Docstoc

hubungan etnik PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA 1 Pluralisme Budaya Alam

Document Sample
hubungan etnik PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA 1 Pluralisme Budaya Alam Powered By Docstoc
					 PLURALITI
    DAN
MASYARAKAT
PLURALISTIK
DI MALAYSIA
              1
Pluralisme Budaya Alam Melayu
Ciri Pluraliti dan Masyarakat Plural

    Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg asas
     utk memahami masyarakat plural.

    Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah
     memberi sumbangan terhadap pembentukan
     masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama
     dalam kepelbagaian.

    Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat
     utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi
     kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam
     Melayu.

                                                            3
Pluralisme, Pluraliti & Pluralistik
Pluralisme: Ideologi yang menyamaratakan
kepercayaan dan pegangan yang berbeza
dalam masyarakat.

Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa,
agama di suatu tempat pada satu masa secara
semulajadi – masyarakat Melaka.

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa,
agama di suatu tempat pada satu masa secara
dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu
yang berkepentingan – era penjajah British.
                                                 4
Pluraliti Budaya Alam Melayu
Realitinya, Malaysia adalah sebuah negara unik
yang memiliki keistimewaan wujudnya
masyarakat plural yang ketara.

Proses pembentukan masyarakat plural adalah
berbeza dahulu dan sekarang.

Pembentukannya di zaman sebelum penjajahan
adalah berbeza berbanding selepas penjajahan.

                                                 5
Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha
tidaklah begitu mendominasi masyarakat di
Alam Melayu berbanding dengan kekuatan
pengaruh ajaran Islam.

Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab
klasik mereka yang membincangkan secara
meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah,
metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya
agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan
dan pemerintahan
                                                   6
Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan
dua hala antara Cina dan India.

Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan
bagi kedua-dua pihak.

Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan
pluraliti di Alam Melayu.

Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah
menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu
pengetahuan

                                                      7
Kemuncak Pluraliti Alam Melayu
     Kesultanan Melaka
Pemerintahan:
    Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu.


    Melaka dianggap The Venice of The East.

    Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan
    damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil.

    Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang
    Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi
    keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada waktu
    tersebut.

                                                            8
   Perdagangan:
      Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan
      dengan baik hasil dari sistem urus tadbir
      berteraskan Islam.


   Kependudukan:
      Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri
      daripada pelbagai etnik antarabangsa yang hidup
      dalam suasana aman dan damai.


   Kebudayaan:
      Kedatangan para pedagang antarabangsa ke
      Melaka juga telah menyumbang kepada multi
      budaya yang tersendiri.

                                                        9
   Pembentukan Masyarakat
    Pluralistik oleh Penjajah

Ketibaan Inggeris adalah titik pemisah
antara pluraliti dan masyarakat plural.

Berbeza dengan penjajah Eropah yang
lain, Inggeris menggunakan senjata
serampang dua mata dalam misi
penjajahan mereka iaitu imperialisme dan
kolonialisme.
                                           10
Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara
fizikal di mana segala kekayaan hasil bumi negara
jajahan akan diperah demi kepentingan ekonomi
negara mereka sendiri seperti bijih timah dan emas

Dari segi kolonialisme, mereka memperkenalkan
sistem sosial, politik dan agama mereka kepada
penduduk tempatan.

Hasilnya, menerusi imperialisme budaya digunakan
sebagai alat kerana mereka berjaya menjajah dan
mengawal kehidupan masyarakat peribumi seperti
mana yang berlaku di India di mana hanya 120,000
orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang
India

                                                     11
         Penjajah British:
Prinsip, Sistem, Struktur & Dasar
 Prinsip:
    Pemisahan Agama dan Negara (sekularisme), Agihan
     Kuasa, Federalisme.

    Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep
     pemikiran pemisahan negara dan agama.

    Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan,
     manakala sains dianggap penyumbang kepada
     kemajuan.

    Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran
     berasaskan 3 unsur penting, iaitu Kehakiman, Eksekutif
     dan Perundangan.

                                                          12
    Pembentukan Masyarakat
     Pluralistik Di Malaysia
Kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu di
akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 yang bertujuan
untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan seperti
perlombongan, perladangan dan perniagaan yang
disediakan oleh pihak penjajah British, orang Cina, India
dan Melayu.

Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak, kekalutan
ekonomi dunia serta galakan daripada British yang
menjajah Tanah Melayu pada waktu itu telah menjadi
faktor penggerak yang seolah-olah ‘memaksa’
kedatangan masyarakat Cina dan India ke Tanah
Melayu.


                                                        13
Berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni di
antara ketiga-tiga etnik utama.

Kolonialisme British memberi impak sangat besar
terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada
dalam bentuk material mahu pun non-material.

Al-Attas ; kehadiran kolonialisme Barat membawa
dasar memisahkan orang Islam daripada agama
mereka

British mula bertapak kukuh menerusi satu
campurtangan secara tidak langsung pada tahun
1786 apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah.

