hubungan etnik PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Document Sample
hubungan etnik PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Powered By Docstoc
					 PEMBANGUNAN
     POLITIK
 DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
   DI MALAYSIA
                 1
         KONSEP MODENISASI
      DAN PEMBANGUNAN POLITIK

   Konsep modenisasi :
      merujuk     kpd suatu proses transformasi atau
       perubahan berencana dalam segala aspek kehidupan
       masyarakat.

   Modenisasi mengandungi dua aspek utama:
       1. Pembangunan ekonomi
       2. Pembangunan politik.



                                                      5
   Matlamat pembangunan ekonomi:
     untuk mencapai kemajuan dan pertumbuhan ekonomi
      dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri.

   Matlamat pembangunan politik:
     pembinaan negara-bangsa.



   Negara-bangsa diertikan:
      suatu   wilayah yang mempunyai sempadan,
       pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau
       bangsa.




                                                     6
   Pembinaan negara-bangsa dapat dicapai
    melalui kaedah yg bersifat top-down seperti:
     1. Penghayatan ideologi negara,
     2. Penerapan dasar-dasar awam yang
        ditentukan oleh pihak kerajaan,
     3. Penanaman       semangat     nasionalisme
        melalui simbol-simbol dan ritual negara.

   Lazimnya, penilaian ke atas dasar-dasar
    awam yg dilaksanakan menjadi asas kpd
    pengukuran kejayaan atau pencapaian
    pembinaan negara-bangsa.



                                                8
   Pembangunan politik turut melibatkan perubahan dlm
    aspek struktural dan budaya sehingga membawa kpd
    perubahan sistem politik masyarakat.

   Pembangunan politik dlm konteks ini berlangsung melalui 3
    proses utama:
    1. perbezaan struktur politik;
    2. Sekularisasi budaya politik;
    3. Partisipasi politik yg besar oleh rakyat.

   perbezaan struktur politik:
      Perubahan dpd struktur politik yg bersifat feudal atau
       autoritarian kpd struktur politik yg berpegang kpd prinsip
       trias politica ( yg mana kekuasaan politik terletak kpd 3
       badan yg terpisah dan saling mengawasi )

                                                              9
   Sekularisasi budaya politik:
       Perubahan budaya politik dpd budaya politik feudal
        dan yang tidak memisahkan antara agama dgn
        negara kpd budaya politik yg memisahkan kedua
        unsur tersebut.



   Perubahan dlm budaya politik itu akhirnya
    membawa kpd proses selanjutnya:
       partisipasi politik yg besar oleh rakyat dlm proses
        politik.
       rakyat yg mempunyai kedaulatan dan berhak
        menentukan pemimpin mereka.



                                                         10
   Pembangunan politik dlm konteks mewujudkan
    amalan demokrasi dianggap tercapai apabila
    terdapat komponen berikut dlm suatu sistem
    politik, iaitu:
    1. Parti-parti politik
    2. Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
    3. Perlembagaan negara
    4. Pilihanraya




                                            11
         MODENISASI DI MALAYSIA
   Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah Barat
    akibat dpd Revolusi Perancis dan Revolusi Industri.

   konsep modenisasi dan proses tersebar dan diguna
    pakai di seluruh dunia - melalui proses imperialisme dan
    kolonialisme.

   Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dgn
    kehadiran kolonial Inggeris - mencontohi jejak langkah
    pengalaman modenisasi di Eropah Barat.

   Projek modenisasi dilanjutkan – melakukan pelbagai
    perubahan dan penyesuaian.


                                                           12
           MODENISASI
     DAN PEMBANGUNAN POLITIK
   Dlm konteks pembangunan politik Malaysia, isu
    pembinaan negara-bangsa adalah sangat
    penting.

   Malaysia turut berusaha mencapai pembinaan
    negara-bangsa melalui beberapa kaedah yang
    bersifat top-down.



