PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH PMR TAHUN 2009 Oleh Y B Y BHG DR HJ ZAHRI BIN AZIZ PENGARAH PELAJARAN SELANGOR 24 DISE

Document Sample
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH PMR TAHUN 2009 Oleh Y B Y BHG DR HJ ZAHRI BIN AZIZ PENGARAH PELAJARAN SELANGOR 24 DISE Powered By Docstoc
					     PENGUMUMAN KEPUTUSAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
           TAHUN 2009




              Oleh

   Y.B
   Y.BHG. DR. HJ ZAHRI BIN AZIZ
 PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

       24 DISEMBER 2009




              DI

  JABATAN PELAJARAN SELANGOR



               1
PENDAHULUAN


      Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNYA
saya diberi kesempatan sekali lagi untuk mengumumkan keputusan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) Tahun 2009. Izinkan saya menjelaskan bahawa
keputusan PMR tahun ni diumumkan serentak di seluruh negara pada hari ini.
Murid akan menerima keputusan hari ini mulai pukul 10.00 pagi di sekolah
masing-masing. Negeri-negeri juga membuat pengumuman keputusan mengikut
negeri masing-masing serentak dengan pengumuman ini dibuat.


      Sukacita dimaklumkan bahawa matlamat persekolahan bukanlah untuk
menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Waktu
persekolahan seharusnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pembinaan modal
insan untuk mewujudkan    sebuah bangsa yang berdaulat, maju dan bersatu
padu. Sesuai dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan, persekolahan hendaklah mampu melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu, hidup aman dan damai menikmati peluang belajar
secara saksama dan mengecapi kejayaan dalam pembelajaran juga secara
bersama.
      Maka dalam mengumumkan keputusan PMR pada tahun ini saya akan
cuba menerapkan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan. Mengambil semangat Satu Malaysia, PMR adalah antara wahana
pendidikan yang membolehkan semua murid yang mengikuti persekolahan
menengah rendah di seluruh negara dinilai menggunakan satu peperiksaan yang
sama. Peperiksaan PMR telah diduduki oleh semua murid serentak dari 7 hingga
13 Oktober 2009 dan pada hari ini sekali lagi semua murid menerima keputusan
serentak walau di mana mereka berada.


      Sebelum saya dapat mengumumkan keputusan pada hari ini, pelbagai
kerja telah dibuat oleh pegawai-pegawai petugas peperiksaan yang terdiri
daripada pegawai-pegawai peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri, pegawai



                                     2
peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah, Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas
dan Penolong Pengawas untuk memastikan rakyat didahulukan dalam menerima
keputusan.
Bilangan petugas PMR adalah seperti berikut:-
Penyelia Kawasan          :       111 orang
Ketua Pengawas            :       531 orang
Penolong Pengawas         :      4008 orang


      Saya bersyukur kerana PMR pada tahun ini telah dapat dilaksanakan
dengan jayanya tanpa sebarang masalah besar berlaku walaupun wabak
Influenza A H1N1 telah melanda negara semasa peperiksaan ini dilaksanakan.
Garis panduan yang diberi nama Operasi Wabak telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan diikuti dengan baik oleh semua petugas
peperiksaan PMR tahun ini sehingga tiada masalah besar berlaku.


      Pelaporan keputusan PMR pada tahun ini juga memberi tumpuan kepada
penguasaan    kemahiran    generik.   Kemahiran   generik   meliputi   kemahiran
berbahasa, kemahiran matematik, kemahiran saintifik, kemahiran keinsanan ,
dan kemahiran hidup . Kemahiran-kemahiran di atas diukur melalui mata
pelajaran bahasa, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, Geografi dan
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Maklumat tentang penguasaan kemahiran-
kemahiran di atas diperoleh melalui pentaksiran bertulis, lisan, amali dan kerja
kursus.


PMR Tahun 2009


      Pada tahun 2009 sejumlah 74855 orang calon telah menduduki PMR.
Daripada jumlah ini, 6592 orang calon (8.81%) telah mendapat gred ‘A’ bagi
semua matapelajaran berbanding tahun 2008, seramai 6005 calon (8.2 %). Ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 %. Manakala pencapaian calon yang
menguasai minima ‘D’ pada tahun 2009 ialah 51950 calon (69.4 %). Peningkatan



                                       3
sebanyak 0.5 % berbanding tahun 2008. Gred purata skor negeri bagi tahun
2009 ialah 2.63 berbanding 2.68 tahun 2008 . Ini menunjukkan peningkatan 0.05.
Gred purata skor nasional ialah 2.78.
      Sebanyak 10 buah sekolah di Negeri Selangor          mendapat keputusan
100% iaitu SMK Seri Puteri, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Kuala Selangor,
SBPI Gombak, SAM Bestari, SMK Jalan Empat, SBPI Sabak Bernam, SMA
Persekutuan, SBPI Rawang dan SMKA Kuala Selangor. Manakala, sebanyak 24
buah sekolah telah mendapat keputusan melebihi 90% .




