BORANG J FAQ by ebookadsense

VIEWS: 816 PAGES: 20

									                         PERTANYAAN AM

S1 :   Pada awal tahun 2007 pendapatan saya hanyalah daripada gaji
       sahaja, namun pada pertengahan tahun saya mula berniaga secara
       kecil–kecilan. Adakah saya perlu mengisi Borang B atau BE?

J1 :   Tuan perlu mengisi Borang B 2007 memandangkan tuan telah
       mempunyai pendapatan perniagaan dan perlu mengembalikan Borang B
       2007 selewat–lewatnya pada 30 Jun 2008.


S2:    Sekiranya saya tidak menerima Borang B saya, bagaimanakah saya
       boleh mendapatkan borang tersebut?

J2 :   Tuan boleh mendapatkan Borang B di mana–mana cawangan LHDNM
       yang berdekatan.


S3 :   Bolehkah saya menggunakan Borang B fotostat untuk tujuan
       penghantaran borang cukai pendapatan?

J3 :   Penggunaan borang fotostat adalah tidak dibenarkan kerana borang
       fotostat adalah tidak sah. Tuan dinasihatkan untuk mendapatkan Borang
       B di mana–mana cawangan LHDNM berdekatan. Tuan juga boleh
       menghantar Borang B dengan menggunakan aplikasi e-filing.


S4 :   Saya ada menerima Borang B suami yang telah meninggal dunia
       pada 20.05.2007. Walau bagaimanapun, borang B untuk diri saya
       masih belum diterima. Bolehkah saya mengisi sahaja borang B
       suami (arwah/mendiang) dan kembalikan ke LHDNM?

J4 :   Tuan tidak dibenarkan berbuat demikian. Tuan masih dikehendaki
       melaporkan pendapatan arwah suami yang diperolehi dari tempoh
       01/01/2007 hingga 20/05/2007 dalam Borang B yang diterima. Sila
       kembalikan borang tersebut ke LHDNM dengan menyertakan salinan sijil
       kematian bagi tujuan kemaskini fail cukai pendapatan suami. Manakala
       bagi tujuan pengembalian Borang B tuan, tuan dinasihatkan untuk
       mendapatkan Borang B yang kosong di mana–mana cawangan LHDNM
       yang berdekatan.
S5 :   Bolehkah saya menghantar Borang B melalui faks memandangkan
       saya tidak sempat untuk mengepos borang tersebut?

J5 :   Tuan tidak dibenarkan menghantar Borang B melalui faks. Sekiranya
       diterima, akan dianggap sebagai borang tidak sah dan tidak akan
       diproses. Tuan dinasihatkan menghantar Borang B secara e-filing
       sekiranya tidak sempat untuk mengepos borang tersebut.


S6 :   Saya menerima dua Borang B untuk Tahun Taksiran yang sama
       tetapi di bawah nombor rujukan cukai pendapatan yang berlainan.
       Borang yang mana satukah yang perlu saya isi?

J6 :   Tuan perlu menyemak dengan cawangan yang mengendalikan fail cukai
       pendapatan tuan untuk mendapat kepastian nombor fail yang aktif
       sebelum mengisi dan menghantar Borang Nyata. Sila isi dengan lengkap
       Borang Nyata dengan nombor rujukan yang aktif sementara Borang Nyata
       dengan nombor rujukan yang tidak aktif dipulangkan semula ke Pusat
       Pemprosesan dengan menyertakan bersama surat iringan memaklumkan
       nombor fail tersebut adalah bagi fail pendua yang tidak aktif.


S7 :   Di manakah saya perlu menghantar Borang B?

J7 :   i) Sekiranya borang tersebut dihantar melalui pos ;

       Sila kembalikan ke alamat berikut :

                    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
                    Pusat Pemprosesan,
                    Aras 10–18, Menara C, Persiaran MPAJ,
                    Jalan Pandan Utama, Pandan Indah,
                    Karung Berkunci 11096,
                    50990 Kuala Lumpur.

       ii) Sekiranya hadir sendiri, tuan bolehlah hadir ke Tingkat 12 di alamat
       seperti di atas untuk membuat serahan.


S8 :   Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa Borang B saya telah
       diterima oleh LHDNM? Saya bimbang sekiranya borang tersebut
       tidak diterima dan saya dikenakan penalti.

J8 :   Tuan dinasihatkan supaya menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan,
       Pandan Indah di talian 03-42893700 untuk mengetahui status penerimaan
       Borang B tuan.



                                        1
S9 :   Sekiranya Borang B saya diproses di Pusat Pemprosesan Pandan
       Indah, adakah bermakna fail cukai pendapatan saya juga telah
       dipindahkan ke tempat tersebut?

J9 :   Fail cukai pendapatan tuan masih lagi dikendalikan di cawangan tuan
       yang terdahulu. Di bawah Sistem Taksir Sendiri, semua borang cukai
       pendapatan akan diproses secara berpusat di Pusat Pemprosesan
       Pandan Indah.


S10 : Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B 2007?

J10 : Tarikh akhir pengembalian Borang B 2007 ialah pada 30 Jun 2008.


