perpaduan di kalangan murid. Di samping itu, Jabatan Pendidikan Negeri
pula diminta menerapkan nilai-nilai Konsep 1 Malaysia dalam pengurusan
dan pentadbiran di peringkat sekolah.


Dalam usaha memperkasa Bahasa Kebangsaan sebanyak 88 aktiviti telah
dijalankan. DBP yang banyak dipertanggungjawabkan dalam tugas
memperkasakan Bahasa Kebangsaan, turut melaksanakan tugas
memperkasa sastera kebangsaan serta bertanggungjawab dalam
penerbitan buku-buku berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu.
Selain daripada DBP, agensi lain yang terlibat dalam          program
Memperkasa Bahasa Kebangsaan ialah lnstitut Perguruan Guru Malaysia
Kampus Bahasa Melayu, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum dan
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Projek-projek ini mampu memberi
impak yang lebih kepada kumpulan sasaran dalam usaha memperkasakan
bahasa kebangsaan. Dengan adanya usaha gigih semua agensi
pelaksana di KPM serta disokong dengan jaringan kerjasama yang
mantap daripada agensi-agensi luar, gerakan memperkasakan Bahasa
Kebangsaan dapat memperkukuh peranan Bahasa Kebangsaan dalam
usaha Membina Negara Bangsa. Sejak perubahan dasar PpSMl, usaha-
usaha memperkasa Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa lnggeris
telah mula dilaksanakan.


KPM telah berjaya memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
dengan menjalankan sebanyak 20 (92.3%) aktiviti dengan baik. Antara
aktiviti yang berjaya dilaksanakan 100 peratus adalah Lafaz lkrar Rukun
Negara dan menyanyikan lagu Lima Prinsip Rukun Negara              ,   lagu
Kebangsaan dan lagu Negeri pada waktu perhimpunan sekolah, kuiz dan
perbahasan, pertandingan paluan kompang sekolah menengah dan
sekolah rendah, konsert KPM, memperbanyak program berkonsepkan
patriotisme melalui aktiviti kokurikulum.


KPM komited dalam usaha memupuk kecintaan terhadap seni, warisan
dan budaya bangsa di kalangan murid-murid sekolah. lni terbukti dengan
terlaksananya 95 peratus aktiviti pemupukan tersebut. Antara aktiviti yang
telah dilaksanakan ialah menubuhkan Kelab Seni Khat Tulisan Jawi,
mengadakan Kem Bina Juara di sekolah-sekolah yang menjalankan
Program j-QAF dan mengadakan mihrajan Jawi.


ii. Membangunkan      Modal lnsan


Modal insan merupakan aset penting untuk                  mengupayakan
pembangunan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju
sejajar melalui Wawasan 2020. Kementerian Pelajaran mengambil berat
akan pembangunan modal insan kerana dapat meningkatkan daya saing
dan produktiviti negara.
KPM mensasarkan sebanyak 378 buah SABK akan didaftarkan di bawah
KPM menjelang 2010. Sesi penerangan dan perbincangan dengan pihak
lembaga pengelola telah dilaksanakan bertujuan memartabatkan
pendidikan di SABK melalui penambahbaikan prasarana bangunan
sekolah dan menyerapkan guru dalam skim perkhidmatan perguruan bagi
membolehkan mereka menikmati kemudahan sama dengan anggota
perkhidmatan awam yang lain. Sehingga 'l April 2009, sebanyak 155 buah
SABK telah berdaftar dengan KPM. Pendaftaran 155 buah SABK            ini
melibatkan 5 buah SRAR, 78 buah SMAR, 11 SRAN dan 61 buah SMAN.
Menjelang 2010, pendaftaran sebanyak 47 SMR, 7 SMAR dan 8 SRAN
lagi akan berdaftar dengan pihak KPM.

Program NILAM merupakan satu program yang dilaksanakan di peringkat
sekolah rendah dan menengah bagi memupuk dan menggalakkan minat
membaca    di   kalangan murid. Program NILAM memberi pengiktirafan
kepada murid berdasarkan rekod bilangan buku yang dibaca dalam
tempoh setahun persekolahan. Berdasar perancangan bagi tahun 2009,
program NILAM menyasarkan purata buku di baca murid sekolah rendah
ialah sebanyak 14 buah dan 9 buah bagi sekolah menengah. Sehingga 30
Jun 2009, purata bilangan buku yang dibaca murid di sekolah rendah ialah
18 buah dan sekolah menengah sebanyak 9 buah. Peningkatan purata
bilangan buku yang dibaca murid merupakan indikator positif kepada
pemupukan dan peningkatan minat membaca          di   kalangan murid di
sekolah melalui pelaksanaan program NILAM.


Pusat akses merupakan satu pusat sehenti yang ditubuhkan di sekolah
bagi membolehkan murid mengakses maklumat digital melalui kemudahan
internet. Pusat akses yang dibina dalam kawasan sekolah memberi
peluang kepada murid meneroka dan mengaplikasikan kemahiran ICT
melalui capaian internet. Sehingga 30 Jun 2009, KpM telah berjaya
menyediakan sebanyak 3029 buah pusat akses di sekolah-sekolah
seluruh negara.


KPM terus berusaha ke arah pembestarian sekolah. Sehingga 30 Jun
2009, terdapat sebanyak 3477 buah sekolah telah mencapai penarafan
sekurang-kurangnya   3
                     bintang bagi proses pembestarian sekolah.
Program pembestarian sekolah ini menyasarkan semua sekolah di
Malaysia mencapai konsep Pembestarian Sekolah menjelang 2010.


Pemupukan penghayatan nilai dan adab       di kalangan murid-murid   di
negara ini terus menjadi agenda utama membangunkan modal insan.
Aktiviti kerohanian dirangka dan dijalankan bagi         menggalakkan
penghayatan nilai murni dan adab. Ke arah itu, KPM telah mengadakan
aktiviti sambutan hari kebesaran lslam melibatkan 4b00 sekolah rendah
dan menengah. Sehingga Jun 2009, seramai 1,500,000 orang murid
lslam telah melibatkan diri dalam acara sambutan tersebut. Aktiviti
Festival Nasyid juga telah dijalankan melibatkan penyertaan seramai
5000 orang murid sekolah rendah. Kem Bestari Solat juga           telah
dijalankan menjelang Jun 2009 melibatkan seramai 147,000 orang murid
sekolah rendah. Bagi mempupuk penghayatan pengajaran yang
terkandung dalam Al-Quran, Kem Lestari Al-Quran telah berjaya
dijalankan melibatkan penyertaan 1200 orang murid dari 30 buah sekolah.

