hubungan etnik PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Document Sample
hubungan etnik PERLEMBAGAAN MALAYSIA Powered By Docstoc
					 PERLEMBAGAAN
 MALAYSIA DALAM
    KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI
    MALAYSIA

                    1
       Konsep Perlembagaan
Definisi

     Perlembagaan ialah satu set peraturan tentang
      hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab
      pihak yang mengawal dan memandu hubungan di
      antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan
      juga antara autoriti dengan rakyat awam

     Dasar atau formula yang menyatakan tugasan
      kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara
      dibahagikan dan digunakan

                                                           4
Jenis Perlembagaan

     Perlembagaan bertulis merupakan bentuk
      perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam
      satu dokumen.

     Perlembagaan tidak bertulis pula
      merangkumi semua prinsip perlembagaan yang
      tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti
      undang-undang yang diluluskan oleh parlimen
      dan keputusan-keputusan mahkamah.



                                                    5
Tujuan Perlembagaan
     Bagi sesebuah negara yang berdaulat,
      perlembagaan merupakan sumber undang-
      undang tertinggi sesebuah negara dan setiap
      individu perlu mematuhi keluhurannya.

     Kewujudannya sebagai panduan mengatur dan
      menyelaras pemerintahan sesebuah negara.

     Perlembagaan juga berperanan sebagai satu
      panduan bagi pembentukan undang-undang sama
      ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa
      sahaja.

                                                    6
Konsep Ketertinggian Perlembagaan
     Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang
      boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan
      Malaysia.
     Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,
      kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di
      Pertuan Agong adalah tertakluk kepada
      Perlembagaan Malaysia.
     Undang-undang Persekutuan atau negeri
      mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan
      sebagai tidak sah oleh mahkamah jika
      bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
      setakat mana ia bercanggah seperti dalam
      Perkara 4(1) Perlembagaan Malaysia.
                                                       7
Pindaan Perlembagaan

    1.    Perkara 159 (4) : memerlukan sokongan lebih
          2/3 setiap dewan tanpa mendapat
          persetujuan sesiapa.

    2.     Perkara 161 (E) :
         I. Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap
             dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua
             Negeri Sabah dan Sarawak bagi
             melibatkan kepentingan Sabah dan
             Sarawak.
         II. Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap
             dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja bagi
             unsur-unsur tradisi Perlembagaan.

                                                         8
Isu Kandungan Perlembagaan

     15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.

     Menyentuh mengenai bidang kuasa
      eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan
      agama Islam, kewarganegaraan, bahasa
      kebangsaan, kedudukan istimewa orang
      Melayu dan bumiputera Sabah dan
      Sarawak dan pelbagai lagi


                                                    9
       Sejarah Penggubalan
          Perlembagaan
   Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh
    orang Melayu

   Antara perjuangan berdarah menentang penjajahan :
     1. Siam di Zaman Melaka.
     2. Portugis di Melaka.
     3. Belanda di Melaka.
     4. Inggeris di Naning, Selangor, Perak, Negeri
         Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan
         dan Terengganu.
     5. Jepun.
                                                    10
   Perjuangan orang Melayu menentang penjajahan
    digerakkan melalui semangat kebangsaan.

   Bermula menjelang abad ke 20 dengan kemunculan
    intelek-intelek Melayu yang sedar bahawa perjuangan
    ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata
    tetapi juga melalui perundingan.

   Medium yang digunakan untuk menentang penjajah :
     Pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu
      Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan
      Melayu Selangor)
     Media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan Melayu,
      Saudara).

   Antara intelektual Melayu : Syed Syeikh al-Hadi,
    Rahim Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad
    Eunos dan ramai lagi.
                                                       11
12
              Malayan Union
   Berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu
    dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah
    orang Cina, dalam tempoh penyerahan Jepun dan
    kedatangan semula British ke Tanah Melayu
   Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan
    Pentadbiran Tentera British (British Military
    Administration – BMA) dan seterusnya digantikan
    dengan Malayan Union.
   Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen
    British pada 10 Oktober 1945.

   Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil
    British untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-
    Raja Melayu.
                                                         13
Sebab Malayan Union diperkenalkan
1.   Untuk menyatukan negeri-negeri dan
     meningkatkan kecekapan pengurusan
     pentadbiran.
     ( Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri
     Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu)

2.   British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
     orang Melayu bekerjasama dengan Jepun
     sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat
     melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya
     Raja-Raja Melayu.

3.   Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
     tempatan bagi memerintah negara sendiri.

                                                       14
     Ciri-ciri Malayan Union
1.   Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di
     bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu
     oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
     Undangan.
2.   Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
3.   Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan
     hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang
     menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu
     sahaja.
4.   Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa
     mengambil kira bangsa dan keturunan.
     Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum
     Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara
     automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah
     menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan
     Union telah memberikan hak warganegara kepada
     sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
                                                   15
      Sebab Tentangan Orang Melayu
         Terhadap Malayan Union
1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan
   pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal
   agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis
   Penasihat Melayu.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal
   sebagai tanah jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli.
4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
   mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki
   apa-apa keistimewaan.

5. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
   raja-raja Melayu se cara paksaan dan ugutan.
                                                      16
17
18
    Penentangan Orang Melayu Terhadap
              Malayan Union
   Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh
    disaksikan apabila berlaku demonstrasi :
      Januari 1946;
         Alor Setar 50,000 orang Melayu telah
          mengadakan demontrasi.
         Kelantan ; lebih 10,000 orang.
      10 Februari 1946;
         Johor ; lebih 150,000 orang telah mengadakan
          demontrasi.

   Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu,
    Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April
    1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang
    pertama.
                                                     19
20
21
                  Ke Arah
          Perlembagaan Persekutuan
   British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya
    Union.
   British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai
    1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua
    wakil UMNO dan enam pegawai British bagi merangka
    sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang
    Melayu.
   Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa
    Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada
    orang Eropah, Cina dan India bagi tujuan mendapatkan
    pandangan orang bukan Melayu mengenai Perlembagaan
    Persekutuan Tanah Melayu.
   British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu
    pada 1 Februari 1948.
                                                              22
     Ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan
             Persekutuan Tanah Melayu

1.   Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam
     persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
     Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan
     yang berasingan.

2.   Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan
     diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan
     dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan
     Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

3.   Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai
     oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak
     rasmi dan tiga ahli ex-officio.
                                                             23
     Ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan
             Persekutuan Tanah Melayu
4.   Keahlian :
        Majlis Undangan Persekutuan
         dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
         yang terdiri daripada 14 ahli rasmi,
        9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan
         Negeri,
        dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri
         Melaka dan Pulau Pinang dan
        50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-
         kaum asing.

5.   Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa
     memerintah tetapi dengan nasihat Majlis
     Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan
     Negeri.
                                                     24
     Ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan
             Persekutuan Tanah Melayu

6.    Syarat kewarganegaraan diketatkan :
      Seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah
        Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga
        12 tahun.
      Sseorang pemohon asing mestilah pemastautin
        selama 15 tahun.
      Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
        adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan
        Bahasa Melayu yang baik.

7.   Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum
     bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar
     dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
                                                     25
             Kesan Perlembagaan
           Persekutuan Tanah Melayu
   Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu,
    kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu
    semakin kuat.

   Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan
    Masyarakat 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik
    telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah
    perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat
    permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.

   Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai
    objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia
    adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk
    kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
                                                             26
               Keahlian dalam
    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
   Sistem Ahli bertujuan memberi peluang dan latihan
    kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan
    pengalaman memerintah secara demokrasi.

   Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik :
           Menteri                        Jawatan
Dato Onn Jaafar         Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C Thuraisingham     Ahli Pelajaran
Tunku Yaakob            Ahli Pertanian dan Perhutanan
Lee Ting Keng           Ahli Kesihatan
Dato Mahmud Mat         Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan

J.D Mead                Ahli Kerja Raya dan Perumahan
J.D Hodgkinson          Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial
O.A Spencer             Ahli Hal Ehwal Ekonomi                      27
         Ke Arah Kemerdekaan :
               Pilihanraya
   Perikatan dan Pilihanraya
       Pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang
        dan pembentukan Perikatan oleh UMNO dan
        MCA diikuti Majlis Perbandaran Kuala Lumpur


   Pilihanraya Umum 1955
          UMNO,  MCA dan MIC bergabung
          Peruntukan kerusi
          Kata-kata Tunku Abdul Rahman dan T.H Tan

                                                      28
                   Pilihanraya 1955
   Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon,
    ternyata Perikatan yang didominasi oleh UMNO telah
    membuat pengorbanan dan kompromi yang cukup besar
    kerana telah meletakkan calon bukan Melayu di kawasan
    majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti
    pengundi adalah Melayu (84.2%).
       UMNO hanya diperuntukkan hanya 69% kerusi sahaja.
       MCA yang sepatutnya mendapat dua kerusi, telah mendapat 650%
        tambahan

       MIC yang sepatutnya tidak mendapat kerusi telah diperuntukkan
        200% tambahan kerusi.

   Sewajarnya berdasarkan bilangan pengundi, UMNO boleh
    membentuk kerajaan dengan dua pertiga kerusi Melayu
    tanpa perlu bergabung dengan MCA dan MIC tetapi hal ini
    tidak dilakukan                                   29
          Pilihanraya 1955

Parti   Peruntukan Peratusan   Peratusan
        Kerusi     Kerusi      Pengundi

UMNO       35          69         84.2

MCA        15          28         11.2

MIC         2           3          3.9

                                           30
      Semangat toleransi, rela
       berkongsi kuasa, sedia
    berkorban dan persefahaman
   Ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman :

    " … orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang
    munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu.
    Orang Melayu telah memberikan pengorbanan
    yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai
    bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa
    bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri
    yang berbudi sebegitu banyak seperti yang
    diperbuat oleh orang Melayu".
                                                      31
       Semangat toleransi, rela
        berkongsi kuasa, sedia
     berkorban dan persefahaman
   Juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin
    bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H.
    Tan :

    "… mereka dengan penuh rela menyokong calon-
    calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan
    sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang
    tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah
    mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-
    calon Cina dan India".

                                                        32
33
     Rombongan Kemerdekaan
   Pada Januari 1956, satu rombongan yang
    terdiri dari lapan orang wakil yang telah
    dipersetujui, berangkat ke London yang
    diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

   Lapan orang wakil itu terdiri daripada
    wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan.


                                             34
        Rombongan Kemerdekaan
   Wakil Raja-raja Melayu:
      1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai
         ketua.
      2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor.
      3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar
         Johor.
      4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri
         Besar Kelantan

   Wakil Perikatan:
      1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal
         Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.
      2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran.
      3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.
      4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi.
      5. Setiausaha: T.H. Tan
                                                                  35
36
         Perjanjian London 1956
   Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian
    London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.

   Beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu:
    1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31
       Ogos 1957.
    2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan
       menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
    3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah
       Melayu.
    4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal
       Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
    5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan
       akan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri
       Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.

                                                              37
       Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan
        yang ingin digubal perlu mengambilkira perkara-perkara
        berikut:

         Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat
          yang kuat.

         Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan
          hak Raja-Raja Melayu.

         Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang Di
          Pertuan Agong.

         Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-
          hak yang sah milik kaum-kaum lain.

         Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang
          seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
                                                                    38
Suruhanjaya Reid
   Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
    digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan
    pada 1956.

   Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor
    Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B.
    Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

   Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum
    bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan
    Jun hingga Oktober 1956.

                                                       39
   Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati
    kerana Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan
    pandangan daripada parti-parti politik, orang ramai, individu-
    individu dan Raja-raja Melayu.

   Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia
    sekarang ini telah mendapat persetujuan dan pandangan
    semua rakyat Malaysia.

   Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan
    bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat
    penting kepada kestabilan negara.

   Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan
    hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus
    soli.

   Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan
    mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan
    istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
                                                              40
    Perlembagaan : Perkara yang
     menyentuh hubungan etnik
1. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain
   bebas diamalkan
2. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan
   pengecualian peruntukan ini dalam soal agama,
   kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
3. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara
   daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam,
   orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
4. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang
   Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh
   kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan
   bahasa Melayu dan Islam.
                                                  41
    Perlembagaan : Perkara yang
     menyentuh hubungan etnik
5. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat
   istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak,
   kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.
6. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai
   bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa
   lain menggunakan bahasa mereka.
7. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang
   Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum
   lain.
                                                  42
      KONTRAK SOSIAL

Secara tidak langsung, dalam proses
penggubalan Perlembagaan telah wujud
satu perjanjian sosial atau social contract
di antara kaum Melayu dan bukan Melayu
demi perpaduan dan kelangsungan
negara pada masa hadapan.


                                              43
     Unsur-Unsur Tradisi dan
         Kontrak Sosial
1. Bahasa
2. Agama
3. Kedudukan istimewa orang Melayu dan
   bumiputera (Sabah dan Sarawak)
4. Pemerintahan beraja

 Kedudukan Sabah dan Sarawak (dilindungi
  oleh Yang DiPertua Negeri)
 Berperanan menstabilkan politik dan dilindungi
  di bawah Akta Hasutan
                                               44
    Fokus Unsur-Unsur Tradisi
       dan Kontrak Sosial




Perkara 152               Perkara 153




              Perkara 3

                                        45
  Perkara 3
 Agama Islam
Sebagai Agama
 Persekutuan
                46
                   Perkara 3
   Iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi
    agama lain boleh diamalkan dengan aman di
    mana-mana bahagian persekutuan.

   Kebebasan beragama ini dijamin dalam
    perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap
    orang mempunyai hak untuk menganut dan
    mengamalkan agamanya dan bahawa setiap
    agama mempunyai hak untuk:
       Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
       Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud
        agama atau khairat.
       Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang
        dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
                                                          47
                  Perkara 3
   Oleh kerana Islam diterima sebagai agama bagi
    persekutuan, pihak kerajaan sama ada
    kerajaan persekutuan atau negeri mempunyai
    kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk
    menubuhkan atau menyelenggara atau
    membantu penubuhan instutusi Islam dan
    melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta
    mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan
    untuk tujuan itu

                                                    48
     Rasional Perkara 3
 Agama persekutuan tanpa menjejaskan
  kedudukan agama lain
 Telah bertapak 500 tahun lalu
 Perkara 60 mendefinisikan Melayu
 Zaman penjajah, bidang kuasa agama
  islam dan adat istiadat Melayu tidak
  dicampuri oleh penjajah
 Perlembagaan Malayan Union juga dan
  Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
  mengecualikan perkara ini
                                     49
 Perkara 152
Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa
  Kebangsaan
                 50
      Rasional Perkara 152
   Bahasa kebangsaan sebagai alat
    perpaduan tanpa menggugat bahasa
    ibonda lain

 Menjadi bahasa lingua franca
 Zaman penjajah telah dijadikan bahasa
  rasmi

   Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus
    bahasa Melayu
                                             51
                Bahasa Melayu
   Rasional pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa
    kebangsaan ialah Bahasa Melayu:
      Telah menjadi bahasa lingua franca di Nusantara
       sejak berabad-abad lamanya
      Lebih mudah dipelajari
      Bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
       berbanding bahasa lain.

   Persefahaman menjadikan Bahasa Melayu sebagai
    bahasa kebangsaan juga tidak perlu merisaukan
    kaum lain kerana penggunaan bahasa ibunda
    masing-masing tidak disekat malah dijamin oleh
    Perlembagaan Malaysia.
                                                        52
  Perkara 153
Kedudukan Hak
Istimewa Orang
    Melayu
                 53
                   Perkara 153
   Iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa
    menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

   Kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi
    bukan Melayu, sementara kaum bukan Melayu
    menerima hakikat kedudukan istimewa kaum
    Melayu. Pada ketika itu, kaum Melayu menerima
    prinsip ‘jus soli’ iaitu pengecualian tentang perlunya
    mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu.

