sumbangan-cerdik-pandai-yahudi-kepada-dunia

Document Sample
sumbangan-cerdik-pandai-yahudi-kepada-dunia Powered By Docstoc
					                    Sumbangan Cerdik Pandai Yahudi Kepada Dunia.


Di dunia ini terdapat hanya 14 juta orang Yahudi; 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta
di Eropah dan 100,000 di Afrika. Nisbah orang Yahudi kepada orang Islam adalah 1
kepada 100. Walau bagaimanapun, mereka 100 kali lebih berkuasa daripada umat Islam
keseluruhannya (1.4 billion). Pernah kita tanya kenapa?


Jesus Christ adalah Yahudi. Albert Einstein, saintis paling berpengaruh dan Majalah TIME
“Person of the Century” adalah Yahudi. Sigmund Freud (id, ego, superego), bapa
psikoanalisis adalah Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton
Friedman.


Disenaraikan di sini Yahudi yang menyumbang keintelektualan mereka dalam
memajukan dunia.


1.     Benjamin Rubin memperkenalkan suntikan vaksin.
2.     Jonas Salk mencipta vaksin folio yang pertama.
3.     Albert Sabin menambahbaik vaksin polio.
4.     Gertrude Elion memberi kita dadah untuk melawan leukemia.
5.     Baruch Blumberg mengembangkan vaksin untuk Hepatitis B.
6.     Paul Ehrlich menemui rawatan siplis (penyakit kelamin).
7.     Elie Metchnikoff memenangi Hadiah Nobel (penyakit berjangkit).
8.     Bernard Katzwon memenangi Hadiah Nobel (pemindahan neuromuscular).
9.     Andrew Schally memenangi Hadiah Nobel (endokrinologi-kecelaruan sistem
       endokrin, kencing manis, hyperthydoidism)
10.    Aaron Beck menemui terapi kognitif (psikoterapi untuk merawat kecelaruan
       mental, kemurungan dan fobia).
11.    Gregory Pincus mengembangkan pil contraceptive mulut.
12.    George Wald memenangi Hadiah Nobel kerana mampu menambah pengetahuan
       manusia tentang mata.
13.    Stanley Cohen memenangi Hadiah Nobel dalam kajian embrio (kajian tentang
       janin dan perkembangannya).
14.    Willem Kolff memperkenalkan mesin dialysis buah pinggang.


Selepas 105 tahun, Yahudi telah menggondol 15-dozen Hadiah Nobel dan hanya 3
dimenangi oleh umat Islam.


Mengapa mengapa sangat hebat?


Stanley Mezor mencipta cip micro-prosesan pertama. Leo Szilard mengembangkan
reactor nuclear pertaman, Peter Schultz, talian gentian optik; Charles Adler, lampu
isyarat; Benno Strauss, keluli tahan karat; Isador Kisee, filem bersuara; Emile Berliner,
telefon mikrofon; Charles Ginsburg, pita perakam video.


Pemilik perniagaan bertaraf dunia dimiliki orang berfahaman Yahudi termasuk Ralph
Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin
(Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv
Robbins (Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).


Richard Levin, Presiden Yale University, adalah Yahudi. Juga Henry Kissinger (setiausaha
negeri, American), Alan Greenspan (Fed chairman di bawah Reagan, Bush, Clinton and
Bush), Joseph Lieberman, Madeleine Albright (setiausaha negeri, American), Casper
Weinberger (setiausaha pertahanan American), Maxim Litvinov (Menteri Luar USSR),
David Marshal (Ketua Menteri pertama Singapore), Issac Isaacs (governor-general
Australia ), Benjamin Disraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (PM
Rusia), Barry Goldwater, Jorge Sampaio (President Portugal), John Deutsch (Pengarah
CIA), Herb Gray (TPM Canada), Pierre Mendes (PM Perancis), Michael Howard (British
home secretary), Bruno Kreisky (canselor Austria) and Robert Rubin (Setiausaha
Kewangan American).


Di media, antara Yahudi yang terkenal adalah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC
News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (editor-in-chief Time),
Katherine Graham (penerbit The Washington Post), Joseph Lelyyeld (Editor Ekesekutif
The New York Times), dan Max Frankel (New York Times).


Boleh anda namakan dermawan yang ada dalam sejarah dunia? Dia adalah George Soros,
Yahudi, yang menyumbang sejumlah $4 billion yang sebahagian besarnya diagihkan
kepada saintis and universiti di seluruh dunia. Selepas George Soros adalah Walter
Annenberg, seorang lagi Yahudi, yang membina ratusan perpustakaan dengan nilai $2
billion.


