BAHASA MELAYU 2- AKHIR TAHUN by simee

VIEWS: 639 PAGES: 8

									SULIT                                                                        1103/2


                                Soalan 1: Rumusan
                                  ( 30 markah )

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan rakan sebaya dan masalah–masalah yang wujud. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

        Pelbagai nama digunakan untuk menunjukkan peranan rakan sebaya dalam
membantu rakan yang sebaya dengan mereka di sekolah atau institusi pendidikan.
Konsep asas yang digunakan adalah menggalakkan remaja memainkan peranan
sebagai pembantu kepada rakan sebaya mereka dalam aspek tertentu mengikut nama
dan tugas mereka. Walau apa juga label yang digunakan, mereka ini sebenarnya
pembimbing rakan sebaya.            Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
diperkenalkan pada tahun 1987 berasaskan andaian bahawa remaja mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap rakan sebaya sama ada dari segi positif atau negatif,
maka bahawa remaja berupaya mempengaruhi rakan secara positif jika mereka dilatih
dengan teknik-teknik bersahabat dan berkomunikasi dengan berkesan, di samping
mereka menjadi contoh teladan yang baik. Dalam bidang akademik, PRS dimestikan
meningkatkan prestasi atau sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi akademik
mereka.
        Melalui pencapaian yang baik, mereka dapat membantu rakan bukan sahaja
dalam mengatasi masalah emosi, bahkan juga membantu daripada segi akademik
sekiranya diperlukan. Seterusnya dalam bidang psikologi pula, peringkat remaja
merupakan peringkat yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Mereka
yang bermasalah ini akan menceritakan masalah yang wujud kepada rakan sebaya
untuk mencari jalan penyelesaian, bukan kepada ibu bapa mahupun guru. Dalam usia
remaja ada perkara yang terlalu berat untuk diluahkan kepada ibu bapa sendiri.
Walaupun hubungan dengan keluarga amat erat, tetapi dalam soal tertentu, remaja
begitu malu untuk meluahkannya. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, remaja
yang menganggotai PRS, berperanan mempengaruhi rakan mereka, sehingga rakan
mereka lebih matang berfikir dan berupaya menimbang buruk baik sesuatu.
        Perkongsian pengalaman dan masalah diri sendiri membantu mereka melihat
diri sendiri dan bersyukur kepada segala anugerah Tuhan sambil menghargai ikatan
kekeluargaan. Ini berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai teman yang akrab,
akan menjadi manusia penyendiri, sensitif dan tertutup pemikirannya. Sebab itulah ibu
bapa perlu memastikan anak mereka yang meningkat remaja itu mempunyai rakan
yang berfikiran positif, bimbang akan terjerumus kepada kegiatan yang tidak bermoral.
Dalam banyak kes, kita dapati remaja tidak mempunyai jati diri dalam menghadapi
cabaran yang begitu getir. Bagi mereka yang tinggal di tempat bermasalah, seperti
tinggal di kawasan setinggan, memang mudah terpengaruh dengan gejala negatif
seperti mencuri, pecah rumah dan menganggotai kumpulan samseng.
        Di kawasan tempat tinggal yang sesak, kemudahan prasarana yang serba
kekurangan, dan rakan-rakan yang berfikian negatif, menyebabkan mereka terdorong
dalam gejala yang tidak bermoral. Keadaan diburukkan lagi dengan sikap ibu bapa
yang „ melepaskan ’ anak mereka tanpa memberikan perhatian yang sewajarnya.
Hasil rakan yang menganggotai PRS, mereka akan mempengaruhi remaja yang
kehilangan arah ke jalan yang benar dan biasanya tindakan itu lebih berkesan
berbanding nasihat daripada ibu bapa sendiri. Malah yang lebih menggembirakan,
mereka boleh mengajak rakan-rakan sebaya mereka memanfaatkan masa terluang
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca dan menyertai aktiviti
sosial. Namun, ada rakan sebaya membawa ke arah yang negatif.


                                                  (Dipetik dan diubahsuaikan daripada
                                                  rencana Pembimbing Rakan Sebaya: Satu
                                                  Pendekatan Logikal, Utusan Malaysia, 21
                                                  Mei 2001)
                                         1
SULIT                                                                      1103/2



                               Soalan 2 : Pemahaman
                                   ( 35 markah )
                                Jawab semua soalan

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1          jawab   soalan-soalan   yang   berikut   dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(I)       Berikan maksud rangkai kata „ melepaskan ’ anak mereka.

                                                                       ( 2 markah)

( ii )    Apakah kesan jika anak-anak tidak mempunyai tempat untuk meluahkan
          perasaan mereka selain daripada ibu bapa ?
                                                                 ( 3 markah)

( iii )   Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh PRS untuk membantu
          rakan-rakan yang bermasalah?
                                                                      ( 4 markah )




                                          2
SULIT                                                                         1103/2




Soalan 2 ( b) Petikan Prosa Moden

 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikutnya
 dengan menggunakan perkataan anda sendiri.


