Docstoc

aturcara konvo

Document Sample
aturcara konvo Powered By Docstoc
					                 M AJ L I S K O N V O K E S YE N K E - 6
                       POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
                                29 MAC 2010
1. Adalah dimaklumkan bahawa majlis tersebut di atas akan diadakan di Dewan Serbaguna
   PSAS, seperti jadual berikut:

             LULUSAN SESI JULAI 2009 – JKA & JKE                      ISNIN, 29 MAC 2010
SIDANG 1     (pelajar tamat pengajian pada bulan Disember                   8.30 pg
             2009)
             LULUSAN SESI JULAI 2009 – JKM & JP                       ISNIN, 29 MAC 2010
SIDANG 2     (pelajar tamat pengajian pada bulan Disember                   2.30 ptg
             2009)




                                                                                                HADIR MAJLIS KONVOKESYEN PSAS KE-6
2. Majlis Raptai adalah seperti di dalam jadual di mukasurat 2.


3. Lulusan yang ingin menghadiri majlis tersebut dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut:-
   3.1 Membuat bayaran RM110.00 di mana-mana cawangan CIMB BANK menggunakan
       SLIP BAYARAN yang dikepilkan.
         Akaun      : KOPERASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH TG MALIM BHD.
         No. Akaun : 0818-0000048-10-2
   3.2 Mengembalikan :
       a SURAT JAWAPAN,
       b SLIP BAYARAN (SALINAN) sebelum 20 MAC 2010. Surat jawapan yang diterima
          selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan dan dianggap sebagai tidak hadir.
   3.3 Menghadiri raptai pada waktu yang telah ditetapkan.
       Lulusan yang tidak hadir untuk raptai ataupun datang lewat pada hari raptai tidak
       dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen PSAS Ke-6.
   3.4 Memakai pakaian yang sopan seperti berikut:-
       a Lulusan lelaki memakai pakaian kebangsaan lengkap (warna bebas) atau
         kemeja berlengan panjang (warna bebas), tali leher (warna bebas) serta seluar
         dan kasut hitam (kasut sukan & sandal tidak dibenarkan). Lulusan beragama
         Islam diwajibkan memakai songkok berwarna hitam.
       b Lulusan perempuan memakai baju kurung (warna bebas), BERTUDUNG
         PUTIH tanpa corak (lulusan beragama Islam) atau memakai baju/blouse (warna
         bebas), dan skirt labuh (bawah paras lutut) warna hitam. Lulusan diwajibkan
         memakai kasut hitam (kasut sukan / platform / sandal tidak dibenarkan).
       c Lulusan juga dibolehkan memakai kot / blazer berwarna gelap. Pelajar India /
         Cina / Punjabi dibenarkan memakai PAKAIAN TRADISIONAL masing-masing.
       d Lulusan DILARANG memakai pakaian yang jarang, ketat dan mendedahkan.
   3.5 Semua lulusan diwajibkan memakai jubah yang disediakan oleh pihak PSAS.
   3.6 Lulusan lelaki hendaklah berambut pendek. Lulusan yang berambut panjang tidak
       dibenarkan mendaftar diri untuk menyertai Majlis Konvokesyen PSAS Ke-6.
                                                                                                            TIDAK HADIR




4. Lulusan yang TIDAK dapat menghadiri majlis di atas hendaklah juga membuat bayaran
   (menggunakan SLIP BAYARAN CIMB yang disertakan) sebanyak RM55.00 (bayaran album
   sijil, buku cenderamata, yuran alumni dan kos mengepos) ke Akaun KOPERASI
   POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH TG MALIM BHD. dan mengembalikan SURAT
   JAWAPAN berserta SLIP BAYARAN (SALINAN KOPERASI) sebelum 20 MAC 2010.


                                                  1
           HARI RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN KE-6
                      POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
                               28 MAC 2010


1.    Semua lulusan dikehendaki berada di BLOK JABATAN PERDAGANGAN untuk
      pendaftaran mengikut kursus masing-masing.

2.    Semua Lulusan hendaklah membawa kad pengenalan dan Slip Bayaran CIMB
      (salinan) semasa pendaftaran. Lulusan yang tidak membawa kad pengenalan dan
      slip bayaran TIDAK DIBENARKAN mendaftar untuk menyertai Majlis Konvokesyen
      PSAS Ke-6.

