Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

kkprojek PSV3104

VIEWS: 4,702 PAGES: 4

  • pg 1
									                                                                                PSV 3104



       PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
                                   TUGASAN PROJEK


TAJUK PROGRAM :                                 NAMA PELAJAR :
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
IPG


TAJUK KURSUS :                                          SEMESTER :
PSV 3104                                                MOD KURSUS DALAM CUTI
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
KBSR

TARIKH MULA                                          TARIKH
     17 MAC 2010                                     HANTAR
                                              10 MEI 2010

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV.

2. Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara,
   motivator dan inisiator.

3. Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan
   pembelajaran dengan berkesan.

4. Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan
   bahan bantu secara beretika dan bertanggungjawab.

5.    Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik
      PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan keselamatan,etika
      dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.

      Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2,3,4 dan 5


Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

     1. Mendapatkan serta mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber/koleksi
        plan dan susun atur bilik seni dalam sebuah buku skrap.

     2. Menghasilkan satu rekaan pelan lantai bilik seni visual yang lengkap.
                                                                                  PSV 3104


          3. Menghasilkan penulisan/laporan pengurusan bilik seni yang telah dicadangkan
             dan rasionalnya terhadap peningkatan pencapaian PSV

     Tugasan Projek (100 markah dengan wajaran 50 %)

     Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar untuk mempertingkatkan
     kefahaman dan kemampuan dalam pengurusan sumber, alat dan bahan dalam aktiviti
     PSV dan sebagainya. Ia meliputi susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan
     keselamatan, etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan
     diri sebagai guru mata pelajaran PSV, pelajar seharusnya boleh memahami dengan
     jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual sebagai studio, galeri, pusat
     sumber mini dan sebagai pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid dalam
     peningkatan pencapaian PSV

     Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Projek
     1.    Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (3-4 orang).
     2.    Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk melakukan pemerhatian, dapatan
           maklumat/sumber dan koleksi gambar-gambar yang berkaitan.
     3.   Penghasilan satu rekaan pelan lantai bilik seni visual yang lengkap dengan susun
          atur perabot, ruang pembelajaran, tempat pameran hasil kerja, singki dalam dan
          luar bilik, para gantung, almari pameran dan bilik stor penyimpanan alat dan bahan
          PSV.
     4.   Penulisan/laporan pengurusan bilik seni yang telah dicadangkan dan rasionalnya
          terhadap          peningkatan     pencapaian   PSV.     Seterusnya diadakan    sesi
          pembentangan/perbincangan intelektual (apresiasi)
     5.    Anda boleh memaparkan data dapatan dan penulisan dalam sebarang bentuk
           visual pilihan anda (gambar, jadual, graf, lukisan, grafik ).
     6.    Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
                       i.        Fon Arial atau Times New Roman
                       ii.       Saiz huruf ialah 12
                       iii.      Langkau satu setengah baris
                       iv.       Rujukan mengikut format APA
                       v.        Lampiran

7.        Amalan plagiat tidak dibenarkan.
     8.   Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat          (tidak termasuk
          persembahan visual, lampiran).
9.        Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 50% untuk lulus.

     Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
     1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
     2. Menggunakan instrumen yang tepat dan bersesuaian dengan tugasan.
     3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil laporan dan
        sokongan ilmiah.
     4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
     5. Struktur ayat ringkas, mudah dengan menggunakan subjek-verba-objek.
     6. Penggunaan kata kerja aktif banyak diterapkan.
     7. Menggunakan bahasa yang dipiawaikan.
                                                                           PSV 3104




Kriteria Pemarkahan
Tugasan ini akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan




Tugasan disediakan oleh;                                Disahkan oleh;



_______________________                                 _______________________

MOHD SAWARI BIN RAHIM                                   ISMAIL AG. PIUT
(Pensyarah Matapelajaran)                               (Ketua Jabatan Kajian Sosial)
PSV 3104

								
To top