PENINGKATAN KEMAHIRAN DAYA INGATAN DI KALANGAN PELAJAR TAHAP DUA (TAHUN 4): SAINS by yanteh185

VIEWS: 624 PAGES: 7

									PENINGKATAN KEMAHIRAN DAYA INGATAN DI KALANGAN PELAJAR TAHAP
                      DUA (TAHUN 4): SAINS
                (Sains – alat permainan roda impian)


                                      Oleh
                            KARTIKA JOHN BUDIMAN
                                  LAU MEE HSIA


                                     Abstrak


Mata pelajaran sains merupakan subjek wajib bagi semua murid dari darjah satu
hingga darjah enam dan akan dinilai dalam ujian penilaian sekolah rendah rendah
(UPSR). Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam mata
pelajaran sains menyebabkan pelajar yang lemah dalam daya ingatan sukar untuk
memahami isi kandungan pelajaran sains yang hendak disampaikan. Kajian ini
melibatkan 33 pelajar sekolah rendah tahun 4 Bijak sebagai respoden. Kelas tahun
empat Bijak ini merupakan kelas yang lemah dalam semua mata pelajaran
terutamanya Sains. Bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran daya ingatan
dengan lebih cepat dan mudah, guru telah menggunakan kaedah alat permainan
roda impian. Sebelum kaedah ini digunakan, guru telah memberi satu pra-ujian
kepada murid-murid tahun empat Bijak. Dalam ujian ini, didapati 3 murid (9.1%)
mendapat gred C, 13 murid (39.4%) mendapat gred D dan 17 murid (51.5%) gagal
dalam ujian pra-ujian ini. Selepas kaedah alat permainan roda impian ini digunakan,
terdapat peningkatan keputusan secara keseluruhan. Bilangan murid yang gagal
berkurang dari 17 (51.5%) murid ke 12 murid (39.4%), 15 murid (45.5 %) mendapat
gred D, 5 murid (15.2%) mendapat gred C dan seorang (3.0%) mendapat gred B.
kaedah alat permainan roda impian berjaya membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran daya ingatan dikalangan murid-murid yang lemah kemahiran ingatan.



Isu Kajian Tindakan


Pembelajaran merupakan satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan kita.
Sains memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Sains merupakan
mata pelajaran teras dan subjek wajid dalam kurikulum sekolah rendah. Tujuan
utama mata pelajaran sains diajar di sekolah rendah adalah untuk memperkenalkan
satu asas untuk membina masyarakat yang saintifik dan berteknologi, prihatin,
dinamik dan membangun. Kandungan sains dalam sekolah rendah adalah
memfokuskan pada sains konsep asas. Di sekolah rendah, sains telah diajar bagi




                                                                                 1
semua murid dari tahun satu hingga tahun enam dan akan dinilai dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).
      Sejak mata pelajaran sains diajar di sekolah rendah, banyak murid berasa
subjek sains sukar difahami terutamanya bagi murid-murid yang lemah daya ingatan.
Disebabakan masalah ini, banyak murid menghadapi masalah dalam menjawab
soalan masa ujian atau peperiksaan.




Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu


Dalam pengajaran dan pembelajaran yang lalu, kebanyakan pelajar lemah dalam
menjawab soalan, latihan dan perbincangan yand diadakan. Melalui pemerhatian
yang dilakukan, faktor utama yang kami dapati adalah para pelajar tidak berminat
untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka berpendapat
subjek sains adalah sukar untuk difahami. Jadi, dalam kajian ini, fokus kami adalah
untuk membantu dan meningkatkan kemahiran daya ingatan murid dengan mudah
dan cepat melalui pendekatan sains – alat permainan roda impian.




Isu keperihatian


Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada permainan pendidikan dan yang
dijangka dapat memotivasikan pelajar. Dari pemerhatian pengkaji pelajar-pelajar
yang mengambil subjek ini sering menganggap ianya satu mata pelajaran yang
sukar. Mereka dilihat belajar dalam keadaan tertekan dan pengkaji sentiasa
mengingatkan bahawa subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Ini disebabkan
isi kandungan subjek sains adalah berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
Oleh itu wujud idea untuk memasukkan kaedah permainan pendidikan dalam
pengajaran sains. Tujuan permainan pendidikan ini dilaksanakan dalam kajian ini
juga adalah sebagai salah satu galakan agar mereka berminat dan menambahkan
keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar untuk mereka.




                                                                                  2
Objektif kajian


Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objetkif
tersebut:


Objektif Umum


Meningkatkan kemahiran daya ingatan bagi murid sekolah rendah tahap dua.




Objektif Khusus


      Untuk mengatasi kelemahan kemahiran daya ingatan pelajar dalam mata
       pelajaran sains melalui pendekatan sains – alat permainan roda impian.
      Perancangan untuk meningkatkan kemahiran daya ingatan dalam mata
       pelajaran sains melalui pendekatan sains – alat permainan roda impian.
      Penilaian tindakan keberkesanan meningkatkan kemahiran daya ingatan
       dalam mata pelajaran sains




Kumpulan sasaran


Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah pelajar yang berprestasi rendah berjumlah
33 orang dengan 20 lelaki dan 13 perempuan. Pada kebiasaannya markah purata
mereka dalam setiap ujian atau peperiksaan berada di antara 15 % hingga 35%. Di
kalangan murid-murid ini, minat mereka terhadap mata pelajaran sains adalah
sangat rendah kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan mereka boleh
memahaminya pada peringkat awal tetapi apabila menjawab soalan mereka agar
susah untuk mengaplikasikannya dalam jawapan.




