TEKS UCAPAN

Document Sample
TEKS UCAPAN Powered By Docstoc
					                   TEKS UCAPAN
  YAB DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD.RUSTAM,
              KETUA MENTERI MELAKA
          PADA MAJLIS PERASMIAN SEMINAR
      MOTIVASI DAN PATRIOTISME KEBANGSAAN:
           1 MALAYSIA SATU SUARA BELIA
PEWARIS NEGARA ANJURAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
                DENGAN KERJASAMA
INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA
                      (IKSEP),
 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA DAN BIRO
              TATANEGARA MELAKA DI
        HOTEL MAHKOTA, BANDA HILIR MELAKA
       PADA 11 OGOS 2009 (SELASA) JAM 9 PAGI.
  (WAKIL: YB DATUK HJ. AB. KARIM BIN HJ. SULAIMAN)
                          (2)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM
PERPADUAN

TERIMA KASIH PENGACARA MAJLIS,

YANG BERHORMAT, DATUK RAZALI BIN IBRAHIM,
TMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN;

YBHG. DATUK HAJI MOHD.SAID BIN YUSOF,
PENGERUSI INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME
MALAYSIA (IKSEP)

YANG BERHORMAT, AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI DAN AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN
NEGERI,
                            (3)

YBHG. DATUK DR HAJI MOHD JAMIL MUKMIN,
TIMBALAN PENGERUSI IKSEP;

YBHG. ENCIK R.EFENDI BIN RAZALI,
PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA;

YBHG. TN. HJ. AZIZ UJANG,
PENGURUS BESAR IKSEP;

YBHG. ENCIK AGUS PUTRA HAJI AFENDI,
PENGARAH BIRO TATA NEGARA CAWANGAN MELAKA;

AHLI LEMBAGA PENGARAH IKSEP, KETUA-KETUA JABATAN,
PENGERUSI DAN PEMBENTANG KERTAS KERJA,

PEMIMPIN-PEMIMPIN BELIA DI SEMUA PERINGKAT,
TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SERTA WARGA BELIA YANG SAYA
HORMATI SEKALIAN,
                            (4)



           KAPAL DAGANG DARI SEBERANG,
             SARAT MUATAN KAYU MERANTI;
             DARI JAUH TUAN PUAN DATANG,
          ORANG MELAKA SENTIASA MENANTI.


1.   ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILLAHI
KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIA-NYA, KITA DAPAT
BERKUMPUL PADA PAGI INI UNTUK SAMA-SAMA DI DALAM
SEMINAR   MOTIVASI    DAN    PATRIOTISME     KEBANGSAAN:
1MALAYSIA SATU SUARA BELIA PEWARIS NEGARA. DI
KESEMPATAN     INI,   SAYA        INGIN   MENGALU-ALUKAN
                        (5)

KEHADIRAN SEMUA DI MAJLIS PADA PAGI INI SERTA SYABAS
SAYA TUJUKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN IKSEP DAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA YANG TELAH
BERJAYA MENGANJURKAN SEMINAR INI.


2.    SEMOGA SEMINAR MOTIVASI       DAN PATRIOTISME
DIHARAP DAPAT DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH PARA
HADIRIN DAN MEMANFAATKANNYA DALAM MENGHARUNGI
KEHIDUPAN HARIAN. BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
OGOS INI, KITA JANGAN LUPA TOKOH-TOKOH PEJUANG
KEMERDEKAAN NEGARA KITA YANG TELAH KEMBALI KE
RAHMATULLAH, MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH
                       (6)

DAN BERTAKAFUR BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN
MEREKA.


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN


3.   SEBAGAI PEWARIS GENERASI MERDEKA PADA HARI
INI, KITA PERLU MENGUCAPKAN RASA KESYUKURAN YANG
TINGGI KEPADA ALLAH DAN BERTERIMA KASIH KEPADA
PEJUANG-PEJUANG   KEMERDEKAAN    KERANA    SEGALA
PENGORBANAN   MEREKA   YANG   TELAH   MEMBEBASKAN
NEGARA DARI BELENGGU PENJAJAHAN. KEBIJAKSANAAN
MEREKA MENGENDALIKAN KEGIATAN POLITIK DAN MEMBINA
                         (7)

NEGARA   BANGSA   MALAYSIA      SEHINGGA    KITA    DAPAT
MENGECAPI   KEMAKMURAN    HASIL    DARI    KEMERDEKAAN
NEGARA INI PERLU DIPERTAHANKAN.


