hubungan etnik PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 1

Document Sample
hubungan etnik PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 1 Powered By Docstoc
					PEMBANGUNAN
  EKONOMI
 DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI
    MALAYSIA

                    1
                      Pengenalan
   Hubungan timbal balik antara pembangunan
    ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

   Alat analisis :
       modenisasi
       pembangunan ekonomi
       pembangunan politik




                                               4
        KONSEP MODENISASI
   Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau
    perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

   Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara
    berencana atau tidak berencana.

   Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan)
    adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan
    ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum
    suatu perubahan dilaksanakan.

   Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu
    pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
                                                           5
          Pembangunan Ekonomi:
    Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
   Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi
    untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan
    sebuah masyarakat industri.

   Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk
    pembangunan ekonomi ;
       Pembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan
        canggih.
       Pembangunan pertanian : sara diri - komersial
       Industrialisasi : produksi secara besar-besaran.
       Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.
                                                              6
             Pembangunan Ekonomi:
       Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

   Ukuran pencapaian bagi pembangunan
    ekonomi adalah pertumbuhan yang lazimnya
    diukur dengan ukuran ekonomi seperti GNP
    (gross national product).

   Proses pembangunan ekonomi akan membawa
    kepada perubahan sosial yang menyeluruh
    kepada masyarakat, iaitu, daripada kehidupan
    yang bersifat tradisional, miskin atau mundur
    kepada kehidupan maju dan moden.
                                                    7
       Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

   Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal
    hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat
    daripada dua revolusi besar :
       Revolusi Perancis (politik feudal)
       Revolusi Industri (ekonomi).


   Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke
    dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

                                                     8
               Modenisasi Di Eropah:
        Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

   Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada
    dua sudut :

       Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman
        tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya
        melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan
        sosial.

       Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk
        kepada kemajuan yang dicapai di Eropah Barat.

                                                             9
                     Sudut falsafah
   Teori evolusi merupakan teori yang sangat
    berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan
    masyarakat.

   Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa
    perkembangan negara miskin ke arah menjadi
    masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat
    dielakkan, sehingga dapat diramalkan.

   Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :
       Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan
        manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
       Bersifat banyak hala (multilinear).
                                                                    10
                  Sudut praktikal
   Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya
    kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya
    mencorakkan semula hubungan antara manusia
    dengan alam sekitar.

   Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat
    di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi
    alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.

   Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

                                                           11
            Matlamat modenisasi
              di Eropah Barat

   Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.

   Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi
    sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.

   Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara
    untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran
    negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah
    perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan
    ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).
                                                            12
                       ‘Penjajahan’
     Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah
                   Bukan Eropah

   Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan
    tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat.

   Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai
    alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan
    kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan.

   Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan
    penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia.

   Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan
    pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran
    secara berterusan.

                                                                       13
                        ‘Penjajahan’
             Sebagai Saluran Utama Pemodenan
                  Wilayah Bukan Eropah

   Dalam proses jual beli dan pertukaran barang,
    pedagang dan penjajah Eropah Barat mula menyusun
    ekonomi dunia, dengan daerah jajahan mempunyai
    peranan sebagai pengeluar bahan mentah.

   Negara Eropah Barat pula berperanan memproses
    bahan mentah tersebut menjadi barangan industri,
    bahan makanan dan pakaian untuk dijual kepada
    masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara lain
    termasuk di tanah jajahan.

   Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini
    dapat disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau
    internasional.
                                                             14
                         ‘Penjajahan’
              Sebagai Saluran Utama Pemodenan
                   Wilayah Bukan Eropah

   Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap kematangan
    pada abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru
    semakin meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di
    wilayah jajahan.
   Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh dari
    wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi
    keperluan industri di Eropah Barat.
   Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial
    dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah.
   Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan
    kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti
    yang dikemukakan oleh
     teori imperialisme - Lenin,
     teori pergantungan - Paul Baran
     teori dependency - Andre Gunder Frank.

                                                                      15
                          ‘Penjajahan’
               Sebagai Saluran Utama Pemodenan
                    Wilayah Bukan Eropah

   Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai
    “ketinggalan”.

   Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih
    maju dan moden.

   Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat
    bukan Eropah Barat yang “ketinggalan” harus mencontohi
    organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat.

   Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau
    mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat
    Eropah Barat dianggap sebagai “underdevelopment”.


                                                                  16
        Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
   Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah
    Barat telah menjadi model atau contoh bagi
    pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara
    membangun.

   Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya
    tidak sama:
       Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua
        aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan
        penilaian.
       Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah
        Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
        berencana.

                                                                      17
                      Luar Eropah:
              „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara
    Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai
    contoh bagi pembentukan negara.

   Ada dua aspek utama yang ditiru :
       Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik.
       Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan
        teknologi.

   Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem
    yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan
    mempunyai struktur baru namun masih mengekalkan
    model Eropah Barat atau model Barat.

                                                                     18
                     Luar Eropah:
             „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh
    perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada
    falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala).
   Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan
    membezakan antara masyarakat tradisional dengan
    moden.
   Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya
    nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan
    unsur moden.
   Termasuk dalam perspektif ini adalah :
     teori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963),
     teori difusi - Moore dan Feldman.
                                                                      19
                     Luar Eropah:
             „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat
    universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara-
    negara baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan
    mengejar pembangunan.

   PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan
    perspektif modenisasi kerana negara baru mendapat bantuan
    pinjaman kewangan dan nasihat daripada Bank Dunia atau Dana
    Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF) bagi
    melaksanakan pembangunan.

   Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea „projek
    pembangunan‟, mempengaruhi negara membangun supaya meniru
    dan mengguna pakai model pembangunan industri dan teknologi
    Barat yang berintensifkan modal.
                                                                     20
                     Luar Eropah:
             „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang
    terarah, mungkin dalam bentuk :
       mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang
        bersifat agama kepada sekular),
       dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar
        bandar kepada masyarakat bandar),
       dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga
        jentera untuk melaksanakan proses produksi).


   Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial
    dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang
    dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
                                                                      21
                     Luar Eropah:
             „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20,
    pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi antarabangsa.

   Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat
    antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah Barat
    ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat dengan cara
    meningkatkan taraf kehidupan mereka.

   Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan
    peringkat antarabangsa atau global.

   Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial
    dan teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan ekonomi mereka
    dengan negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global.



                                                                        22
                    Luar Eropah:
            „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana
    dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia
    memasuki „zaman peradaban global‟.

   Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang
    menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan
    bersama:
       Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan
        komunikasi yang secara fizikal menghubungkan berbagai-
        bagai wilayah di dunia.
       Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang
        diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi.
       Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk
        pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah
        bukan-industri.                                               23
                      Luar Eropah:
              „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan
    ekonomi global adalah golongan kapitalis.

   Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan
    dirinya melampaui batas negara dengan cara
       mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi.
       mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran
        kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta
        yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi
        secara jarak jauh.

   Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan
    proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran
    kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan
    ekonomi antarabangsa.
                                                                      24
                      Luar Eropah:
              „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara
    baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga
    akhirnya dinamakan sebagai globalisasi.

   Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak
    menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.

       Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah
        PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik
        berjalan di seluruh dunia.

       Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah
        golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations
        (MNC) atau transnational corporations.

                                                                       25
                       Luar Eropah:
               „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk mengejar
    pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula
    ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru
    model pembangunan industri dari Eropah Barat.

   Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat
    pinjaman daripada Bank Dunia, mekanisma perancangan biasanya
    diperolehi pada Bank Dunia.

   Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia kepada
    negara membangun :
       melaksanakan reformasi tanah,
       meningkatkan infrastruktur,
       meningkatkan taraf pendidikan,
       meningkatkan pelaburan awam,
       melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution
        Industrializaiton)
       Melaksanakan industrialisasi orientasi eksport (Export Oriented    26
        Industrializaiton).
                  Luar Eropah:
          „Pemodenan‟ atau „Pembaratan‟
   Pengalaman di negara-negara membangun
    memperlihatkan bahawa pemodenan dan
    pembangunan ekonomi dan politik di negara
    Eropah Barat telah menjadi model atau contoh
    untuk mengorak langkah ke arah pemodenan.