   Pelaksanaan prinsip ini telah memberi hak
    kerakyatan kepada lebih 800,000 orang Cina
    walaupun pada waktu tersebut, kesetiaan sebilangan
    besar kaum bukan Melayu terhadap Persekutuan
    Tanah Melayu boleh dianggap meragukan
    disebabkan dasar pecah dan perintah yang
    dilaksanakan oleh penjajah Inggeris.
                                                         54
              Perkara 153
   Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu
    adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan
    Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka
    yang sah menurut peruntukan lain.

   Perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika
    mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan
    awam yang dipegang oleh sesiapa atau
    penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan
    yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan
    atau penamatan permit lesen yang dipegang
    olehnya
                                                  55
                 Perkara 153
   Hasil daripada sikap toleransi, masyarakat Melayu
    telah diperuntukkan dalam Perkara 153
    Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak
    istimewa bumiputera.

   Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam
    perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
    perniagaan dan kemudahan khas lain yang
    diberikan.

   Manakala peruntukkan dalam Perkara 153 ini tidak
    boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa
    mendapat persetujuan daripada Majis Raja-Raja
    Melayu dan ini satu jaminan yang tidak boleh
    dinafikan lagi.                                56
Orang Melayu dan bumiputera
    Sabah dan Sarawak
   Dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu
    itu ditakrifkan sebagai :

    1. Lazimnya bertutur dalam Bahasa
       Melayu.
    2. Menganut agama Islam.
    3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.


                                           57
Orang Melayu dan bumiputera
    Sabah dan Sarawak
 Manakala bumiputera di Sabah dan Sarawak
  ialah;
 Di Sarawak terdiri dari mana-mana satu kaum
  asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut,
  Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah,
  Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut,
  Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia
  berketurunan campuran dari kaum tersebut.
 Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang
  dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah
  dilahirkan di Sabah.
                                               58
     Kerasionalan Perkara 153
   Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000
    bukan Melayu.

   Manfaat serta merta : kepentingan sebagai
    warganegara – undi pilihanraya

   Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan
    awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
    kemudahan khas lain yang diberikan.

   Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama
    rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

                                                        59
Kerasionalan Perkara 153


Perkhidmatan
                            Ekonomi
    Awam




               Pendidikan

                                      60
    Kerasionalan Perkara 153 :
       Perkhidmatan Awam
   Menentukan rezab bilangan jawatan

   Diimbangi dengan tidak boleh melucut
    jawatan sedia ada

   Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi
    36% saja (1968)
                                             61
                   Perkhidmatan                                 Melayu             Bukan Melayu                Jumlah
   Perkhidmatan pentadbiran                                        706                      515                  1221
   Akitek, jurutera dan pegawai                                     73                      370                   443
   profesional
   Pegawai kesihatan dan perubatan                                  64                      693                   727
   Ahli Sains Fizikal                                               13                       51                    64
   Ahli sains Sejati                                                60                      108                   169
   Prangkawan Profesional                                           38                      166                   204
   Perkhidmatan Undang-Undang                                       70                       37                   107
   Perkhidmatan beruniform                                         331                      369                   700
   Pengangkitan dan media massa                                     67                      188                   255
   Jumlah                                                         1392                     2447                  3839

                                                                                                                         62
Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.
Kerasionalan Perkara 153 : Ekonomi

  Kemiskinan    orang Melayu 64.8% (1970)

  Jurang   Pendapatan melebar

  Negeri   majoriti Melayu miskin

  Pemilikankekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4%
  tahun 1970

  Pembahagian   kekayaan dan agihan pendapatan
  merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan
  etnik (13 Mei)
                                               63
 Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai
     Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999
Kumpulan Hak Milik                                    1995   1999

Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah)   20.6   19.1

Cina                                                  40.9   37.9

India                                                 1.5    1.5

Rakyat Asing                                          27.7   32.7

Syarikat Nomini                                       8.3    7.9

Jumlah                                                100    100

   Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan                               64
Pemilikan Ekuiti Bumiputera Sektor Korporat Meningkat
      Tetapi Masih Belum Mencapai Sasaran 30%

