Docstoc

BAHASA MELAYU K1T4(B)(okt)

Document Sample
BAHASA MELAYU K1T4(B)(okt) Powered By Docstoc
					SULIT                                                                  1103/1

                                     Bahagian B

                      (Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit)

                                    (100 markah)

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya melebihi 350 patah perkataan.




   1. Semasa anda dan keluarga menuju ke pusat bandar, tiba-tiba sebuah bas
      yang berada di hadapan kenderaan anda terbakar.

        Gambarkan suasana dan keadaan pada masa itu.


   2. Pihak kerajaan dan swasta telah menjalankan pelbagai usaha untuk
      meningkatkan budaya penyayang di kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan
      langkah-langkah untuk menyemarakkan lagi budaya itu.


   3. Siaran televisyen di negara ini dikatakan lebih banyak menyiarkan rancangan
      yang berbentuk hiburan dan tidak berbentuk pengajaran.

        Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas? Jelaskan.


   4. Penyertaan pelajar dalam koperasi sekolah semakin menggalakkan. Anda
      ingin menulis rencana tentang faedah-faedah menyertai koperasi sekolah.

        Tulis rencana tersebut selengkapnya.


   5. Masa depan dunia sastera tanah air banyak bergantung pada generasi muda.
      Jelaskan bagaimana golongan ini mempengaruhi arah tuju kesusasteraan
      Melayu negara ini.




                          KERTAS SOALAN TAMAT




                                         1
SULIT                                                                    1103/1




SKEMA JAWAPAN
BAHASA MELAYU TING. 4 KERTAS 1


Bahagian A

Pengenalan:
   - Kemajuan ekonomi menjadi agenda utama, kepentingan sukan tidak
      diabaikan.
   - Kementerian Belia dan Sukan mengatur pelbagai program untuk masyarakat
      memberi perhatian serius kepada aktiviti sukan.

Kepentingan Sukan:
   - Sukan mampu mewujudkan masyarakat yang sihat.
   - Sukan mampu mengharumkan nama negara di mata dunia.
   - Sukan merupakan industri yang menguntungkan.
   - Sukan mampu memupuk perpaduan kaum.
   - Sukan mampu mengatasi gejala sosial di kalangan remaja.

Kesimpulan:
    - Sukan begitu penting kepada negara. Kepada remaja yang masih menuntut,
Walaupun kejayaan dalam akademik itu penting, tiada ertinya jika tidak aktif dalam
aktiviti kokurikulum. Oleh itu, aktiviti sukan ibarat aur dengan tebing yang saling
memerlukan untuk menjana perkembangan remaja masa kini.




                                        2
SULIT                                                                  1103/1


BAHAGIAN B


Soalan 1

Format : Tiada

Pendahuluan :
Bas dihadapan kereta yang kami naiki tiba-tiba mengeluarkan asap hitam yang tebal
dari bahagian enjinnya – bas itu berhenti di tengah-tengah jalan.

Isi-isi.
     1. Semua kenderaan yang menuju ke pusat bandar berhenti – berlaku kesesakan
         lalu lintas – pemandu bas keluar dari bas.
     2. Para penumpang turun dari pintu hadapan, pintu kecemasan, dan ada yang
         terjun dari tingkap.
     3. Api mula marak – terdengar jerit pekik penumpang
     4. Beberapa orang pemandu lori cuba memadamkan api tetapi gagal.
     5. Ayah menelefon pasukan bomba dan ambulans – api dapat dipadamkan tetapi
         bas telah musnah sama sekali.
     6. Tiada kemalangan jiwa berlaku – beberapa orang mendapat luka-luka kecil
         akibat terjun dari tingkap bas.

Penutup:

Keadaan tenang semula dan terkawal – masing-masing meneruskan perjalanan,
termasuk kami – tidak dapat melupakan peristiwa tersebut.




Soalan 2

Format: Tiada

Pendahuluan
Kerajaan memperkenalkan budaya penyayang dalam masyarakat untuk mengukuhkan
lagi institusi kekeluargaan.