Menyedari pembangunan modal insan berkait rapat dengan sukan dan
kokurikulum, KPM juga berusaha menambah tenaga jurulatih bertauliah
dalam kokurikulum di sekolah melalui kursus relevan dengan kemahiran
tedentu. Sehingga Jun 2009, seramai 480 orang telah melalui kursus
tersebut bagi mengisi jawatan 516 orang jurulatih kokurikulum menjelang
2010.

Bagi memantapkan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dalam kalangan
pelajar-pelajar Matrikulasi, maka KPM telah berusaha meningkatkan
infrastruktur dan jumlah peralatan sukan di kolej-kolej matrikulasi.
Sehingga Jun 2009, 100 peratus daripada yang disasarkan untuk tahun
2009 telah mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu dengan nisbah
peralatan sukan kepada pelalar 4:1   .




iii. Memperkasa Sekolah Kebangsaan


Memperkasa Sekolah Kebangsaan bertujuan menjadikan          SK   pilihan
utama masyarakat untuk memupuk perpaduan kaum dari peringkat awal.
Dalam memastikan pendidikan awal kanak-kanak tidak terabai, KPM telah
mensasarkan supaya lebih banyak prasekolah dibina. Sehingga Jun 2009,
sebanyak 2, 611 kelas prasekolah (83.3%) telah dibuka daripada sasaran
yang dirancang iaitu sebanyak3, 134 buah prasekolah. Peluasan program
prasekolah ini telah meningkatkan menguasaan kemahiran membaca dan
menulis   di   kalangan kanak-kanak sebelum memasuki Tahun Satu di
sekolah rendah. lni sesuai dengan sasaran KPI YAB Menteri Pelajaran
iaitu menetapkan semua kanak-kanak normal yang bersekolah         boleh
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah
ke tahun 4 sekolah rendah sebelum akhir tahun 2012.


KPM sentiasa memastikan semua Guru Besar dan Pengetua yang
ditempatkan di sekolah-sekolah kebangsaan diberi latihan bagi
meningkatkan kecekapan mereka dalam pengurusan dan kepimpinan
sekolah. Dalam menyediakan latihan yang mencukupi kepada pemimpin
sekolah, sehingga Jun 2009 seramai 6,356 (83.6%) Guru Besar dan 2,
084 (100%) Pengetua telah menghadiri latihan kepimpinan di lAB. Dengan
demikian diharapkan Pengetua dan Guru Besar dapat meningkatkan
pencapaian sekolah sesuai dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara
iaitu Kerajaan menawarkan Bai'ah baru kepada semua pengetua dan
Guru Besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian
sekolah masing-masing.

Dalam usaha menarik murid pelbagai kaum ke SK, mata pelajaran Bahasa
Cina telah ditawarkan di 350 buah sekolah kebangsaan dan mata
pelajaran Bahasa Tamil di 170 buah sekolah kebangsaan sehingga Jun
2009. Program ini berjaya menarik minat murid Melayu 12,66S (66.4%),
Cina 2,947 (15.5%) , lndia 1 ,464 (7 .68%) dan tain-tain 't ,987 (1 0.4%) untuk
mengikuti Bahasa Cina di SK. Manakala mata pelajaran Bahasa Tamil
pula berjaya menarik minat murid Melayu 1,355 (26.7o ), Cina 28 (0.6%),
lndia 3,630 (71.60/o) dan lain-lain 55   (1   1.0%). Walau pun penawaran mata
pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil masih kurang mampu menarik
murid bukan Melayu ke SK, program ini memberi peluang kepada murid
Melayu untuk mempelajari bahasa ketiga.


Peratus sekolah yang terlibat dengan aktiviti RIMUP telah meningkat
daripada 75 peratus (2008) kepada 85 peratus (Jun 2009). Manakala
peratus penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum juga turut meningkat
daripada 65 peratus (2008) kepada 80 peratus (Jun 2009). Peratusan ini
akan dapat dipertingkatkan sekiranya masalah pengangkutan                untuk
mengikuti aktiviti luar sekolah dan kekurangan jurulatih bertauliah serta
berkualiti dapat di atasi. Dengan adanya Kem 1 Malaysia yang disaran
oleh kerajaan, penglibatan pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum dapat
menyegerakan lagi pencapaian perpaduan kaum.
KPM juga memandang serius ke arah peningkatan prestasi akademik di
sekolah kebangsaan. Peratus sekolah kebangsaan menguasai 80 peratus
standard mlnimum pencapaian UPSR telah meningkat iaitu sebanyak 88.6
peratus (310 SK) pada tahun 2008 berbanding 84.7 peratus (300 SK) pada
tahun 2007.


iv. Merapatkan Jurang Pendidikan


Penyediaan infrastruktur asas telah dilaksanakan terutamanya bekalan air
bersih dan bekalan elektrik 24 jam di kawasan luar bandar dan pedalaman
khususnya     di   Sabah dan Sarawak melalui Program Pembangunan
Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Sehingga Jun 2009, KPM
telah menyediakan projek belakan air bersih melalui kaedah telaga tiub
sebanyak 104 di Sabah, 211 di Sarawak dan 240 di Semenanjung Malaysia
dengan peruntukan RM387.9 juta. Bagi bekalan elektrik pula, KPM telah
menyediakan 367 projek set janakuasa ke Sarawak dan memperluaskan
Sistem Solar Hibrid di Sabah kepada 193 projek di Sabah. Tidak
ketinggalan, 48 sekolah di Semenanjung Malaysia mendapat projek
bekalan elektrik melalui sambungan ke grid atau solar hibrid. Kesemua
projek bekalan elektrik menelan belanja RM1,785.7 juta. Dengan usaha ini,
bekalan elektrik 24 jam dapat disediakan kepada hampir semua sekolah
iaitu 99.1 peratus sekolah rendah dan 99.5 peratus sekolah menengah
sementara selebihnya mendapat bekalan elektrik kurang 24 jam. lni selaras
dengan Keberhasilan Utama Menteri iaitu bekalan elektrik kepada semua
sekolah menjelang 2010.

KPM berusaha merapatkan jurang digital dengan memberi tumpuan kepada
penyediaan infrastruktur, perisian dan latihan lCT. Daripada 3,025 projek
Pusat Akses, 2,143 (70.8Yo) projek disediakan di luar bandar dan 882 di
bandar. Pemantauan pelaksanaan Pusat Akses menunjukkan murid dapat
melaksanakan pembelajaran kendiri, berkomunikasi secara elektronik,
mencapai maklumat dan memperoleh kemahiran lCT.

