KEJOHANAN BOLA JARING
Document Sample


KEJOHANAN BOLA JARING
TERBUKA MPSJ 2008
TARIKH : 26 JULAI 2008 ( SABTU )
TEMPAT : STADIUM TERTUTUP MPSJ SERDANG JAYA
YURAN PENYERTAAN : RM 100.00
HADIAH : JOHAN - RM 500.00 + PIALA
IRINGAN + MEDAL
N/JOHAN - RM 300.00 + MEDAL
KETIGA - RM 100.00 + MEDAL
SYARAT-SYARAT AM KEJOHANAN
1. Yuran penyertaan hendaklah dibuat melalui bank draf / cek atas
nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS
PERBANDARAN SUBANG JAYA atau secara tunai. Penyertaan
tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan
dikembalikan.
2. Pendaftaran pemain 10 orang : 7 orang pemain dan 3 orang pemain
simpanan . Hanya 2 orang pemain negeri atau negara ( SUKMA /
KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 21 / TERBUKA
KEBANGSAAN ) dari tahun 2004 hingga 2008 dibenarkan
didaftarkan dan bermain untuk setiap pasukan.
3. Sistem pertandingan , pusingan pertama adalah berbentuk liga
kumpulan , pusingan kedua dan seterusnya berbentuk sistem kalah
mati. Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan
kedua.
BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA :
ENCIK SALMI / ENCIK NORZAIDI / CIK JULIANA / CIK SITI ZUBAIDAH
BAHAGIAN BELIA, SUKAN DAN KEBUDAYAAN
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
NO. TEL PEJ : 03-80263131 EXT 4351 / 4354 / 3187
NO. FAX : 03-80246545
1
KEJOHANAN BOLAJARING
TERBUKA SUBANG JAYA 2008
Kepada :
Setiausaha
Pertandingan Bolajaring Terbuka
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLAJARING
TERBUKA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA.
Nama Kelab / Pasukan :__________________________________________
Kami dengan ini memohon untuk menyertai pertandingan Bolajaring Terbuka
Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi tahun 2008. Bersama-sama dengan ini
juga disertakan cek No/. Wang Pos No. Pos ______________ bernilai RM
100.00 atas nama ‘Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ’ bagi bayaran
penyertaan pertandingan berkenaan.
Pengakuan Diri:
Bahawasanya saya/pasukan saya bersetuju akan mematuhi semua undang-
undang dan peraturan yang ditetapkan dalam pertandingan ini dan tidak akan
menegmukakan sebarang tuntutan terhadap penganjur jika berlaku
kehilangan, kematian, kemalangan atau kecederaan ke atas diri/ pasukan
saya sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini.
___________________________
Tandatangan
Nama : ___________________________________
Jawatan : ___________________________________
Tarikh : ___________________________________
2
KEJOHANAN BOLAJARING TERBUKA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 2008
BORANG ‘A’
Nama Kelab/Persatuan/Pasukan :_____________________________
Nama Ringkas Kelab/Persatuan :_____________________________
Nama Pengerusi/Pengurus :_____________________________
Alamat :_____________________________________________
_____________________________________________
No. Telefon :_____________________________
Nama Pengurus :_____________________________
Alamat :_____________________________________________
_____________________________________________
No. Telefon
Alamat Surat Menyurat Kelab :_____________________________
Persatuan ______________________________________________
Warna Kelab/Persatuan :_____________________________
Nombor Pendaftaran Kelab/Persatuan
(Sertakan Salinan Sijil Pendaftaran
Jika Ada) :_____________________________
Nama Persatuan Lain Di Mana Kelab/Persatuan Bergabung :
______________________________________________________________
Tarikh :_________________ ________________________
Tandatangan
Pengerusi/Pengurus
3
KEJOHANAN BOLA JARING
TERBUKA MPSJ 2008
BORANG ’B’
BORANG PENDAFTARAN PEMAIN
NAMA PASUKAN : …………………………………..
PENGURUS : …………………………………..
NO. TEL : …………………………………..
THN.MEWAKILI
BIL NAMA NO. K/P POSISI NEGERI /
NEGARA
1. GS
2. GA
3. WA
4. C
5. WD
6. GD
7. GK
8. SIMPANAN
9. SIMPANAN
TARIKH : …………………….… …………………………………….
( TANDATANGAN PENGURUS )
4
KEJOHANAN BOLAJARING TERBUKA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 2008
BORANG ‘C’
BORANG PENGESAHAN PEMAIN
Nama :________________________________________
(Gunakan Huruf Besar)
No. Kad Pengenalan :________________________________________
Tarikh Lahir :________________________________________
Alamat Rumah :________________________________________
________________________________________
No. Telefon :________________________________________
Alamat Sekolah/ Bekerja :________________________________________
No. Telefon :________________________________________
SAYA ___________________________________ dengan ini membuat
pengesahan dan persetujuan bahawa saya akan bermain bagi mewakili
Pasukan/Kelab ______________________________ yang mengambil
bahagian di dalam Kejohanan Bolajaring Terbuka MPSJ bagi tahun 2008
dan berjanji akan mematuhi peraturan permainan bolajaring dan juga
syarat-syarat yang dikenakan oleh Jawatankuasa Pertandingan dari
masa ke semasa.
Saya yang benar,
_______________________________
Disaksikan oleh :
________________________________
Jawatankuasa Pertandingan
Bertarikh :________________________
5
KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA
MPSJ 2008
SYARAT –SYARAT PENYERTAAN
1.0 YURAN PENYERTAAN
1.1 Setiap pasukan yang menyertai Kejohanan ini akan
dikenakan bayaran seperti berikut;
i) Kategori Terbuka - RM 100.00
1.2 Penyertaan tanpa bayaran yuran pendaftaran tidak akan
dilayan. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan pada mana-
mana pasukan yang menarik diri daripada Kejohanan.