ANALISIS KEPUTUSAN PMR 2009

Kemahiran Berbahasa

      Kemahiran berbahasa yang diukur           di sekolah menengah rendah
merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, mencari dan
menyampaikan maklumat dengan betul, berkesan, bersantun dan berbudaya.
Kemahiran-kemahiran tersebut ditaksir melalui Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS) dan ujian bertulis berpusat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab Komunikasi
dan Bahasa Punjabi.




Penguasaan pelajar dalam kemahiran berbahasa pelbagai bahasa di peringkat
A,B C,dan D adalah seperti berikut:-

                               Bil.         GRED A          Bil.     MINIMA 'D'
MATA PELAJARAN                Calon                        Calon

                                      %           %                  %        %
                                    Negeri      Nasional           Negeri   Nasional
                                    2009                            2009
Bahasa Melayu                 20471 27.72        25.6      68458   92.69     92.9

Bahasa Inggeris               17551     23.75    16.1      58505   79.16     72.8



                                        4
Bahasa Cina                      2869     22.64      23.2     11143   87.94      87.7

Bahasa Tamil                      602     20.87      19.8      2283   79.13      76.7

Bahasa Arab Komunikasi           1711     28.35      38.8      5280   87.49      94.1

Bahasa Punjabi                     8      40.00      22.7       20     100       80.6




       Berdasarkan jadual di atas, mata pelajaran kategori Gred A yang
mengatasi peringkat Nasional ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Tamil dan Bahasa Punjabi, manakala mata pelajaran bagi kategori Minima D
ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi.

       Pencapaian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan sedikit
penurunan berbanding tahun 2008 , mengikut trend penurunan peringkat
nasional bagi kedua-dua matapelajaran ini. Keputusan matapelajaran Bahasa
Melayu tahun 2008 bagi gred A ialah 26.3% , minima D ialah 93.5%. Bahasa
Inggeris gred A ialah 16.4% , minima D ialah 74.8%.


       Pencapaian bagi Bahasa Cina , Tamil menunjukkan peningkatan bagi
pencapaian minima ‘D’ berbanding tahun 2008.




Kemahiran Matematik

       Kemahiran     matematik     merangkumi      aspek    penyelesaian   masalah,
membuat keputusan dan berpemikiran matematik (mathematical thinking).
Kemahiran matematik pelajar diukur secara bertulis sahaja dengan dua kertas
iaitu kertas objektif aneka pilihan dan kertas subjektif.




                                          5
Pencapaian pelajar yang telah menguasai kemahiran matematik ádalah seperti
berikut:-




                               Bil.        GRED A           Bil.      MINIMA 'D'
MATA PELAJARAN                Calon                        Calon

                                         %        %                  %        %
                                       Negeri   Nasional           Negeri   Nasional
                                       2009                        2009

Matematik                     24682    33.42     26.7      67169   90.96      90.1




Jadual di atas menunjukkan peratus kategori Gred A, mata pelajaran Matematik
mengatasi peratus peringkat Nasional sebanyak 6.72%, manakala bagi kategori
Minima D pula mengatasi sebanyak 0.86%.


Prestasi matapelajaran matematik menunjukkan peningkatan ketara dari segi
peratus mendapat A dan minima D berbanding tahun 2008. Dimana pencapaian
pada tahun 2008 bagi A ialah 32.37% dan minima D ialah 88.46%.




Kemahiran Saintifik

       Kemahiran saintifik merangkumi pengetahuan dan kemahiran proses
sains serta kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains diukur melalui kertas
soalan bertulis. Kemahiran manipulatif pula diukur melalui Penilaian Kerja Amali
(PEKA) yang dikendalikan oleh sekolah.




                                       6
Pencapaian pelajar yang telah menguasai kemahiran sains adalah seperti
berikut:-



                              Bil.        GRED A          Bil.       MINIMA 'D'
MATA PELAJARAN               Calon                       Calon

                                       %        %                   %        %
                                     Negeri   Nasional            Negeri   Nasional
                                      2009                         2009

Sains                        18296    24.77     18.5     68180    92.29     92.4


Peratus Kategori Gred A bagi mata pelajaran Sains mengatasi peratus Nasional
sebanyak 6.27%.


Prestasi matapelajaran sains menunjukkan peningkatan ketara dari segi peratus
mendapat A dan minima D berbanding tahun 2008. Dimana pencapaian pada
tahun 2008 bagi A ialah 22.97% dan minima D ialah 90.34%.




Kemahiran Keinsanan

        Kemahiran Keinsanan merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan dengan perhubungan antara manusia dengan penciptanya, manusia
dengan manusia dan manusia dengan alam. Kemahiran ini diukur secara bertulis
melalui mata pelajaran antaranya Sejarah, Geografi, dan Pendidikan Islam. Di
peringkat sekolah, kemahiran ini diukur melalui Perkara Asas Fardhu Ain
(PAFA), Penilaian Adab, Tilawah dan Hafazan serta Kerja Kursus.