4.    KITA PERLU MENGETAHUI BAHAWA PENJAJAHAN
DALAM APA BENTUK SEKALI PUN AMAT BURUK DAN
MERENDAHKAN    MARTABAT        BANGSA     YANG     DIJAJAH
SEHINGGA KITA DIHINA KERANA KEMISKINAN HARTA DAN
KEMUNDURAN ILMU PENGETAHUAN. KITA TIDAK DAPAT
BERSUARA DAN MENGECAPI KEMAKMURAN DAN KUASA
POLITIK. OLEH ITU, GENERASI BELIA ADALAH GOLONGAN
YANG PALING PENTING DALAM SESEBUAH NEGARA.
                           (8)

5.    JATUH DAN BANGUNNYA SESEBUAH NEGARA PADA
MASA DEPAN SEBENARNYA AMAT BERGANTUNG KEPADA
MEREKA. JUSTERU ITU, BELIA MESTI MEMPUNYAI JATI DIRI
DAN   SEMANGAT   JIWA   YANG     BESAR.   APATAH   LAGI,
GOLONGAN BELIA DIJANGKA MENCECAH 11.6 JUTA ORANG
MENJELANG TAHUN 2010.


6.    GOLONGAN     BELIA     SEBENARNYA     MEMPUNYAI
BANYAK POTENSI YANG BOLEH DIGILAP UNTUK MEMBANTU
MEREKA MENJADI DEWASA DENGAN NILAI DAN TINGKAH
LAKU POSITIF. NAMUN BEGITU PROSES PENDEWASAAN
BELIA MERUPAKAN SATU PROSES YANG KOMPLEKS.
                          (9)

7.      JUSTERU ITU, IA MEMERLUKAN SOKONGAN DARIPADA
SEMUA PIHAK SAMA ADA KERAJAAN, PERANAN NGO
SEPERTI PERSATUAN BELIA DAN ORGANISASI TERMASUK
PIHAK     SWASTA   BAGI   MEMBANTU   MENGGILAP   DAN
MEMBANGUNKAN POTENSI BELIA.


TUAN-TUAN DAN PUAN –PUAN,


8.      KITA LIHAT PERMASALAHAN YANG DIHADAPI KINI
IAITU PERANAN GENERASI MUDA DALAM MENGEKALKAN
PERPADUAN SERTA MEMAHAMI MAKSUDNYA. MALAH BELIA
DI MALAYSIA WAJIB MENGHAYATI SEMANGAT CINTAKAN
                              ( 10 )

NEGARA AGAR NEGARA MEMILIKI GENERASI PEWARIS YANG
KENTAL SEMANGAT PATRIOTISMENYA.


9.     PADA HARI INI, KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI
JUGA YANG SEMAKIN CANGGIH TELAH MEMPERLIHATKAN
PERUBAHAN        PEMIKIRAN    GOLONGAN         GENERASI   MUDA
MALAYSIA    DI     MANA      KEMUDAHAN        INTERNET    TELAH
MENCETUSKAN        PELBAGAI       IDEALISME      YANG     TELAH
MEMPENGARUHI PEMIKIRAN MINDA ANAK-ANAK MUDA KITA.


10.    KAJIAN JUGA TELAH               MENUNJUKKAN    GENERASI
MUDA   BERUMUR       15   HINGGA        26   TAHUN   MERUPAKAN
                        ( 11 )

GOLONGAN YANG AMAT MAHIR MENGGUNAKAN INTERNET.
KITA TIDAK MENAFIKAN KEMUDAHAN SIBER INI, NAMUN APA
YANG KITA HARAPKAN AGAR GOLONGAN BELIA PERLU
BIJAK MENAPIS DAN BERFIKIR SECARA RASIONAL DALAM
MENERIMA MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN DALAM INTERNET
KERANA JUTAAN MAKLUMAT YANG ADA DI DALAM MEDIA
MODEN INI MENGANDUNGI PELBAGAI MAKLUMAT YANG
POSITIF DAN NEGATIF SERTA BUDAYA KUNING.


11.   MENURUT LAPORAN INDEKS BELIA MALAYSIA 2008,
TELAH MENYATAKAN SALAH LAKU YANG MEMBABITKAN
BELIA DI NEGARA INI MASIH DI PERINGKAT YANG BAIK,
                        ( 12 )

NAMUN KEBIMBANGAN SENTIASA WUJUD KERANA KEJADIAN
YANG TIDAK BERAKHLAK ANTARANYA GEJALA MAT REMPIT
ATAU SAMSENG JALANAN, RAGUT, BULI, KETAGIH ROKOK,
PENDEDAHAN BAHAN-BAHAN LUCAH DI WEB SERTA BANYAK
LAGI MASALAH SOSIAL SEMAKIN MENJADI-JADI.