                   Matlamat        Pencapaian

                 1970    1990    1990      2002
 • Bumiputera      2.4    30.0    19.3      18.7


 • Bukan Bumi     32.3    40.0    46.8      43.2
   – Cina                         45.5      40.9
   – India                         1.0       1.5
   – Lain-lain                     0.3       0.8
 • Asing          63.3    30.0    25.4      28.9
 • Nomine          2.0             8.5       9.2
 JUMLAH          100.0   100.0   100.0     100.0
                                                   65
                                 Kemiskinan
              rumah Malaysia
        % Isi 60
              50
              40
              30
              20
              10
               0
                     1970                 1990                2002
     Jumlah          49.3                 16.5                 5.1
     Luar Bandar     58.6                 21.1                 11.4
     Bandar          24.6                 7.1                  2.0
     Ketermiskinan                        3.9                  1.0


Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
                                                                               66

dari PLI.
           Jurang Pendapatan Antara Kaum


   Nisbah perbezaan
  pendapatan isi rumah   1970   1980     1990     1999   2002


Luar Bandar : Bandar     1: 2.1 1: 1.8   1: 1.7   1: 1.8 1: 2.1

Bumiputera : Cina        1: 2.3 1: 1.9   1: 1.7   1: 1.7 1: 1.8

Bumiputera : India       1: 1.8 1: 13    1: 13    1: 1.4 1: 1.3


                                                            67
Kerasionalan Perkara 153 : Pendidikan
     Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial
      dan sains

     Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya
      4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970

     Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah
      bercanggah dengan Penyata Razak

     Kebenaran kepada 60 sekolah menengah harian
      Cina

                                                        68
             Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma
         di Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005


Peringkat                 1995           2000           2005
Pendidikan

Ijazah                   75,709         170,794        244,527

Diploma                  46,480         92,304         148,025

Jumlah                   122,189        263,098        392,552




                  Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan             69
     Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi
     Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002

                                         BILANGAN       BILANGAN
INSTITUSI                                INSTITUSI      PELAJAR

IPTS Bertaraf Universiti                      11          29,747
IPTS Bertaraf Universiti
                                               1            488
(Kolej Universiti)
IPTS Bertaraf Universiti
                                               3           6,836
(Kampus Cawangan Dalam Negara)
IPTS Bertaraf Universiti
                                               4           4,740
(Kampus Cawangan Luar Negara)
IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej)        518         252,789
Keseluruhan IPTS                              534         294,600

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia                              70
  Peningkatan Golongan Profesional Bumiputera
                   1990-2003
                            1990                  2002
  Profesion          Bumi Cina     India   Bumi   Cina   India
• Akauntan           11.2   81.2    6.2    20.0   74.6    5.1
• Arkitek            23.6   74.4    1.2    43.6   52.6    1.3
• Doktor             27.8   34.7   34.4    38.5   29.9   27.5
• Doktor Gigi        24.3   50.7   23.7    38.2   40.3   19.1
• Doktor Veterinar   35.9   23.7   37.0    40.1   29.8   25.7
• Jurutera           34.8   58.2    5.3    43.5   50.1    5.3
• Juru Ukur          44.7   49.6    3.7    46.0   49.3    3.1
• Peguam             22.3   50.0   26.5    35.1   38.4   25.8
JUMLAH               29.0   55.9   13.2    37.2   50.1   11.2
                                                          71
Kerasionalan Perkara 153 : Pendidikan
    Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan
     matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka
     kepada bukan Melayu

    IPT mengikut etnik dibenarkan – UiTM, UTAR dan
     Kolej Tafe

    Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi

    Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan
     IPTS

    Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN
                                                         72
      Kesimpulan
   Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
    yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
    dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
    dan rela berkongsi kuasa.

   Perjanjian sosial atau social contract ini perlu
    diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
    mempersoalkannya lagi.

   Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung
    ia dapat menghindarkan negara Malaysia
    daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang
    boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia
    terjalin
                                                       73

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:3853
posted:4/8/2010
language:Malay
pages:71