Olympik, Mark Spitz mencipta rekod dengan memenangi tujuh pingat emas. Lenny
Krayzelburg tiga kali meraih pingat emas di Olympik. Mereka adalah Yahudi.


Tahukah anda Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra
Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael
Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry
Lewis dan Peter Falk adalah Yahudi?


Kenyataannya Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Dikalangan pengarah dan penerbit,
Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil
Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and
Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thief of
Baghdad ) dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah Yahudi.


William James Sidis, IQ of 250-300, adalah manusia terbijak. Cuba teka fahamannya,
sudah tentu Yahudi. Mengapa Yahudi sangat hebat? Jawapannya adalah pendidikan!


Mengapa Muslim Tidak Hebat?


Dianggarkan ada 1,476,233,470 umat Islam; 1 billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta
di Eropah dan 6 juta di America. Setiap daripada 5 orang, seorang adalah muslim;
seorang hindu nisbahnya 2 Muslim, seorang Buddha nisbahnya 2 Muslim dan seorang
Yahudi nisbahnya 100 Muslim. Pernahkah anda terfikir mengapa muslim tidak hebat?


Ini adalah sebabnya: terdapat 57 negara yang mengangotai Organisation of Islamic
Conference (OIC), dan jika dikumpulkan di bawah mereka terdapat 500 universiti; 1
universiti untuk setiap 3 juta Muslim. United States mempunyai 5,758 universiti dan
India mempunyai 8,407. Pada tahun 2004, Universiti Shanghai Jiao Tong menyenaraikan
'Academic Ranking of World Universities', dan malangnya, tidak satu pun universiti dari
majoritinya muslim berada dalam kelompok 500 terbaik.


Mwngikut data yang diperolehi daripada UNDP, kadar celik huruf negara kristian hampir
90% and 15% negara kristian celik huruf 100%. Berbeza dengan negara Islam yang
purata celik huruf hanya 40% tiada yang 100% celik huruf. 98% rakyat negara kristian
tamat sekolah rendah (40% ke university) sementara kurang daripada 50% rakyat negara
Islam tamat sekolah rendah (2% ke university).


Negara Islam mempunyai 230 saintis daripada 1 juta Muslim. US mempunyai 4,000
saintis per sejuta and Jepun mempunyai 5,000 per sejuta. Di rantau Arab, jumlah
penyelidik sepenuh masa adalah 35,000 and hanya 50 juruteknik per sejuta orang Arab
(di negara kristian mereka ada sehingga 1,000 juruteknik persejuta). Tambahan lagi,
negara Islam memperuntukkan 0.2% daripada GDP untuk penyelidikan dan
pembangunan, sementara negara kristian memperuntukkan 5% daripada GDP mereka.


Kesimpulan: Umat Islam kurang berkemampuan untuk menghasilkan pengetahuan.

Penunjuk sesebuah negara mengamalkan budaya ilmu ada dua; akhbar harian per 1,000
orang dan jumlah judul buku per sejuta orang. Di Pakistan, terdapat 23 akhbar harian
per 1,000 orang sementara di Singapora 360 per 1,000 orang. Jumlah judul buku untuk
setiap sejuta orang; di UK 2,000 sementara di Mesir hanya 20.


Kesimpulan: Umat Islam gagal menyebarkan membudayakan.
Penunjuk lain untuk aplikasi ilmu adalah peratus ekspot produk teknologi tinggi
daripada jumlah keseluruhan ekspot. Pakistan 1%; Arab Saudi 0.3%; Kuwait, Morocco
dan Algeria 0.3%; sementara Singapura 58%.


Kesimpulan: Umat Islam gagal untuk aplikasi ilmu yang ada.

Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menghasilkan pengetahuan.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menyebarkan ilmu.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal aplikasi ilmu yang ada.


Masa depan milik masyarakat yang mementingkan ilmu.


Menariknya, jumlah keseluruhan GDP 57 negara OIC kurang $2 trillion; Amerika $12
trillion; China $8 trillion; Japan $3.8 trillion dan Jerman $2.4 trillion.


Negara yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait Qatar secara
terkumpul menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai $500 billion, Sepanyol $1
trillion, Poland $489 billion dan Thailand $545 billion.


Jadi, mengapa umat Islam tidak hebat? Jawapannya kurang pengetahuan.


Wallahualam.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:27
posted:4/4/2010
language:Malay
pages:4