MUK_Makan untuk kesihatan
Shared by: NiceTime
-
Stats
- views:
- 42
- posted:
- 4/15/2010
- language:
- Malay
- pages:
- 7
Document Sample


MASALAH GANGGUAN MAKAN
Makan untuk kesihatan
Masalah gangguan makan merangkumi pelbagai keadaan melibatkan pemikiran yang
terlalu tertumpu kepada makanan, berat badan dan keterampilan diri sehingga ke tahap
yang menjejaskan kesihatan, perhubungan dan aktiviti harian seseorang.
Faktor Risiko
Kehidupan yang penuh dengan tekanan dan kurang keupayaan untuk
menanganinya.
Sensitif terhadap perubahan hidup
Menjadi sensitif terhadap perpisahan dengan keluarga
Faktor-faktor sosiobudaya, pengaruh media terhadap penjagaan berat badan
dan keterampilan diri .
Trauma
Jenis-jenis masalah gangguan makan
a. Anoreksia Nervosa : Sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang
terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet.
b. Bulimia Nervosa: Makan terlampau banyak dan kemudian menyiksakan diri
untuk menurunkan berat badan melalui penggunaan julap dan pil diuretik untuk
mengeluarkan apa yang telah diambil.
c. Memaksa diri memakan berlebihan: Makan terlalu banyak selalunya sebagai
usaha untuk mengatasi masalah emosi yang tidak tenteram. Individu seperti ini
akan mengambil beribu-ribu kalori dalam satu masa secara gelojoh tanpa
menikmati makanan tersebut. Oleh kerana mereka tidak mengeluarkan semula
apa yang telah mereka makan maka kebanyakan dari mereka ini akan menjadi
gemuk atau obes.
Penghidap anoreksia nervosa
Kebanyakan penghidap masalah ini ialah kaum wanita, kanak-kanak yang meningkat
remaja, remaja belasan tahun atau orang muda.
Golongan ini lebih cenderung untuk terlalu memikirkan tentang imej tubuh dan
keterampilan diri.
Mereka mungkin merasakan perlu untuk menjadi manusia yang sempurna bagi
meraih perhatian ibu bapa.
1
Menunjukkan kesan-kesan fisikal yang ketara seperti keguguran rambut,
degupan jantung yang perlahan, tekanan darah rendah dan tidak datang haid.
Mudah mengalami kemurungan yang lebih teruk berbanding dengan penghidap
bulimia.
Mendapat osteoporosis di kemudian hari akibat kekurangan kalsium dan
penghasilan estrogen jika kitaran haid terhenti. Senaman yang berlebihan juga
boleh menyumbang kepada keadaan ini.
Mungkin mengalami kerosakan yang serius kepada jantung dan organ-organ lain
yang penting akibat kehilangan berat badan yang banyak dan
ketidakseimbangan mineral kerana muntah dan/atau pemakanan yang buruk.
Penghidap Bulimia
Penghidapnya mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan, kurang berat
badan atau memiliki berat badan yang normal.
Kebanyakannya terdiri dari kaum wanita dan remaja yang menghampiri alam
dewasa atau golongan muda.
Mereka akan makan dengan banyak kemudian cuba memuntahkannya keluar
dan/atau mengambil julap atau pil diuretik untuk menangani pengambilan
makanan yang berlebihan itu.
Mempunyai masalah kesihatan yang serius akibat kitaran makan dan buang ini.
Masalah kesihatan yang berlaku termasuklah kerosakan lapisan perut, degupan
jantung yang tidak seragam, kerosakan buah pinggang disebabkan oleh paras
potasium yang rendah dan kerosakan enamel gigi disebabkan selalu muntah.
Memendam rasa marah kerana mereka tidak dapat meluahkan emosi dengan
cara yang lebih berkesan. Ini kerana mereka takut akan menyinggung perasaan
orang tertentu yang penting dalam hidup mereka.
Bagaimana anda mengetahui sekiranya anda mengalami masalah gangguan
makan?
Mungkin begitu sukar untuk anda mengharungi sendirian isu-isu sosial, psikologi dan
biologi yang kompleks ini yang boleh menimbulkan kesan tingkahlaku merbahaya
berhubung dengan masalah gangguan makan ini.
Mungkin juga sukar untuk mencari punca sebenar masalah gangguan ini kerana ia
boleh melibatkan kepedihan emosi, konflik dari kesan sesuatu perpisahan, hilangnya
hormat diri, kemurungan, tekanan atau trauma.
Walau bagaimanapun, gejala-gejala yang timbul kesan dari masalah yang berakar umbi
ini bukanlah sukar untuk dikesan. Cuba selesaikan kuiz pendek di bawah bagi
menentukan samada anda memerlukan pertolongan untuk dipulihkan ataupun tidak dari
masalah gangguan makan.
2
Sila jawab YA atau TIDAK bagi setiap satu soalan-soalan di bawah YA TIDAK
1. Saya merasa risau jika berat badan bertambah
2. Saya terlalu memikirkan tentang menurunkan berat badan
3. Saya kerap berdiet atau merasa perlu untuk berdiet
4. Mood saya bergantung kepada berat badan (contoh: jika berat badan
saya naik 1 kg, saya mula merasa murung, mudah meradang dan
sebagainya).
