PEMBANGUNAN PERUSAHAAN PERIKANAN

Document Sample
PEMBANGUNAN PERUSAHAAN PERIKANAN Powered By Docstoc
					            PEMBANGUNAN PERUSAHAAN PERIKANAN TANGKAPAN
                    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

                                          Oleh:
                          Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim
                                 Calon Doktor Falsafah
                           Jabatan Pengajian Asia Tenggara
                            Fakulti Sastera dan Sains Sosial
                            Univesiti Malaya, Kuala Lumpur
                          Tel: +673 8766746 / +6016 5878299
                            Email: khairul@apb.ubd.edu.bn



Pengenalan

Sektor perikanan merupakan salah satu sektor yang memainkan peranan penting

dalam membekalkan sumber protein yang utama dan termurah di Asia Tenggara dan

dunia umumnya. Perkara ini jelas tergambar melalui kajian yang dilakukan oleh Food

and Agriculture Organisation (FAO) yang mendapati bahawa satu billion orang

penduduk di negara-negara Asia sangat bergantung kepada sumber perikanan

sebagai sumber protein utama mereka. Kajian itu juga menjelaskan bahawa kira-kira

60 peratus daripada penduduk dunia telah menjadikan sumber perikanan sebagai

sumber protein utama.1



               Keadaan ini juga tidak terkecuali dengan Negara Brunei Darussalam

(NBD) yang      menjadikan sumber perikanan sebagai sumber protein utama dan

termurah.   Purata anggaran setahun keperluan sumber perikanan di NBD adalah

melebihi 15,000 tan metrik yang sekali gus telah menjadikan NBD antara negara yang

mempunyai keperluan sumber perikanan per kapita yang tertinggi di rantau ini iaitu

sekitar 45 kilogram setahun. Dalam rangka memenuhi permintaan sumber perikanan

tersebut, NBD telah melaksanakan beberapa langkah untuk membangunkan

perusahaan perikanannya melalui tiga sektor iaitu sektor tangkapan, akuakultur dan

pemerosesan.     Daripada ketiga-tiga sektor tersebut, sektor tangkapan merupakan

sektor terpenting apabila 93 peratus daripada keseluruhan pengeluaran sumber

perikanan terhasil daripada sektor ini.
              Kertas   kerja   ini   akan   membincangkan      tentang   pembangunan

perusahaan perikanan di NBD dengan memberi fokus kepada sektor tangkapan.

Untuk meneliti perkara ini secara lebih mendalam, perbincangan akan memberi

tumpuan kepada langkah-langkah yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak

kerajaan dan swasta dalam membangun sektor tangkapan yang terbahagi kepada dua

bahagian iaitu perusahaan secara kecil-kecilan dan perusahaan secara komersial.

Selanjutnya, perbincangan mengenai keberkesanan langkah-langkah yang telah

dilaksanakan tersebut juga akan turut dibincangkan.



Perusahaan Perikanan Tangkapan di Negara Brunei Darussalam

NBD merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang terletak di pesisiran pantai barat

laut Pulau Borneo, menghadap Laut China Selatan. Keluasan keseluruhan NBD

hanya 5,765 kilometer persegi dan 5,270 kilometer persegi daripadanya merupakan

tanah daratan. NBD bersempadan dengan Malaysia (Sarawak) sepanjang lebih

kurang 381 kilometer. Kawasan perairan pantainya mempunyai sepanjang 161

kilometer. Sama dengan negara-negara lain, NBD juga mempunyai kawasan zon

ekslusif (ZEE) sehingga 200 batu nautika ke luar pantai dengan keluasan kira-kira

38,600 kilometer persegi.2 Daripada keseluruhan keluasan tersebut, setakat ini hanya

kira-kira 4,600 kilometer persegi sahaja dapat diterokai (trawlable area). Selebihnya

masih belum dapat diterokai kerana perairan tersebut merupakan kawasan perairan

yang sangat dalam iaitu antara 800 hingga 3,000 meter.3



              Kawasan perairan ini dianggarkan mempunyai sumber perikanan

Maximum Sustainable Yield (MSY) atau Tuaian Maksima Yang Dikekalkan sehingga

mencapai 21,300 tan metrik dengan kadar kutipan hasil sebanyak BND$112 juta

setahun. Daripada jumlah tersebut sebanyak 12,500 tan metrik sumber demersal dan

8,800 metrik sumber pelagik.4 Dianggarkan lebih kurang 600 jenis spesies sumber

perikanan yang terdapat di perairan NBD iaitu 500 jenis sumber perikanan demersal

dan 100 jenis spesies sumber perikanan pelagik.5 Antara spesies sumber perikanan

                                                                                        2
demersal ialah kerosi bali (goldband snapper), ungah (mangrove red snapper),

beberahan (John’s snapper), pila-pila (Indian halibut), udang harimau (tiger prawn),

udang kuning (blue-legged king prawn) dan bakara (spiny lobster). Manakala spesies

sumber perikanan pelagik pula ialah tuna sirip kuning (yellowfin tuna), tudak biru (blue

marlin), rumahan laki (Indian mackerel), duai hitam (black pomfre), temanong (selar

scad), tenggiri (narrowbarred spanish mackerel) dan tongkol (bonito).