S11 : Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menghantar Borang
      B selepas tarikh 30 Jun?

J11 : Ya. Tuan akan dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) Akta Cukai
      Pendapatan 1967.


S12 : Saya ingin mengetahui bilakah saya akan menerima Borang J saya
      kerana saya ingin mengetahui jumlah cukai sebenar saya.

J12 : Di bawah sistem taksir sendiri, notis taksiran (Borang J) tidak akan
      dikeluarkan kepada pembayar cukai. Pembayar cukai dikehendaki
      mengira sendiri cukai pendapatan mereka. Borang Nyata tersebut adalah
      dianggap sebagai notis taksiran.


S13 : Memandangkan borang J tidak lagi dikeluarkan oleh LHDNM di
      bawah Sistem Taksir Sendiri, bagaimanakah saya boleh mengetahui
      jumlah cukai saya adalah tepat?

J13 : Di bawah Sistem Taksir Sendiri, Borang B yang dihantar ke LHDNM
      adalah dianggap tepat sehinggalah semakan audit membuktikan
      sebaliknya. Sekiranya tuan mempunyai sebarang masalah berhubung
      pengiraan cukai semasa mengisi Borang B, sila hubungi kami di talian 03-
      42893700.




                                      2
S14 : Kenapa saya perlu menyimpan rekod-rekod perniagaan selama 7
      tahun ?

J14 : Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan
      cukai perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun
      dalam mana borang cukai pendapatan dihantar ke LHDNM, untuk tujuan
      rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.


S15 : Apakah tindakan yang akan diambil oleh LHDNM sekiranya saya
      tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan saya?

J15 : Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawah
      seksyen 119A, Akta Cukai Pendapatan 1967, tuan boleh didakwa di
      mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan denda
      tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang
      satu tahun atau kedua-duanya sekali.


S16 : Bolehkah saya hanya mengisi Borang B di bahagian Butiran Peribadi
      dan tandatangan sahaja dan kemudian menghantar borang tersebut
      bersama–sama dengan penyata pendapatan perniagaan saya dan
      bil–bil tuntutan yang lain?

J16 : Tidak boleh. Borang B tuan akan dianggap sebagai tidak lengkap dan
      akan dikembalikan kepada tuan untuk pembetulan. Di bawah Sistem
      Taksir Sendiri, tuan tidak perlu mengemukakan rekod–rekod perniagaan
      dan bil-bil tuntutan. Tuan dikehendaki menyimpan rekod–rekod berkenaan
      selama 7 tahun bagi tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan
      kelak.


S17 : Selepas saya menghantar Borang B, saya menyedari bahawa saya
      telah melaporkan pendapatan yang tidak tepat. Perlukah saya
      mengisi borang yang baru dan hantar semula ke Pusat
      Pemprosesan?

J17 : Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan lebih
      daripada sekali. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menghantar
      surat rayuan yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat ke cawangan
      yang mengendalikan fail tuan.




                                     3
S18 : Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya LHDNM mendapati
      pendapatan yang dilaporkan di dalam Borang B adalah kurang?


J18 : Taksiran tambahan berserta penalti di bawah subseksyen 113(2) Akta
      Cukai Pendapatan 1967 akan dibangkitkan. Kadar penalti boleh disemak
      di www.hasil.org.my > Undang – undang dan Peraturan > Kesalahan
      Penalti & Kompaun.


S19 : Saya telah berhenti berniaga kira–kira 2 tahun yang lalu dan tiada
      pendapatan lain tetapi setiap tahun saya masih lagi menerima
      Borang B daripada LHDNM. Perlukah saya mengisi borang tersebut
      atau saya hanya perlu mengembalikan sahaja borang tersebut?

J19 : Tuan masih perlu melengkapkan borang tersebut dan mengembalikannya
      kepada LHDNM sebelum/pada tarikh yang ditetapkan. Walau
      bagaimanapun, tuan boleh memohon secara bertulis berserta alasan yang
      kukuh kepada cawangan yang mengendalikan fail tuan, supaya tidak lagi
      mengeluarkan borang pada masa akan datang.


S20 : Saya adalah seorang ejen hartanah/saham/insurans/jualan langsung
      tetapi tidak mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya
      Syarikat Malaysia (SSM). Borang apakah yang perlu saya isi?

J20 : Jenis borang yang perlu diisi tidak bergantung kepada sama ada tuan
      telah mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat
      Malaysia (SSM) atau tidak. Ia bergantung kepada punca pendapatan yang
      diterima oleh tuan sama ada berjenis perniagaan atau tidak.

      Komisen yang diterima oleh seorang ejen bebas adalah dianggap sebagai
      punca pendapatan perniagaan. Oleh yang demikian, tuan perlu
      melaporkan pendapatan komisen tersebut di dalam Borang B pada
      ruangan C1.


S21 : Saya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah
      menyimpan rekod-rekod perniagaan. Penyata untung rugi disediakan
      berdasarkan anggaran. Bagaimana saya hendak mengisi Borang B?
      Adakah pengiraan saya akan diterima? Adakah saya akan dikenakan
      penalti kerana tidak menyimpan rekod?

