KEBERKESANAN LAGU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN by yanteh185

VIEWS: 9,730 PAGES: 14

									    KEBERKESANAN LAGU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


                                           Oleh:
                                     Edith Binti Indek
                                   Kamariati Binti Hussin
                                             I


                                          Abstrak


        Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan lagu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat melihat sejauh mana lagu dapat menarik minat
pelajar untuk belajar sesuatu subjek yang tidak disukai ataupun menghafal fakta-fakta dalam
pelajaran bagi memudahkan pelajar tersebut menjawab soalan peperiksaan. Kajian ini
dijalankan di Sekolah Tanjung Batu,Tawau. Responden dalam kajian ini adalah seramai 60
orang yang terdiri daripada pelajar tahun 5. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua
kaedah iaitu responden A sebagai kumpulan kawalan di mana guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pada kaedah secara eksperimen seperti lazimnya.
Selain itu, kaedah kedua yang dijalankan ialah dengan menggunakan responden B sebagai
kumpulan sasaran di mana guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
memasukkan elemen lagu. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian responden kumpulan
sasaran dalam kajian ini sangat baik dimana 90% dairpada responden dapat melabel dan
menyatakan proses dan aplikasi sains dengan betul. Manakala responden kumpulan kawalan
hanya menunjukkan 10% pencapaian yang baik. Ini menunjukkan penggunaan elemen lagu
dalam pembelajaran amatlah berkesan.




Pengenalan

   Jika seseorang pelajar bercita-cita mahu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam
mana-mana mata pelajaran sekolah rendah maka mereka mestilah mahir dalam menghafal,
mengira, mengeja, membaca, membina struktur ayat dan sebagainya. Seringkali para pelajar
menyuarakan rungutan mereka terhadap masalah mahu mengingati fakta-fakta di dalam
matapelajaran tertentu khususnya matapelajaran sains. Malah kadangkala perasaan bosan
akan menjadi sandaran kepada masalah tersebut apabila para pelajar tiba kepada persoalan
gagal untuk menghafal atau menjawab soalan dalam peperiksaan. Suatu masa dahulu, mata
pelajaran Sains seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang susah, berat, memerlukan tumpuan
yang amat serius.



                                                                                         1
        Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda pelajar untuk
mendekati serta mencintai mata pelajaran sekolah rendah khususnya Sains dengan
menggunakan elemen lagu (nyanyian). Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan
„memancing‟ para pelajar untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara memahami
minat serta kecenderungan para pelajarnya. Justeru itu, pengkaji cuba menggunakan
kemahiran nyanyian bagi menghafal gambar rajah berlabel dalam Sains. Kanak-kanak, malah
sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan
nyanyian(bukti). Oleh kerana itulah, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk
menggunakan elemen seni dan lagu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.


        Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan lagu di dalam
pengajaran subjek Sains khususnya untuk menghafal dan memahami gambar rajah berlabel
seperti gambar rajah kitaran air dan sebagainya. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah
menghafal dan menyebut struktur-struktur yang terdapat pada topik-topik mata pelajaran sains
dengan cara nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu
murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur–struktur yang terbabit di dalam
matapelajaran tersebut malah aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menghiburkan dan menyeronokkan.




Pernyataan masalah


    Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyebut, menghafal, melukis dan melabel
gambar rajah- gambar rajah yang terlalu banyak yang perlu dihafal oleh mereka dalam mata
pelajaran Sains. Pengkaji mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen lagu dan nyanyian di
dalam aktivitin pengajaran dan pembelajaran.


    Berbekalkan sedikit ilmu lagu yang ada pada pengkaji semasa di Institut Pendidikan Guru
dahulu maka pengkaji mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan bebanan serta masalah
yang mengganggu murid-murid selama ini khususnya murid-murid yang baru menduduki Tahun
5 yang akan menduduki UPSR pada tahun berikutnya. Berdasarkan kepada pemerhatian
pengkaji, murid-murid berasa agak sukar untuk mengingati sesuatu fakta khususnya nama-
nama struktur yang terlibat di dalam sesuatu proses seperti contoh di dalam kitaran air. Mereka

                                                                                             2
ini tidak tahu mencari kaedah yang dapat membantu mereka untuk menghafal selain membaca
berulang-kali.


       Di samping itu, kaedah pengajaran bergantung kepada kaedah mengajar secara
menyebut dan menghafal sahaja terlalu bersifat konvensional dan membosankan para pelajar.
Selain itu, murid-murid juga mengalami masalah dalam menjawab soalan peperiksaan kerana
tidak tahu untuk menulis dan menjawab dalam bahasa Inggeris.


