RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RPH Mata pelajaran Bahasa Melayu by xld14276

VIEWS: 1,689 PAGES: 4

More Info
									                 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )



Mata pelajaran        : Bahasa Melayu
Tahun                 : 5 Orked
Bilangan Murid        : 32 orang
Tema                  : Kebudayaan
Tajuk                 : Perayaan di Malaysia
Tarikh                : 12 Februari 2007
Masa                  : 60 minit

Objektif              : Pada akhir pelajaran murid dapat;

                         i.    Murid dapat menyatakan tentang pengalaman
                               mereka menyambut perayaan secara lisan.
                        ii.    Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan
                               mengenai perayaan di Malaysia.
                        iii.   Murid dapat menulis karangan pendek mengenai
                               pengalaman mereka menyambut perayaan masing-
                               masing dengan menggunakan ayat majmuk yang
                               betul.

Hasil Pembelajaran:


1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
   menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang
   sesuai.
   Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan
   menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
   dan memahami petikan yang dibaca.
   Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
              intonansi berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
   penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
   Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat
   majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
Kemahiran Bahasa :        Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa    :        Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
                          dan intonansi.

Ilmu                :     Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai               :     Kesenian, menghayati, menghormati dan
                          Menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir :    Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan
                        kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar :     Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbaga :    Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
                        emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
                        pengalaman mereka mengenai perayaan yang
                        terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan
                        membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.

BBB                 :     Power point, buku latihan dan alat
                          tulis.
  Isi Pelajaran     Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran                  Catatan

Murid               Set Induksi (5 minit)                       KB : menghubungkait,
ditayangkan                                                     inferens
power point yang    i)murid diminta untuk melihat paparan       BCB: menonton dengan
berkaitan dengan    power point dan menghayatinya.              aktif
jenis-jenis         ii)murid diminta untuk membezakan jenis     BBB : power point
perayaan yang       perayaan mengikut kaum dan
terdapat di         menceritakan pengalaman mereka.
Malaysia.           iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan
                    tajuk pengajaran yang akan diajari pada
                    hari itu.


Guru memberi        Langkah 1 (15 minit)                        KB : membuat inferens
teks cerita yang                                                BCB : i) membaca dengan
bertajuk            i)murid dikehendaki untuk mengelik          intonansi yang betul.
“Perayaan Di        salah satu pautan yang disediakan.          ii) mendengar dengan aktif.
Malaysia” melalui   ii)murid diminta membaca petikan itu        BBB : teks cerita, power
power point.        secara individu dengan kuat dan             point
                    mengikut intonansi serta gaya yang betul.
                    iii)murid-murid yang lain dikehendaki
                    mendengar dan meneliti teks sambil
                    memahami petikan tersebut.
                    iv)kemudian guru menanyakan soalan
                    kepada murid berkaitan dengan petikan
                    tersebut.


Guru                Langkah 2 (15 minit)                        KB : menghubungkaitkan,
mengadakan                                                      menjana idea
perbincangan        i)murid dibahagikan kepada beberapa         BCB : memproses
kumpulan antara     kumpulan.                                   maklumat dan melaporkan
murid-murid dan     ii)murid diminta untuk berada dalam         maklumat.
melakukan           kumpulan dan membuat perbincangan.          KP : verbal linguistik,visual,
pembentangan        iii)murid dikehendaki membentangkan         intrapersonal, interpersonal
melalui power       perbezaan antara perayaan yang              Nilai : kerjasama, hormat-
point.              terdapat di Malaysia dan bandingkan         menghormati
                    dengan pengetahuan dan pengalaman           BBB : power point
                    mereka.
                    iv)kemudian kumpulan yang berjaya
                    menyiapkan dahulu akan
                    membentangkan hasil perbincangan
                    mereka dan mereka akan mendapat
                   ganjaran.
                   v)guru menanyakan soalan yang
                   berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan
                   sedia ada mereka.


Guru memberi       Langkah 3 (20 minit)                         KB : menjana idea,
latihan kepada                                                  menghubungkaitkan,
murid-murid.       i)guru terlebih dahulu menanyakan            membuat inferens.
                   kepada murid sekiranya mereka masih          BCB : mengumpul,
Aktiviti           tidak memahami tajuk pengajaran pada         memproses, mencatat dan
Pemgayaan:         hari tersebut.                               melaporkan maklumat.
Menulis karangan ii)guru memberi latihan kepada murid           KP :
pendek             iaitu membuat karangan pendek                intrapersonal;interpersonal,
berdasarkan        mengenai perbezaan perayaan di               visual, verbal-linguistik.
tajuk yang diberi. Malaysia.                                    Nilai : bekerjasama,
                   iii)guru membimbing kumpulan murid           menghargai,.
Aktiviti           yang memerlukan pemulihan dengan             BBB : kertas latihan.
Pemulihan:         menyediakan teks cerita yang perlu
Menyudahkan        dilengkapkan dengan mengisi tempat
petikan yang       kosong.
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.

Guru membuat       Penutup (5 minit)
rumusan
mengenai           i)murid digalakkan supaya mengumpul
pengajaran yang    maklumat tambahan daripada bahan-
telah diajar dan   bahan yang lain bagi menambanhkan
menanyakan         pengetahuan mereka.
soalan kepada      ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni
murid akan apa     yang telah dipelajari pada hari tersebut.
yang mereka
telah pelajari.
                   Nilai-nilai murni :
Guru juga          -Menghargai
menayakan nilai-   -Bersyukur
nilai murni yang   -Menghormati
terdapat semasa    -bekerjasama
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.

								
To top