J21 : Bagi pengisian Borang B, tuan boleh merujuk kepada helaian kerja HK-1,
      Buku Panduan Borang B sebagai garis panduan. Penentuan sama ada
      pengiraan tuan akan diterima atau tidak, akan diketahui apabila tuan



                                     4
      diaudit oleh pegawai LHDNM. Tuan dinasihatkan supaya menyimpan
      rekod-rekod perniagaan dengan kemas dan teratur mengikut peruntukan
      seksyen 82 dan 82A, Akta Cukai Pendapatan 1967. Kegagalan berbuat
      demikian akan menyebabkan tuan boleh didakwa di mahkamah dan
      dikenakan denda tidak kurang dari RM300 dan tidak melebihi RM10,000
      atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (Rujuk
      Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) bertarikh 30 Jun 2001). Ketetapan
      Umum ini boleh diperolehi dari laman web LHDNM di alamat
      www.hasil.org.my > Undang-undang dan Peraturan > Ketetapan Umum.


S22 : Di manakah saya boleh mendapatkan Buku Panduan Borang B?

J22 : Tuan boleh melayari laman web LHDNM di www.hasil.org.my > Borang >
      Buku Panduan B.


S23 : Bagaimana saya hendak mengetahui mengenai rekod-rekod yang
      perlu disimpan dan cara menyediakan Penyata Untung Rugi dan
      Kunci Kira-kira yang betul?

S23 : Tuan boleh merujuk kepada Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) yang
      boleh diperolehi di www.hasil.org.my berhubung penyimpanan rekod yang
      mencukupi. Tuan juga boleh berhubung dengan pegawai LHDNM di
      mana-mana cawangan LHDNM untuk mendapatkan khidmat nasihat.
      Selain itu, tuan juga boleh mendapatkan khidmat dari mana-mana
      akauntan atau ejen cukai bertauliah.


S24 : Saya telah melakukan sedikit kesilapan semasa mengisi Borang B,
      bolehkah    saya   menggunakan       pemadam    cecair    untuk
      membetulkannya?

J24 : Tuan tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair untuk membuat
      pembetulan. Sekiranya berlaku kesilapan yang sedemikian tuan hanya
      perlu memotong kesilapan yang dibuat dan memasukkan amaun yang
      sebenar di atas ruangan tersebut. Kemudian sila tandatangan ringkas di
      sebelah pembetulan yang dibuat.




                                     5
S25 : Jika saya telah memulakan perniagaan tunggal dalam tahun 2007
      dan saya juga merupakan seorang Pengarah di sebuah syarikat
      Sendirian Berhad, perlukah saya mengisi dua Borang berlainan
      untuk melaporkan dua punca pendapatan tersebut?

J25 : Tuan tidak perlu mengisi dua borang yang berlainan. Tuan hanya perlu
      mengisi Borang B 2007 kerana tuan mempunyai pendapatan perniagaan
      dalam tahun 2007. Pendapatan berkanun perniagaan perlu dilapor di
      ruangan C1 manakala pendapatan penggajian sebagai pengarah perlu
      dilaporkan di ruangan C10.


S26 : Bagaimanakah saya hendak melaporkan pendapatan dari
      perkongsian sekiranya sehingga tarikh akhir penghantaran Borang B
      semakin hampir tetapi saya masih belum menerima CP30?

J26 : Sekiranya sehingga 30 Jun, CP 30 (maklumat Pembahagian Pendapatan
      Perkongsian) masih belum diterima, tuan dinasihatkan membuat
      anggaran setepat mungkin terhadap pendapatan pembahagian
      perkongsian. Tuan dikehendaki melaporkan pendapatan perkongsian
      sebenar dengan segera di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail
      tuan bersama surat iringan apabila CP 30 diperolehi.


S27(a) :    Jika seseorang menerima yuran konsultan atau komisen
            secara sampingan daripada sesuatu syarikat, adakah
            pendapatan ini diklasifikasi sebagai punca pendapatan
            perniagaan atau bukan perniagaan?

J27(a) :    Pendapatan komisen secara sampingan dari sesebuah syarikat
            adalah dianggap sebagai punca pendapatan perniagaan dan tuan
            adalah dikehendaki mengisi Borang B bagi melaporkan
            pendapatan tersebut.


S27(b) :    Sekiranya bayaran komisen di atas diterima sekali gus sahaja
            atau bulanan, adakah bayaran kepada LHDNM perlu dibuat
            semasa bayaran diterima ataupun apabila borang cukai
            tahunan difailkan?

J27(b) :    Tuan mempunyai dua pilihan bagi membuat pembayaran tersebut
            iaitu :

            a)    Pembayaran boleh dibuat sebelum / pada tarikh akhir
                  pengemukaan Borang B iaitu pada 30 Jun setiap tahun;
                  atau



                                    6
              b)    Membuat permohonan ansuran CP 500 di Cawangan
                    Pungutan yang mengendalikan fail tuan.


S27(c) :      Jika bayaran komisen di atas yang diterima tidak mencapai
              tahap yang dikenakan cukai, perlukah seseorang itu membuka
              fail dengan LHDNM?