                                               13
   Program penghayatan ideologi negara:
       Rukunegara
       Penerapan dasar-dasar awam
           (Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
            Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan, dan
            Dasar Pendidikan Kebangsaan)


   Usaha dan penilaian yg berterusan ke atas
    dasar-dasar awam - penting bg memastikan
    kejayaan @ pencapaian pembinaan
    negara-bangsa.

                                                  14
KEMAJMUKAN ETNIK DALAM
PROSES POLITIK DI MALAYSIA




                             15
                       PENDUDUK

   Malaysia adalah sebuah negara plural yang mempunyai
    jumlah penduduk lebih kurang 26 juta orang pada tahun
    2004.

   Umumnya, Melayu (Semenanjung) adalah kelompok etnik
    majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 60%, sementara Cina
    mewakili lebih kurang 28%, India 5% dan selebihnya
    adalah terdiri daripada kelompok bumiputera kecil seperti
    Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu di Sarawak dan
    Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah.

   Bilangan dan peratusan yang lebih terperinci dapat dilihat
    dalam Jadual 9.


                                                            16
Jadual 5.1: Semenanjung Malaysia: Anggaran Penduduk
Mengikut Etnik, 2004


        ETNIK        JUMLAH ‘000       PERATUSAN

MELAYU                      11,532.1            61.7

CINA                         5,208.4            27.9

INDIA                        1,709.8             9.1

BUMIPUTERA LAIN                238.1             1.3

JUMLAH                      18,688.4          100.00

 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004.
                                                   17
                         Demografi Politik
             Kelompok              Kerusi Parlimen           Pengundi Berdaftar
                        Majoriti    Plural   Jumlah   %          Bil.            %
Melayu:                   125        18       143     65.3   5,152,858.4         51.0
 Semenanjung              116        15       131     59.8   4,871,050.7         48.2
 Sarawak**                 8          -         8     3.6      88,602            0.9
 Sabah                     1          3         4     1.8     193,205.7          1.9
Dayak:                    14          -        14     6.4     503,525.8          5.0
 Iban                      9          -         9     4.1         *               *
 Bidayuh                   3          -         3     1.4         *               *
 Orang Ulu                 2          -         2     0.9         *               *
Bumiputera Sabah          17          1        18     8.2     388,932.9          3.9
 Islam                     7          -         7     3.2         *               *
 Bukan Islam              10          1        11     5.0         *               *
Cina                      30         14        44     20.1   3,315,962.3         32.8
 Semenanjung              23         11        34     15.5   2,855,746.3         28.7
 Sarawak                   6          -         6     2.7     305,038.9          10.0
 Sabah                     1          3         4     1.8     155,177.1          1.5
India                      -          -         -      -      740,650.2          7.3
                                                                            18
JUMLAH                    186        33       219     100    10,101,929.6        100
Jadual 5.2 : Sabah: Anggaran Penduduk Mengikut
                   Etnik, 2004
 ETNIK             JUMLAH: ‘000       PERATUSAN
 Kadazandusun      519.8              24.8
 Bajau             386.1              18.5
 Murut             94.7               4.5
 Melayu            360.5              17.2
 Bumiputera Lain   431.8              20.6
 Cina              287.5              13.7
 India             11.5               0.5
 JUMLAH            2,091.9            99.8

 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004.
                                                  19
   Sosio-Budaya




                   20
21
22
23
24
          Semenanjung Malaysia

   Melayu  adalah    etnik   terbesar   di
    Semenanjung.

   Perlembagaan Persekutuan Malaysia
    memperuntukkan masyarakat Melayu
    menganut agama Islam.

   Sebahagian besar Melayu (Semenanjung)
    merupakan penduduk luar bandar.
                                          25
   Peratusan ini mula berkurangan kerana penghijrahan
    mereka ke bandar bermula sejak 1970-an dan selepas
    itu, ia kian meningkat.

   Bagi yg masih tinggal di luar bandar, kebanyakan
    tertumpu kpd aktiviti tradisional spt pertanian dan
    nelayan peringkat sara diri.