12.   JUSTERU ITU BEBERAPA LANGKAH SEGERA PERLU
DILAKUKAN UNTUK MENGATASI GEJALA INI AGAR IA DAPAT
DIBENDUNG.   ANTARANYA       GENERASI     MUDA   PERLU
DIDEDAHKAN DENGAN PELBAGAI KEGIATAN YANG BERGUNA
MELALUI   PERTUBUHAN   DAN       PERSATUAN.   SEMANGAT
                       ( 13 )

BERPERSATUAN PERLU DIMANTAPKAN DENGAN MEMBERI
TUNJUK AJAR MENERUSI LATIHAN DAN KEMAHIRAN.


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


13.   SEBAGAIMANA SARANAN YAB PERDANA MENTERI,
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK YANG MELONTARKAN IDEA
KONSEP 1 BELIA 1 MALAYSIA AMAT WAJAR DITERAPKAN
DALAM SEMUA HATI GENERASI MUDA MALAYSIA. INI AMAT
BERTEPATAN    DALAM    USAHA    KERAJAAN      UNTUK
MENYATUPADUKAN BELIA-BELIA DI NEGARA INI TANPA
MENGIRA BANGSA, AGAMA DAN KETURUNAN.
                         ( 14 )

14.    SEMUA BELIA HARUS MENYEDARI BAHAWA TANPA
PEMUPUKAN DAN PENYUBURAN PERPADUAN NASIONAL,
KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN NEGARA YANG DIKECAPI
SELAMA INI HASIL KEGIGIHAN GENERASI TERDAHULU DAN
MASA KINI BOLEH HANCUR BEGITU SAHAJA KEJAYAAN
KONSEP 1 MALAYSIA AKAN SUKAR DIJAYAKAN JIKA BELIA
TIDAK BERSATU.


15.    JUSTERU   ITU,   BELIA     DARI   PELBAGAI   ETNIK
HENDAKLAH MENYUBURKAN DAN MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN YANG DIPELIHARA SELAMA INI BERMULA DI
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH LAGI BELIA KINI MEMPUNYAI
                         ( 15 )

TANGGUNGJAWAB YANG LEBIH BESAR SEBAGAI PELAPIS
KEPIMPINAN NEGARA PADA MASA DEPAN.      MALAH APA
YANG LEBIH PENTING SEMUA BELIA PERLU MEMAHAMI
KONSEP 1 MALAYSIA DAN MENGAJAK MEREKA BERGERAK
ATAS SATU NADA SERTA SATU SUARA DAN YANG LEBIH
PENTING ATAS SATU PEMAHAMAN.


16.       DALAM MEMBINA JATI DIRI SESEBUAH BANGSA,
SEMUA BELIA PERLU ADA SEMANGAT PATRIOTISME YANG
TINGGI.     PATRIOTISME UMUMNYA BERMAKNA CINTAKAN
TANAH AIR ATAUPUN TEMPAT TUMPAH DARAH.      DALAM
                           ( 16 )

KONTEKS     YANG   LEBIH   LUAS,    PATRIOTISME    ADALAH
PERASAAN CINTA KEPADA SESEBUAH NEGARA BANGSA.


17.   USAHA-USAHA KE ARAH KECEMERLANGAN BANGSA
MALAYSIA    HARUSLAH   MERANGKUMI       PELBAGAI    ASPEK
TERMASUK SOSIAL, EKONOMI, TEKNOLOGI, BUDAYA, AGAMA
DAN SEMANGAT KENEGARAAN. SESUNGGUHNYA, BANGSA
YANG CEMERLANG LAHIR DARIPADA ASUHAN, AMALAN,
PEMIKIRAN, DAYA SAING DAN PERPADUAN YANG MANTAP
DAN BIJAK SERTA ERAT DI ANTARA SESAMA KAUM YANG
BERBILANG KETURUNAN DAN KEPERCAYAAN BERAGAMA DI
MALAYSIA.
                         ( 17 )

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


18.      BAGI MEMASTIKAN PROSES PEMBINAAN MODAL
INSAN UNTUK GOLONGAN BELIA INI BERJAYA, KERAJAAN
NEGERI     MELAKA   SENTIASA      PRIHATIN    DAN   BEGITU
MENGAMBIL     BERAT   SERTA       TELAH      MELAKSANAKAN
PELBAGAI    KEMUDAHAN    UNTUK      BELIA     MENJALANKAN
AKTIVITI MENGISI MASA LAPANG SEPERTI KEMUDAHAN KEM
BELIA MAJLIS GABUNGAN BELIA MELAKA, LITAR SUKAN
BERMOTOR DI DURIAN TUNGGAL SEPANJANG 1.7 KM YANG
MERUPAKAN LITAR YANG TERPANJANG DI ASIA TENGGARA,
KOMPLEKS BOWLING DI AYER KEROH ADALAH YANG
                        ( 18 )

TERBESAR DI MALAYSIA DENGAN 52 LORONG, IBU PEJABAT
PERTUBUHAN BELIA SEDUNIA (WAY) YANG MENJALANKAN
AKTIVITI BELIA SEDUNIA, PEJABAT SEKRETARIAT DUNIA
MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI), KELAB UDARA BELIA 4B
MALAYSIA, KEMUDAHAN MARINA UNTUK KEGIATAN SUKAN
KAPAL LAYAR DI MUARA SUNGAI MELAKA DAN SEBAGAINYA.