   Lazimnya, dengan bantuan agensi
    antarabangsa, proses pemodenan ekonomi
    dijalankan secara berencana dan langkah-
    langkah yang diambil pula disesuaikan dengan
    keadaan di dalam negara tersebut.
                                                   27
    MODENISASI DI MALAYSIA
   Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan
    kehadiran kolonial Inggeris.

   Sebagaimana negara ‟baru‟ yang lahir setelah Perang
    Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan
    pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.

   Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan
    kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan
    pelbagai perubahan dan penyesuaian.

                                                           28
                 Komponen Ekonomi:
    Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan Dan
                       Peningkatan Kualiti Hidup
   Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat
    pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat
    industri.

   Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan
    ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur
    ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

   Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi
    mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan
    daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan
    eksport.

   Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian
    kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

                                                                       29
                  Komponen Politik:
    Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian Pencapaian
                   Dasar Awam; Integrasi Nasional

   Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah
    mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran
    Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9
    % terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.

   Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak
    hanya diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga
    dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan
    penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

   Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah
    negara-bangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada
    gabungan daerah yang berbeza, gabungan ’bangsa’ yang
    berbeza, gabungan ’kerajaan’ yang berbeza, isu pembinaan
    negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi impian atau
    sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu
    bangsa yang aman dan makmur.

                                                                     30
                  Hubungan Etnik
       dalam konteks Modenisasi Malaysia
   Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi
    Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial,
    khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah,
    buruh, modal).

   Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk
    membangunkan ekonomi negara mereka.

   Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya
    untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan
    pembinaan negara-bangsa.

   Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau
    pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan
    berlaku di Afrika.


                                                                     31
         Acuan Ekonomi Malaysia:
     Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
   Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui
    pengalaman dijajah kolonial Inggeris.

   Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti
    getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan
    industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah.

   Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang
    kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas,
    misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan
    yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport.

   Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of
    labour mengikut kumpulan etnik.

   Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing,
    modal kaum Cina dan sebagainya.
                                                                     32
          Acuan Ekonomi Malaysia:
       Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti

   Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi
    Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus
    bertahan hingga saat ini.

   Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara
    yang saling mempengaruhi dan tidak dapat
    dipisahkan antara satu sama lain dalam
    kehidupan di Malaysia.


                                                      33
         Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
            Demografi, Politik dan Ekonomi
   Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik
    yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.

   Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38
    juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000.

   Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000
    menunjukkan :
     Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus.
     Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus.
     Etnik India sebanyak 7.7 peratus
     Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan Sarawak.




                                                                            34
            Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
               Demografi, Politik dan Ekonomi
   Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia
    tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek
    demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik
    menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi
    dalam pilihanraya.

   Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina
    tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk
    etnik Cina mengalami kemerosotan.

   Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin
    memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa
    politik.

   Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat
    tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah
    nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti
    nasional.                                                        35
           Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
              Demografi, Politik dan Ekonomi
   Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam
    aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna
    etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain.

   Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa
    yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek
    demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik
    kekayaan.

   Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana
    mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi
    berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi
    isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan
    ekonomi berdasarkan etnik.
                                                           36
   Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca
    berlakunya rusuhan kaum paling berdarah
    dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu,
    pihak kerajaan telah berupaya menjalankan
    dasar yang mengutamakan keseimbangan
    kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.

   Di sebalik tumpuan kerajaan untuk
    mengutamakan pembangunan ekonomi dan
    menjadikan Malaysia salah sebuah negara
    moden dan maju di Asia, aspek keharmonian
    dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.

                                                     37
         Perancangan Pembangunan
                Lima Tahun
   Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris
    mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah
    Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi
    fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi.

   Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya
    dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union.

   Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya
    memperkenalkan institusi ‟perancangan pembangunan‟ di
    Persekutuan Tanah Melayu.

   Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang
    dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall
    Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan
    biayaan Amerika Syarikat, dan dengan naungan Pertubuhan
    Bangsa-Bangsa Bersatu serta beberapa pertubuhan kecil di
    dalamnya ketika itu.                                              38
               Perancangan Pembangunan
                      Lima Tahun
   Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun
    pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama

   Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi
    perancangan moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang
    menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia

   First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan
    diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya
    sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun
    1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

   Second Five – Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan
    sepenuhnya oleh pimpinan tempatan.

   Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan
    pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial
    Inggeris, namun daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah
    menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.


                                                                                        39
             Perancangan Pembangunan
                    Lima Tahun
   Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan
    yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia.
   Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan
    pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah
    perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan
    politik dapat dicapai.
   Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan
    pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada
    Rancangan Malaysia Kedua.
   Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima
    (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) merupakan
    rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan
    teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
   Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan
    (2001-2006) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-
    ekonomi.
   Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan
    tidak hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi
    perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai „modal
    insan.‟
                                                                         40
             Dasar-Dasar Awam:
    Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
   Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun
    pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada
    perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian
    masih diutamakan.

   Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian,
    beberapa badan yang bertanggungjawab untuk
    memajukan sektor pertanian dan menghapuskan
    kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti
    FELDA, FELCRA dan MARA.

   Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor
    perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar
    telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan
    Dasar Penswastaan.
                                                              41
             Dasar-Dasar Awam:
    Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
   Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada
    masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk
    meningkatkan pembangunan ekonomi yang
    berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi.

   Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu
    usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-
    down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan
    dalam Rancangan Malaysia.




                                                               42
        ISU-ISU UTAMA EKONOMI
   Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan
    ekonomi berkait rapat dengan isu sosial
    terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan
    agihan pendapatan menurut golongan etnik.

   Beberapa isu penting :
       Antara Pertumbuhan dan Agihan
        Antara Equality dan Equity


                                                   43
Antara Pertumbuhan dan Agihan
   Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat
    dilihat dua sudut,
       antara kelas sosial yang berbeza.
       antara kelompok etnik yang berbeza.


   Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang
    berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu
    yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi
    Baru.

                                                   44
       Antara Equality dan Equity
   Isu equity atau keadilan dan equality atau
    kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah
    dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

   Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia
    menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di
    sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan
    yang sama rata di sisi undang-undang.




                                                          45
        Antara Equality dan Equity
   Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah
    pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan
    kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di
    Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang
    berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu
    dan bumiputera.

   Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya
    mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang
    dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan
    Malaysia menyatakan: “kecuali sebagaimana
    dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini,
    tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara
    semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau
    tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-
    undang atau dalam pekerjaan”.                           46
        Dasar Ekonomi Baru (DEB)
           dan Hubungan Etnik
   Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak
    Inggeris menyebabkan pembangunan yang tidak
    seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar, dan
    selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara
    kelompok etnik.

   Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan
    Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta
    pengalaman yang dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969,
    Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang
    kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan
    ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding
    kelompok etnik lain.

   Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3%
    daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia
    menerima pendapatan di bawah garis miskin. Daripada
    jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di
    kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.           47
            Kadar
                                Pendapatan Purata
 Kaum    Kemiskinan (%
                               Keluarga Sebulan (RM)
               )

Melayu        64.8                       172.00

Cina          26.0                       392.00

India         39.2                       304.00

Lain-
              44.8                       813.00
lain

          Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970     48
           Pemilikan                 Jumlah          %
                                     Pemilikan
                                   ( RM Juta )
Bumiputera Perseorangan
                                     279.6          4.3
  dan Agensi Amanah
a.                  Bumiputera
                                     168.7          2.6
     Perseorangan
b. Agensi Amanah                     110.9          1.7
Bukan Bumiputera                     2233.2         34.0
Warganegara Asing                    4051.3         61.7
Jumlah                               6564.1        100.0
        Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970    49
             Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                dan Hubungan Etnik
   Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970
    pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan
    ketidakseimbangan.

   Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan
    meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik
    India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.

   Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan
    jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India
    sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.

   Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam,
    pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu
    meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-
    lain kelompok sebanyak 1.2 %.

                                                                        50
           Dasar Ekonomi Baru (DEB)
              dan Hubungan Etnik
   Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab
    utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga
    mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

   Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial
    ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu
    pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
    negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu
    daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar
    Ekonomi Baru.

   Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar
    yang diperkenalkan dengan tujuan untuk
    menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara
    sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik
    dapat dicapai.                                         51
           Dasar Ekonomi Baru (DEB)
              dan Hubungan Etnik
   Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
      mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
       dengan memperbanyakkan peluang-peluang
       pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
      menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
       dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
       mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

   Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan
    harta dengan meningkatkan pemilikan saham
    Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 %
    menjelang tahun 1990.
                                                           52
                  Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                     dan Hubungan Etnik
    Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosia,l
     ekonomi dan projek pembangunan :
       Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
        yang menganggur.
       Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
       Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor
        yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih
        lumayan.
       Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
        kelopmpok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan
        antara wilayah.
       Memodenkan kehidupan di luar bandar.
       Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
        Bumiputera.
       Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi
        kelompok etnik di Malaysia.
       Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
        latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan
        lain-lain.                                                    53
            Dasar Ekonomi Baru (DEB)
               dan Hubungan Etnik
   Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:
       Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
        golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar
        bandar.
       Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam
        struktur guna tenaga.
       Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat
        Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan
        pertumbuhan ekonomi.
       Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
        perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan
        Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
        ekonomi dalam tahun 1990
       Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank
        Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
       Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur
        melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,
        KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

                                                                 54
             Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                dan Hubungan Etnik
   Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan
    dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan
    penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan
    negara yang kukuh.

   Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada
    pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan
    perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk
    daripada sektor swasta.

   Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30
    % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100
    % pemilikan saham.

   Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar
    Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.

                                                                     55
       Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
         Bahasa, Sains dan Ekonomi
   Antara masalah utama dihadapi oleh negara yang mempunyai berbilang
    etnik seperti Malaysia adalah menentukan bahasa kebangsaan.

   Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negara-bangsa
    kerana ia berkait dengan persoalan ideologi, nasionalisme, integrasi
    nasional, dan identiti nasional.

   Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang diharap dapat menjadi
    pemangkin kepada pembangunan negara.

   Dalam hal ini, kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai salah satu
    alat untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan politik.

   Adalah diharap bahasa kebangsaan dapat menjadi satu medium
    komunikasi yang memupuk perpaduan nasional. Melalui pendidikan juga,
    diharapkan golongan Bumiputera dapat meningkatkan kedudukan
    ekonomi mereka.

                                                                             56
        Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
          Bahasa, Sains dan Ekonomi
   Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa
    kebangsaan telah dicurigai oleh sesetengah golongan,
    terutama dalam tahun-tahun 60-an.

   Terdapat pihak yang khuatir dasar tersebut boleh
    menghakis dan seterusnya menghapuskan bahasa,
    budaya dan kepentingan pendidikan kelompok bukan
    Melayu.

   Golongan elit yang terdidik dan terbiasa berbahasa
    Inggeris pula khuatir pelaksanaan dasar bahasa
    kebangsaan akan menyebabkan prestasi pentadbiran
    negara dan sistem pendidikan kebangsaan akan
    mengalami kemerosotan.
                                                           57
        Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
          Bahasa, Sains dan Ekonomi
   Setelah lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai
    sebagai bahasa rasmi negara, ternyata tanggapan
    negatif tentang kemampuan bahasa Melayu adalah
    tidak tepat.

   Majoriti penduduk Malaysia menerima dasar bahasa
    kebangsaan.

   Apa yang penting, bahasa-bahasa lain masih dapat
    bertahan kerana dasar bahasa kebangsaan
    membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan dengan
    bebas dalam semua bidang kecuali untuk "maksud
    rasmi" kerajaan.