                                                                                3
Kaedah Tindakan


      Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, pengkaji berpendapat amat
penting mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu
pelajar memahami tajuk-tajuk Sains dengan lebih baik. Ini akan dapat membantu
mereka menjawab soalan sama ada soalan berbentuk subjektif atau objektif.
Permainan Roda Impian ini diilhamkan daripada Program Televisyen iaitu Roda
Impian yang dihoskan oleh pengacara Halim Osman. Permainan ini fokusnya adalah
untuk mendapatkan seberapa banyak bintang tanpa had. Ia bergantung kepada
kebijaksanaan dan daya ingatan pelajar yang diuji dalam permainan ini. Namun
dalam permainan ini, setiap bahagian dalam bulatan pusingan ditetapkan sebanyak
dua bintang yang terendah dan lima bintang bagi yang tertinggi. Terdapat juga
bahagian “lose turn” dan bintang diambil. Ini mengingatkan pelajar-pelajar agar
berhati-hati semasa memusingkan Roda Impian tersebut.


      Peringkat awal guru mengajar menggunakan kaedah penerangan. Pengkaji
juga menggunakan persembahan power point dan juga internet sebagai bahan
sokongan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan. Ia bertujuan untuk
mengukuhkan ingatan pelajar. Permainan ini dijalankan mengikut giliran. Soalan-
soalan disediakan oleh guru dan dilekapkan pada roda impian. Murid akan
memusing roda impian itu dan bila ia berhenti berpusing, anak panah itu akan
menunjukkan pada satu soalan itu. Murid dikehendaki menjawap soalan itu. Jika dia
dapat menjawap soalan dengan betul, dia akan mendapat bilangan bintang yang
tertulis pada tepi soalan itu. Jika salah, dia akan mendapat bintang itu.
Soalan yang dikemukakan kadang-kadang berulang-ulang. Secara tidak langsung
akan membina dan meningkatkan daya ingatan pelajar berkenaan tajuk ini. Dalam
kajian ini, kami memilih topik “Living Things Have Basic Needs”. Selepas kaedah alat
roda impian digunakan, cikgu akan memberi Post-Ujian pada murid bagi menguji
prestasi mereka.




                                                                                  4
Pengumpulan data


Pengumpulan data ini dilakukan melalui penyoalan (soalan dan jawapan) dan pra-
ujian dan post ujian. Dalam penyoalan, setiap lima minit pengajaran, guru akan
menyuruh murid memusing roda impian itu and menjawap soalan yang ditunjukkan
oleh anak panah pada roda impian itu. Dalam Pra-ujian dan Post Ujian terdapat 10
soalan objektif dan ia dilakukan untuk mengesan kelemahan murid dalam mengingati
fakta sains.




Pelaksanaan Kajian Tindakan




Tindakan ini dikendalikan dalam masa satu minggu sahaja kerana masa yang terhad
dan ia melibatkan 30 minit setiap hari selepas habis persekolahan. Pada hari Isnin
dan Selasa, kajian ini akan dilakukan pada pukul 12.50pm hingga 1.20 pm, hari
Rabu dan Khamis pukul 12.20 pm hingga 12.50 pm. Jumlah masa yang diambil
untuk menjalankan kajian ini adalah 120 minit.




Refleksi Kajian Tindakan


 GRED                   PRA-UJIAN                             POST-UJIAN

                 Number of pupils            %         Number of pupils      %

    A                    -                                      -

    B                    -                                      1           3.0

   C                     3                   9.1                5           15.2

   D                    13                  39.4               15           45.5

    E                   17                  51.5               12           36.4

                   Jadual 1: Analisis of Pra-ujian dan Post- ujian



                                                                                   5
Analisis pra-ujian yang dijalankan, didapati tiada pelajar yang mendapat gred B and
A. Terdapat 3murid (9.1%) mendapat gred C, 13 murid (39.4%) mendapat gred D
dan 17 murid (51.5%) yang lain gagal dalam pra-ujian.


         Daripada jadual 1, analisis ujian menunjukkan peningkatan keputusan murid
secara mendadak bagi kelas empat Bijak. Selepas menggunakan kaedah alat
permainan roda impian, keputusan yang memuaskan diperolehi dan terdapat
peningkatan secara keseluruhan. Bilangan murid yang gagal dalam ujian
dikurangkan ke 12 orang, 15 orang mendapat gred D, 5 orang mendapat Gred C and
seorang mendapat gred B. Walaupun ujian ini hanya dijalankan selama seminggu,
tetapi ia menunjukkan peningkatan keputusan yang mendadak.




Cadangan kajian seterusnya


Setelah menggunakan kaedah alat permainan roda impian, keputusan yang
memuaskan diperolehi. Jadi kaedah ini boleh digunakan pada topik dan kelas yang
lain sehingga semua murid dapat menguasai subjek sains. Ini amat penting bagi
murid-murid yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang
akan mereka duduki. Walaupun, kajian tindakan ini hanya dijalankan selama
seminggu, tetapi keputusan yang menggembirakan diperolehi. Jadi, kaedah ini boleh
diperluaskan penggunaannya sehingga semua sukatan diajar.


Kesimpulan


Data yang dikumpul menunjukkan terdapat perubahan yang mendadak bagi
keputusan murid-murid tahun empat Bijak. Melalui kaedah ini, murid-murid boleh
bermain sambil mengingati fakta sains.      Kaedah alat permainan roda impian
membolehkan murid-murid meningingati fakta sains dengan mudah dan senang. Di
samping itu, ia juga dapat meningkatkan keputusan dan kefahaman murid-murid
dengan               senang             cepat              dan             mudah.
.



                                                                                 6
7

								
To top