Info Ringkas e-Psybermatrix

Document Sample
Info Ringkas e-Psybermatrix Powered By Docstoc
					Senario Penggunaan Profil Psikologi di Luar Negara

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, penggunaan alat ukur psikologi telah
banyak dikaji dan digunakan di negara maju dalam sistem pendidikan, perkhidmatan
kesihatan, perkhidmatan awam dan swasta serta masyarakat. Kebanyakan organisasi
menawarkan alat ukur ujian personaliti dan minat kerjaya yang merupakan dua jenis
alat ukur yang sering digunakan sebagai psychological tool dalam sistem pendidikan
dan pekerjaan. Ianya telah terbukti dapat membantu organisasi dalam merangka
perancangan strategik masa hadapan ke arah pembentukan sumber tenaga manusia
yang mempunyai kematangan, berkualiti serta produktif.

Senario Penggunaan Profil Psikologi di Malaysia

Penggunaan alat ukur psikologi telah mula digunakan secara meluas dalam sistem
pendidikan dan pentadbiran negara sejak awal tahun 1980an. Namun begitu,
sebahagian besar organisasi masih menjalankan proses pengukuran psikologi secara
manual atau bertulis. Organisasi yang terlibat dalam penggunaan profil psikologi juga
didapati sering menggunakan alat ukur dari barat (western profiling). Di antara alat
ukur yang sering digunakan adalah seperti 16 Personality Factors(16 PF), Self-
Directed Search (SDS), Vocational Preference Inventory (VPI), Job Descriptive Index
(JDI), Mooney Problems Checklist dan Myers Briggs Types Indicator (MBTI).
Penggunaan alat ukur yang tidak berasaskan nilai dan norma masyarakat Malaysia
boleh menimbulkan pelbagai isu seperti isu silang budaya dan ketidak tepatan
kandungan atau keputusan analisa.




VISI

Menyediakan perkhidmatan aplikasi profil psikologi yang saintifik dan sistematik
secara KOMPREHENSIF, RELIABLE, INTERAKTIF, TERKINI, BERPUSAT dan
BERSEPADU.


MISI

       Menyediakan perkhidmatan aplikasi yang berkemampuan untuk
       mengendalikan proses pengukuran psikologi menerusi rangkaian internet

       Menggunakan pangkalan pengetahuan yang direkabentuk bersama pakar
       domain untuk menjana laporan analisa diagnosis

       Menyimpan maklumat yang berkaitan profil pengguna di dalam pangkalan
       data untuk tujuan rujukan dan pemantauan dari masa ke semasa
OBJEKTIF

Khusus

         Untuk membantu Pejabat Pendaftar mengenalpasti kompetensi staf
         berdasarkan profil psikolog yang berasaskan norma masyarakat Malaysia.

         Untuk membantu staf pentadbir seperti Timbalan Dekan, Timbalan
         Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pembantu Tadbir menjalankan proses
         saringan, temuduga dan latihan staf secara pantas dan berkesan.

         Untuk menyediakan pangkalan data yang mengandungi maklumat profil
         psikologi calon penjawatan dan staf untuk tujuan analisa dan perancangan
         strategik pihak pengurusan Pejabat Pendaftar.

Umum

         Untuk memberikan maklumat yang relevan kepada pengguna sasaran dari
         segi personaliti, nilai dan pemahaman konsep kendiri individu

         Untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia
         tentang pentingnya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan individu bagi
         tujuan peningkatan kendiri

         Untuk menyediakan peluang meningkatkan tahap profesionalisme dan
         kompetensi kepada pengamal profil psikologi.

         Untuk memperkasakan penggunaaan psychological tools dalam sektor
         pendidikan dan indusri/organisasi bagi membantu pelajar, staf dan pemohon
         kerja dalam proses penasihatan akademik, latihan personel atau penjawatan.
KEUNIKAN DAN KELEBIHAN PERLAKSANAAN

     Dengan adanya sumber pangkalan data profil calon penjawatan dan staf yang
     bersepadu, Universiti Teknologi Malaysia akan muncul sebagai institusi yang
     paling proaktif dalam membangunkan pengurusan pengetahuan (Knowledge
     Management) dan bakal menjadi peneraju kepada usaha merapatkan jurang
     digital di kalangan rakyat.

