BAB 3 KAEDAH PENYELIDIKAN by zob17905

VIEWS: 290 PAGES: 6

									                                     BAB 3

                          KAEDAH PENYELIDIKAN



Sebelum penyelidikan dijalankan, beberapa perkara penting perlu dilakukan meliputi

jumlah responden yang diperlukan, sama ada persampelan perlu dilakukan; pemilihan

proses pengumpulan data sama ada melalui borang soalselidik, temubual,

pemerhatian, ujikaji, kumpulan diskusi dan sebagainya; teknik pengiraan data dan

metodologi yang digunakan. Ini adalah perlu bagi memastikan penyelidikan yang

dilakukan berjaya.



3.1 Persampelan

Penyelidik telah membuat persampelan untuk kajian ini kerana bilangan wartawan

yang terdapat di seluruh Malaysia adalah ramai. Menurut Abd. Rahim (1999),

penyelidik tidak perlu menuju kepada kesemua subjek kerana ini akan melibatkan

kos, masa dan tenaga yang banyak. Mengikut statistik Jabatan Sumber Manusia

syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), terdapat 848 orang

wartawan di seluruh negara. Persampelan yang dilakukan memilih 560 orang

wartawan yang berkhidmat di Kuala Lumpur sahaja.



Penyelidikan ini cuba mendapatkan sampel sekurang-kurangnya 196 responden yang

mewakili 35 peratus daripada jumlah 560 orang wartawan bagi mendapatkan suatu

jumlah yang sesuai bagi meneruskan penyelidikan.




                                        45
       Jadual 3: Sampel mengikut jabatan di Balai Berita Kuala Lumpur

Jabatan                         Populasi           Sampel (sekurang-
                                wartawan           kurangnya 196 responden)
Berita Harian / Berita          169 (30%)          59 (30%)
Minggu
Harian Metro / Metro            71 (13%)           25 (13%)
Ahad
Business Times                  51 (9%)            18 (9%)

New Straits Times / New         172 (31%)          61 (31%)
Sunday Times
Malay Mail / Sunday Mail        80 (14%)           27 (14%)

ITP Publication                 17 (3%)            6 (3%)

Jumlah                          560 (100%)         196 (100%)



3.2 Pengumpulan data

Terdapat beberapa kaedah di dalam proses pengumpulan data yang dapat dilakukan

melalui pemerhatian, temubual, borang soalselidik, jadual, kumpulan diskusi,

pengumpulan data sekunder dan pengurusan koleksi data.



Penyelidik menggunakan kaedah soalselidik di mana soalan dirangka secara

sistematik dan dihantar kepada responden. Kaedah ini dipilih kerana penyelidik

berpendapat ianya adalah kaedah yang terbaik di dalam pengumpulan data dan juga

penyelidik mendapati adalah sukar untuk menemubual responden memandangkan

tugasan mereka yang sentiasa sibuk, masa kerja yang tidak mengikut jadual dan tidak

mempunyai waktu tetap untuk berehat. Soalselidik dihantar sendiri oleh penyelidik

kepada responden ataupun menggunakan bantuan rakan. Namun begitu, penyelidik




                                              46
akan sentiasa melapangkan masa jika responden memerlukan bantuan di dalam

menjawab soalselidik.



3.3 Pengiraan data

Dalam usaha mengira data yang diperolehi, penyelidik menggunakan sistem SPSS

yang telah diakui keberkesanannya.



3.4 Metodologi

Kajian yang dilakukan ini melibatkan penggunaan dua jenis sumber data iaitu data

primer dan data sekunder. Data primer diperolehi melalui borang soalselidik yang

diedarkan manakala data sekunder diperolehi melalui kajian ke perpustakaan.



3.4.1 Kajian ke perpustakaan

Melalui kajian perpustakaan ini, penyelidik telah melawat empat buah perpustakaan

iaitu Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM),

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pusat

Sumber The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad bagi mendapatkan

maklumat. Penyelidik juga meminta bantuan rakan di Perpustakaan Universiti Putra

Malaysia (UPM) di dalam pencarian maklumat. Pemilihan perpustakaan tersebut

adalah kerana ianya mempunyai koleksi yang berkaitan dengan penyelidikan yang

dilakukan.




                                        47
3.4.2 Soalselidik

Satu set soalselidik telah dibentuk berdasarkan sumber rujukan yang telah diperolehi.