5. Saya merasa teruk jika berat badan saya naik
6. Jika berat badan saya naik 1 kg, saya mula merasa risau takut ia akan
terus naik.
7. Saya rasa sesetengah makanan itu sama ada baik ataupun
buruk dan merasa bersalah jika saya memakan makanan yang
buruk .
8. Saya menggunakan makanan untuk menyenangkan hati saya
9. Kadang-kadang apabila saya makan, saya terasa seperti tidak dapat
mengawal diri saya
10. Saya menghabiskan banyak masa memikirkan tentang makanan dan
bila masanya saya akan makan
11. Saya cuba menyembunyikan banyak mana saya makan
12. Saya juga memikirkan untuk mencetuskan muntah sebagai cara
untuk mengawal berat badan
13. Selepas makan, saya mungkin menggunakan julap, diuretik,
senaman dan sebagainya untuk mencegah pertambahan berat badan
14. Saya tidak berpuas hati dengan ukuran dan bentuk badan saya
15. Saya makan sehingga terasa benar-benar kenyang.
3
Penjagaan Sendiri
Petua-petua berikut mungkin dapat membantu mencegah masalah gangguan makan:
Bersyukurlah dengan keadaan diri dan tubuh anda yang ada. Anda adalah anda
dan anda tidak perlu menjadi orang lain. Bergaullah dengan mereka yang
menerima anda seadanya, bukan dengan mereka yang menumpukan perhatian
pada keanggunan anda
Makan makanan yang berzat. Tumpukan pada makanan yang mengandungi
karbohidrat kompleks (bijirin penuh, kekacang dan sebagainya), sayur-sayuran
dan buah-buahan segar, hasil tenusu dan daging yang rendah lemak.
Makan pada satu masa yang tetap setiap hari. Jangan melangkau waktu makan.
Jika anda berbuat demikian anda berkemungkinan akan makan berlebihan.
Elakkan memakan makanan yang diperbuat dari tepung, gula dan makanan
'junk' yang tinggi kalorinya, berlemak dan bergula seperti kek, biskut dan pastri.
Penghidap bulimia lebih cenderung memakan makanan 'junk' dengan banyak.
Semakin banyak mereka makan semakin banyak lagi mereka mahu.
Bersenamlah secara tekal. Jika anda telah bersenam berlebihan, berusahalah
untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah yang lebih ringan bersama keluarga
dan sahabat handai
Kejarlah kejayaan dari apa yang anda usahakan. Perkerjaan, hobi atau aktiviti-
aktiviti sukarela akan meningkatkan rasa hormat diri anda.
Dalamilah sebanyak yang boleh mengenai masalah gangguan makan dari buku
dan organisasi-organisasi yang berurusan dengan mereka yang mengalami
masalah ini.
Ibu bapa yang mahu membantu anak-anak perempuan mereka mengelak dari
masalah gangguan ini perlu mengimbangkan antara keperluan anak mereka
yang ingin untuk berdikari dengan keperluan penglibatan keluarga dalam
kehidupan mereka.
Anda boleh mengira Indeks Jisim Badan menggunakan formula berikut:
Berat (kg)
BMI = -----------------------
Tinggi (m) x Tinggi (m)
(Rujuk kepada Carta BMI di bawah)
4
Jika BMI anda: Anda adalah:
Kurang dari 18.5 Kurang berat badan
18.5- < 25 Normal
25- < 30 Lebih berat badan
30 dan ke atas Obes
Hubungi doktor sekiranya ...
Terdapat tanda-tanda menunjukkan berat badan anda semakin menyusut
Anda mendapat gejala-gejala berikut:
o Takut terlebih makan dan bertambah berat badan
o Kemurungan
o Hilang hormat diri dan imej tubuh yang buruk
o Cenderung untuk merosakkan diri, menghukum diri atas kesalahan
khayalan.
o Menghadapi masalah perhubungan kekeluargaan.
o Mudah mendapat penyakit disebabkan kurang berat badan, seringkali
menghadapi peningkatan/kehilangan berat badan dan/atau pemakanan
yang buruk.
o Terlalu memikirkan tentang makanan dan terasa seolah-olah seperti
hilang kawalan.
Penurunan berat badan sebanyak 25% atau lebih di bawah paras berat badan
normal dan/atau telah menjejaskan fungsi-fungsi penting badan.
5
INDEK JISIM BADAN
Body mass Index ( BMI )
A B C
_40
2.00_ _360
_6'6" 160_
_6'5"
1.95_
_6'4" _320
140_ _35
1.90_ _6'3"
130_
_6'2" _280
1.85_ _6'1"
120_
_6'0" _260
_30 Obesiti
1.80_ 110_
_240 _29
_5'10"
100_ _220 _28
1.75_ _5'9"
_200 _27
_5'8" 90_
_26
85_ Berat
1.70_ _5'7" _180 _25 Berlebihan
_5'6" 80_
_170
75_ _24
1.65_ _160
_5'5"
70_ _23
_150
_5'4" 65_ _22
1.60_ _140
_5'3"
60_ _21
_5'2" _130
55_ _20
1.55_ _5'1" _120 Berat yang
50_ _19 unggul
_110
_5'0" 45_ _18
_100
_90
40_ _17 Kurang Berat
6
Tinggi Berat BMI
(M) (Kaki,inci) Kg lb Kg /M2
7
Get documents about "