Rasional Kajian


       Kemahiran mengingati fakta merupakan asas bagi mencapai keputusan yang baik
dalam setiap mata pelajaran semasa peperiksaan dijalankan. Penekanan yang lebih harus
diberikan untuk menguasai subjek-subjek teras seperti sains, matematik, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Kelemahan murid yang ketara dalam mengingati fakta-fakta penting sains
menjadi kekangan utama untuk mendapat keputusan yang baik. Kelemahan dalam aspek ini
perlu diberi fokus utama apabila mengajar murid-murid tersebut. Teknik dan kaedah dapat
menrencanakan satu bentuk pengajaran yang baik, mudah dan menarik untuk murid-murid.


Tujuan Kajian


       Kajian ini bertujuan untuk membantu para pelajar agar mampu menyebut dan menghafal
nama-nama proses/langkah yang terbabit di dalam sesuatu fakta sains, menjadikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyeronokkan para pelajar dan secara tidak
langsung menghapuskan rasa bosan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.


       Kajian ini juga bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan kaedah nyanyian untuk
menghafal sesuatu fakta. Ini secara tidak langsung dapat memupuk dan mengasah bakat seni
pada murid-murid tersebut.




                                                                                       3
Batasan Kajian


       Kajian ini dijalankan di satu buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu,
Tawau. Responden yang diambil terdiri daripada murid-murid tahun 5. Kelas murid-murid
tersebut terdiri daripada tahap kecerdasan yang baik.


       Kajian ini hanya bertumpu ke atas 60 orang responden yang terdiri daripada murid -
murid tahun 5 yang mengambil subjek Sains. Kajian ini juga hanya bertumpu kepada tajuk di
dalam subjek sains Tahun 5. Para responden hanya diuji menghafal dan menyebut nama
struktur-struktur yang terbabit di dalam subjek-subjek sains tersebut seperti “Evaporation,
Condensation and Percipitation”.




Metadologi Kajian


Reka bentuk kajian


Alat Kajian


Dalam kajian ini 3 bahagian digunakan untuk mengumpul data seperti berikut iaitu;
   1. Bahagian A : Pemerhatian (menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran).
   2. Bahagian B : Lembaran kerja
   3. Bahagian C : Soal Selidik (Rujuk lampiran 2 contoh soalan)


       Bahagian A digunakan untuk mengumpulkan 32 orang responden yang dianggap
kumpulan kawalan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan murid
ini diajar tajuk “The Water Cycle Song” iaitu mengenali struktur-struktur yang terlibat dalam
kitaran air. Kumpulan pelajar ini diajar secara biasa iaitu tanpa menggunakan elemen lagu dan
nyanyian. Kumpulan kedua merupakan 28 orang responden yang dianggap sebagai kumpulan
eksperimen di dalam kajian ini iaitu kumpulan yang juga menjalani aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Tajuk yang diajar juga adalah sama seperti kumpulan kawalan iaitu kitaran air
tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza iaitu belajar mengenali struktur-struktur yang
terlibat dalam kitaran air secara menyanyi diiringi muzik.

                                                                                           4
        Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar-
pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilakukan oleh pengkaji. Tujuannya untuk
mengenalpasti sikap belajar mereka dan bagaimana mereka memberi respon terhadap
pengajaran guru (pengkaji).


        Sementara itu dalam bahagian B pula, kedua-dua kumpulan responden diberi kertas
lembaran kerja (rujuk lampiran) yang meminta mereka kitaran air. Jawapan yang diberi oleh
responden di dalam lembaran kerja tersebut kemudiannya akan disemak oleh pengkaji untuk
dibuat perbezaan antara kedua-dua kumpulan.


        Akhir sekali dalam bahagian C pula, soal selidik secara rawak ke atas kedua-dua
kumpulan responden dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan reaksi mereka berkaitan
kaedah pengajaran yang dijalankan. Kebanyakan soalan yang ditanya berbentuk soalan
terbuka. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dapat menyatakan pendapat secara bebas isi
hati mereka tanpa berasa dikongkong oleh soalan.




Tempat kajian


        Pemilihan ini juga bersesuaian dengan pendangan yang dikemukakan oleh Marshall dan
Rossman (1995) yang menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian apabila hendak
menjalankan sesuatu penyelidikan iaitu:


  i.    Tiada halangan untuk menjalankan kajian.