Sehingga Jun 2009, KPM telah menyediakan peluang pendidikan khas
kepada lebih 33,800 murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan
pembelajaran   di
               Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah
Menengah Pendldikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional dan Program Pendidikan Khas lntegrasi.


KPM memberi perhatian khusus kepada pendidikan Orang Asli dan penan
kerana kadar penyertaan dan penguasaan 3M mereka masih rendah
sementara ketidakhadiran dan kadar keciciran mereka tinggi. Kelas Dewasa
bagi lbu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) diteruskan
pelaksanaannya pada tahun 2009 dengan tujuan mengurangkan kadar buta
huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan dan Pribumi Sabah, membasmi
kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan, membantu anak-anak
meningkatkan pencapaian dan menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi
mengurangkan keciciran dan ponteng sekolah. Hasil pemantauan
menunjukkan penyertaan dan kehadiran ibu bapa melebihi 98 peratus dan
sebanyak 96 peratus daripada ibu bapa dapat menguasai kemahiran 3M.
Para ibu bapa meminta KPM memperluaskan program KEDAP kepada
semua ibu bapa murid Orang Asli dan Pribumi, dan tidak mengehadkan
hanya satu kelas dengan 25 ibu bapa untuk setiap sekolah. Selain     itu,
dicadangkan juga diadakan kelas lanjutan kepada ibu bapa telah mencapai
tahap penguasaan tertentu.

Selaras dengan usaha KPM untuk memastikan guru terlatih mencukupi
mengikut opsyen di pedalaman, KPM telah memperluas pemberian Elaun


                                                                     1,1,
Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan (EMLTK) kepada kedua-dua
pasangan suami dan isteri yang berkhidmat di pedalaman     dan tidak   lagi
terhad kepada seorang sahaja. Selain itu, KPM sedang mengkaji semula
definisi luar bandar dan pedalaman supaya lebih tepat. KPM juga sedang
mengkaji semula pemberian EMLTK dengan menambah kategori
pedalaman daripada tiga kategori (P1: RM500, P2: RM1,000; P3: RM1,500)
kepada lima kategori (tambahan dua kategori dengan cadangan kadar
elaun RM750 dan RM1,250 sebulan).

Teras 4 telah menitikberatkan impak program/ projek supaya pelaburan
yang dibuat menghasilkan pulangan optima dan menepati keperluan
sasaran. Pengukuran prestasi utama bagi jurang antara bandar dan luar
bandar antara lainnya menunjukkan pengurangan jurang dalam
penyediaan bekalan elektrik 24 jam ke sekolah, penyediaan guru siswazah
dan guru terlatih dan pencapaian murid dalam peperiksaan awam. Banyak
lagi program/projek akan diusahakan dan dirancang untuk mencapai
matlamat memastikan semua sekolah dan murid mempunayi peluang dan
keupayaan yang sama untuk cemerlang.


v.   Memartabatkan Profesion Keguruan


KPM sentiasa berusaha memartabatkan profesion keguruan             untuk
memastikan profesion ini kekal dihormati dan dipandang tinggi. lni sesuai
dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada golongan guru
dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang pelajaran
mahupun dari segi sahsiah diri dan amalan nilai murni.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, 3 komponen utama
dititikberatkan iaitu guru yang berkualiti dan menepati Standard Guru
Malaysia, peningkatan kerjaya guru serta kebajikan guru.
Bagi mencapai sasaran tersebut yang tersebut di atas syaraUkriteria telah
diperketatkan dan pencapaian akademik (salah satu pra syarat wajib ialah
kepujian/cemerlang dalam matapelajaran sejarah peringkat SpM), ko-
kurikulum(Penglibatan aktif), pencapaian M-TeST, pencapaian INSAK
(lnventori Sahsiah Keguruan), prestasi temuduga individu dan kumpulan.
lulus ujian kesihatan, tapisan keselamatan dan ujian bertulis Bahasa
lnggeris.


Berdasarkan kepada bilangan enrolmen iaitu 29,012 calon guru     ,   usaha
memilih calon yang layak bagi program KPLI mencapai 84.19 peratus
sehingga kini, sementara calon PPC (383 pelajar) mencapai 95.7 peratus
dan calon B.Ed. TESL (1496 calon) mencapai 99.3 peratus. Beberapa isu
berkaitan dasar dan keputusan pengurusan terlinggi dikenalpasti
memberikan perubahan pada pencapaian akan datang. Misalnya,
perubahan unjuran ambilan PPC ke luar negara yang disasarkan 150
sehingga 2010 kini berubah kepada 100 pada tahun 2009 atas dasar
penjimatan negara. Selain itu, program B.Ed. TESL juga diubah dengan
meneruskan program ini dilaksanakan di universiti tempatan atas dasar
penjimatan. Selain itu, pengurangan unjuran Program KPLI pada 2010
daripada sasaran asal 9630 kepada '1050 menunjukkan perubahan
berlaku kepada dasar unjuran yang lebih memberi penekanan kepada
Program Perguruan jangka panjang seperti Program ljazah Sarjana Muda
Perguruan dan B.Ed TESL sebagai langkah meningkatkan kualiti dan
pengetahuan guru praperkhidmatan.


Bagi meningkatkan kualiti latihan perguruan, beberapa strategi
pelaksanaan untuk memantapkan latihan perguruan telah diusahakan.
Antara lain menaik taraf Maktab Perguruan Kepada lnstitut Pendidikan
Guru (lPG). Sehingga kini, tahap penyiapan projek pembangunan di lpGM
Kampus Persekutuan Pulau Pinang (27.650/0), IPGM Perempuan Melayu
Melaka (65.6%), IPGM Kampus Kent Sabah (83.98%), Teaching Schoot
IPGM Perlis (75o/o) dan Teaching School IPGM Kuala Terengganu (84%).


Aktiviti membuat penstrukturan semula perjawatan di Bahagian Pendidikan
Guru dan lnstitut Pendidikan Guru yang dirancang semenjak 2006 telah
mencapai 100 peratus. Keberhasilan penstrukturan semula dapat dilihat
apabila pengurusan sumber manusia di BPG/IPG menjadi lebih cekap dan
efisien.

Pelaksanakan Program Pensarjanaan Tenaga Pengajar lnstitut
Pendidikan Guru memperlihatkan penambahan tenaga pengajar lnstitut
Pendidikan Guru yang merupakan graduan Sarjana dan Kedoktoran (Phd.)
kerana golongan berkemahiran tersebut akan menjamin kredibiliti tenaga
pengajar di IPG dan kualiti pendidikan di IPG itu sendiri. Sehingga Jun
2009, 56.6 peratus telah ditawarkan tajaan / biasiswa Kedoktoran secara
Sepenuh Masa dan 60.3 peratus ditawarkan untuk program Sarjana
Sepenuh Masa.


