Kemahiran Berbahasa by bkree66

VIEWS: 4,579 PAGES: 4

									                PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
                                      BAHASA MELAYU
                                 TUGASAN KERJA PROJEK




Tajuk Program : PGSR                                  Nama Guru :




Tajuk Kursus : Pengajaran Kemahiran Bahasa            Semester : 3
Melayu ( 3104 )
(Teaching Language Skills in Malay Language)




Tarikh Mula :                                    Tarikh Hantar :

Tugasan Projek                                   Tugasan Projek



Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran
   kemahiran-kemahiran bahasa.
2. Menyediakan rancangan pengajaran untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran bahasa;
3. Membina dan menggunakan bahan bantu mengajar kemahiran-kemahiran bahasa;
4. Membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran bahasa.


Objektif
   1. Pelajar dapat mengenal pasti strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
      bahasa Bahasa Melayu
   2. Pelajar dapat mengimplimentasikan kemahiran-kemahiran bahasa untuk
      digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
   3. Pelajar dapat merancang dan membina satu Rancangan Pengajaran Harian yang
      merangkumi aktiviti kemahiran bahasa yang digabungjalinkan.


Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1 , 2 , 3 dan 4
Tajuk Projek

Anda dikehendaki menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap
bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahap 1. Aktiviti-aktiviti yang merangkumi kemahiran
bahasa serta strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diimplementasikan
dalam rancangan pengajaran tersebut.



Tugasan Kerja Projek (100%)

Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu ada proses
penggabungjalinan beberapa kemahiran bahasa seperti mendengar bertutur, membaca dan
menulis. Anda dikehendaki menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
lengkap bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahap 1. Aktiviti–aktiviti yang dirancangkan
hendaklah merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Hasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahap 1. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan hendaklah merangkumi kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis yang digabungjalinkan. Gunakan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam RPH tersebut.


Sub-Tugasan

   1. Kenal pasti konsep strategi , kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
      Bahasa Melayu
   2. Kenal pasti aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
      dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
   3. Kenal pasti bagaimana merancang dan membina bahan bantú mengajar Bahasa
      Melayu Tahap Satu.



Panduan Pelaksanaan Kerja Projek

   1. Tugasan ini adalah tugasan individu

   2. Anda boleh memaparkan data kajian pemerhatian dalam sebarng bentuk visual
      pilihan anda ( jadual , graf , grafik )

   3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :



          I.   Fon Arial

         II.   Saiz huruf ialah 12

        III.   Langkau satu setengah baris

        IV.    Rujukan mengikut format APA
         V.   Lampiran




   4. Amalan plagiat tidak dibenarkan

   5. Panjang tugasan tidak kurang daripada 20 muka surat ( termasuk persembahan
      visual )

   6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.



Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

   1. Isi kandungan hendaklah menyeluruh, konsisten dan terperinci

   2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara-perkara berikut :



       a. Organisasi kandungan sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah

       b. Konsep strategi, pendekatan , kaedah dan teknik

       c. Hasil pembelajaran yang menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa

       d. Pembinaan bahan bantu mengajar tahap Satu

       e. Rumusan dan cadangan

   3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
      disokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan

   4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
      sokongan ilmiah

   5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren

   6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
      menterjemahkan maklumat secara terperinci

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.



Tugasan disediakan oleh
_________________________

( RAZALI MOHD SHUKOR )

Disediakan oleh

_______________________

( PARIDAH BINTI MAMAT)

								
To top