                Dalam hal ini, pengkaji mendapati guru-guru dan murid-murid memberikan
        kerjasama yang baik.    Pihak sekolah juga bersetuju memberikan kerjasama untuk
        proses pengumpulan data.


  ii.   Mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses pengumpulan data
        dengan baik, serta minat dan kerjasama daripada responden.



                                                                                          5
                Dalam hal ini, pengkaji yakin dapat memperoleh data yang diperlukan untuk
        kajian ini kerana pengkaji mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir
        sekolah dan semua responden.


 iii.   Berkemampuan untuk membina hubungan percaya-mempercayai dengan responden.
        Dalam hal ini pengkaji mewujudkan suasana kemesraan serta saling mempercayai ,
        hormat-menghormati    dan   sentiasa   bersedia   untuk   berbincang.   Pengkaji   telah
        memaklumkan kepada responden tujuan kajian ini dijalankan.


 iv.    Berkeyakinan boleh mendapatkan data yang berkualiti dan mempunyai kreadibiliti untuk
        tujuan kajian.


               Dalam hal ini, responden yang dipilih merupakan murid-murid yang belajar di
        sekolah berkenaan.


        Dalam hal ini kajian telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau.
Responden yang diambil adalah murid-murid kelas 5A dan 5B berdasarkan pada subjek sains.




Dapatan Kajian


Analisis Dapatan Kajian


Pencapaian Dalam Ujian Pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan


        Berdasarkan pada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, didapati
responden menunjukkan minat adan tertarik dengan proses pengajaran yang dikendalikan oleh
kerana elemen muzik telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.




                                                                                              6
Pencapaian Dalam Ujian Lembaran Kerja


Kumpulan Kawalan


       Berdasarkan pada data yang telah diperolehi, didapati murid-murid menghadapi
masalah dalam mengingati dan menjawab soalan lembaran kerja yang telah diberikan kepada
guru. Berdasarkan pada Jadual 1 tersebut juga, didapati murid-murid menunjukkan keputusan
yang tidak memuaskan.         Khususnya, pada bahagian kebolehan menyatakan aplikasi sains
dengan betul lebih kurang 90% daripada murid-murid tersebut gagal atau lemah manakala
hanya 10% sahaja yang menunjukkan markah yang baik,


Bil         Item yang diuji            Baik       %      Lemah   %     Jumlah      %
1   Melabel soalan 1 – 4                2         50       2     50      4        100
    dengan betul.
2   Menyatakan proses yang              1         50       1     50       2       100
    terlibat dalam kitaran air
3   Kebolehan         menyatakan        1         10       2     90       3       100
    aplikasi sains dengan betul


                                              Jadual 1
Kumpulan Sasaran


       Berdasarkan pada Jadual 2 di bawah, didapati lebih kurang 90% daripada murid-murid
tersebut menunjukkan markah yang baik dan hanya 10% sahaja yang menunjukkan kelemahan
dalam asper atau bahagian melabel soalan, menyatakan proses dan kebolehan menyatakan
aplikasi sains dengan betul


Bil        Item yang diuji            Baik       %       Lemah   %      Jumlah      %
1   Melabel soalan 1 – 4               3         90        1     10       4        100
    dengan betul.
2   Menyatakan proses yang              2        100       0      0           2    100
    terlibat dalam kitaran air
3   Kebolehan        menyatakan         2        90        1     10           3    100
    aplikasi sains dengan betul
                                              Jadual 2




                                                                                         7
Hasil Dapatan Daripada Temubual


Kumpulan Kawalan


        Berdasarkan pada data (Jadual 3) yang telah diperolehi, didapati 8ajority murid-murid
berasa tidak tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh
guru tersebut.   Di samping itu, data juga menunjukkan kesukaran bagi murid-murid untuk
menghafal dan mengingati nama-nama atau struktur-struktur dalam fakta-fakta sains yang perlu
dihafal. Dalam jadual di bawah juga menunjukkan bahawa murid-murid berasa sangat bosan
untuk mengambil bahagian pembelajaran tersebut.
Bil               Soalan temubual                        Jawapan              Jawapan
                                                       Ya        %        Tidak       %
1.    Adakah kamu berasa gembira selepas               10       31          22       69
      mengikuti pelajaran hari ini.
2.    Adakah kamu berasa kelainan terhadap             14       43          18         57
      aktiviti pada hari ini berbanding dengan
      aktiviti sebelum ini?
3.    Adakah kamu berasa terhibur disepanjang          12       37          20         63
      aktiviti pada kali ini?
4     Adakah kamu berasa mudah melabel dan             16       50          16         50
      menghafal sambil menyanyi?
5     Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel           10       31          22         69
      dan menghafal secara membaca ataupun
      secara menyanyi di mana lirik lagu dicipta
      berdasarkan nama-nama ataua struktur-
      struktur yang terlibat?
6     Bersetujukah kamu kalau saya katakana            12       37          20         63
      bahawa aktiviti seperti hari ini telah
      menarik minat kamu untuk terus meminati
      mata pelajaran sains?
7     Bersetujukah kamu kalau saya katakana            15       46          17         54
      bahawa guru sains juga mampu mengajar
      sambil berjenaka?
8     Bersetujukah kamu kalau saya katakana            9        28          23         72
      bahawa guru-guru sains masa kini tidak
      patut dilabel sebagai guru yang serius dan
      membosankan?
9     Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan          8        25          24         75
      tertunggu-tunggu apakah betuk aktiviti
      yang akan saya perkenalkan pula pada
      waktu seterusnya?
10    Bersetujukah kamu kalau saya katakana            12       37          20         63
      bahawa kaedah ini mapu kamu gunakan
      sendiri untuk topic-topik yang lain?
                                            Jadual 3