Dalam usaha membudayakan kajian dan penyelidikan di IPGM, program-
program dan pencapaiannya adalah   :      Kajian penilaian      program
(73.3o/o), Melaksanakan   kajian pemantauan BPG (50%),          Seminar
penyelidikan pendidikan (68%) dan Menerbitkan jurnal penyelidikan (71%).

KPM telah memperkasakan peranan lnstitut Aminuddin Baki (lAB) bagi
membina sumber tenaga pengurusan & kepimpinan pendidikan yang
terbaik & meningkatkan profesionalisme guru. Antara aktiviti yang
dilaksanakan dan pencapaiannya adalah: menyediakan latihan untuk
pemimpin pelapis (62%), mengendalikan program latihan antarabangsa

                                                                      1,4
(68.8%), menjalin jaringan dengan institusi antarabangsa      (97.S%\,
melaksanakan program latihan untuk 'Succession Planning' (80%) dan
memberikan latihan agensi luar untuk meningkatkan kompetensi (90%).

KPM sentiasa berusaha ke arah memantapkan kerjaya guru dengan
membuat penambahan perjawatan dan perluasan naik pangkat untuk
PPPS di KPM/JPN/PPD melalui penambahan kuota Pengetua Cemerlang.
Sehingga Jun 2009 bagi gred Pengetua Cemerlang JUSA C kuota 10
orang, pengisiannya adalah 5 orang Pengetua Cemerlang; gred pengetua
Cemerlang DG54 kuota 200 orang, pengisiannya 76 orang dan gred DG52
kuota 400 orang, pengisiannya 296 orang.


KPM telah menyediakan kaedah kenaikan pangkat secara fast track untuk
PPP   di
       KPM/JPN berasaskan merit dan prestasi dan bukan hanya
menggunakan kekananan sebagai asas utama dengan menyediakan
laluan kenaikan pangkat secara fast track berasaskan peluasan konsep
Guru Cemerlang (pencapaian : 3.8%)   .




KPM juga telah menambahkan bilangan jawatan kenaikan pangkat PppS
dan PPPLD melalui aktiviti pengisian jawatan Guru Besar Cemerlang
(pencapaian : 100 o/o) dan aktiviti mewujudkan jawatan tambahan
berdasarkan norma baru 1.7n (pencapaian . 71.5 %). Penambahan
jawatan diharapkan dapat mengurangkan beban tugas guru dan tugas
dapat diagihkan dengan adil.


KPM telah menyediakan kemudahan infrastruktur (pejabat guru dan bilik
darjah) yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan P&P melalui
projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru dengan
melaksanakan Projek naik taraf bangunan tambahan dan pembinaan


                                                                    15
bangunan baru yang dilaksanakan sehingga 52 peratus, Projek ubah suai
naik taraf dan dilaksanakan sehingga 39 peratus, Projek tambahan
bangunan dan lain-lain kemudahan : Tambahan telah 100 peratus
dilaksanakan, Projek tambahan bangunan dan lain-lain kemudahan             :


Gantian dan dilaksanakan sehingga 95 peratus.

Bagi memastikan Sekolah Kurang Murid (SKM) tidak ketinggalan dalam
pembangunan negara, KPM telah mewujudkan jawatan guru pemulihan di
SKM dengan melaksanakan aktiviti berikut Penyediaan kertas cadangan;
kertas norma perjawatan guru pemulihan di SKM yang telah siap
dilaksanakan 100 peratus dan Pengisian jawatan guru pemulihan di SKM
yang mencapai 93.05 peratus pelaksanaan.

KPM telah mewujudkan kerjasama dengan IPT dalam negara tentang
latihan guru dengan membuat pengambilan pelajar berdasarkan
memorandum Perjanjian melalui Program DPLI (pencapaian            :   87.5
peratus) dan melaksanakan kursus Latihan Khas Siswazah Pendidikan
(LKSP dengan pencapaian 20.2peratus).


vi. Melonjakkan Kecemerlangan lnstitusi Pendidikan


Bagi memastikan kepimpinan teguh dan berkesan di lnstitusi Pendidikan
lnstitut Aminuddin Baki (lAB) dipertanggungjawabkan untuk memberikan
latihan kepemimpinan kepada Pengetua/Guru Besar dan juga pemimpin
pelapis Sekolah Kluster selain daripada memberi kursus pembinaan 'Key
Performance lndicator' (KPl) kepada pemimpin-pemimpin ini bagi
memastikan pengurusan yang lebih cekap bagi mencapai kecemerlangan
institusi-institusi tersebut. Tiga kumpulan Pengetua/Guru Besar/Pemimpin
Pelapis ini telah dihantar berkursus di Luar Negara. Seramai 29 orang
telah ke King's College London bagi mengikuti program Post Graduate
                                                                        16
Certificate   in
             School Management and Leadership, 18 ke Monash
University bagi program Post Graduate Certificate of Education
(Leadership, Policy and Change) dan 18 Guru Besar telah ke Waikato
University bagi kursus School Based Leadership. Pada tahun 2008 pula,
dua kohort Pengetua/Pemimpin Pelapis seramai 30 orang setiap satu telah
berkursus   di   King's College London dan pada bulan Oktober hingga
November seramai 25 orang Guru Besar/ Pemimpin Pelapis telah megikuti
kursus kepimpinan di mana tenaga pengajar terdiri daripada Konsultan
Waikato University dan Pensyarah lAB. Kursus ini dijalankan di IAB lnduk.
Pada bulan Mei 2009, satu kohort Pengetua/Pemimpin Pelapis Sekolah
Kluster seramai 28 orang dihantar untuk berkursus ke King's College
London. Mereka adalah kohort terakhir. Selepas ini latihan adalah
dikendalikan oleh pensyarah- pensyarah IAB di kampus induknya


Harapan KPM pada tahun 2010, 300 buah sekolah akan menjadi
kelompok sekolah cemerlang atau sekolah kluster kecemerlangan.
Sehingga Jun 2009, jumlah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah
120 buah. Daripada jumlah 60 SKK Fasa 3, sebanyak 42 adalah sekolah
menengah manakala bakinya merupakan sekolah rendah. Kini jumlah SKK
Menengah ialah 84 dan SKK Rendah pula 36 buah. Bagi mewujudkan
piawaian dan penanda aras; KPM     telah   mengenalpasti amalan terbaik
kelompok sekolah cemerlang di dalam dan luar negara untuk dijadikan
contoh amalan kepada sekolah-sekolah lain. Sebanyak sembilan sekolah
daripada      49
               penyertaan negara-negara commonwealth telah
disenaraipendekkan untuk anugerah amalan pendidikan terbaik
(Commonweath Education Good Practice Awards 2009)          di mana dua
daripadanya ialah Sekolah Kluster Kecemerlangan. SK Ulu Lubai dan SK
Ba Kelalan dari Sarawak merupakan sekolah yang cemerlang           dalam
pendidikan walaupun menghadapi kepayahan disebabkan lokasinya yang

                                                                       t7
jauh di pedalaman, telah terpilih menjadi johan bagi anugerah tersebut
yang diumumkan pada Persidangan Menteri Pelajaran Commonwealth di
Kuala Lumpur, bulan Jun 2009.