             “ Cik, anda sekarang berada di atas tanah milik kerajaan.
      Anda boleh didakwa.”
             “ Eeeeiii, kalian ada surat mahkamah? Kalian fikir aku tidak
      tahu undang-undang? Jangan nak tunjuk lagak.” Yvonne mara ke
      hadapan.
             Mazlina semakin cemas.
             “Cik saya katakan…”
             “Oooo, nak gunakan cara kasar ! Baik , aku juga akan gunakan
      cara ini. Okey, Mazlina ambil senapang di dalam rumah.” Yvonne
      semakin gagal mengawal emosinya. Beethoven asyik menyalak.
             “ Nantiiii.‟
             Yvonne tersentak. Mazlina tercengang. Mereka dapat melihat
      dari jauh. Orang tua itu berlari-lari anak. Ada seseorang di
      belakangnya. Orang penting.
             “ Gabenor terima rayuan kita.”
             “ Gabenor British Colombia?” Mazlina bingung.
             Ahli-ahli rombongan Jabatan Tanah kehairanan. Pelik melihat
      Gabenor berlari di belakang Buchanan. Mereka saling berpandangan
      sesama sendiri.
             Buchanan tersenyum dalam cungap-cangipnya.
             “ Gabenor mahu bantu usaha-usaha kita .”
             Yvonne membuka mulutnya luas. Mazlina membulatkan
      matanya.
             “Mengapa?”
             “ Kerana bella de boskop. Kerana manisnya epal.”
             Mazlina tersenyum lebar. Dia tahu kini Buchanan akan
      melakukan sesuatu. Kini dia tidak bimbang lagi. Dia tahu dua ratus
      jenis epal di kebunnya juga bergembira. Segala-galanya selamat.
      Hanya kerana manisnya epal

                                           ( Dipetik daripada cerpen Kerana
                                  Manisnya Epal oleh Faizal Tehrani, dalam
                                  antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan
                                  Pustaka)

(i)   Bagaimanakah reaksi Yvonne ketika berdepan dengan orang-orang dari Pejabat
      Tanah ?
                                                                    ( 3 markah )

( ii ) Pada pendapat anda, mengapakah Buchanan begitu bersungguh-sungguh
       mempertahankan kebun epalnya ?
       (Dipetik daripada cerpen “Pusaran” oleh S. Othman Kelantan dalam ( 3 markah )
      antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka,2000)
( iii ) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut, dan dua
        pengajaran lain yang terdapat dalam cerpen ini.
                                                                         ( 3 markah )



                                         3
SULIT                                                                         1103/2




Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik

        Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
        soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.




                Tatkala itu Jentayu Kasubarasa melihat Maharaja Rawana melarikan
        seorang perempuan terlalu elok rupanya dari cahaya mukanya dan pakainya
        kesumba warna emas-emasan. Maka semuanya dan kayu itu warnanya kilau-
        kilauan daripada warna muka dan pakaian Sita Dewi itu. Maka kata Jentayu,
        “Tiada lain yang dilarikan Maharaja Rawana itu hanya Sita Dewi isteri Seri
        Rama juga”. Sudah ia berkata demikian maka Jentayu pun terbang ke udara.
        Maka bertemu dengan Maharaja Rawana lalu ia berkata, “Hai Maharaja
        Rawana, mengapa tuan hamba melarikan isteri Seri Rama? Tiadakah tuan
        hamba berjanji dengan Nabi Adam tatkala itu tuan hamba berkata, “Tiadalah
        hambamu berbuat salah dalam dunia”. Maka kata Maharaja Rawana, “Hai
        Jentayu Kasubarasa pedulimu kepada kerjaku berbuat dia aku beroleh dia.”
        Maka kata Jentayu, “Bukan demikian, adapun kulihat segala raja-raja jikalau
        tiada telah katanya dan pada adilnya dan ia memeliharakan rasa segala
        hambanya dan rakyatnya bukan ia raja besar namanya kerana raja-raja itu
        dengan adilnya dipeliharakannya rakyatnya bukan raja namanya yang terinaya
        dan menginaya itulah raja namanya ini tuan hamba besar membinasakan nama
        raja kerana raja jikalau tiada dengan rakyatnya bukan raja namanya.”

                                                ( Dipetik daripada Sikap Terburu-buru
                                                Membawa Padah, dalam Antologi Anak Laut,
                                                Dewan Bahasa dan Pustaka)




        (i)        Terangkan maksud terlalu elok rupanya seperti yang digunakan dalam
                   petikan di atas.
                                                                   ( 2 markah )

        ( ii )     Terangkan sebab-sebab Jentayu Kasubarasa menegur perbuatan
                   Maharaja Rawana melarikan Sita Dewi.

                                                                    ( 3 markah )

         ( iii )   Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Maharaja Rawana melarikan
                   Sita Dewi?
                                                                  ( 3 markah )




                                            4
SULIT                                                                        1103/2




           Soalan 2 (d ) Petikan Puisi

           Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
           berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.