                                                                                            8
Kumpulan Sasaran

        Berdasarkan pada data (Jadual 4) yang diperolehi, didapati murid-murid berasa sangat
tertarik dengan proses pembelajaran dan pengajaran kerana aktiviti yang dijalankan oleh guru
murid-murid berasa sangat suka dan menarik. Selain itu, jadual di bawah juga menunjukkan
bahawa murid-murid mudah untuk mengingati dan juga menghafal nama-nama atau struktur-
struktur dalam fakta-fakta sains. Dalam jadual tersebut juga menunjukkan bahawa murid-murid
sangat tertarik untuk belajar subjek yang diajar oleh guru tersebut.

Bil                Soalan temubual                         Jawapan             Jawapan
                                                         Ya            %     Tidak       %
1.    Adakah kamu berasa gembira selepas                 28            100    0          0
      mengikuti pelajaran hari ini.
2.    Adakah kamu berasa kelainan terhadap               16            57     12      43
      aktiviti pada hari ini berbanding dengan
      aktiviti sebelum ini?
3.    Adakah kamu berasa terhibur disepanjang            23            82     5       18
      aktiviti pada kali ini?
4     Adakah kamu berasa mudah melabel dan               15            53     13      47
      menghafal sambil menyanyi?
5     Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel             22            78     6       22
      dan menghafal secara membaca ataupun
      secara menyanyi di mana lirik lagu dicipta
      berdasarkan nama-nama ataua struktur-
      struktur yang terlibat?
6     Bersetujukah kamu kalau saya katakana              24            85     4       15
      bahawa aktiviti seperti hari ini telah menarik
      minat kamu untuk terus meminati mata
      pelajaran sains?
7     Bersetujukah kamu kalau saya katakana              21            75     7       25
      bahawa guru sains juga mampu mengajar
      sambil berjenaka?
8     Bersetujukah kamu kalau saya katakana              28            100    0          0
      bahawa guru-guru sains masa kini tidak
      patut dilabel sebagai guru yang serius dan
      membosankan?
9     Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan            26            92     2          8
      tertunggu-tunggu apakah betuk aktiviti yang
      akan saya perkenalkan pula pada waktu
      seterusnya?
10    Bersetujukah kamu kalau saya katakana              24            85     4       15
      bahawa kaedah ini mapu kamu gunakan
      sendiri untuk topic-topik yang lain?
                                              Jadual 4



                                                                                             9
Perbincangan


      Kajian yang dijalankan ini juga adalah untuk melihat sejauh mana kebolehan murid-
murid untuk menghafal nama-nama dan juga struktur-struktur dalam fakta-fakta sains. Kajian
ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau.         Ianya dijalankan dengan
menggunakan 3 bahagian cara iaitu secara proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru, secara lembaran kerja dan seterusnya secara temubual dengan
responden. Justeru itu, cara ini dapat menentukan peringkat penguasaan murid-murid dan juga
mengasah bakat murid-murid dalam bidang muzik.


      Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, murid-murid
daripada kelas 5B ataupun kumpulan sasaran berasa seronok untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru tersebut. Manakala bagi kumpulan
kawalan pula, murid-murid menunjukkan minat yang sangat negatif dan pendekatan serta
kelemahan dari pelbagai sudut. Didapati murid-murid daripada kumpulan kawalan mempunyai
prestasi kerja yang lemah dan tidak memuaskan serta pencapaian dari segi pembelajaran yang
tidak efektif terutamanya dalam mengingati fakta-fakta sains yang penting dan selalu keluar
pada soalan UPSR.