Hasil daripada jalinan dengan IPTA, sebagai contoh SK Zainab 2,
Kelantan bersama Universiti Sains Malaysia telah menjalankan
penyelidikan mengenai pembelajaran kognitif di mana pembelajaran murid
diadakan dalam situasi berlainan dan didapati lebih berkesan dan murid
lebih berminat untuk belajar. SMS Muzaffar Shah pula dengan bantuan
Universiti Teknikal Melaka telah dapat menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICTdi mana mereka berjaya mencipta pen-drive
dikenali sebagai e-mosac, boleh memasang komputer dan juga
memperbaiki komputer.


Bagi menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar, KPM telah
melakukan aktiviti promosi pendidikan di luar negara bagi menarik
kemasukan pelajar antarabangsa ke sekolah swasta dan sekolah
antarabangsa. Fokus aktiviti promosi pendidikan diadakan di rantau Asia
seperti lndonesia, Korea, lndia dan Timur Tengah menerusi 12 aktiviti
pameran pendidikan serta 4 aktiviti promosi luar negara sehingga Jun
2009.


KPM telah melaksanakan pengklusteran Kolej Matrikulasi antara strategi
untuk meningkatkan kecemerlangan Program Matrikulasi dengan menjana
kecemerlangan kolej-kolej matrikulasi mengikut bidang khusus (niche
areas) kolej masing-masing. Kini terdapat 5 Pusat Kecemerlangan Kolej
Matrikulasi dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (Kolej Matrikulasi
Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Pahang), Arkib dan Dokumentasi
(Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Kolej Matrikulasi       Kedah),

                                                                     18
Penyelidikan dan Pembangunan (Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej
Matrikulasi Perlis), Pembangunan Sumber Manusia (Kolej Matrikulasi
Perak) dan Kokurikulum (Kolej Matrikulasi Johor dan Kolej Matrikulasi
Labuan).


Bagi melonjakkan lagi    kecemerlangan Program Matrikulasi,
Pengantarabangsaan Program Matrikulasi ke arah memperkukuhkan
proses penjenamaan program matrikulasi dalam persekitaran global yang
mencabar dan berkemampuan untuk melestarikan kecemerlangan telah
dilaksanakan. Universiti luar negara yang telah membina jaringan dan
kolaborasi di bawah Pengantarabangsaan Program Matrikulasi.


Pusat Kecemerlangan dalam pelaksanaan P&P Sains lnformatik telah
menggunakan portal e-learning 100 peratus dan bermula semester dua
Sesi 2008i2009. Unit Sains lnformatik telah menjalankan 100 peratus p&p
menggunakan portal e-learning.


Institusi Pendidikan Guru telah memastikan seramai 514 orang telah
berjaya mengikuti program B.Ed (TESL) di 6 universiti luar negara, 141
orang mengikuti Program Pelajar Cemerlang dan 15 orang mengikuti
program Bahasa-bahasa Antarabangsa iaitu Bahasa German, Perancis
dan Jepun. Bagaimana pun bagi tahun 2009, program universiti luar
negara tidak diteruskan sebaliknya pelajar mengikuti pengajian di dalam
negara sahaja. Bagi kursus bahasa asing masih diteruskan seramai 15
orang bagi setiap bahasa.


Sehingga Jun 2009, jumlah pengambilan pelajar bagi Program Pelajar
Cemerlang ialah seramai 100 orang. Pengurangan tersebut ditetapkan
oleh BPPDP atas dasar keperluan guru di mana semakan semula unjuran
dibuat untuk bidang/opsyen tertentu. Menurut unjuran disediakan seramai
200 pelajar untuk sekolah rendah dan 300 pelajar untuk               sekolah
menengah. Pengajian akan bermula pada Julai 2009 setelah selesai
proses temuduga dan pemilihan.


Bagi merintis perubahan dan pembaharuan, KPM telah melaksanakan
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bertujuan untuk
menambahbaik, memantap dan memperbaharui amalan pentaksiran dan
penilaian pendidikan di Malaysia. Sistem baru ini bersifat holistik dari segi
perkara ditaksir, kaedah mentaksir, pentaksir serta perkara dilaporkan dan
pengiktirafan. Lima kaedah pentaksiran dicadang untuk pengumpulan
data: Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Peperiksaan
Pusat (PpP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK), dan
Pentaksiran Psikometrik (Ppsi).


Pelaksanaan PIPP telah memasuki tahun keempat pelaksanaannya dan
menunjukkan pencapaian yang memberansangkan. Pencapaian bukan
sahaja mengutamakan output, malah sebahagian daripada impaknya telah
dikemukakan. Walaupun terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi
akibat daripada kegawatan ekonomi global, Kementerian Pelajaran telah
terus mempertingkat usaha untuk memastikan sasaran yang ditetapkan
dapat dicapai dengan baik. Komitmen dan kerjasama semua pihak telah
membolehkan PIPP terus diperkasakan.


4.    PERKEMBANGAN BARU HASIL DARIPADA PERSIDANGAN
      KAJIAN SEMULA PIPP 2OO9


Persidangan Kajian Semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diadakan pada 19

                                                                           20
hingga   22 Julai 2009. Tujuan utama     persidangan   ini adalah untuk
mengenalpasti kesesuaian strategi pelaksanaan, pelan tindakan, aktiviti,
indikator dan jangka masa yang ditetapkan dalam PIPP bagi mencapai
sasaran yang yang telah ditetapkan sama ada perlu dikekalkan, dipinda
atau digugurkan berdasarkan perkembangan dasar-dasar baru Kerajaan
seperti National Key Results Areas (NKRAs), Petunjuk Pencapaian Utama
(KPl)YAB Menteri Pelajaran, KPI KSU dan KPI KPPM.