                                    DERITA PERTAMA

             Adam ialah bapa kita
             Yang tercampak dari seberang dunia
             Kerana mencari syurga
             Di celah buah khuldi

             Waktu terlantar di dunia baru
             Hari tengah malam
             Ia tidak mengerti apa yang terjadi
             Mulutnya bisu.

             Ia melihat sekeliling
             Mulai merasa cemas akan kegelapan
             Segumpal awan hinggap ke kening
             Ia tidak tahu apakah itu.

             Sepanjang malam ia tercengang
             Dari hatinya mengalir sungai duka
             Bagaimana akan kutempuh kegelapan
             Tubuh seorang

             Sepanjang malam air matanya
             Membelah muka bulan


                                            ( Suhaimi Haji Muhammad Lagu Kehidupan
                                           1990. Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan
                                           Pustaka)



 (i)      Mengapakah Adam „ tercampak dari seberang dunia ‟ seperti yang dinyatakan
          dalam sajak tersebut?

                                                                    ( 2 markah )

 ( ii )   Berikan pendapat anda, mengapakah kita dikehendaki sentiasa mentaati
          perintah Tuhan ?
                                                             ( 3 markah )

( iii )   Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
                                                                   ( 4 markah )




                                             5                 T. Alias Taib
                                                              Antologi Anak Laut,
                                                              DBP 2000
SULIT                                                                           1103/2




  Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa Bahasa Melayu
                               ( 30 markah )
                           Jawab semua soalan

(a)     Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
        maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
        menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

        ( i ) berlari-larian
        ( ii ) berturut-turut
        ( iii ) mencari-cari
        ( iv ) terkebil-kebil
        ( v ) sepandai-pandai
        ( vi ) selicin-licin
                                                                         ( 6 markah )

(b)     Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat-ayat
        daripada bahasa Melayu klasik tersebut kepada bahasa Melayu moden
        dengan mengekalkan maksud asalnya.

        (i) Hamba mati dibunuhnya sekalipun, kabullah hamba daripada hidup derhaka
            akan tuan hamba.

        (ii) Apa kerja kita berkubukan betis ini ? Kita perdayakan diri kita demikian ini.

        (iii) Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahpun hamba persembahkan
              kepada tuan puteri.

                                                                          ( 6 markah )

(c)     Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan
        yang salah, kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan
        ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

        (i)     Untuk mencapai kesepaduan di kalangan penduduk Malaysia, sikap
                tolerasi harus diamalkan oleh mereka.
        (ii)    Pengeboman yang dilaku oleh pihak musuh secara berterusan
                menyebabkan rakyat sudah tidak gentar lagi apabila mendengar
                sembuyan serangan udara dibunyikan berulang kali.
        (iii)   Suami isteri itu merupakan pasangan yang idea kerana mereka
                mempunyai kebolehan dan minat yang sama dalam bidang ubatan
                tradisional.
                                                                  ( 6 markah )




                                             6
SULIT                                                                         1103/2




(d)     Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau
        istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan
        betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
        maksud asalnya.

        (i)       Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengambil berapa langkah
                  dan pendekatan drastik untuk mengatasi penipuan yang dilakukan oleh
                  para penyimpan.
        ( ii )    Pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan hendaklah agresif
                  kepada sebarang tuntutan dan rengekan pelanggan mereka.
        ( iii )   Setiap jabatan kerajaan hendaklah menyalurkan permintaan yang
                  diterima daripada orang ramai ke bahagian yang berkaitan untuk
                  tindakan pemulihan.
                                                                         (6 markah)

(e)   Baca petikan di bawah ini dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
      menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

      Azli        :    Kamu sudah tahu atau belum bahawa Zaki akan berpindah sekolah?
      Budi        :    Ada kawan-kawan yang berkata demikian tetapi berita itu masih
                       samar-samar dan belum sah sumbernya.
      Azli        :    Kalau berita itu sah, kita kehilangan orang harapan dalam regu
                      sepak takraw sekolah. Sememangnya, Zaki pelajar yang pintar
                       dan menjadi harapan sekolah dalam pelbagai bidang.
      Budi        :   Jika perkara itu benar, kita tidak dapat berbuat apa-apa. Lagi pun
                       kita tidak tahu punca Zaki mengambil keputusan itu.
      Azli        :   Aku berharap agar kehilangannya dalam pasukan takraw sekolah
                       ada gantinya.
      Budi        :    Ya, aku pun berharap begitu juga.

                                                                           (6 markah)




                                              7
SULIT                                                                    1103/2




                                       Soalan 4 ; Novel
                                        ( 15 markah )

  Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu
  daripada novel yang berikut:

        (i)       Terminal Tiga karya Othman Puteh

        ( ii )    Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf

        ( iii )   Di Hadapan Pulau karya A .Samad Said

        ( iv )    Bukit Kepong karya Ismail Johari



  (a) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan citra masyarakat yang
      digambarkan oleh pengarang.


                                                                      (7 markah)

  (b) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.


                                                                      (8 markah)




                             KERTAS SOALAN TAMAT




                                             8

								
To top