     Laporan analisa diagnosis dan perkembangan pembangunan staf dapat
     digunakan sebagai Indeks Pencapaian Utama (KPI) bagi membantu pihak
     pengurusan Pejabat Pendaftar merangka strategi pembangunan modal insan
     bagi menarik perhatian pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara

     Pelaburan terhadap pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat
     berupaya menjimatkan kos pengurusan Pejabat Pendaftar pada jangka masa
     panjang.

     Kaedah penganalisaan berbantukan komputer secara masa nyata (Real Time)
     dapat menjimatkan masa pemprosesan maklumat seterusnya menjimatkan
     masa penjanaan laporan analisa yang melibatkan kumpulan responden yang
     besar.

     Antaramuka grafik dan fungsi yang mesra pengguna dapat membantu
     pengguna yang kurang kemahiran komputer untuk menggunakan sistem ini.

     Kaedah capaian secara internet membolehkan pengguna menggunakan
     sistem ini dari sebarang lokasi rangkaian tanpa mengira masa.

     Keupayaan menyokong operasi capaian pengguna secara serentak pada satu
     masa membuatkan perkhidmatan ini amat sesuai untuk digunakan oleh
     organisasi yang berskala besar.
KESIMPULAN

Usaha untuk menerapkan pendekatan dan pengetahuan psikologi dalam pengurusan
sumber manusia merupakan usaha murni demi memperkasakan modal insan negara.
Di negara yang lebih maju, usaha ini telah lama dijalankan meliputi segala aspek
pengurusan sumber manusia dari peringkat pemilihan, penempatan, pembangunan
personel, latihan, intervensi sehingalah kepada persaraan. Dalam menguruskan isu
psikologi individu di tempat kerja mahupun belajar, tumpuan seharusnya diberikan
kepada aspek diri individu sebagai manusia yang mempunyai perasaan dan
bagaimana aspek tersebut dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan
produktiviti dan kualiti diri dan keseluruhan kehidupannya.

Ujian atau profil psikologi merupakan satu prosedur yang sistematik dan saintifik
untuk mengkaji tingkah laku manusia. Selain daripada penggunaannya untuk tujuan
deskriptif ia jua boleh digunakan untuk tujuan membuat keputusan yang meliputi
proses pemilihan, penempatan, penilaian, pangkatan, diagnosis dan menentukan
tahap kemahiran seseoang individu. Profil psikologi juga berperanan memberi
motivasi, meningkatkan minat individu, dan untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh klien. Ianya juga amat diperlukan oleh para kaunselor bagi
membolehkan mereka memahami dengan lebih jelas permasalahan klien dan ini
akan mempermudahkan proses kaunseling.

Pengurusan dan perancangan modal insan adalah faktor yang saling perlu
memerlukan antara satu dengan yang lain. Pada dasarnya aplikasi psikologi
dicadangkan untuk digunakan dalam pengurusan sumber manusia sesuai dengan
kontrak psikologi antara majikan dengan pekerjanya. Evolusi yang ketara dapat
dilihat dalam pembangunan pengurusan dan perancangan sumber manusia yang
lebih mementingkan kebajikan, birokrat kemanusiaan dan elemen-elemen psikologi
dalam pengurusan. Dalam konteks ini, dapatlah disimpulkan bahawa kaedah yang
digunapakai iaitu memasukan elemen psikologi dalam sistem penyampaian
perkhidmatan seiring dengan fokus dan hasrat kerajaan dalam RMK9 untuk
mempromosikan modal insan yang berpengetahuan ke arah menjayakan Wawasan
2020.
PENERANGAN PROFIL PERSONALITI TAJMA (PPT)

      Merupakan alat ukur yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan
      yang tinggi iaitu antara 0.8 hingga 0.9.

      Digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat tentang trait personaliti
      dan tingkahlaku seseorang individu.

      Terdapat 83 item yang disusun dalam bentuk pernyataan.

      Jangka masa pengambilan ujian adalah sekitar 10 hingga 15 minit.

      Mengukur 11 aspek personaliti iaitu :-

                  TRAIT                                KETERANGAN
      Asertif                    Trait personaliti yang menunjukkan individu yang
                                 berkecenderungan mempamerkan ketegasan diri.

      Analitikal                 Trait personaliti yang menunjukkan individu yang peka
                                 dengan persekitaran, suka membuat pemerhatian dan
                                 seterusnya menganalisa sesuatu perkara sebelum
                                 membuat keputusan.

      Keterbukaan                Trait personaliti yang menunjukkan individu yang suka
                                 berinteraksi dan bekejasama dengan orang lain.