Di samping itu, persidangan ini juga bertujuan mengenalpasti strategi
pelaksanaan, pelan tindakan, indikator yang tidak dapat dilaksanakan
kerana isu-isu tertentu termasuk perubahan dasar negara, dasar
pendidikan dan trend semasa serta mengenalpasti kaedah bagi
mengetahui outcome dan impak, strategi - strategi yang telah
dilaksanakan.


Hasil daripada Persidangan Kajian Semula PIPP, setiap peneraju teras
perlu memaslikan outcome yang dinyatakan hendaklah mudah difahami
dan boleh diukur. Penyataan motherhood hendaklah dikurangkan. KPI
keberhasilan untuk setiap aktiviti yang dirancang perlu memastikan
mempunyai kesan dan impak kepada murid. Setiap peneraju teras perlu
menurunkan pelan tindakan daripada peringkat KPM, JPN, PPD dan
sekolah. Pelan tindakan yang dinyatakan perlu mudah difahami oleh
semua pihak dan dapat dilaksanakan di pelbagai peringkat.




                                                                      27
4.1   Cadangan Penambahbaikan                 Pelan    lnduk       Pembangunan
      Pendidikan (2006-201 0)

      i.       Membina Negara Bangsa


      Memandangkan keupayaan pembinaan negara bangsa amat
      penting bagi negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama,
      maka persidangan telah mencadangkan bahawa               :




            Konsep 1 Malaysia perlu diterapkan dalam aktiviti pendidikan ke arah
            memantapkan perpaduan di kalangan murid dengan memastikan
            semua aktiviti yang dijalankan perlu menjurus ke arah mewujudkan
            perpaduan negara.

      b.    Fokus perlu diberikan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan
            memperkasakan Bahasa lnggeris apabila Dasar Pengajaran dan
            Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa lnggeris
            dimansuhkan.

            JPN menentukan kuota penyertaan murid daripada pelbagai kaum
            bagi aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Aktiviti Memupuk Kecintaan
            terhadap Seni, Warisan dan Budaya Bangsa hendaklah dikaitkan
            dengan perpaduan.

      d. Sekolah swasta dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1. Taklimat perlu
            diberikan kepada sekolah swasta bagi membolehkan pihak sekolah
            swasta menyertai program kokurikulum bagi tujuan perpaduan.

      e. JPN mengehadkan bilangan pasukan beruniform di peringkat sekolah
         bagi menggalakkan lebih ramai murid pelbagai kaum menyertai satu
            pasukan beruniform yang sama.

      f.    JPN perlu menerapkan nilai-nilai Konsep            1   Malaysia dalam
            pengurusan dan pentadbiran di peringkat sekolah.


      ii.      Membangunkan Modal lnsan
      Bagi membangunakan modal insan yang mempunyai pengetahuan
      dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni, maka persidangan
      telah mencadangkan       :




                                                                               22
a. memberi fokus kepada pembentukan modal insan yang holistik          ,

   mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif. Di samping itu,
     pemupukan amalan disiplin yang baik dalam kalangan murid ke
     arah pembentukan semangat 1 Malaysia.

b. menyediakan profil murid Tahun 1 bagi membolehkan sekolah
   mengenalpasti tahap penguasaan murid supaya program
     intervensi dapat dilaksanakan untuk murid tersebut.

c.   menggunakan sistem modular dan pelbagai kaedah pengajaran
     untuk mengatasi masalah penguasaan 3M.

d. meningkatan kadar literasi murid di peringkat sekolah rendah
     dijadikan KPI untuk Guru Besar, PPD dan Pengarah JPN.

e.   memastikan sekolah memberi penekanan kepada pembangunan
     nilai, etika dan jati diri; daya kreativiti dan inovasi   serta
     kepimpinan dan keusahawanan.

iii. Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Sesuai dengan tujuan penubuhan Sekolah Kebangsaan untuk
memupuk perpaduan rakyat sejak di bangku sekolah, persidangan
telah mencadangkan bahawa      :



a. Setiap Pengetua /Guru Besar diberi tempoh percubaan selama
   setahun. Mana-mana Pengetua/Guru Besar yang gagal
     mencapai KPI yang ditetapkan boleh diambil tindakan.

b. Pengarah JPN perlu memastikan bahawa semua              sekolah
     mempunyai    guru terlatih yang mencukupi dan mengikut opsyen
     terutama di luar bandar dan pedalaman.

c. Semua Pengarah JPN diberi kuasa untuk                   membuat
     redeployment  guru - guru Bahasa lnggeris ke sekolah-sekolah di
     luar bandar dan pedalaman sebelum akhir 2009.

d. Teras Memperkasakan Sekolah Kebangsaan perlu memberi
     penekanan kepada peningkatan pencapaian akademik kerana
     perkara ini merupakan daya tarikan ibu bapa. Pencapaian
     akademik merupakan KPI PengetuaiGuru Besar dan mereka
     hendaklah diberikan surat tunjuk sebab dan menyatakan langkah
     penambahbaikan sekiranya      tidak mencapai tahap       purata
     kebangsaan dan KPI mereka sendiri.

e. Pengarah JPN hendaklah memastikan semua                sekolah
     menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi
     sepenuhnya. JPN perlu memastikan semua sekolah sentiasa
     bersih, kemas dan teratur dalam semua aspek. Pengarah JPN
     hendaklah memberikan surat amaran kepada Pengetua/Guru
     Besar sekiranya mereka tidak mencapai keperluan asas         ini
     sebagai sebuah sekolah (A Schoo/is a School).

iv. Merapatkan Jurang Pendidikan

Sekolah dan murid seharusnya mempunyai peluang dan keupayaan
yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti
dapat ditingkatkan, maka dicadangkan bahawa     :




a. Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula  dengan
     mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama Penuh kerana
     kebanyakan Sekolah Berasrama Penuh diletakkan dalam
     kawasan luar bandar. Pengkelasan ini perlu disiapkan pada
     akhir tahun 2009 dengan mendapatkan maklumat daripada PPD
     sama ada sekolah terletak di dalam atau di luar kawasan
     perbandaran. Perkara       ini akan mempengaruhi prestasi
     pencapaian murid bandar dan luar bandar.

b. Asrama Desa dan Asrama Harian diperluaskan kerana pelajar-
   pelajar yang tinggal ini dapat meningkatkan pencapaian
   akademik Di samping itu, dengan adanya asrama, keciciran
     murid dapat di atasi di sekolah tersebut terutamanya Sabah dan
     Sarawak.

c.   Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal
     di kawasan luar bandar dan pedalaman hendaklah dianggap
     sebagai satu khidmat negara dan mereka hendaklah berkhidmat
     di luar bandar atau pedalaman. Bagi guru pasangan suami-isteri,
     mereka digalakkan untuk ditempatkan di kawasan yang sama.