Isi-isi
     1. Bapa mendidik anak dalam suasana kasih sayang.
     2. Di sekolah, nilai ini diajarkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam,
        Pendidikan Moral, dan gabung jalin dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
     3. Mengadakan lawatan ke rumah-rumah kebajikan / rumah orang-orang tua /
        hospital.
     4. Membela nasib orang yang kurang upaya.
     5. Penekanan media massa menerusi siri drama kepada nilai kasih sayang.
     6. Kempen Sekolahku Anakku Sayang diteruskan.




                                       3
SULIT                                                                     1103/1

Penutup:
Semua ahli masyarakat perlu mengamalkan budaya ini untuk mengukuhkan institusi
masyarakat.



Soalan 3

Format      : Tiada

Pendahuluan :
Hampir setiap rumah mempunyai televisyen dan banyak saluran televisyen di negara
ini, misalnya RTM, TV3, NTV7, dan Astro.

Isi-isi :

  1. Rancangan hiburan, misalnya tayangan drama atau filem sama ada filem tempatan
     atau filem dari luar.
  2. Hiburan berbentuk nyanyian, misalnya Rancangan Hiburan            Minggu Ini.
     Konsert-konsert tertentu yang sesuai untuk golongan muda.
  3. Hiburan untuk kanak-kanak, misalnya siri kartun banyak yang melalaikan.
  4. Banyak peristiwa atau kisah masyarakat daripada filem yang boleh dijadikan
     pengajaran.
  5. Tayangan filem dokumentari, berita dunia dan lain-lain banyak memberikan
     pengajaran kepada penonton.
  6. Terdapat rancangan keagamaan, misalnya forum, Hal Ehwal Islam dan lain-lain.


Penutup:
Rancangan yang berbentuk hiburan tidak dinafikan ada faedahnya tetapi rancangan
yang berbentuk pengajaran juga tidak diabaikan.

Soalan 4

Format       : Rencana

Pendahuluan :
Semakin ramai pelajar yang mengambil peluang untuk menyertai koperasi sekolah
kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada penyertaan mereka itu.

Isi-isi:
1. Peluang berniaga dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan – pelajar
sendiri terlibat menguruskan perjalanan koperasi sekolah dengan bimbingan guru-guru.
2. Sama-sama melaburkan wang mereka untuk pembangunan koperasi sekolah – pelajar
berpeluang mendapat dividen hasil daripada keuntungan saham.
3. Pelajar boleh mendapatkan segala keperluan mereka di koperasi dengan harga yang
murah tanpa pergi ke bandar untuk membeli barang-barang keperluan diri dan
persekolahan.




                                         4
SULIT                                                                   1103/1


4. Menguruskan akaun koperasi dan segala kegiatan – mempraktikkan teori dalam mata
pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas yang dipelajari.
5. Memupuk semangat untuk berjaya – membentuk usahawan muda yang berjaya –
pelajar mendapat pendedahan dalam bidang keusahawanan.


Penutup:

Koperasi menjadi gelanggang untuk pelajar menimba pengetahuan dan pengalaman
dalam bidang perniagaan dan keusahawanan – pelajar perlu merebut peluang yang ada.




Soalan 5

Format : Tiada.

Pendahuluan

Bidang kesusasteraan mendapat tempat di kalangan penulis muda daripada pelbagai
latar belakang pendidikan.

Isi-isi:
     1. Ramai penulis muda berbakat dalam penulisan karya seperti novel, cerpen,
         dan sajak.
     2. Karya mereka sering menerima anugerah.
     3. Penulis berpengalaman wajar memberi dorongan dan kritikan membina, bukan
         cemburu terhadap kemunculan mereka.
     4. Karya mereka wajar difilemkan atau didramakan.
     5. Mereka berani mengemukakan teori baru.
     6. Pembelajaran komsas di sekolah mampu memperbanyak pembacaan karya
         sastera, sekali gus melahirkan penulis pelapis.



Penutup
Golongan muda memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju
kesusasteraan pada masa depan.




                                        5

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:997
posted:4/5/2010
language:Malay
pages:5
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email