S27(c) :      Tuan tidak perlu mendaftar fail cukai pendapatan jika jumlah
              pendapatan kasar dari punca di atas tidak melebihi RM23,000
              setahun dan tuan tiada punca pendapatan lain.



       SOALAN-SOALAN LAZIM BERKENAAN BORANG B

S1 :    Sekiranya terdapat kesilapan ejaan nama yang dicetak pada Borang
        B, bagaimana saya boleh membetulkan kesilapan tersebut?

J1 :    Sekiranya terdapat kesilapan ejaan nama, tuan boleh membatalkannya
        dengan memotong keseluruhan nama yang dicetak, tandatangan ringkas
        di sebelahnya dan menulis semula nama tuan di antara ruangan A6 dan
        ruangan A8 seperti lampiran di bawah :




                                         Ruang Pembetulan Nama




                                     7
       BAHAGIAN A : MAKLUMAT INDIVIDU

S2 :   Apakah yang dimaksudkan dengan Jenis Taksiran?

J2 :   ‘1’ - Bersama atas nama suami = Sekiranya isteri memilih taksiran
       bersama dan taksiran dikeluarkan atas nama suami.

       ‘2’ - Bersama atas nama isteri = Sekiranya suami memilih taksiran
       bersama dan taksiran dikeluarkan atas nama isteri.

       ‘3’ - Berasingan = Sekiranya pembayar cukai memilih taksiran berasingan.


       ‘4’  –    Diri  Sendiri     =   Sekiranya      status  individu  adalah
       bujang/janda/duda/simati; atau suami/isteri tiada punca pendapatan atau
       pendapatan dikecualikan cukai.

       ***Bagi Borang B 2006, sila kosongkan ruangan Jenis Taksiran (A5)
       sekiranya tuan/puan berstatus ‘4’ seperti di atas.


S3 :   Sekiranya saya seorang pesara dan hanya menerima pendapatan
       daripada bayaran pencen sahaja, apakah jenis taksiran yang perlu
       diisi di ruangan A5?

J3 :   Tuan perlu mengisi ‘4’ di ruangan A5.


S4 :   Isteri saya tidak bekerja, hanya surirumah sahaja, apakah jenis
       taksiran yang perlu dipilih di ruangan A5?

J4 :   Tuan perlu memilih ‘4’ di ruangan A5.


S5 :   Apakah yang dimaksudkan dengan Ketetapan Umum? Apakah
       kesannya sekiranya saya memilih 1 atau 2?

J5 :   Ketetapan Umum dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada orang
       awam dan pegawai LHDNM. Ia menggariskan interpretasi Ketua
       Pengarah LHDNM berhubung peruntukan tertentu undang – undang cukai
       dan polisi serta prosedur yang terpakai mengenainya. Tuan boleh
       menyemak Ketetapan Umum di www.hasil.org.my. Isikan ‘1’ jika setiap
       ketetapan dipatuhi. Sekiranya satu atau lebih ketetapan umum tidak
       dipatuhi, sila pilih 2.



                                       8
S6 :   Sekiranya tiada pertukaran alamat surat menyurat, perlukah saya
       mengisi ruangan A8?

J6 :   Ya, sila isi/penuhkan alamat di ruangan A8.


S7 :   Saya mempunyai beberapa premis perniagaan, alamat premis yang
       mana satukah saya perlu isikan untuk ruangan A9?

J7 :   Tuan hanya perlu mengisikan alamat premis bagi perniagaan yang utama.


S8 :   Awal tahun 2007 saya menyewa sebuah bangunan sebagai premis
       perniagaan sehingga bulan April 2007. Walau bagaimanapun selepas
       membeli bangunan kedai baru, saya berpindah ke premis tersebut
       mulai bulan Mei 2007 sehinggalah sekarang; alamat premis yang
       manakah saya perlu isikan di ruangan A9?

J8 :   Tuan hanya perlu mengisi ruangan A9 dengan alamat premis yang terkini.


       BAHAGIAN B : MAKLUMAT SUAMI / ISTERI

S9 :   Sekiranya saya dan isteri melaporkan pendapatan dalam borang
       yang berasingan adakah saya dan isteri masih perlu mengisi
       ruangan maklumat suami/isteri di Bahagian B?

J9 :   Dalam keadaan di mana kedua-dua suami dan isteri mengisi borang
       secara berasingan atau hanya suami atau isteri yang mengisi borang
       kerana pasangan tidak mempunyai pendapatan, tuan masih dikehendaki
       mengisikan maklumat di Bahagian B.


       BAHAGIAN C : PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH
       PENDAPATAN

S10 : Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Kod Perniagaan untuk
      mengisi Ruangan C1, Borang B 2007?

J10 : Tuan boleh mendapatkannya dalam Lampiran G, Buku Panduan Borang
      B 2007. Tuan bolehlah memuat turun daripada laman web kami di alamat
      www.hasil.org.my (klik pada Ruangan “Borang” dan kemudian klik pada
      “Buku Panduan Borang B 2007”).