      Kritik Diri                Trait personaliti menunjukkan individu yang mudah
                                 memperkatakan dan mengakui kelebihan dan
                                 kelemahan diri sendiri dan orang lain. Trait ini juga
                                 menunjukkan kestabilan emosi dan psikologi seseorang
                                 individu.


      Kepimpinan                 Trait personaliti yan menunjukkan kemampuan
                                 individu dalam memimpin sesuatu kumpulan, tegas
                                 dan gemar membuat keputusan.


      Jati Diri                  Trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal
                                 dan bermotivasi untuk menghabiskan atau
                                 menyelesaikan sesuatu tugas, percaya kepda diri
                                 sendiri, yakin, rasa selamat dan matang.

      Prihatin                   Trait personaliti yang menunjukkan kemampuan
                                 individu untuk memahami perasaan orang lain.
Intelelektual      Trait personaliti yang menunjukkan individu berminat
                   kepada aktiviti-aktiviti yang memberi cabaran dari segi
                   intelektual, berfikiran abstrak, cerdas dan kreatif.

Pencapaian         Trait personaliti yang menunjukkan individu yang
                   bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan sukakan
                   persaingan. Individu yang juga mempunyai daya usaha
                   yang tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat.

Integriti          Trait personaliti yang boleh membuktikan sifat jujur
                   dan amanah seseorang individu terhadap
                   tanggungjawab yang diberikan oleh organisasi.

Ketidakselarasan   Skala khas yang direkabentuk untuk mengenalpasti
                   persepsi individu terhadap diri sendiri. Ia juga
                   digunakan untuk menilai samada individu cuba
                   memberikan respon dengan ikhlas atau sebaliknya.
PENERANGAN PROFIL MINAT KERJAYA TAJMA (PMKT)

     Merupakan alat ukur yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan
     yang tinggi iaitu antara 0.8 hingga 0.9.

     Diadaptasikan dari alat ukur Self Directed Search (SDS) yang telah
     digunapakai secara menyeluruh di 30 negara

     Terdapat 190 item yang disusun dalam bentuk pernyataan.

     Jangkaan masa pengambilan ujian adalah sekitar 10 hingga 15 minit.

     Mengukur 6 aspek personaliti kerjaya iaitu :-

            TRAIT                                   KETERANGAN
     Realistic             Individu yang mempunyai kemahiran athletic dan mekanikal. Suka
                           bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan
                           binatang. Lebih suka bekerja dalam situasi out door berbanding
                           dalam pejabat.

     Investigative         Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari,
                           menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah
                           melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan
                           matematik serta meminati kerjaya-kerjaya santifik dan beberapa
                           kerjaya bercorak teknikal.

     Artistic              Individu yang mempunyai kebolehan kesenian, kreatif dan inovasi.
                           Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi tidak
                           atau kurang berstruktur. Tidak suka bekerja dengan kerja yang
                           rutin atau berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan
                           daya kreativiti.

     Social                Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
                           Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih,
                           memperkembang, mengubati dan membuat kerja kebajikan pada
                           orang lain. Mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta
                           mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah
                           membuat kebajikan.
     Enterprising          Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
                           Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin
                           dan menguruskan individu lain. Pandai dan mahir
                           memanipulasikan orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk
                           mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
     Conventional          Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai
                           kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan
                           dan kemahiran dalam menguna nombor. Melakukan sesuatu
                           secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
PENERANGAN PROFIL STRESS TAJMA (PST)

      Merupakan alat ukur yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan
      yang tinggi iaitu antara 0.8 hingga 0.9.

      Mempunyai 50 item dan masa pengambilan ujian adalah sekitar 10 hingga
      15 minit.

      Proses rekabentuk skala ujian stress dijalankan berdasarkan teori tret dan
      faktor. Ini selari dengan objektif penggunaannya untuk mengkaji dan
      meneroka punca-punca dan simptom gangguan stress.

      Pembentukan item faktor gangguan stress melibatkan 7 dimensi iaitu
      Kesihatan & Jasmani, Kerjaya, Pembelajaran & Akademik, Kewangan,
      Perkahwinan & Cinta, Kekeluargaan dan Hubungan Sosial. Pembentukan
      item simptom stress pula hanya ditekankan kepada 3 dimensi iaitu simptom
      fizikal, simptom mental dan simptom emosi.