   1980-an, ramai di antara mereka yg terlibat dlm bidang
    pertanian secara besar-besaran di estet dan ladang
    komersial yg mengusahakan tanaman kelapa sawit.

   Namun sebahagian besar Melayu di bandar masih
    tertumpu kpd perkhidmatan awam, w/p tdpt sebilangan
    kecil berjaya dlm sektor perdagangan dan perniagaan.



                                                        26
   Cina adalah etnik kedua terbesar di Semenanjung.
   Masyarakat ini penganut pelbagai agama spt ajaran
    Buddha dan Konfusius, Kristian, kepercayaan tradisional
    dan segelintir yg memeluk Islam.
   Sbhgn besar - tertumpu kpd sektor perdagangan dan
    komersial.
   - tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah
    Klang.

   India adalah etnik ketiga di Semenanjung.
   Sbhgn     besar    masih     tertumpu  di estet-estet,
    (penempatan tradisional mereka).
   namun, tdpt kalangan mereka yg berpindah ke bandar-
    bandar dan menerokai pekerjaan serta penghidupan yg
    berbeza dpd ibu-bapa mereka.


                                                          27
   Terdapat antara mereka berjaya menembusi sektor
    perdagangan dan komersial.

   India Malaysia terdiri dpd pelbagai puak berasaskan asal
    usul mereka di Tanah Besar India.

   Kepelbagaian ini jarang diakui dlm data-data rasmi spt -
    puak Sikh, Tamil, Malayalee dan Singhalese.

   Mereka juga menganut pelbagai agama seperti - Hindu,
    Sikh dan juga Islam.




                                                           28
   Orang Asli merupakan etnik terkecil di Semenanjung.
       Kebanyakan penduduk pendalaman di beberapa negeri di
        Semenanjung.
       mengikut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan Islam.


   Terdapat juga kelompok-kelompok kecil lain:
       Baba-Nyonya di Melaka dan Penang - menghasilkan
        percantuman elemen-elemen budaya Cina dan budaya Melayu
       Portugis di Melaka - mengamalkan budaya Portugis yg di-
        Malaysia-kan.
       Siam di beberapa kawasan di negeri-negeri di utara
        Semenanjung.




                                                                     29
                        Sarawak
   Hampir semua etnik Dayak, sama ada Iban, Bidayuh atau Orang
    Ulu, merupakan penganut kepercayaan tradisional atau Kristian,
    sebilangan kecil sahaja menganut agama lain terutamanya
    Islam.

   Dayak:
       penduduk luar bandar, walaupun peratusan ini menurun
        semenjak tahun 1970-an.
       Penduduk di luar bandar dan pendalaman di rumah
        panjang, aktiviti utama ialah pertanian sara diri.
       Aktiviti ini semakin berkurangan dan kebanyakan mereka
        bergiat dalam sektor pembalakan dan juga buruh upahan.
       sebilangan mereka telah berjaya menerokai sektor
        perdagangan atau komersial di bandar-bandar utama
        negeri berkenaan.

                                                                30
   Etnik Melayu:
       merupakan penghuni luar bandar terutama di
        pinggiran bandar Kuching, Kota Samarahan dan
        Sibu.
       Aktiviti utama yg tinggal di luar bandar adalah
        pertanian sara diri.
       Tinggal di bandar, tertumpu di sektor perkhidmatan
        awam.

   Etnik Melanau:
       Penduduk pantai Sarawak.
       Menganut agama Islam, Kristian dan juga
        kepercayaan tradisional.
       Tinggal di kawasan tradisional, bekerja sbg nelayan
        dan petani serta pengutip sagu.

                                                         31
   Etnik Cina:
       Tinggal di kwsn bandar, terdapat sebilangan
        kecil tinggal di luar bandar.
       Tertumpu pada perdagangan.
       Menganut pelbagai agama seperti ajaran
        Buddha, Konfusianis dan Kristian.