                                       9
S11 : Sekiranya saya mempunyai 5 jenis perniagaan, di manakah saya
      harus melaporkan pendapatan saya dari perniagaan yang ke 4 dan
      ke 5 kerana ruangan yang disediakan hanya untuk 3 jenis perniagaan
      iaitu dari C1 sehingga C3 sahaja?

J11 : Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan
      pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan jumlah
      ini ke ruangan C3. Sila senaraikan mengikut format C1 dan C2 bagi setiap
      perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang B.


S12 : Saya mengalami kerugian perniagaan dalam tahun semasa.
      Bagaimanakah saya boleh menuntut kerugian perniagaan tersebut di
      dalam Borang B?

J12 : Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan
      agregat tahun semasa. Rugi perniagaan tahun semasa boleh dituntut di
      ruangan C19. Contohnya kerugian perniagaan pada tahun 2007 ditolak
      daripada pendapatan agregat bagi tahun 2007. Tuan dinasihatkan
      mengisi helaian kerja HK-1.3 terlebih dahulu dan memindahkan amaun di
      ruangan E helaian kerja tersebut ke ruangan C19, Borang B. Amaun C19
      terhad kepada amaun C18. Jika amaun C19 melebihi C18, masukkan
      amaun C18 ke ruang C19 dan baki kerugian tahun semasa yang belum
      diserap oleh pendapatan agregat boleh dipindahkan ke ruangan J1a,
      Borang B.


      BAHAGIAN D : PELEPASAN

S13 : Dalam tahun 2007, saya ada membeli sebuah kamus elektronik untuk
      kegunaan anak saya. Bolehkah saya menuntut pelepasan bagi
      pembelian tersebut?

J13 : Mulai Tahun Taksiran 2007, pembayar cukai dibenarkan menuntut
      pelepasan terhad kepada RM1,000 bagi pembelian buku, majalah, jurnal
      atau penerbitan sama ada dalam bentuk hardcopy atau elektronik – tidak
      termasuk surat khabar atau bahan bacaan terlarang. Bagi Tahun Taksiran
      2006 (Borang B 2006), pelepasan yang diberikan adalah terhad kepada
      RM700.




                                     10
S14 : Saya telah membeli sebuah komputer dalam tahun 2006 dan telah
      menuntut rebat sebanyak RM500 dalam Borang B 2006. Pada bulan
      Jun 2007, saya telah membeli sebuah lagi komputer berharga
      RM3,600. Bolehkah saya menuntut pelepasan dalam Borang B 2007?

J14 : Mulai Tahun Taksiran 2007, pembayar cukai layak menuntut pelepasan
      ke atas pembelian komputer peribadi terhad kepada RM3,000. Pelepasan
      ini diberikan sekali setiap 3 tahun.


S15 : Saya telah membeli sebuah komputer untuk digunakan dalam
      perniagaan milikan tunggal saya. Bolehkah saya menuntut
      pelepasan atau rebat atas pembelian tersebut?

J15 : Tuan tidak layak menuntut pelepasan kerana komputer tersebut dibeli
      untuk digunakan bagi maksud perniagaan. Walau bagimanapun, tuan
      layak menuntut elaun modal atas kos pembelian komputer tersebut. Sila
      rujuk helaian kerja HK-1.2.4 di Buku Panduan Borang B untuk pengiraan
      elaun modal.

S16 : Sekiranya resit pembelian komputer ditulis/dicetak atas nama anak
      saya yang masih belajar, bolehkah saya menuntut pelepasan bagi
      pembelian komputer tersebut dalam Borang B 2007?

J16 : Tuan layak menuntut pelepasan bagi pembelian komputer tersebut terhad
      kepada RM3,000.


S17 : Dalam tahun 2007, saya dan isteri telah membeli sebuah komputer
      riba berharga RM2,950 dan RM3,250 masing-masing. Apakah had
      kelayakan bagi tuntutan pelepasan sekiranya saya memilih Taksiran
      Bersama; bagaimana pula sekiranya saya memilih Taksiran
      Berasingan?

J17 : Bagi Taksiran Bersama, tuan layak menuntut pelepasan terhad kepada
      RM3,000 sahaja manakala bagi Taksiran Berasingan, tuan dan isteri,
      masing-masing layak menuntut pelepasan sebanyak RM2,950 dan
      RM3,000 (terhad).




                                    11
S18 : Dalam tahun 2007, saya telah menabung ke dalam Skim Simpanan
      Pendidikan Nasional sebanyak RM2,500 manakala pengeluaran pula
      adalah sebanyak RM400. Baki pada akhir tahun 2007 berjumlah
      RM4,800. Bolehkah saya menuntut pelepasan sehingga RM3,000?

J18 : Jumlah pelepasan yang boleh dituntut adalah jumlah tabungan bersih
      dalam sesuatu tahun iaitu jumlah tabungan tolak jumlah pengeluaran. Ini
      bermakna tuan boleh menuntut pelepasan sebanyak RM2,100 (RM2,500
      – RM400).


