Kemelut politik gagasan gabungan pembangkang

Document Sample
Kemelut politik gagasan gabungan pembangkang Powered By Docstoc
					UMNO BN bersorak gembira dengan krisis dalaman dalam Pakatan Rakyat. Analisa secara
analitikal sama ada dari sudut makro dan mikro titik hitam krisis dalam Pakatan digambarkan
amat serius. Tampak payah dan sukar untuk ditangani. Lebih lagi dikala tokoh tersohor
sendiri Anwar Ibrahim yang mengepali kelompok kerajaan menunggu ini hadapi pertuduhan
liwat fasa II.

Punca keretakan gabungan Pakatan bermula dengan krisis dalaman PKR dengan tindakan
beberapa ahli parlimen PKR yang mula mendakwa beralaskan alasan ‘mereka’ mulai hilang
kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan PKR. Dan episod keluarkan diri dari PKR dimulai
dengan rasa tidak puas hati secara berterusan, terancang oleh beberapa pimpinan PKR Pulau
Pinang. Tambahan rasa itu juga dialihkan dengan mengaitkan serta menghalakan serangan
utama tidak puas hati dan terbuku terhadap kepimpinan DAP yang menerajui kerajaan negeri
Pulau Pinang. Kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang dilabelkan sebagai komunis,
cauvinis, diktator dalam menerajui kepimpinan negeri Pulau Pinang.

Justeru peluang dan ruang hal ini, disemarakkan dengan jayanya dan digerakkan gelombang
itu oleh media massa milik kerajaan UMNO BN, tanpa kompromi. Media mula memberi
persepsi secara halus dengan melaporkan berdasarkan kutipan pandangan tokoh-tokoh
penganalisis politik ternama negara daripada pusat pengajian tinggi dengan menyandarkan
pandangan tokoh-tokoh ini dalam mengiakan serangan itu dan dalam masa yang sama juga
berjaya membentuk satu persepsi atau imej buruk terhadap kerajaan Pakatan hasil pandangan
tulen tokoh-tokoh berkenaan yang nyata nampak tiada berkepentingan langsung. Penyelitan
pandangan ini yang diselitkan itu berjaya mewujudkan krisis kepercayaan rakyat terhadap
kerajaan negeri khasnya dan amnya Pakatan Rakyat dalam hal ini.

Maknanya dalam medan yang kecil pimpinan Pakatan Rakyat gagal mengurus tadbir negeri
itu dengan baik. Persoalannya maka akan lebih banyak masalah yang berlaku sesama mereka
yang perlu diselesaikan dahulu, berbanding dengan menyelesaikan masalah utama rakyat.
Maknanya rakyat tidak didahulukan. Perbalahan, pergeseran, rasa tidakpuashati nampaknya
tiada tanda-tanda akan berhenti. Terlalu banyak masa yang perlu dihabiskan dalam soal ini.
Mana agenda pembelaan rakyat. Sekarang siapakah lebih baik mengurus hal rakyat sama ada
kerajaan UMNO BN atau Pakatan Rakyat. Inilah persoalan yang cuba diuar-uarkan serta
dilegarkan dalam fikiran rakyat.

Jika berlaku keadaan sedemikian masa bilakah mereka mampu selesaikan masalah rakyat.
Inilah hutang tertunggak yang media mahu paparkan. Untuk rakyat Malaysia fikir-fikirkan.
Menampakkan kerajaan UMNO BN masih mantap, kukuh, diyakini rakyat adalah antara
agenda media bagi memulihkan UMNO BN.

Sebenarnya perkaitan ini tidaklah cerminan kemelut atau krisis parah dalam Pakatan Rakyat.
Gagasan politik Pakatan Rakyat setidak-tidaknya dapat memberi cerminan bahawa itulah
politik. Masalah adalah tetap masalah dalam politik gagasan gabungan pembangkang PAS,
PKR dan DAP. Pimpinan Pakatan Rakyat tetap mengaku dan tidak dapat menidakkan bahawa
itu adalah masalah.

Bagi kita ibaratnya jodoh mereka ini tidak lama, mereka gagal membawa haluan gagasan
Pakatan Rakyat. Setiap rakan kongsi wajarlah saling faham memahami memenuhi agenda
kepartian politik Pakatan adalah yang utama.
Yang berjalan keluar ‘walk out’ dari PKR adalah beberapa orang ahli parlimen. Bukannya
rakyat yang mewakili kawasan parlimen berkenaan.