                                                  32
                             Sabah
   Purata bilangan penduduk yg menganut Islam dan Kristian di
    kalangan etnik bumiputera ini hampir sama jumlahnya.

   Kadazandusun menganut agama asal dan Kristian, sementara
    Bajau, Murut dan “bumiputera lain” menganut agama Islam.

   Kebanyakan mereka adalah penduduk :
      luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri sbg aktiviti
       utama, disamping mencari produk hutan.
      bandar-bandar, tertumpu kpd sektor perkhidmatan awam.


   Masyarakat Cina:
     Tertumpu di pusat-pusat bandar utama.
     Terlibat dlm aktiviti perdagangan dan sektor komersial.
     Penganut    pelbagai agama spt Buddha, Kristian dan
      sebilangan kecil yg memeluk Islam.

                                                                  33
KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
   Semasa penjajahan, penglibatan rakyat tempatan
    dlm proses politik dan pentadbiran - terhad.

   Di akhir penjajahan, rakyat - dilibatkan dlm proses
    politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah,
    (pegawai rendah).

   Gerakan lebih besar ialah pada zaman berakhirnya
    penjajajan Jepun - bermula dgn pelancaran
    Malayan Union di negeri-negeri di Semenanjung
    Malaysia dan penyerahan Sabah dan Sarawak
    kepada Inggeris utk ditadbirkan sbg tanah jajahan
    Inggeris pd petengahan 1946.

                                                     34
     Semenanjung Malaysia
    Sekembalinya mereka ke Persekutuan Tanah
     Melayu, Inggeris merancang dan melancarkan
     Malayan Union pada 1946. Kesatuan ini terdiri
     dpd 9 negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

     Beberapa ciri penting Malayan Union adalah
      seperti berikut:
       Pemusatan kuasa di kerajaan pusat.
       Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali ke atas
        hal berkaitan Islam dan adat Istiadat Melayu
       Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan
        prinsip jus soli.
                                                    35
   Malayan Union disambut dgn tentangan hebat dpd orang
    Melayu.

   Di bawah pimpinan Onn Jaafar, mereka menubuhkan
    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays
    National Organization [UMNO] ).

   UMNO ditubuhkan hasil dpd          gabungan    pelbagai
    persatuan/ pertubuhan Melayu.

   Tentangan Melayu thdp Malayan Union disalurkan
    melalui parti ini yg juga mendapat pelbagai sokongan spt
    dpd bekas pegawai-pegawai Inggeris.



                                                          36
   Dlm suasana politik yg tegang ini, lahir dua buah parti
    politik.

    1. Kongress India Persekutuan Tanah Melayu (Malayan
    Indian Congress [MIC]).
       Ditubuhkan pada penghujung tahun 1946, iaitu beberapa
        bulan setelah UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
       Diketuai oleh John Thivy.
       Matlamat utamanya: menjaga kepentingan dan kebajikan
        etnik India di Persekutuan Tanah Melayu.

    2. Persatuan Cina Persekutuan Tanah Melayu (Malayan
    Chinese Association [MCA]).
       Ditubuhkan pada 1949 oleh Tan Cheng Lock.
       Tujuan: menjaga kepentingan dan kebajikan etnik Cina di
        Persekutuan Tanah Melayu.
                                                             37
   Tujuan penubuhan MCA & MIC – membuktikan kpd
    Inggeris bhw Cina & India sedia berkerjasama dgn
    Melayu dan setia kpd Persekutuan Tanah Melayu.

   Kerjasama erat ini membawa kejayaan besar dlm politik
    awal Persekutuan Tanah Melayu. Contoh:
      Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur 1952; parti
       Perikatan menang 9/12 kerusi yg dipertandingkan.
      Pilihanraya Umum Pertama; menang 51 drpd 52
       kerusi yg dipertandingkan.

   Situasi ini adalah asas menunjukkan kpd Inggeris –
    Persekutuan Tanah Melayu sudah bersedia utk
    dibebaskan drpd kuasa Inggeris.