                                      7
Pencapaian pelajar yang telah menguasai Kemahiran Keinsanan ádalah seperti
berikut:-



                              Bil.       GRED A           Bil.     MINIMA 'D'
MATA PELAJARAN               Calon                       Calon

                                       %        %                  %        %
                                     Negeri   Nasional           Negeri   Nasional
                                      2009                        2009

Sejarah                      17066   23.14     19.3      68605   93.03     92.9


Geografi                     18316   24.79     21.0      67476   91.34     91.5


Pendidikan Islam             15044   32.09     27.2      44937   95.86     93.9


Jadual di atas menunjukkan peratus mata pelajaran kategori Gred A yang
mengatasi peringkat Nasional ialah Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam,
manakala mata pelajaran Minima D ialah Sejarah dan Pendidikan Islam.


Prestasi matapelajaran Sejarah dan Geografi menunjukkan peningkatan yang
membanggakan dari segi peratus mendapat A dan minima D berbanding tahun
2008. Dimana pada tahun 2008 pencapaian Sejarah bagi gred A ialah 20.36%
, minima D ialah 92.45% dan Geografi gred A ialah 19.4% , minima D ialah
91.02%.




                                     8
Kemahiran Hidup

      Kemahiran Hidup merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan dengan kemahiran teknikal, mengurus, merancang, mengorganisasi
dan memanipulasi.    Kemahiran ini diukur di peringkat pusat dan sekolah. Di
peringkat pusat, kemahiran ini diukur secara bertulis melalui mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu – Teknikal, Kemahiran Hidup Bersepadu –
Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Hidup Bersepadu               - Pertanian dan
Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan dan Keusahawanan. Di peringkat
sekolah Kemahiran ini diukur melalui Kerja Kursus dan Amali




Penguasaan pelajar dalam Kemahiran Hidup Bersepadu ádalah seperti berikut:-




                              Bil.        GRED A           Bil.     MINIMA 'D'
MATA PELAJARAN               Calon                        Calon

                                        %        %                  %        %
                                      Negeri   Nasional           Negeri   Nasional
                                       2009                        2009

KH Teknikal                  7060     28.42     31.6      23509   94.65     93.6


KHB Ekonomi Rumah
Tangga                       6168     28.27     29.9      21215   97.23     97.0


KHB Pertanian                1349     16.79     17.7      7512    93.51     93.2


KHB Perdagangan dan
Keusahawanan                 6844     33.95     27.9      19674   97.58     95.7




                                      9
Jadual di atas menunjukkan peratus mata pelajaran kategori Gred A yang
mengatasi peringkat Nasional ialah Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
Perdagangan dan Keusahawanan. Manakala peratus Minima D keempat-empat
mata pelajaran di atas mengatasi peratus Nasional.

Prestasi matapelajaran kemahiran hidup menunjukkan peningkatan yang
membanggakan dari segi peratus minima D berbanding tahun 2008. Dimana
pada tahun 2008 pencapaian KH Teknikal ialah 96.5% , KHB Ekonomi Rumah
Tangga    ialah 96.5% , KHB Pertanian 93.47% dan KHB Perdagangan dan
Kesahawanan ialah 96.6%.




Penutup


      Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan untuk
semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada
pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan
sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita
dalam pelajaran.


      Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang
terlibat mendidik murid mengikut acuan kita sendiri. Saya yakin kejayaan yang
dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi ibu bapa,
pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah, komuniti dan juga pihak Kementerian
Pelajaran. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut
menyumbang kepada kecemerlangan ini.




                                      10
      Pada tahun 2010 Jabatan Pelajaran Selangor bersama sekolah-sekolah di
negeri Selangor menyambut baik National Key Result Area (NKRA) yang
merujuk kepada
      1.    Perluasan pendidikan pra sekolah.
      2.    Memastikan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
            mengira di kalangan pelajar sekolah rendah.
      3.    Mewujudkan sekolah-sekolah berprestasi tinggi.
      4.    ’ New Deal ’ merujuk kepada pemberian ganjaran kepada Guru
            Besar , Pengetua serta guru-guru yang menunjukkan prestasi
            cemerlang.


      Jabatan Pelajaran Selangor akan melaksanakan langkah-langkah bagi
      memastikan pencapaian objektif ke empat-empat NKRA pada asasnya
      mengikut kualiti untuk melonjakkan kualiti pencapaian pelajar dari segi
      akademik , koko , dan sahsiah. Jabatan Pelajaran Selangor menyahut
      NKRA dan memastikan pelaksanaannya di negeri Selangor. Jabatan ini
      telah mula mengedarkan poster-poster yang terdiri daripada pengurusan
      sekolah berkesan , adab murid dan pengajaran dan pembelajaran
      berkesan.




Jabatan Pelajaran Selangor
24 Disember 2009




                                       11

				
DOCUMENT INFO
Description: Pentaksiran-Bahasa-Melayu pdf