1.3 Pengesahan penyertaan hendaklah dikemukakan bersama
bayaran wang penyertaan dan borang pendaftaran kepada
Jawatankuasa Pertandingan.
1.4 Pembayaran boleh dibuat melalui bank draf / cek atas nama
Majlis Perbandaran Subang Jaya atau secara tunai.
2.0 NAMA
2.1 Pertandingan ini dikenali sebagai KEJOHANAN BOLA JARING
TERBUKA MPSJ 2008.
3.0 TARIKH / TEMPAT
3.1 Kejohanan Bola Jaring Terbuka MPSJ 2008 akan berlangsung
pada 26 Julai 2008 (Sabtu) bertempat di Stadium Tertutup
MPSJ Taman Serdang Jaya.
4.0 UMUM
4.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang
International Federal Netball Association ( IFNA ) yang
diguna pakai sekarang. Jawatankuasa Pertandingan berhak
memutuskan sebarang perkara yang tidak dalam peraturan ini
dan keputusan yang diambil adalah MUKTAMAD.
6
5.0 PENDAFTARAN PEMAIN
5.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 10 orang pemain (7
orang pemain dan 3 orang pemain simpanan).
5.2 Hanya 2 orang pemain negeri atau Negara (SUKMA /
KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 21 TAHUN /
TERBUKA KEBANGSAAN) dari tahun 2004 hingga 2008
dibenarkan didaftarkan dan bermain untuk setiap pasukan.
5.3 Borang Pendaftaran Pemain yang telah ditandatangani oleh
Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada
Jawatankuasa Pertandingan sebelum pertandingan dimulakan.
Sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan selepas
pertandingan bermula.
6.0 JADUAL MASA
6.1 Jangkamasa Permainan
6.1.1 Perlawanan bagi kesemua pusingan dari pusingan awal
hingga pusingan akhir mengandungi dua ( 2 ) separuh
masa . Setiap separuh masa dilangsungkan selama 7
minit.
6.2 Pengantian Dan Pertukaran Posisi
6.2.1 Kedua-dua pasukan boleh membuat pengantian atau
pertukaran posisi apabila ;
i) Berlaku kecederaan
ii) Semasa pertukaran pada separuh masa (1 minit).
7.0 SISTEM PERTANDINGAN
Pusingan Awal ( Liga Kumpulan )
7.1 Pusingan pertama adalah berbentuk liga berkumpulan.
Pungutan mata adalah seperti berikut:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
7.2 Jika terdapat pasukan yang tiba lewat atau gagal untuk
bermain pada masa yang ditetapkan ( 10 minit ) maka
kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan
dengan jaringan 5-0. Jika kedua-dua pasukan gagal hadir
untuk bertanding , perlawanan dianggap telah ‘dimain’ tetapi
kedua-dua pasukan tidak akan diberikan sebarang mata.
7
7.3 Pasukan yang tidak bertanding dalam perlawanan akhir
dalam kumpulan akan dibatalkan ( disqualified ). Bagi
pasukan yang menarik diri atau dibatalkan, semua mata yang
diperolehi oleh pasukan itu dan pasukan lawannya akan
digugurkan.
7.4 Jumlah mata yang dikumpulkan akan menentukan Johan dan
Naib Johan dalam kumpulan yang layak memasuki pusingan
kedua.
7.5 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata
yang sama pada akhir liga, maka pemenang yang akan
memasuki pusingan kedua akan ditentukan melalui;
7.5.1 Pasukan yang mempunyai kiraan perbezaan jaringan gol
yang terbanyak sekali akan dikira menang.
7.5.2 Sekiranya perbezaan gol masih sama maka pasukan
yang kena bilangan gol yang kurang ( goals conceded )
akan dianggap pemenang).
7.5.3 Jika ianya masih seri maka 3 hantaran tengah akan
dilakukan untuk menentukan pemenang.
Pusingan Kedua Dan Seterusnya ( Sistem Kalah Mati )
7.6 Pusingan kedua dan seterusnya akan dijalankan secara
sistem kalah mati. Jika kedua-dua pasukan memperolehi
jaringan gol yang sama pada tamat masa perlawanan maka
permainan akan disambungkan dan kemenangan akan
ditentukan dengan 3 hantaran tengah.
8.0 PENGADIL
8.1 Pengadil kejohanan adalah terdiri daripada pengadil-pengadil
yang bertauliah dan keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.
9.0 BANTAHAN / RAYUAN
9.1 Sebarang bantahan hendaklah menggunakan Borang Bantahan
Rasmi Kejohanan yang telah disahkan oleh Pengurus Pasukan
dibuat secara bertulis dengan bukti kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan dalam masa 30 minit selepas
permainan tamat.
9.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan
wang tunai sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga
Ratus Sahaja ).
9.3 Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan
didapati tidak wajar.
8
9.4 Semua bantahan akan dikaji oleh Jawatankuasa Teknikal
dimana keputusan yang dibuat adalah MUKTAMAD.
9.5 JURI RAYUAN
9.5.1 Juri Rayuan adalah terdiri daripada;
a) Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
b) Pengerusi Pengadil atau Pengadil Rasmi
c) 2 orang Pengurus Pasukan yang bebas.
9.6. Juri Rayuan akan memanggil kedua-dua orang pengurus
pasukan yang terlibat dengan bantahan untuk memberi
keterangan.
9.7. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah MUKTAMAD
10.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBATALKAN
10.1 Sekiranya terdapat hal-hal yang tidak dijangkakan atau akibat
hal-hal luar kawalan oleh kedua-dua pasukan, maka perlawanan
yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pertandingan.
11.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
11.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
9
Related docs
Get documents about "