      Kejayaan seseorang guru di dalam pengajarannya adalah apabila ilmu ataupun mesej
yang mahu disampaikannya dapat dinikmati atau dikuasai oleh pelajar-pelajarnya. Guru yang
baik adalah guru yang dapat menggunakan segala kepakaran dan bakat yang dimilikinya untuk
dikongsi oleh para pelajarnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Sesekali, guru-
guru khususnya guru-guru Sains perlu memikirkan minat dan kecenderungan murid-muridnya
untuk digunakan sebagai pemangkin bagi „memancing‟ minat mereka.


      Sebagai contohnya, kebanyakan murid-murid amat gemar akan muzik dan nyanyian
mahupun berpantun, berseloka dan sebagainya. Menyedari akan hakikat tersebut, maka kajian
ini menggunakan elemen muzik dan nyanyian bagi menarik minat murid-murid dan sekaligus
membantu murid-murid tersebut menghafal fakta-fakta mahupun sturuktur –struktur berlabel
bagi sesebuah gambar rajah. Di dalam kajian ini, seorang guru Sains yang mempunyai sedikit
kemahiran dalam bidang Muzik telah menggabungjalinkan kedua-dua mata pelajaran Bahasa
Inggeris / Sastera dengan Sains di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya
didapati murid-murid berjaya dengan mudah melabel dan menghafal struktur-struktur yang

                                                                                        10
terlibat di dalam kitaran hidup manusia. Di samping berjaya melabel dan menghafal struktur-
struktur tersebut, murid-murid terbabit juga berasa seronok ketika mengikuti pelajaran Sains.


Ini sekaligus, merangsang murid-murid untuk meminati mata pelajaran Sains. Para pelajar
sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap mata pelajaran Sains.


Kesimpulan


       Secara keseluruhnya, murid-murid tahun 5B, Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu,
Tawau mennunjukkan minat dan prestasi yang baik dalam pembelajaran disebabkan oleh
teknik pengajaran yang menerapkan elemen muzik.              Di samping itu, kelas 5A pula
menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan serta tidak langsung menunjukkan minat
terhadap pengajaran yang telah dikendalikan oleh guru tersebut.        Oleh itu, kesimpulannya
ternyata bahawa elemen muzik yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat memba ntu meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid dari aspek mengingati
fakta-fakta sains yang penting dan sekaligus dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.




                                                                                                11
BIBLIOGRAFI


Dr Kim Phaik Lah, Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia ( Jun 1995). Kuala Lumpur.


Asiah Ismail, Ivan Filmer Jr, Tan Sun Seng, The Lay Hong, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah, Biologi Tingkatan 4. (2001). Mutiara Cemerlang Sdn Bhd


Nota-nota kuliah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan
Malaysia.




                                                                                        12
LAMPIRAN 1


LIRIK LAGU (The Water Cycle Song)


Evaporation
Condensation
Precipitation
                                    A
On my mind
This is only the water cycle
And it happens all the time


Condensation 2x
Makes the cloud in the sky
They cool the water vapour
As you see them fly by


*Repeat A


Evaporation is the heating
The water in the world
Water changes to a gas
And it rises in the air


*Repeat A


Precipitation can be..
Rain, snow, sleet or hail
It comes from the sky
And falls to ground


*Repeat A




                                        13
LAMPIRAN 2
SOAL SELIDIK


1.Adakah kamu berasa gembira selepas mengikuti pelajaran hari ini?


2. Adakah kamu berasa kelainan terhadap aktiviti pada hari ini berbanding dengan aktiviti
sebelum ini?


3.Apakah kamu berasa terhibur di sepanjang aktiviti pada kali ini?


4.Adakah kamu berasa mudah melabel dan menghafal sambil menyanyi?


5.Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel dan menghafal secara membaca ataupun secara
menyanyi di mana lirik lagu dicipta berdasarkan nama-nama struktur- struktur terlibat di dalam
kitaran air (water cycle)?


6. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa aktiviti seperti hari ini telah menarik minat
kamu untuk terus meminati mata pelajaran Sains?


7. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru Sains juga mampu mengajar sambil
berjenaka?


8. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru-guru Sains masa kini tidak patut dilabel
sebagai guru yang serius dan membosankan?


9. Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan tertunggu-tunggu apakah bentuk aktiviti yang akan
saya perkenalkan pula pada waktu seterusnya?


10. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa kaedah ini mampu kamu gunakan
sendiri untuk topik-topik yang lain?




                                                                                           14

								
To top