      Skala ordinal yang menggunakan skala Likert 3-Mata telah digunakan bagi
      membantu responden memberikan maklumbalas dengan berkesan. Skala
      yang digunakan bagi item gangguan stress adalah A) Sangat Tertekan, B)
      Tertekan, dan C) Tidak Tertekan. Skala yang digunakan bagi simptom stress
      pula adalah A) Sangat Kerap, B) Kerap dan C) Tidak Kerap.
PROFILE of TAJMA E-PSYBERMATRIX CONSULTANCY

The term TAJMA is an abbreviation to the names of three researchers whilst e-
Psybermatrix originates from the abbreviation of the words ‘Electronics’,
‘Psychology’, ‘Cyber’ and ‘Matrix’. This term has been adapted by the TAJMA e-
Psybermatrix Research Group as a new term in applying ICT technology in
measuring and assessing human psychology.

The research which started since 2002, was pioneered by three researchers headed
by Prof. Dr. Mohd Tajudin bin Haji Ninggal, a Counselling Psychologist and
Psychological Testing Expert, Syed Mohd Asri bin Syed Yahya, an Expert System &
Artificial Intelligent Specialist, and Aida Khaizilla bte Abdul Khairi, a Web and
Hypermedia Engineer. Presently, the research team has successfully developed
TAJMA Psybermatrix online software application that contains three psychological
profiles namely TAJMA Personality Profile (TPP), TAJMA Career Interest Profile (TCIP)
and TAJMA Stress Profile (TSP).

In the Malaysian context, the three online profiles has so far been the earliest
psychological softwares that have been developed by local researchers. These
softwares have been designed to provide individual and group scientific data in
relation to their personality, emotional, cognitive and career interest aspects based
on the Malaysia values and culture. As such, it is able to reduce the bias rate and
inaccuracy in research findings as compared to the psychological tests that was
based on western culture and life values.

TPP and TCIP have been used by the Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
management via Human Management Resource Office as a psychological tool in job
screening process and job interviews since 2003. TPP has also been used as one of
the modules in the Personality Assessment Courses for UTM academic staff. TPP,
TCIP and TSP have been widely applied by UTM Counselling and Career Centre in
their counselling guidance and career services for UTM students as well as staff.

As an effort to promote our product to the industry, we have participated in 16th
International Invention, Innovation, Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX)
2005 held at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur on 19-25 May 2005
and won Silver Medal for the Best Invention Category and Gold Medal for Best Booth
Design. With this achievement, we are strongly believed that our product will be
highly utilized and useful for human capital development in Malaysian Educational
and Human Resource sector.
USE OF E-PSYBERMATRIX IN ADMINISTRATIVE SERVICES

GOAL
To increase effectiveness and quality of administrative services.


OPERATIONAL OBJECTIVE
To introduce and implement the usage of e-Psybermatrix instruments as the
standard tool to generate data for analysis by 2008.


SITUATIONAL FINDINGS

        No measurement is in use to measure impact of trainings attended on the
        individual staff

        No psychological assessment on staffs thus no systematic counseling services

        Like weaker students, weak staffs are the ones who actually need the quick
        and systematic counseling services

        No proper database on personality and career interest profiles to identify
        staff’s behavior pattern and trend in the organization

        No standardize psychological tool based on the Malaysian norms employed
        elsewhere in the organization

        Staff’s awareness on their personality and career interest are low

        No proper studies on staff’s traits and behaviors

        No focused self development program for staffs
THE BENEFITS OF USING E-PSYBERMATRIX SERVICES IN ADMINISTRATIVE SERVICES

      Provides an objective and relevant feedback to staffs, counselors and
      administrator in terms of individual’s personality traits, values and self-
      perception

      Identifies the individual’s areas of strengths and weaknesses for promoting
      self improvement

      Provides quick, important and valuable feedback to individual and
      management

      Provides an important psychological tool for organization, counselor and
      management to assist staffs in counseling and personal training programs

      Provides practitioners the opportunity to enhance their testing competencies
      and boost their professionalism

      Quicker processing time to produce diagnostic analytical report

      Providing counseling services coverage to the whole populations in
      organization

      Providing expert system to assist counselor and organization to design
      focused self development program and psychological profile

      Providing longitudinal database on personality traits and career interest traits

      Providing a standardized psychological testing tools based on the Malaysian
      norms

      Increasing productivity of counselors through quantity and quality

      Providing avenue for tracer studies, research & planning, and policy
      formulation

      Minimizing financial implication to the organization at present and in the
      future

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:500
posted:4/29/2010
language:Malay
pages:11