19.    SEMUA KEMUDAHAN YANG BERTARAF DUNIA INI
YANG    DISEDIAKAN    KERAJAAN      NEGERI   MELAKA
DIHARAPKAN   DAPAT   DIMANFAATKAN   SEBAIK   MUNGKIN
AGAR BELIA DI NEGARA INI AMNYA DAN MELAKA KHASNYA
                            ( 19 )

TERGOLONG DALAM       KALANGAN       BELIA PERKASA DAN
BERSEMANGAT WAJA.


20.   BAGI MEMASTIKAN SEMUA PERTUBUHAN BELIA DI
MELAKA BERGIAT AKTIF DAN TERATUR, KERAJAAN NEGERI
TURUT MENYEDIAKAN 17 BADAN MAJLIS GABUNGAN BELIA
MELAKA DI BAWAH SATU BUMBUNG DI KOMPLEKS WAY,
AYER KEROH.   SETIAP BADAN GABUNGAN INI MEMPUNYAI
SETIAUSAHA    KERJA   DAN     DIPANTAU   OLEH   BAHAGIAN
SAHABAT BELIA, JABATAN KETUA MENTERI MELAKA. INI
SELARAS DENGAN MATLAMAT KERAJAAN NEGERI UNTUK
MENJADIKAN NEGERI MELAKA SEBAGAI NEGERI BELIA.
                        ( 20 )

21.      DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE LAPAN (RMK-8)
KERAJAAN    TELAH   MEMPERUNTUKAN     SEBANYAK     RM4.9
BILION   PERBELANJAAN   BAGI     MEMBANGUNKAN      MODAL
INSAN. JUMLAH INI TELAH MENINGKAT KEPADA RM 5.46
BILION PADA RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (RMK-9).
INI   MENUNJUKKAN   KERAJAAN     BEGITU   SERIUS   UNTUK
MEMBANGUNKAN GENERASI MUDA MALAYSIA SEBAGAI
GENERASI PEWARIS NEGARA.


TUAN-TUAN DAN PUAN –PUAN,
                        ( 21 )

22.   SAYA PERCAYA KITA BOLEH MELAKUKAN YANG
TERBAIK UNTUK NEGARA KITA. BANYAK PERKARA YANG
BOLEH KITA LAKSANAKAN. APA YANG DIPERLUKAN CUMA
KESUNGGUHAN    UNTUK   BERTINDAK.    KITA   PERLU   ADA
KESUNGGUHAN UNTUK MENGGUNAKAN KUASA INI DENGAN
BIJAKSANA, ADIL, BERHEMAH DAN SEPAKAT. INSYA-ALLAH
KITA AKAN BERJAYA AKHIRNYA.


23.   SEMOGA      SEMINAR        SEHARI     INI   DAPAT
MENGHASILKAN SATU PERSEPSI BARU DALAM KALANGAN
GENERASI MUDA MALAYSIA AGAR BERJIWA BESAR SERTA
BERTEKAD UNTUK SATU SUARA DEMI MEMAJUKAN NEGARA
                        ( 22 )

TERCINTA INI. SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN
RAMADHAN AL-MUBARAK.


         NEGERI MELAKA KAYA TRADISINYA,
         DONDANG SAYANG PENGHIBUR HATI;
              BELIA HARUS SEIA SEKATA,
        MEMBANGUN NEGARA BERJIWA SEJATI.


24.   DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, SAYA
BAGI PIHAK YAB DATUK SERI KETUA MENTERI DENGAN
SUKACITANYA   MERASMIKAN         SEMINAR   MOTIVASI   DAN
PATRIOTISME KEBANGSAAN: 1 MALAYSIA SATU SUARA
                                ( 23 )

BELIA      PEWARIS       NEGARA    ANJURAN     INSTITUT   KAJIAN
SEJARAH            DAN   PATRIOTISME     MALAYSIA   (IKSEP)   DAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


SEKIAN, TERIMA KASIH.




Sua09/Pkmm/Zamir

				
DOCUMENT INFO
Description: kegiatan-buli-di-sekolah pdf