                                                         38
   Selepas     penubuhan    Malaysia   1963,
    kerjasama/perbincangan antara parti politik
    diperluaskan lagi. Parti Perikatan ditukar
    namanya kpd BN.

   Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan
    etnik dan penubuhan parti politik seterusnya
    terus menepati garis etnik.




                                               39
                Malaysia Timur
   Proses dan penubuhan parti politik di Sabah dan
    Sarawak merupakan respons terus kpd
    cadangan yg melibatkan kedua-dua negeri itu
    dlm Persekutuan Malaysia.




                                                40
                          Sarawak

   Parti terawal - Parti Bersatu Rakyat Sarawak (Sarawak
    United Peoples’ Party atau SUPP).

       mendapat galakan dpd pentadbiran kolonial, sebagai
        persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri.
       menggabungkan pelbagai kegiatan sosial dan
        kebajikan Cina demi menjaga kepentingan mereka di
        negeri berkenaan.
       parti berbilang etnik, namun pucuk kepimpinan jelas
        dimonopoli oleh etnik Cina.
       hilang sifat berbilang etnik apabila calon-calon bukan
        Cina kalah dalam pilihanraya kerajaan tempatan pada
        tahun 1963.
                                                            41
   Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pd awal
    thn 1960 turut mendesak etnik bumiputera menubuhkan
    parti masing-masing.

   Di kalangan Dayak dan Iban:
      SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak
       National Party) ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya
       dr kawasan Skrang-Saribas pada 1961.
      dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.



   Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tdk
    mendapat tempat dlm SNAP, maka:
      Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

      Ditubuhkan oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dr
       Rejang pada 1962.

                                                        42
   Bagi Melayu dan Melanau, dua parti
    ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.

    1. PANAS (Parti Negara Sarawak) ditubuhkan
       pd tahun 1960
      -dipimpin oleh golongan perabangan dari
      Kuching iaitu Abang Mustapha.

    2. BERJASA (Barisan Rakyat Jati Sarawak)
      1961.
      -ditubuhkan oleh Melayu/Melanau dr
      Lembah Rejang atas dakwaan mereka tidak
      diwakili dalam PANAS.


                                            43
   Perubahan besar proses politik di Sarawak selepas Malaysia
    berlaku kepada etnik Cina, Melayu dan Melanau.

   Bagi etnik Cina:
      selepas tahun 1970 SUPP menjadi teman pilihan bagi Melayu
       dan Melanau untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas
       pilihanraya umum tahun 1969/71.

       di akhir 1970-an, DAP muncul di Sarawak sebagai pesaing
        kepada SUPP untuk mendapat sokongan Cina.

   Etnik Melayu dan Melanau:
      perpaduan politik semakin kukuh sejak penggabungan Berjasa
       dan PANAS dlm Parti Bumiputera yg dipimpin oleh Abd Rahman
       Yakub dan Abd Taib Mahmud.

       Kekuatannya meningkat apabila Temenggong Jugah membawa
        PESAKA bergabung dgn Parti Bumiputera utk membentuk PBB
        (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) pd pertengahan 1970-an.

                                                               44
                       Sabah

   Pelbagai etnik bumiputera di negeri Sabah seperti
    Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-lain terpisah
    berasaskan anutan agama.

   Justeru parti-parti yg ditubuhkan akan mendapat
    sokongan dpd pribumi beragama Islam @ Kristian.

   Sejak menyertai Malaysia pd thn 1963, Sabah
    diperintah oleh semua etnik utama negeri.



                                                   45
   Ini bermula dgn Donald Stephen:
      menubuhkan parti UNKO (United Kadazan National
        Organization) pada Ogos 1961.
      bagi     menyatupadukan      Kadazandusun dan
        bumiputera bukan Islam.

   Kemudian Mustapha Harun:
      menubuhhkan      USNO (United Sabah      National
       Organisation) pd Disember 1961.
      Menyatukan Bajau, Murut dan etnik lain



   Cina bernaung   di   bawah   SCA   (Sabah   Chinese
    Association).

