BORANG KASTAM

Document Sample
BORANG KASTAM Powered By Docstoc
					Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengimportan adalah mengikut
kategori konsainan:
Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalankan pemeriksaan dokumen dan fizikal bagi semua
pengimportan di pintu masuk pertama. Maklumat ketibaan konsainan komersial diterima
daripada Jabatan Kastam secara manual atau elektronik. Dokumen diserahkan oleh pengimport/
agen kepada Pegawai Pemeriksaan di pintu masuk termasuk permit Import, Sijil Kesihatan
Veterinar, Sijil Halal Sijil CITES, JK 69, Bill of Lading/ Airway Bill (mana-mana yang perlu).

Makanan

Pemeriksaan dokumen dan fizikal untuk kobis bulat dan kopi

FAMA menjalankan pemeriksaan dokumen dan fizikal untuk kobis bulat dan kopi di pintu
masuk.

Agen Pengimport akan menyerahkan dokumen-dokumen yang terliibat untuk diperiksa oleh
Pegawai FAMA dan dokumen terlibat adalah Borang Kastam (K1), airway bill,manifest.
Pemeriksaan dokumen adalah untuk memastikan bahawa kuantiti produk yang diisytiharkan
dalam Borang K1 adalah sama atau kurang daripada kuantiti yang tercatat dalam Permit Import,
dan juga memastikan syarat-syarat permit import dipatuhi.

Ikan

Jabatan Perikanan

Jabatan Perikanan mengeluarkan permit dan sijil untuk import dan angkut untuk mengawal
import.

Pengeluaran sijil atau permit tersebut dibuat di pintu-pintu keluar/ masuk di pejabat Pusat
Kuarantin Ikan Jabatan. Bagi negeri yang tidak ada pusat kuarantin, permit akan dikeluarkan
oleh Pengarah Perikanan Negeri.

Sijil Angkut dikeluarkan untuk membolehkan pengangkutan ikan di antara Semenanjung Sabah
dan Sarawak.

Jabatan Perikanan memeriksa dokumen import termasuk invois import asal atau airway bill atau
bill of lading dan sijil kesihatan ikan dari negara pengeksport.Jika tidak ada perkara yang
meragukan, permit import diluluskan dan Borang K1 diperakukan.

Setiap konsainan import perlu disertakn dengan sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak
penguasa negara pengeksport. Pemeriksaan ke atas konsainan dibuat pada hari ketibaan
mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Kebiasaanya sepuluh peratus dari jumlah konsainan dipilih secara rawak untuk pemeriksaan
secara visual. Walau bagaimanapun, bagi spesis tertentu seperti Ikan Arowana pemeriksaan
visual dan semakan tag elektronik dilakukan seratus peratus.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

LKIM membuat pemeriksaan dan pengesahan dokumen pengimportan seperti berikut :

    a) Lesen pengimport untuk memastikan semua pengimport mamatuhi syarat-syarat yang
       ditetapkan oleh LKIM.
    b) Borang Skim Kawalam Pemeriksaan Ikan (SKPI)
    c) Borang Ikrar Kastam (Borang Kastam K1, Borang Kastam K2, Borang Kastam K3, dan
       Borang Kastam K8)
    d) Invois/Nota Hantaran Syarikat
    e) Sijil Kesihatan untuk Udang (Untuk tujuan import sahaja)

LKIM menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas koisanan yang dibawa dihadapan pengimport
atau agen yang dilantik untuk pemeriksaan dan mengira jumlah bilangan sebenar, kuantiti (kg)
serta jenis dan kategori megikut sepertimana yang telah diisytiharkan.

Tumbuhan

Jabatan Pertanian

Pengimportan kesemua produk yang dikawal oleh Akta dan Peraturan- Peraturan Kuarantin
Tumbuhan sama ada melalui udara,laut, dan darat, adalah tertakluk kepada pemeriksaan
dokumen dan fizikal. Merinyu Kuarantin Tumbuhan menggunakna Sistem Maklumat Kastam
untuk mengenalpasti konsainan-konsainan yang tertakluk dibawah Akta dan Peraturan Kuarantin
Tumbuhan sebelum agen mengemukakan dokumen - dokumen pengimportan untuk
pemeriksaan. Konsainan-konsainan berkenaan akan ditahan (di dalam SMK) untuk sementara
waktu sehingga Merinyu Kuarantin membuat pemeriksaan dan seterusnya melepaskannya
dengan tahanan tersebut. Bagi pintu masuk yang tidak dilengkapi dengan SMK, Agen
Pengimportan akan membuat pengisytiharan mengenai konsainan-konsainan yang terlibat
dengan membawa terus dokumen pengimportan ke Pejabat Kuarantin Tumbuhan.

Jabatan Pertanian menjalankan pemeriksaan fizikal untuk:

  i.    menentukan produk yang diimport adalah seperti yang diimport adalah seperti yang
        ternyata dalam Airway bill/ Manifest, Borang K1, Borang JK69 (jika berkenaan), Permit
        Import dan juga Sijil Fitosanitasi;
 ii.    menentukan bahawa rawatan kuarantin telah dilaksanakan di negara pengeksport,
        sepertimana yang tertera di Permit Import; dan
 iii.   menentukan bahawa konsainan berkenaan bebas dari perosak dan penyakit.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags: BORANG, KASTAM
Stats:
views:7002
posted:4/20/2010
language:Malay
pages:2