                                                   14
           Masyarakat Pluralistik
             Selepas Merdeka
Politik:

   Malaysia amalkan sistem demokrasi.

   Pilihan raya umum pertama tahun 1955, di
   mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu,
   Cina dan India telah bersatu untuk mendesak
   British memberikan kemerdekaan T.Melayu.


                                               15
Penubuhan Barisan Nasional pada tahun
1974.
Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan
pelbagai perkara yang berkaitan dengan
perhubungan etnik melalui formula tolak
ansur telah berjaya mengekang pihak
tertentu seperti parti pembangkang yang
cuba memecah belahkannya.





                                      16
        Masyarakat Pluralistik
          Selepas Merdeka
Perlembagaan:

     Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang
      telah dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik
      sebagai model permuafakatan politik (Parti
      Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional,
      Barisan Alternatif).

     Perlembagaan merupakan panduan asas kepada
      perlaksanaan sistem politik di negara ini.

     Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial
      dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.
                                                          17
Dari segi sejarah terdapat dua peringkat
kontrak sosial di Alam Melayu.

1. Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat
   setia dan saling menghormati antara rakyat
   dan raja. Janji taat setia dan saling
   menghormati ini diistilahkan sebagai wa’ad.

2. Sosial kedua berlaku dalam konteks
   masyarakat plural hasil daripada syarat
   dikenakan oleh pihak British untuk
   memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
                                                   18
 Setiap etnik mempunyai wakil dalam
  bentuk parti politik dan mencapai
  persepakatan untuk hidup dalam aman
  dan damai.

 Dengan itu terbentuklah (CLC)
  Perhubungan Antara Kaum) pada tahun
  1948.

                                        19
         Masyarakat Pluralistik
           Selepas Merdeka
Pendidikan
    Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk
     berasaskan keseragaman bahasa pengantar,
     kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Ia
     penting sebagai satu wadah bagi menyatukan
     kepelbagaian budaya.

    Usaha ke arah ini sebenarnya telah dilakukan
     semenjak sebelum merdeka lagi khususnya melalui
     dua laporan iaitu Laporan Razak tahun 1956 dan
     Laporan Rahman Talib tahun 1960.

                                                           20
Dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi
kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris
masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi.

Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai
kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan
Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:
1. sekolah berbagai aliran dibenarkan dan pengajaran
   dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan;
2. Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa
   kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib
   mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada
   mata pelajaran;
3. pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi
   dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan
   Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara Cina dan
   India.                                              21
Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan
terhadap Penyata Razak 1956 dan Rahman
Talib 1960 adalah melalui proses musyawarah
telah secara langsung mengiktiraf penggunaan
Bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan
tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain.

Kerajaan juga telah mengambil langkah
memperbanyakkan penubuhan institusi
pengajian tinggi bagi mempertingkatkan
bilangan pelajar Melayu ke universiti.

Kesan daripada dasar ini kemasukan pelajar
Melayu ke universiti telah meningkat daripada
20% tahun 1960 – 1964 menjadi 65% pada
tahun 1975.
                                                22
Pada masa yang sama, golongan bukan Bumiputera
khususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan
untuk melindungi budaya warisan nenek moyang
dengan menggunakan wadah pendidikan.

Oleh yang demikian, masyarakat Cina masih
mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Namun begitu, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah
jenis kebangsaan Cina adalah selaras dengan apa yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hal ini penting untuk memastikan perpaduan negara dan
pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai.


                                                     23
            Masyarakat Pluralistik
              Selepas Merdeka
Ekonomi:
  Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk
  mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik.

  Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada
  empat peringkat;
    1. Rancangan pra-merdeka iaitu meliputi Rangka
        Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan
        separuh Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama
        (1956-1960)

    2.   Perancangan lepas merdeka, merangkumi Rancangan
         Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan
         sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-
         1970)

    3.   Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.

    4.   Dasar Pembangunan Negara hingga kini.                  24
Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada
dua orientasi dan tumpuan yang berbeza
namun bergerak seiringan dengan garis
etnik:

   Sistem ekonomi moden yang mendominasi
    keseluruhan organisasi pengeluaran.

   Sistem ekonomi tradisional yang
    diidentifikasikan dengan sektor ekonomi
    pertanian.

                                              25
Isu berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang
kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang
yang sedia ada.

Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi
ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai
salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama
antara etnik.

Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan
etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber
pencetus konflik.

Isu ketidakseimbangan ekonomi telah dianggap sebagai
salah satu faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
1969.

                                                      26
             Kesimpulan
Memahami pluraliti adalah asas penting ke arah
memahami pembentukan masyarakat plural.

Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu.

Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan
dalam sistem masyarakat sepadu.

Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan
melalui dasar-dasar negara yang dibentuk
berteraskan persetujuan bersama.

                                              27

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:10041
posted:4/8/2010
language:Malay
pages:26