                                                       46
   Antara beberapa parti politik di Sabah:

    i. UNKO – Donald Stephen
    ii. USNO – Mustapha Harun
    iii. Parti Berjaya – Harris Salleh
    iv. Parti Bersatu Sabah (PBS) – Joseph Pairin
    Kitingan.
    v. UMNO



                                                    47
   Kejatuhan PBS membawa perubahan besar kd proses
    politik di Sabah dpd beberapa sudut.

    1. UMNO tlh berjanji sekiranya parti tsbt berjaya
      merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua
      Menteri akan mengikut giliran di antara bumiputera
      Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina supaya
      semua mempunyai peluang utk memerintah.

    2. keruntuhan PBS melahirkan beberapa buah parti
      baru spt PBRS (Parti Bersatu rakyat Sabah), dan
      PDS (Parti Demokratik Sabah), yg melibatkan
      pemimpin utama dpd PBS yg tlh meninggalkan parti
      tsbt.


                                                      48
       PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK
            SECARA FORMAL


   Slps Persekutuan Tanah Melayu merdeka dpd Inggeris
    pd thn 1957, satu perjanjian - kontrak sosial dicapai
    antara Melayu dan bukan Melayu.

   Kontrak sosial ini bertambah kompleks a/b Persekutuan
    Malaysia ditubuhkan pd thn 1963 dgn pencatuman
    wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan
    Sarawak dan Singapura utk seketika.

   Kewujudan Malaysia menambahkan lagi elemen-elemen
    khasnya yg turut termaktub dlm Perlembagaan
    Persekutuan Malaysia.
                                                       49
               Kontrak Sosial 1957

   Berdasarkan perjanjian antara Raja-raja Melayu dan
    Raja British (1948), Malayan Union tlh dimansuhkan dan
    digantikan dgn Persekutuan Tanah Melayu.

       Ketuanya adalah Pesuruhjaya Tinggi (merupakan
        wakil Raja British), yg mempunyai kuasa yg luas dlm
        hal membuat undang-undang dan menjalankan
        pentadbiran negeri.

       mempunyai Majlis Perundangan Persekutuan yg
        berhak membuat undang-undang sebagaimana
        termaktub dlm Jadual Perjanjian 1948 dan
        sehubungan itu lahirlah Perlembagaan Malaya 1948.

                                                          50
   Perlembagaan Malaya 1948:
       memusatkan kuasa perundangan tetapi memberi
        kuasa pentadbiran kepada kerajaan-kerajaan negeri
        di Malaya.

       mengandungi peruntukan khas yg bertujuan
        melindungi kuasa Raja-raja Melayu dan kepentingan
        orang Melayu.

   Pilihanraya pertama (Jun 1955) tlh diadakan utk memilih
    ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan Malaya.

   Parti Perikatan yg terdiri dpd UMNO, MCA dan MIC tlh
    memenangi pilihanraya tsbt dgn mendapat 51 kerusi,
    m/kala satu kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Tanah
    Melayu.

                                                         51
   Tahun 1956 satu persidangan tlh diadakan di London
    antara pemimpin Parti Perikatan dgn pihak British.

   Persidangan tsbt tlh memutuskan bhw Persekutuan
    Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yg merdeka
    pd 31 Ogos 1957.

   Lanjutan dpd persidangan tsbt, satu Suruhanjaya yg
    diketuai oleh Lord Reid tlh dibentuk pd bulan Mac 1956.




                                                         52
   Tugas utama Suruhanjaya Reid:
      merangka    satu     perlembagaan persekutuan bg
       mewujudkan satu kerajaan pusat yg kuat dan dpt
       memerintah dgn baik.