d. Guru cemerlang perlu berada          di   sekolah masing-masing
     sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan satu hari sahaja
     dibenarkan keluar untuk tugas luar. Guru Cemerlang juga tidak

                                                                  24
     ditumpukan hanya di sesebuah sekolah sahaja. JPN perlu
     memastikan bahawa Guru Cemerlang juga ditempatkan di
     sekolah lain bagi membolehkan sekolah tersebut memanfaati
     khidmat Guru Cemerlang.

e.   Dalam merapatkan jurang, sekolah-sekolah pinggir bandar juga
     perlu diberi tumpuan dengan mengambilkira kesesakan pelajar
     dan keperluan asas serta guru.


f.   Peluasan prasekolah di kaji semula bagi memastikan kanak-
     kanak yang terpinggir (reaching the unreach) disediakan
     pendidikan prasekolah. Penyediaan prasekolah boleh dibuat
     dengan menyewa rumah, di kawasan rumah panjang,
     ditempatkan di sekolah menengah atau di tempat yang
     disediakan kemudahan.

s.   KPM memberikan penekanan kepada merapatkan             jurang
     pencapaian Bahasa lnggeris, Sains dan Matematik antara bandar
     dan luar bandar.

h.   KPM perlu memberikan kerjasama dan sokongan terhadap
     kesinambungan kurikulum untuk program PERMATA, prasekolah
     dari agensi lain dan sekolah rendah.

t.   KPM menyediakan kurikulum alternatif (minimum adequate
     curriculum) terutama kurikulum pendidikan vokasional atau
     berbentuk hands-on kepada sekolah-sekolah                  yang
     pencapaiannya adalah kosong peratus tiga tahun berturut-turut.

J.   KPM menyediakan latihan semula kepada guru-guru di sekolah
     yang berpencapaian rendah.

v. Memartabatkan Profesion Keguruan


   Bagi memastikan profesion keguruan dihormati dan dipandang
tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan
generasi masa depan, KPM hendaklah:

a.   Mewujudkan pusat latihan seperti Pusat Latihan Biro Tatanegara
     atau dengan menggunakan Pusat Kokurikulum Negeri
     sepenuhnya bagi menanamkan sikap positif guru dan
        memberikan pemahaman kepada guru tentang kepentingan
        perkhidmatan pendidik dan integriti penjawat awam kepada guru-
        guru permulaan serta guru-guru yang telah berkhidmat lebih 5
        tahun.

   b.   KPM dan JPN mengadakan program-program motivasi untuk
        menyegarbug arkan (revital isi ng and reju nevate) guru-guru yang
        telah lama berkhidmat.

  c.    Mengkaji semula pemilihan penemuduga untuk calon guru
        mekanisme alternatif perlu dikenalpasti bagi memastikan
        penemuduga bukan sahaja terdiri daripada kalangan pegawai
        Bahagian Pendidikan Guru dan lnstitut Pendidikan Guru.

  d. Elaun khas kepada guru diberikan berdasarkan        peformance-
        based tanpa mengira lokasi guru sama ada di bandar atau di luar
        bandar

  e. Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah
        bonus untuk urusan kenaikan pangkat bagi guru yang berkhidmat
        di luar bandar dan pedalaman

  f.    Memastikan semua Pengetua/Guru Besar memakai lencana
        (badge) seperti "Saya Agen Perubahan" atau "Saya Guru
        Berkualiti" mulai tahun 2010 sebagi simbol untuk memastikan
        guru dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

vi. Melonjakkan Kecemerlangan lnstitusi Pendidikan
Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan melalui
penjanaan kluster kecemerlangan pendidikan mengikut bidang
kebitaraan (niche areas), maka dicadangkan bahawa :

a. KPM memantapkan jaringan kerjasama dengan pelbagai      pihak
  tempatan dan luar negara seperti IPTA/IPTS bagi melonjakkan
  Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) melalui sumbangan tenaga
  pengajar atau kemudahan            lain
                                      untuk membolehkan SKK
  meningkatkan pencapaian dalam bidang kebitaraan masing-masing.

b. KPM menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan            murid
  menilai guru supaya pandangan murid di ambilkira dalam proses
  meningkatkan kecemerlangan SKK. Di samping itu, guru juga boleh
  menilai pihak pentadbir sekolah.

                                                                       26
   c.   KPM mengambil tindakan terhadap guru              di   SKK yang tidak
        menunjukkan prestasi yang memuaskan. Guru yang menunjukkan
        prestasi yang rendah      di
                                   beri latihan untuk membolehkan
        meningkatkan kecemerlangan dan sekiranya guru tersebut tidak
        menunjukkan peningkatan prestasi, mereka boleh ditukarkan ke
        sekolah lain.

   d.   80 peratus daripada pelajar daripada SKK perlu cemerlang dalam
        bidang kebitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan
        antarabangsa.

  e.    SKK perlu memastikan sebahagian besar murid sekolah tersebut
        mesti terlibat dalam bidang kebitaraan yang ditetapkan. Sebagai
        contoh sekiranya bidang kebitaraan sekolah tersebut adalah Muzik,
        setiap pelajar di sekolah tersebut sekurang-kurangnya boleh
        memainkan satu alat muzik. Manakala bagi perbahasan sebagai
        bidang kebitaraan, setiap pelajar hendaklah pernah dilatih atau
        terlibat dalam aktiviti perbahasan di sekolah mereka.

  f.    Semua Pengetua / Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80
        peratus berdasarkan SKPM sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-
        turut. Sekiranya tidak mencapai KPI yang ditetapkan, tindakan boleh
        diambil.

  s. KPM memastikan pelantikan guru dan jurulatih di SKK mempunyai
     kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan masing-masing.

  h. KPI Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan ialah
        dengan meningkatkan pelajar     -   pelajar antarabangsa di sekolah
        swasta dan antarabangsa.