Ia terbahagi kepada 7 bahagian. Bahagian 1 meliputi profil demografi responden.

Bahagian 2 khusus untuk mengetahui tujuan wartawan mengunjungi Pusat Sumber

syarikat. Bahagian 3 pula meliputi persoalan mengenai penggunaan Pusat Sumber dan

merangkumi setiap unit yang terdapat di Pusat Sumber syarikat.



Persoalan mengenai kekinian sumber maklumat dan kepuasan pengguna dinyatakan

di Bahagian 4 soalselidik, manakala Bahagian 5 pula menyentuh mengenai kualiti

perkhidmatan di meja pertanyaan Pusat Sumber syarikat. Bahagian 6 pula menyentuh

persoalan mengenai penggunaan sumber selain daripada Pusat Sumber syarikat.

Melalui Bahagian 7 pula, penyelidik ingin mengetahui jika responden mempunyai

komen ataupun cadangan bagi memajukan lagi Pusat Sumber syarikat.



Soalselidik yang dirangka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara

kerana ia lebih mudah bagi kumpulan sasaran yang berbilang bangsa dan juga kerana

Bahasa Inggeris adalah bahasa perantara utama di kalangan kumpulan sasaran.



3.4.2.1 Pra-ujian

Bagi memastikan soalselidik ini mudah difahami dan mesra pengguna, pra-ujian telah

dibuat di mana sebanyak 8 soalselidik telah dihantar kepada golongan profesional

yang merangkumi pustakawan dan juga penyelidik profesional di Unit Penyelidikan,

Jabatan Komunikasi dan Korporat, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad




                                         48
dan juga pekerja di Unit Penyelidikan, Utusan Melayu. Bagi memastikan penggunaan

ayat Bahasa Inggeris yang betul, penyelidik telah meminta rakan di Jabatan

Pengarang, The New Straits Times Sdn Bhd bagi menyunting soalselidik ini. Bantuan

daripada pensyarah juga telah digunakan untuk mendapatkan kelulusan.



3.4.2.2 Edaran

Hanya 375 borang soalselidik telah berjaya diedarkan kepada wartawan yang

merangkumi pelbagai jabatan iaitu Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro,

Metro Ahad, Business Times, New Straits Times, New Sunday Times, Malay Mail,

Sunday Mail dan IT Publications. Edaran dimulakan mengikut jabatan bermula pada

awal bulan Ogos 2001. Edaran mengambil masa yang agak panjang kerana penyelidik

telah mengedarkan sendiri soalselidik kepada kumpulan sasaran.



3.4.2.3 Pungutan

Terdapat dua cara pungutan iaitu:

a) Borang soalselidik telah dipungut sendiri oleh penyelidik

b) Kotak khas disediakan di Bahagian Pertanyaan Pusat Sumber

Daripada dua kaedah ini, cara (a) adalah kaedah yang lebih berkesan di mana

penyelidik dapat memastikan responden menjawab soalan dan terus memulangkan

borang soalselidik tersebut.



Daripada sejumlah 375 borang soalselidik yang diedar, sebanyak 56% (210

responden) telah mengembalikan soalselidik berkenaan manakala selebihnya tidak.




                                         49
Antara sebab soalselidik tersebut gagal diperolehi semula adalah kerana responden

tidak menjawab, akan dipulangkan kemudian, hilang, tertinggal, bertugas di luar

kawasan (outstation), masa bertugas bertukar, terlalu sibuk dan lain-lain.



Pungutan ditamatkan pada penghujung bulan September 2001 dan hasilnya dihantar

untuk proses pengiraan data.



3.5 Ringkasan

Sebanyak 56% (210 responden) telah mengembalikan borang soalselidik daripada

375 borang yang telah diedarkan kepada wartawan di syarikat NSTP. Ini seterusnya

melebihi sasaran yang diharapkan oleh penyelidik bagi mendapatkan suatu jumlah

yang sesuai bagi meneruskan penyelidikan. Ini juga menunjukkan bahawa golongan

wartawan sedia bekerjasama di dalam membantu menjayakan penyelidikan ini.

Diharap melalui hasil yang diperolehi daripada penyelidikan ini dapat membantu

pihak perpustakaan di syarikat NSTP ini menyediakan perkhidmatan yang lebih baik

kepada penggunanya.



.




                                          50

								
To top