   Perkara yg dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid:
      kewarganegaraan
      kedudukan Raja-raja Melayu
      pembahagian kuasa antara negeri dan kerajaan pusat
      hak-hak istimewa orang Melayu


   Dlm usaha merangka perlembagaan, Suruhanjaya Reid turut
    meminta pandangan dpd Raja-raja Melayu, pemimpin-
    pemimpin parti-parti politik, dan pandangan serta cadangan
    dpd org ramai.

   Antara perkara yg menjadi perhatian utama adalah tuntutan-
    tuntutan dpd org Melayu dan bukan Melayu.
                                                            53
   Di antara perkara penting “kontrak sosial” adalah spt
    berikut:

    1. kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu
       tdk boleh dipersoal. Perlembagaan 1948 menubuhkan
       sebuah negara beraja. Raja memerintah berdasarkan
       Perlembagaan.

    2. Hak Istimewa Melayu tdk boleh dipersoalkan. Hak ini
       sememangnya mengutuhkan dominasi Melayu di
       Persekutuan Tanah Melayu dan menjamin peranan
       mereka dpd semua aspek kenegaraan, sama ada politik,
       pentadbiran, perdagangan atau pelajaran.

    3. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi yg lahir
       selepas Persekutuan Tanah Melayu. Hak kerakyatan juga
       boleh dipohon melalui kaedah-kaedah yg ditetapkan.

                                                              54
4. Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-
   agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan.

5. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi bahasa
   lain (Cina dan Tamil) boleh digunakan.




                                                    55
              Perjanjian Malaysia, 1963

   Tidak mengubah kontrak sosial.

   Merupakan persetujuan yg dicapai di antara para
    pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak
    dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju
    utk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

   Mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak dan
    Singapura yg dipersetujui dan dimaktubkan ke dlm
    Perlembagaan Persekutuan Malaysia thn 1963.

   Dua puluh perkara merupakan suatu dokumen yg
    mengandungi tuntutan-tuntutan yg dikemukakan oleh
    Sabah sbg syarat negeri itu bersetuju menyertai
    Malaysia.
                                                   56
       Dua puluh perkara tersebut menyentuh:

         Agama.
         Bahasa.
         Perlembagaan.
         Imigresen.
         Kewangan.
         Bumiputera Sabah.




                                                57
               HUBUNGAN ETNIK
         SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

                        Bentuk

   Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan
    boleh berlaku dgn sendiri apabila individu-individu yg
    terlibat melihat faedah dpd proses tersebut.

   Di negara ini, proses perpaduan dan integrasi
    memerlukan penglibatan langsung pihak kerajaan dgn
    dasar-dasar bersifat top-down.

   Dlm konteks ini, DEB dan dasar-dasar yg selanjutnya,
    iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar
    Pembangunan Wawasan merupakan suntikan penting
    dpd kerajaan yg cuba mewujudkan perpaduan
                                                         59
                     Pencapaian

   Dlm pembangunan ekonomi memang wujud ukuran
    tertentu  yg   boleh dijadikan penanda aras
    pencapaiannya.

   Mengukur pencapaian perpaduan nasional boleh dilihat
    melalui pelaksanaan dan prestasi setiap dasar kerajaan
    yg menyentuh soal perpaduan negara.

   Dasar pelajaran kebangsaan misalnya, penggunakan
    Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ialah salah
    satu langkah mewujudkan perpaduan.



                                                        60
                    KESIMPULAN
   Tiada satu etnik dapat menegakkan kerajaan sendiri
    kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik agar tiada
    kelompok dianiayai kerana percaturan kuasa dan politik
    sempit.

   Cabaran terbesar terhadap pembangunan ekonomi dan
    kestabilan politik boleh dilihat dlm keadaan timbal-balik
    iaitu:
    i. Jika ekonomi merosot – akan menjejaskan kestabilan
    politik.
    ii. Politik tidak stabil – membawa kesan negatif pada
    kemakmuran ekonomi.

   Survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik bergantung
    kpd integrasi nasional yg berpanjangan.
                                                            61

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:4276
posted:4/8/2010
language:Malay
pages:56