3.    Semua Lulusan hendaklah berpakaian kemas, sesuai untuk menghadiri Majlis
      Rasmi (seluar ‘jeans’, selipar dan baju-T yang tidak berkolar adalah dilarang).

4.    Lulusan lelaki yang berambut panjang TIDAK akan didaftarkan dan seterusnya
      TIDAK BOLEH menyertai Majlis Konvokesyen PSAS Ke-6.

5.    Anda dan ibubapa / tetamu hendaklah mengikut arahan petugas / pengawal
      lalulintas dan meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan.

6.    Anda hendaklah mematuhi semua arahan yang diberi bagi mempercepatkan dan
      melicinkan lagi majlis raptai.

7.    Jadual Majlis Raptai Konvokesyen PSAS Ke-6 adalah seperti berikut:


                                                SEMUA LULUSAN SESI JULAI 2009
                      AKTIVITI
                                                       AHAD, 28/03/2010
       Pendaftaran Lulusan
                                                        7.30 pg – 8.15 pg
       di Blok Jabatan Perdagangan (JP)
       Perbarisan Lulusan Mengikut Program
                                                        8.15 pg – 8.45 pg
       di tempat letak kereta JP
       Perarakan Masuk ke Dewan Serbaguna               8.45 pg – 9.00 pg
       Majlis Raptai/Taklimat                           9.00 pg – 11.30 pg
       Majlis Penyampaian Pingat AKJ                   11.30 pg – 12.00 tgh
       Pengambilan Jubah (di BKE005, JKE)              12.00 tgh – 2.00 ptg

NOTA:
 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK KPT 2010 (TRACER STUDY)
 •    Lulusan DIWAJIBKAN menjawab soalan kajiselidik ini secara dalam talian (online)
      di laman web http://graduat.mohe.gov.my bermula 28/02/2010.

 •    Lulusan dikehendaki mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa
      proses pengambilan jubah pada hari raptai konvokesyen.


                                            2
                 H AR I K O N V O K E S YE N 2 0 1 0
                        POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
                                 29 MAC 2010

       SIDANG 1 : LULUSAN JKA & JKE SESI JULAI 2009             - 8.30 pg.
       SIDANG 2 : LULUSAN JKM & JP SESI JULAI 2009              - 2.30 ptg.
_______________________________________________________________________________________

1. SEMUA LULUSAN hendaklah berada di BLOK JABATAN PERDAGANGAN, pada
   waktu yang ditetapkan untuk pendaftaran semula mengikut kursus masing-masing.

2. Anda hendaklah memakai pakaian rasmi seperti yang telah ditetapkan di dalam surat
   tawaran menghadiri Majlis Konvokesyen PSAS Ke-6. Lulusan yang tidak mematuhi
   arahan ini akan DITAHAN daripada memasuki dewan.

3. Anda dan ibubapa / tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta
   yang disediakan. Sila ikut arahan petugas lalulintas.

4. Ibubapa / tetamu bagi setiap lulusan disediakan DUA (2) tempat duduk samada di
   dalam atau di luar dewan (tempat duduk di dalam dewan adalah terhad, sekiranya
   dewan telah penuh, akan ada ibubapa / tetamu yang ditempatkan di luar dewan).

5. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dilarang memasuki dewan.

6. Tetamu di dalam dewan tidak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis berjalan.
   Gambar akan diambil oleh jurugambar yang dilantik. Selepas tamat majlis, anda
   bolehlah berurusan dengan jurugambar untuk mendapatkan gambar masing-masing.

7. Anda dan tetamu tidak dibenarkan keluar dari dewan setelah majlis dimulakan.

8. Anda dan tetamu dilarang merokok di dalam dewan (Kampus PSAS adalah kawasan
   larangan merokok).

9. Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang semasa berada di dalam dewan.

10. Anda dilarang sama sekali berbual-bual semasa majlis sedang dijalankan.

11. Selepas majlis anda hendaklah segera pergi ke tempat pemulangan jubah.


Diploma / Sijil hanya akan diserahkan selepas pengesahan kajiselidik Kajian
Pengesanan Graduan Politeknik KPT 2010 telah dilengkapkan dan pemulangan
jubah dibuat. Kegagalan anda mengembalikan jubah dan menjawab Kajiselidik
tersebut akan mengakibatkan penahanan Diploma / Sijil anda.

Anda akan diminta membayar sepenuhnya kos jubah sekiranya berlaku
kerosakan atau kehilangan.



                                            3

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:205
posted:4/20/2010
language:Malay
pages:4