Justeru krisis yang cuba digambarkan adalah berupa krisis peribadi berkenaan yang terlalu
mengutamakan nafsu, kepentingan, kehendak, kata hati, perasaan, harapan, niat awal sebelum
menawarkan diri sebagai wakil rakyat PKR parlimen berkenaan.

Soal ini adalah persoalan pokok tarbiyyah dan pentarbiyyahan wakil rakyat PKR yang dilihat
terlalu banyak alurnya. Ini adalah lumrah bagi parti politik yang baru bertapak. Menghayati
erti perjuangan parti sendiri dengan membawa agenda pematuhan, taat setia, tunduk serta
kepentinagan parti didahulukan antara rukun mengukuhkan prinsip keadilan parti. Maka
wajarlah dihayati dengan sepenuh jiwa.

Dalam dunia moden kini, tampak sukar tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana
manusia dijadikan sebagai mahkluk yang istimewa, diangkat Allah sebagai khalifah di
mukabumi ini, bilamana mahkluk-mahkluk lain ‘tidak sanggup’ memikul beban
tanggungjawab amanah Allah yang berat ini. Maka manusia sahaja yang menawarkan diri
bagi menjalankan amanah an tugasan ini.

Dalam hal ini Tuan Guru Menteri Besar sering kali mengingatkan dan memberi peringatan
kepada semua bahawa tujuan kita memasuki politik khasnya yang berkaitan dengan orang
Islam, jangan meletakkan agenda kekayaan, kemewahan, kesenanagan diri , sebagai agenda
dalam kamus hidup. Dunia politik adalah bukan tempatnya. Politik adalah khidmat, politik
adalah kebajikan, politik adalah tempat kita lakukan pengorbanan. Jika mahukan kekayaan
jangan berpolitik hendaklah kamu menumpukan dalam alam perniagaan 9/10 rezeki adalah
berpunca daripadanya.

Sesunggunya kita kena ingat ganjaran dan penghargaan serta keredaan Allah SWT adalah
kena ditanamkan dalam agenda diri kita sebagai ahli politik.

Berbalik semula kita jika mahu bercakap soal benteng ummah masa ini supaya selamat.
Apakah benteng selamat, sebelum kita menunding tentang kebobrokan jati diri kita, persoalan
pokok kerana tiada didikan agama yang kukuh dalam setiap kali kita membicarakan semua
permasalahan sosial. Hal ini juga tidak lari kita sebagai pejuang Islam, wakil rakyat,
pemimpin-pemimpin rakyat. Ilmu keagamaan mesti didahulukan dalam semua sudut bicara,
langkah kita.

Sesungguhnya masyarakat kini mula memberi harapan alternatif dengan adanya Pakatan
Rakyat. Mereka amat tertunggu-tunggu, dahagakan sesuatu yang luar daripada kebiasaan
mereka dan terlalu amat berminat dengan segala gerak geri dan tindakan kita.


Masalah dalam disalurkan mengikut saluran parti. Manfaatkan dan aktifkan serta perturunkan
hingga ke peringkat negeri dan parlimen. Dalam hal ini pimpinan PAS perlu proaktif,
merekalah yang perlu menggerakkan, mengetuai pemaufakatan meja bulat peringkat akar
umbi. Kerana bukan semua isu bukan semua masalah dapat diselesaikan melalui media.
Kerap pertemuan rapat perkenalan masing-masing akan lebih kenal mengenali hatibudi.
Yakini rakyat dengan tindakan. Belajar berkhidmat seperti YB Leong Ngah Ngah ADUN
Triang yang kekal 5 penggal sebagai ADUN DAP Pahang. Masalah rakyat diutamakan, janji
ditunaikan, khidmat dimaksimumkan. Rakyat menilai semua kerja kita dari sudut tindakan.


Perkasakan institusi yang kita dokongi, jika masjid, surau, Koperasi, JKKK, JKKR, PIBG,
Belia, serta lain-lain intitusi dalam masyarakat.Gandakan perkhidmatan wakil rakyat.
Tanggani gejala rasuah secara serisu dalam Pakatan jangan diberi ruang, pemimpin yang
sebegini hendaklah dicantas. Mudaratnya cukup besar dan fitnahnya berjalan sepanjnag.Selain
itu, cara gaya urustadbir ekonomi negeri Pakatan dengan jaya. Serlahkan makenisme dan
garap para pegawai kerajaan yang komited dengan tugas.

Adalah antara beberapa jawapan yang wajar diberikan kepada rakyat.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:104
posted:4/25/2010
language:Malay
pages:3