Dalam Persidangan Kajian Semula PIPP, YAB Menteri Pelajaran telah
memberi beberapa saranan terhadap hala tuju sistem pendidikan negara
dengan memberi tumpuan kepada       :




  a. mewujudkan        satu masyarakat yang berpengetahuan,
        berketerampilan, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan
        berinovatif selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
        Kebangsaan (FPK);

  b. melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurang-kurang
     tiga quotient iaitu lntelectual Quotient ( lQ), Emotional Quotient
     (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ) selaras dengan semangat Falsafah
     Pendidikan Kebangsaan ;

c.   merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar selaras
     dengan Pendidikan Untuk Semua (Education For All) yang
     disasarkan oleh UNESCO;

d. memastikan kanak-kanak yang telah mencapai umur persekolahan
     mendapat akses kepada pendidikan dan mempersiapkan murid
     dengan ilmu, kemahiran dan perspektif yang membolehkan mereka
     bersaing di dunia ;

e. melakukan anjakan paradigma           seperti yang digariskan oleh YAB
     Perdana Menteri kita iaitu i) anjakan daripada ketegaran kepada
     keanjalan, ii) anjakan daripada budaya kesan nyata ( output)
     kepada budaya keberhasilan (outcome), iii) anjakan daripada
     birokrasi menyusahkan kepada birokrasi memudahkan dan iv)
     anjakan daripada produktivi semata-mata kepada gabungan
     produktiviti, kreativiti dan inovasi bagi melonjakkan kejayaan secara
     lonjakan berganda;

f.   menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan inovasi dalam
     kalangan generasi muda di sekolah sejak dari peringkat rendah;

s. menyisipkan unsur futuristik berteraskan teknologi maklumat dan
   komunikasi;

h. memastikan semua pemimpin organisasi dari peringkat KPM,
   JPN,PPD serta sekolah perlu merealisasikan mandat 4 anjakan
     paradigma yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri; dan

i.   mengkaji dan memurnikan perancangan sedia ada dalam PIPP dan
     perancangan pelan strategik untuk Rancangan Malaysia Ke10,
     dengan memberi tumpuan kepada merealisasikan gagasan "1
     Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" serta
     perkara yang digariskan dalam KPI Menteri Pelajaran iaitu :

        a. Memberi keutamaan dalam melahirkan guru yang berkualiti
           untuk ditempatkan terutamanya di kawasan pedalaman dan
           luar bandar, serta menyediakan satu dasar penempatan guru
           yang responsrTkepada keperluan rakyat perlu disediakan.


                                                                        28
           b. Memantapkan kualiti pemimpin sekolah dengan memastikan
              pemilihan pemimpin sekolah ini yang bukan saja berdasarkan
              kepada kekananan tetapi perlu wujud proses yang lebih telus
              dan luwes serta memilih yang terbaik dan berbakat.

   l.   melahirkan modal insan yang berpengetahuan, produktif, kreatif dan
        inovatif, serta melahirkan semua pelajar yang holistik serta
        mempunyai profiensi yang tinggi dalam Bahasa Malaysia dan
        Bahasa lnggeris.

        meneruskan pembangunan infrastruktur kerana terdapat sekolah-
        sekolah yang daif dan usang serta yang perlu dinaiktarafkan dan
        terdapat kawasan yang masih tiada kemudahan sekolah.

   l.   memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan warga pendidik
        dengan mewujudkan Kem 1 Malaysia pada setiap tahun. Dalam
        kem ini, 8 nilai konsep 1 Malaysia akan dapat disemai dan ditanam
        kepada kesemua peserta dan seterusnya dapat capai matlamat
        gagasan 1 Malaysia seperti yang diingini.


Perubahan dan penambahbaikan yang dicadangkan dalam Persidangan
Kajian Semula PIPP akan dijadikan perkembangan yang baru dalam
memantapkan      lagi PIPP. Pemantapan PIPP ini merupakan satu
pendekatan bagi melengkapkan rancangan lima tahun yang masih belum
selesai serta menyamaratakan medan persaingan dan peluang pendidikan
kepada semua pelajar di negara ini.


Di samping itu, sebarang perkembangan baru dalam PIPP adalah untuk
melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan institusi yang bersedia ke
suatu tahap yang lebih tinggi lagi agar dapat mengangkat imej sistem
pendidikan negara dan berdaya saing di arena globalisasi.




                                                                        29
5.        Penyediaan PIPP 2011 -20'15


Pada tahun 2010, KPM akan mula menyediakan Rancangan Malaysia
Kesepuluh Kementerian Pelajaran Malaysia 201 1 -201 5. Perancangan dan
pelaksanaan RMKe-10 akan diasaskan kepada pendekatan berasaskan
outcome sebagai kesinambungan usaha untuk merealisasikan Wawasan
2020 bersandarkan teras utama Misi Nasional dan konsep "lMalaysia:
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Satu rangka kerja
bersepadu akan dibentuk untuk menghubungkaitkan dasar dan
pelaksanaan program RMKe-10 dengan bidang keberhasilan utama
RMKe-10 (KRA RMKe-10) dan outcome seperti di Rajah 1.


                                       Raiah   1: Rangka Kerja Bersepadu




     &1!.d!!:
     If,ltls t:  tvtenirrgLatktnEkono i d{llm RenIiLan Nilil Lcbih Tiltggi
     TtrR{S 2l nte,,in;kAt!:\ n KcI pnynan P*grtrhra r! dn r hovesi Ncgam Serta l\t€htt puk 'Mindn Kc6s Pertirns]
     Ttful,S 3: lucn:rnga ni lktidn ksl|mrian sorioekonomi Yrng Betl(t'usin Srmru Membio:l drn Produktif
     ll'fllAS 4r lt{r$ ingkn {kltl Ta hrp dn r K{miIl] prrBnn K0tliti llidu p
     'lEIiAS5r Mttgnkultkxnliruplly.ltD lnstitusldi Ptlnksnnann



Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan
yang berkesan, setiap teras                         Misi Nasional diperincikan                       dengan KRA
RMKe-10 sebagai bidang fokus yang akan diberi keutamaan. Setiap KRA
RMKe-10 disertai dengan outcome dan langkah strategik yang khusus.
Pencapaian setiap KRA RMKe-10 akan disokong oleh KRA RMKe-10
peringkat kementerian. KRA peringkat kementerian akan memperincikan
outcome dan KPI peringkat kementerian yang perlu dicapai.


Walau bagaimanapun proses penyediaan PIPP 201 1-2015 masih dalam
peringkat perbincangan di antara banhagian-bahagian di KPM. KPM akan
berunding   dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak
berkepentingan untuk penyediaan program pembangunan pendidikan
termasuk cadangan program dan projek. Diharapkan penyediaan plpp
2011-2015 ini dapat meneruskan agenda kerajaan untuk merealisasikan
Wawasan 2020 dan mampu berdaya saing pada era globalisasi.


Penutup

Laporan terkini PIPP, rumusan persidangan kajian semula PIPP dan
saranan YAB Menteri Pelajaran akan menjadi asas              kepada
penambahbaikan PIPP. Semua bahagian KPM diharapkan dapat memberi
kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penyediaan PIPP RMKe-10
dan usaha KPM meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara serta memupuk'minda kelas pertama'.




                                                                  31

								
To top