                                                        58
         Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
           Bahasa, Sains dan Ekonomi
   Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila Perlembagaan
    Malaysia dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya
    sistem pendidikan vernakular.

   Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila pihak
    kerajaan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran
    matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

   Apa yang perlu difahami di sini ialah bahasa Inggeris dianggap
    mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, baik di peringkal lokal
    mahupun internasional.

   Bagi sesetengah pihak, bahasa Inggeris dianggap penting sebagai
    "bahasa kemajuan". Pada masa yang sama, terdapat pihak yang
    bertegas bahawa peranan bahasa Melayu tidak hanya sebagai
    "bahasa perpaduan" dan "bahasa rasmi" negara tetapi boleh
    diangkat tarafnya sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi
    yang tinggi.                                                      59
       Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
         Bahasa, Sains dan Ekonomi
   Pertembungan antara bahasa Melayu dengan
    bahasa Inggeris tersebut akhirnya terjelma
    dalam pelaksanaan dasar tentang bahasa.

   Setelah tahun 1990, pihak kerajaan seolah-olah
    melaksanakan dua jenis dasar bahasa di
    Malaysia.
      Dasar yang memartabatkan Bahasa Melayu
       sebagai "bahasa perpaduan",
      Dasar yang menjadikan bahasa Inggeris
       sebagai bahasa untuk mencapai kemajuan
       negara dengan menjadikan bahasa Inggeris
       sebagai bahasa pengajaran bagi mata
       pelajaran sains dan matematik di sekolah.
                                                     60
        Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
          Bahasa, Sains dan Ekonomi
   Dalam pertembungan ini, tentunya dapat diduga bahawa
    bahasa Inggeris yang akan menjadi pilihan ramai kerana
    ia mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi terutama di
    mata pihak swasta.

   Akhirnya, akan lahir pula keadaan di mana terdapat
    penggunaan bahasa mengikut sektor, iaitu sektor awam
    atau sektor swasta.
      Sektor awam atau sektor kerajaan menggunakan
       Bahasa Melayu
      Sektor swasta menggunakan bahasa-bahasa lain,
       terutama bahasa Inggeris.

   Keputusan kerajaan menonjolkan penggunaan bahasa
    Inggeris tidak perlu dipersoalkan kerana kerajaan
    berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat
    kecemerlangan akademik serantau dan selanjutnya ia
    diharapkan akan menyumbang kepada penjanaan ekonomi 61
    negara.
           Globalisasi , Ekonomi Malaysia
               dan Hubungan Etnik
   Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun
    1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses
    globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak
    aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar
    liberalisasi kewangan.

   Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga
    menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia
    mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan
    pada tahun 1997-1998.

   Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat
    kesannya ke atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
    usahawan Melayu dan bukan Melayu.
                                                            62
         Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:
        Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan
                       Bukan Melayu
   Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah
    mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka
    lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi.

   Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya
    lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan,
    terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.

   Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam
    kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami
    masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya
    dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.

   Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran
    bahawa golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai
    kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

                                                                      63
         Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi
                             terhadap
                Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
   Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung
    berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa
    mengambil kira faktor etnik.

   Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan
    daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal.

   Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera
    menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka
    merupakan golongan yang masih baru dalam dunia
    perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup
    mapan.
                                                             64
                  Ekonomi Islam
        dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
   Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik tolak
    daripada penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai
    Islamic Bank di Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB)
    di Arab Saudi pada tahun 1975.

   Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut, penubuhan
    institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia berlangsung
    dengan pesat antara tahun 1976 hingga 1985.

   Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran bertindak
    menukarkan sistem perbankan konvensional kepada sistem
    perbankan Islam.

   Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut,
    masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan
    menubuhkan bank Islam sebagai alternatif kepada bank
    konvensional.
                                                                       65
                   Ekonomi Islam
         dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
   Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam di
    Malaysia, pada tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta Bank
    Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan diikuti dengan
    penubuhan Bank Islam Malaysia.

   Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap
    perbankan Islam sangat positif sehingga membawa kepada
    pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip Islam dan
    lain-lain pengantara kewangan,
       Syarikat-Syarikat Takaful,
       Pasaran Modal Islam,
       Ekuiti Modal Islam,
       Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam,
       AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia)
       BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).
                                                                          66
                  Ekonomi Islam
        dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
   Bagi melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi
    perbankan Islam, Syarikat-syarikat Takaful telah ditubuhkan.

   Operasi syarikat-syarikat takaful dikawalselia di bawah Akta
    Takaful 1984.

   Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang ditubuhkan pada
    tahun 1984 adalah syarikat takaful yang pertama di Malaysia.

   Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah syarikat takaful yang
    kedua di Malaysia.

   Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang
    pesat, iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% daripada tahun
    1986 hingga 2000.

                                                                        67
                 Ekonomi Islam
       dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia

   Dapat dikatakan bahawa sistem perbankan
    Islam telah menjadi penyumbang kepada
    perekonomian negara.

   Sistem perbankan Islam ialah sistem
    perekonomian yang diidam-idamkan oleh umat
    Islam di Malaysia setelah aspek perekonomian
    Islam dipisahkan daripada kehidupan mereka
    oleh pihak Inggeris pada zaman penjajahan.

                                                   68
         Dasar Penswastaan Dalam
          Konteks Hubungan Etnik
   Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri
    keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
    mengumumkan hasrat untuk memulakan Dasar
    Penswastaan pada tahun 1983.

   Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan
    beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang
    tertentu kepada sektor swasta.

   Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan
    pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses
    yang menambahkan pemilikan dan penguasaan
    kerajaan dalam ekonomi.

                                                            69
    Dasar Penswastaan Dalam Konteks
             Hubungan Etnik
    Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:
     Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
       kerajaan.
     Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan
       dan menambah produktiviti.
     Merangsang pelaburan dan keusahawanan
       persendirian.
     Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.
     Membantu pencapaian matlamat DEB.



                                                       70
       Industri Otomobil Nasional
         dan Penglibatan Etnik
   Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
    Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan
    program Industri Otomobil Nasional.

   Program ini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur
    yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai
    matlamat pemindahan teknologi moden.

   Pada masa yang sama, industri automobil nasional merupakan
    sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang
    bertujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara.

   Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan dapat
    menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor
    perindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran
    automobil khususnya.

                                                                     71
          Industri Otomobil Nasional
            dan Penglibatan Etnik
   Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa
    matlamat, iaitu:
       Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif
        tempatan, khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta
        nasional.
       Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif serantau.
       Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi
        domestik.
       Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat
        ganti ke pasaran antarabangsa.
       Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor
        automotif tempatan.
       Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi nilai
        wang, keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan.
                                                                      72
         Industri Otomobil Nasional
           dan Penglibatan Etnik
   Program Industri Otomobil Nasional dimulakan
    dengan penubuhan PROTON (Perusahaan
    Otomobil Nasional Sdn Bhd) pada 7 Mei 1983

    Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara
    komersial model kereta nasional yang pertama,
    iaitu, Proton Saga dilancarkan.



                                                    73
           Industri Otomobil Nasional
             dan Penglibatan Etnik
   Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional berjalan
    dengan baik, pihak kerajaan mengamalkan dasar melindungi
    industri automotif negara melalui beberapa mekanisme, seperti
    duti eksais dan beberapa insentif lain.

   Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia telah
    mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut
    digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan
    persaingan global.

   Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah
    merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga
    dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap
    ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi manfaat
    kepada pengguna.
                                                                      74
                    KESIMPULAN
   Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua
    hal yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling
    menentukan antara satu sama lain.

   Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang
    mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan
    pembangunan ekonomi Malaysia.

   Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif
    dalam konteks hubungan etnik.
      kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi.
      penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi
        antara etnik adalah seimbang

   Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses
    perpaduan terus berlangsung.
                                                                       75

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:9822
posted:4/8/2010
language:Malay
pages:73