      BAHAGIAN E : CUKAI KENA DIBAYAR

S19 : Saya difahamkan bahawa dalam sesetengah keadaan rebat cukai
      individu dan rebat cukai suami/isteri adalah tidak dibenarkan.
      Apakah keadaan-keadaan tersebut ?

J19 : Rebat cukai individu adalah sebanyak RM350 bagi pendapatan bercukai
      yang tidak melebihi RM35,000.

      Rebat cukai suami/isteri adalah sebanyak RM350 bagi pendapatan
      bercukai yang tidak melebihi RM35,000. Rebat cukai suami/isteri ini layak
      dituntut sekiranya :

            Tuan/Puan telah menuntut pelepasan isteri/suami yang tidak
            mempunyai punca pendapatan di ruangan D9 ; atau
            Tuan/Puan telah menuntut pelepasan isteri/suami di ruangan D9 di
            bawah Taksiran Bersama

      ** Sekiranya tuan/puan telah memilih Taksiran Berasingan, maka
      tuan/puan tidak layak untuk menuntut pelepasan isteri/suami dan juga
      rebat cukai untuk isteri/suami.


S20 : Saya memilih Taksiran Bersama atas nama saya (suami). Jumlah
      cukai pendapatan saya di ruangan E3 adalah RM500 dan saya layak
      untuk menuntut rebat cukai individu dan isteri berjumlah RM700.
      Berapakah amaun yang patut saya tulis pada ruangan E8 untuk
      jumlah rebat ?

J20 : Jumlah rebat pada ruangan E8 adalah terhad kepada jumlah cukai
      pendapatan di ruangan E3. Ini bermakna tuan perlu menulis RM500 pada
      ruangan E8 untuk jumlah rebat dan bukannya RM700.




                                      12
S21 : Saya telah membayar zakat perniagaan bagi tahun 2006 dalam bulan
      Januari 2007. Bolehkah saya menuntut rebat zakat dalam Borang B
      2006?

J21 : Tidak. Tuntutan rebat zakat adalah mengikut tarikh bayaran dibuat. Ini
      bermakna bayaran zakat tersebut boleh dituntut sebagai rebat dalam
      Borang B 2007. Resit bayaran zakat hendaklah disimpan untuk tujuan
      rujukan dan semakan, sekiranya diperlukan kelak.


S22 : Sekiranya saya dan isteri memilih Taksiran Bersama atas nama saya
      (suami), adakah rebat bagi zakat yang dibayar oleh isteri boleh
      diberikan kepada saya (suami)?

J22 : Rebat bagi zakat hanya diberikan kepada pembayar cukai atas zakat
      yang dibayar atas namanya sendiri. Ini bermakna dalam taksiran bersama
      yang mana taksiran dibangkitkan atas nama suami, rebat bagi zakat yang
      dibayar oleh isteri tidak boleh diberikan kepada suami dan begitu juga
      keadaan sebaliknya.


S23 : Saya menggaji seorang warga asing untuk bekerja di premis
      perniagaan saya. Bolehkah saya menuntut rebat cukai sekiranya
      bayaran fi/levi dibuat oleh saya?

J23 : Tidak boleh, ruangan ini perlu diisi oleh pekerja tuan sekiranya beliau
      mengisytiharkan pendapatannya di dalam Borang BEnya sendiri.

S24 : Saya terlupa untuk memasukkan jumlah bayaran ansuran (CP500) di
      ruangan F2 yang telah dibayar untuk Tahun Taksiran 2007 semasa
      mengisi Borang B 2007 dan saya telah pun menghantar Borang B
      tersebut ke Pusat Pemprosesan. Bagaimana saya boleh
      membetulkan kesilapan ini ?

J24 : Tuan dikehendaki mengemukakan surat makluman kepada Cawangan
      Pungutan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan berhubung
      dengan bayaran ansuran yang telah dijelaskan.




                                     13
      BAHAGIAN G : PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN
      YANG BELUM DILAPORKAN

S25 : Dalam Borang EA 2007 saya, majikan saya telah mencatatkan pada
      Butiran F bayaran tunggakan bonus untuk tahun 2006. Adakah saya
      perlu melaporkannya di dalam Borang B 2007 saya dan bagaimana
      caranya ?

J25 : Tuan perlu melaporkan tunggakan bonus 2006 tersebut pada Bahagian G
      dalam Borang B 2007 tuan. Pada ruangan G1, sila masukkan jenis
      pendapatan, tahun untuk bayaran tunggakan tersebut berserta dengan
      amaun kasar dan caruman KWSP (jika ada) seperti yang tercatat di dalam
      Borang EA tuan.


S26 : Dalam Borang EA saya terdapat potongan PCB bagi bayaran
      tunggakan tahun kebelakangan. Di mana saya perlu masukkan
      amaun ini di dalam Borang B ?

J26 : Tiada ruangan yang disediakan untuk potongan PCB bagi bayaran
      tunggakan (CP 38) dalam Borang B. Walau bagaimanapun amaun ini
      diambilkira dalam akaun tuan untuk menyelesaikan cukai tambahan yang
      akan dibangkitkan.


      BAHAGIAN J,K dan L

S27 : Adakah Bahagian J,K dan L dalam Borang B 2007 perlu diisi?

