Docstoc

Sajak Aku Menjadi Lebih Berani

Document Sample
Sajak  Aku Menjadi Lebih Berani Powered By Docstoc
					Sajak Aku Menjadi Lebih Berani

Ciri-ciri Sajak

 1. Tema
    Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak,
    contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.
 2. Persoalan
    Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan.
    Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang,
    kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut.
 3. Bentuk
    Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris,
    jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
 4. Gaya Bahasa
    i.   Perbandingan
    (a) Metafora
         Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa
         menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.
    (b) Hiperbola
         Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi
         penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.
    (c) Personofikasi
         Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan
         dengan manusia.
    (d) Simile
         Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi
         perbandingan dengan manusia.
    ii. Penggunaan ayat
         Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.
    iii. Pengulangan
         Anafora / Epifora / Simplok
         Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan
         di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).
    iv. Unsur Bunyi
         Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)
         Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan
    v.    Nada
          Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedih
          Nada Patriotik     - Menggambarkan penuh perasaan
          Nada Sinis        - Menggambarkan perasaan kurang senang.
          Nada Protes       - Menggambarkan perasaan menentang
          Nada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang
Contoh Sajak

                   Aku Menjadi Lebih Berani

                   Kali ini

                   kau berbaju biru

                   dan bajuku ungu

                   sayang, hanya aku tahu

                   hatimu

                   tidak setulus hatiku

                   yang berbaju ungu.

                   Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar

                   sepatah kata,

                   bisa, aku merasa.



                   Hati dan rasa mengejarku

                   aku menjadi lebih berani.

                    Latifah Haji Shebli

                   Antologi Anak Laut, DBP, 2000     .
Maksud

Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran
dan keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak berani menghadapi cabaran kerana
dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya. Penyajak juga memahami hati
wanita yang berani menghadapi cabaran.

Ciri-ciri

Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga rangkap, rangkap pertama
mempunyai tujuh baris, rangkap kedua lima baris dan rangkap ketiga
mempunyai lima baris.
Tema dan Persoalan

Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita. Persoalannya pula
sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang
dilaluinya menjadikan dia lebih berani.

Nada

Sajak ini bernada kecewa.

Gaya Bahasa

Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u)

Aliterasi   : tidak setulus hatiku ( pengulangan konsonan t)



Nilai

 1. Peribadi kawan atau kekasih
    Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan
    dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.
 2. Kemanusiaan
    Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran
    apabila dicabar.
 3. Kemasyarakatan
    Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi
    cabaran yang bakal mendatang.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:611
posted:4/5/2010
language:Malay
pages:3
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email