J27 : Tuan hanya perlu isi di ruangan yang berkaitan dengan perniagaan
      sahaja. Jika tidak berkaitan, biarkan kosong. Sila rujuk Buku Panduan
      Borang B 2007 untuk mengetahui mengenai keterangan untuk setiap
      ruangan.




                                    14
       BAHAGIAN M :            MAKLUMAT          KEWANGAN          ORANG
       PERSEORANGAN

S28 (a) :   Saya mempunyai lebih dari satu perniagaan. Bagaimana saya
            perlu mengisi Bahagian M : Maklumat Kewangan Orang
            Perseorangan?

J28 (a) :   Bahagian M: Maklumat Kewangan Orang Perseorangan adalah
            ruangan untuk perisytiharan maklumat kewangan dari punca
            perniagaan milikan tunggal sahaja. Jika tuan mempunyai lebih
            dari satu perniagaan milikan tunggal, pihak tuan hanya perlu
            membuat perisytiharan maklumat kewangan bagi perniagaan
            milikan tunggal tuan yang paling utama. Sekiranya tuan mempunyai
            lebih dari satu perniagaan utama, tuan dikehendaki melaporkan
            perniagaan dengan perolehan/jualan tertinggi bagi tujuan ruang M1
            sehingga M7.

            Bagi perniagaan-perniagaan yang lain,        pendapatan    kasar
            perniagaan dilaporkan dalam ruangan M8.


S28(b) :    Tidakkah ini bermakna angka di ruangan M25 (Untung/Rugi
            bersih), Borang B tidak sama dengan untung bersih
            perniagaan utama?

J28(b) :    Tuan hanya perlu masukkan untung bersih perniagaan utama dan
            bukannya dengan menolak angka di ruangan M24 daripada
            angka di ruangan M13.


S29 : Sekiranya ada lebih daripada satu punca perniagaan, kod perniagaan
      yang mana satu patut dimasukkan di Bahagian M ruangan M1?

J29 : Sekiranya lebih daripada satu perniagaan, kod yang perlu dimasukkan ke
      dalam ruangan M1 ialah kod bagi perniagaan utama. Jika lebih daripada
      satu perniagaan utama, isi kod perniagaan yang mempunyai perolehan
      terbesar.


S30 : Jika pendapatan perniagaan saya berpunca dari perniagaan
      perkongsian, perlukah saya mengisi Bahagian M Borang B.

J30 : Sekiranya pendapatan perniagaan tuan terbit dari perniagaan
      perkongsian, tuan hanya perlu mengisi maklumat pendapatan kasar iaitu
      amaun dari ruangan A13 dan A19(jika ada), CP 30 di ruang M8.


                                    15
S31: Bagi ruangan pendapatan M9 sehingga M12 adakah saya patut
     melaporkan pendapatan kasar?

J31 : Ya. Tuan perlu melaporkan pendapatan kasar bagi ruangan tersebut.


S32 : Apakah maksud pendapatan lain yang perlu diisi di ruang M12?

J32 : Pendapatan lain di sini bermaksud pendapatan bukan perniagaan yang
      tidak disenaraikan di ruangan M9 hingga M11 seperti pendapatan
      sampingan / sambilan atau apa-apa laba atau keuntungan lain yang boleh
      dikenakan cukai.


S33 : Di manakah hutang lapuk pulih perdagangan perlu dimasukkan di
      dalam Bahagian M, Borang B?

J33 : Hutang lapuk pulih perdagangan merupakan pendapatan kasar
      perniagaan dan ia seharusnya dilaporkan sebagai perolehan atau jualan
      di ruangan M2, Borang B. Hutang lapuk pulih bagi perniagaan lain
      hendaklah dilaporkan bersama–sama dengan pendapatan kasar
      perniagaan tersebut di ruangan M8.


S34 : Apakah jenis faedah yang dimaksudkan di dalam ruangan M14,
      Borang B?

J34 : Ruangan M14, Borang B merujuk kepada perbelanjaan faedah pinjaman
      yang dilakukan seperti pinjaman bank atau pinjaman jangkamasa yang
      TIDAK termasuk faedah sewa beli dan faedah pajakan.


S35 : Apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak boleh dibenarkan di
      dalam mengira pendapatan larasan daripada mana-mana punca
      pendapatan mengikut undang-undang percukaian?

J35 : Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan semua
      perbelanjaan yang dibelanjakan semata-mata dan kesemuanya untuk
      menghasilkan pendapatan kasar seseorang adalah dibenarkan. Walau
      bagaimanapun, jenis-jenis perbelanjaan yang tidak dibenarkan telah
      dinyatakan dalam Seksyen 39, Akta Cukai Pendapatan 1967, antaranya:

            ♦ Perbelanjaan peribadi dan domestik dalam apa jua bentuk.

            ♦ Belanja modal seperti belanja membeli aset.




                                    16
             ♦ Perbelanjaan yang tidak kesemua dan semata-matanya
               dibelanjakan untuk menghasilkan pendapatan kasar seperti
               derma, perbelanjaan guaman berhubung dengan perolehan
               aset atau untuk urusan peribadi dan denda atas kesalahan
               melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan
               rayuan cukai pendapatan.

             ♦ Perbelanjaan keraian yang tidak dibelanjakan dalam
               menghasilkan pendapatan, contohnya perbelanjaan keraian
               kepada pelanggan yang berpotensi.

             ♦ Belanja yang merupakan suatu peruntukan kerana ia tidak
               dibelanjakan, kecuali peruntukan hutang lapuk berhubung
               dengan dagangan secara spesifik di bawah Akta Cukai
               Pendapatan 1967.

             ** Sila rujuk helaian kerja HK-1, HK-1C, HK-1D atau HK-1E pada
             Buku Panduan B 2007 di laman web Hasil.


S36 : Jika saya tidak menyediakan Penyata Kunci Kira – kira perniagaan
      saya, perlukah saya mengisi maklumat Ruang M27 hingga M49?

J36 : Di bawah Sistem Taksir Sendiri, pembayar cukai yang mempunyai
      pendapatan dari punca perniagaan adalah dikehendaki mengisi Bahagian
      M, Borang B yang mengandungi Akaun Perdagangan Untung Rugi dan
      Kunci Kira – kira.

      Sehubungan itu, pembayar cukai dikehendaki menyimpan rekod – rekod
      perniagaan yang lengkap di bawah seksyen 82 dan seksyen 82A, Akta
      Cukai Pendapatan 1967 bagi tujuan pelaporan di Bahagian M, Borang B.
      Tuan boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan
      untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung cara penyediaan akaun
      perniagaan.


S37 : Saya seorang ahli kongsi dalam suatu perkongsian di antara suami
      dan isteri. Saya tidak pernah membuka fail perkongsian kerana tidak
      diminta berbuat demikian. Bagaimana saya dan isteri hendak
      mengisi Bahagian M, Borang B ?

J37 : Pihak LHDNM telah mewajibkan perniagaan perkongsian di antara suami
      dan isteri untuk mendaftar fail perkongsian bermula Tahun Taksiran 2004.
      Sekiranya tuan belum mendaftarkan fail cukai pendapatan bagi
      perniagaan perkongsian tersebut, sila ikuti langkah berikut:




                                     17
                Sila daftarkan perkongsian tuan di cawangan LHDNM yang
                terdekat dengan alamat premis perniagaan tuan bagi
                mendapatkan nombor rujukan cukai perkongsian.

                Setelah mendapat nombor rujukan cukai perkongsian, pihak
                tuan dikehendaki mengisi Borang P 2007 bagi perisytiharan
                maklumat kewangan dan agihan pendapatan perkongsian.

                Dalam Borang B 2007 pula, tuan dan isteri perlu melaporkan
                pendapatan berkanun perkongsian di ruangan C4, Bahagian C
                serta masukkan pendapatan kasar perkongsian di ruangan M8,
                Bahagian M.


       BAHAGIAN AKUAN

S38 : Jika Borang B 2007 ini disediakan oleh agen cukai yang dilantik oleh
      saya, adakah saya masih perlu untuk mengisi dan menandatangani
      di bahagian Akuan?

J38:   Ya. Tuan masih dikehendaki mengisi dan menandatangani bahagian
       Akuan sebagai pengesahan ke atas maklumat yang tuan isytiharkan di
       dalam borang. Manakala agen cukai tuan akan mengisi dan
       menandatangani Bahagian Maklumat Firma Dan Tandatangan Orang
       Yang Menyediakan Borang Nyata Ini.


S39 : Bolehkah Borang B ditandatangani oleh wakil saya sekiranya saya
      berada di luar negara sehingga tarikh akhir penghantaran borang
      dan apakah prosedur yang perlu dipatuhi ?

J39 : Sekiranya pembayar cukai tidak dapat menandatangani sendiri Bahagian
      Akuan disebabkan berada di luar negara atau kecemasan lain, Borang B
      boleh ditandatangani oleh wakil beliau atau pihak ketiga. Walau
      bagaimanapun sila maklum, pihak ketiga atau wakil yang menandatangani
      borang tersebut juga akan bertanggungjawab ke atas maklumat dalam
      borang yang dihantar. Sila ikuti langkah berikut jika borang ditandatangani
      dan dihantar oleh wakil atau pihak ketiga:

          Isi maklumat pembayar cukai seperti biasa ke dalam borang 2007.

          Bahagian Akuan di muka surat 8 Borang B 2007, perlu diisi seperti
          berikut:




                                       18
         Sila isikan nama dan nombor kad pengenalan/ pasport wakil
         pembayar cukai yang akan menandatangani borang tersebut
         di ruang berkenaan.

         Sila pilih “2” di ruang ‘Borang nyata ini disediakan bagi pihak
         individu di atas’.

         Wakil pembayar cukai menurunkan tandatangan di dalam kotak
         tandatangan yang disediakan.




Disediakan oleh    : Unit 3, Pusat Khidmat Pelanggan.
Versi              : 1/2008
Tarikh kemaskini   : 18.01.08




                               19

								
To top