              Kawasan menangkap ikan di kawasan perairan ini dibahagikan kepada

dua bahagian. Pertama, di kawasan perairan cetek di muara sungai dan di Teluk

Brunei. Aktiviti perikanan di kawasan ini biasanya dijalankan pada bulan Disember

hingga Februari, iaitu ketika angin monsun timur laut sedang melanda Laut China

Selatan. Pada musim ini angin dari timur laut akan bertiup dengan kencang yang

digelar oleh nelayan NBD sebagai waktu ‘iraga’.6



              Kedua, di kawasan laut lepas Laut China Selatan. Aktiviti penangkapan

ikan di kawasan ini dibahagikan kepada empat zon mengikut jenis bot atau vesel dan

kuasa enjin yang digunakan. Zon satu, sejauh tiga batu nautika dari pantai

dikhususkan bagi bot-bot perikanan kecil-kecilan; zon dua, dari tiga hingga 20 batu

nautika dari pantai bagi vesel-vesel komersial yang menggunakan kuasa enjin tidak

melebihi 350 kuasa kuda; zon tiga, dari 20 hingga 45 batu nautika dari pantai bagi

vesel-vesel yang mempunyai enjin antara 351 hingga 600 kuasa kuda; dan zon empat,

dari 45 hingga 200 batu nautika bagi vesel-vesel yang mempunyai enjin yang melebihi

600 kuasa kuda.7



               Dari segi bilangan nelayan, NBD merupakan satu-satunya negara di

kawasan Asia Tenggara yang bilangan nelayan sambilan melebihi bilangan nelayan

sepenuh masa. Pada tahun 2006, terdapat seramai 3,840 orang nelayan yang

berdaftar di NBD. Daripada jumlah tersebut hanya seramai 1,284 orang (33 peratus)



                                                                                           3
sahaja nelayan sepenuh masa. Selebihnya seramai 2,556 orang (67 peratus)

merupakan nelayan sambilan.



              Manakala dari segi bot dan vesel menangkap ikan yang dilesenkan di

NBD berjumlah 2,366 buah pada tahun 2006. Daripada jumlah tersebut, 2,186 buah

(92 peratus) merupakan bot berenjin sangkut, 151 buah (6 peratus) tidak berenjin dan

selebihnya 29 buah (1 peratus) vesel berenjin dalam. Hampir keseluruhan bot berenjin

sangkut dan tidak berenjin beroperasi di kawasan sungai dan perairan pinggir pantai

(zon satu) dengan menggunakan perkakas mudah seperti perangkap (bubu, bubu lipat,

tugu, lintau, kabatan, bintur dan kelong) sebanyak 5,769 unit, jaring (pukat, rambat,

andang dan rantau) sebanyak 6,985 unit (1,278,401 meter), dan pancing (kail, jaul,

ambur dan rawai) sebanyak 21,705 unit.



              Manakala vesel berenjin dalam beroperasi di kawasan yang melebihi

tiga batu nautika dari pantai (zon dua, tiga dan empat). Daripada 29 buah vesel yang

berdaftar, 16 buah digunakan untuk operasi pukat tunda, enam buah digunakan untuk

pukat lengkong, tiga buah digunakan untuk pancing dan untuk bubu dan alat

menyelam masing-masing sebanyak dua buah.



Pembangunan Perusahaan Tangkapan

Hampir keseluruhan usaha dalam membangun perusahaan perikanan tangkapan di

NBD adalah atas tanggungjawab pihak Kerajaan. Peranan yang dimainkan oleh pihak

kerajaan bukan hanya tergambar melalui komitmen dan campur tangan secara

langsung terhadap perusahaan ini, akan tetapi pihak kerajaan merupakan penggerak

utama terhadap pembangunan dan perkembangan perusahaan tersebut. Manakala

peranan yang dimainkan oleh pihak swasta dalam pembangunan perusahaan

perikanan tangkapan hanya dapat dilihat melalui bantuan pinjaman kewangan dan

pemindahan teknologi moden dalam operasi menangkap ikan.



                                                                                        4
               Dalam usaha membangunkan perusahaan perikanan tangkapan di

NBD, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dan strategi di semua

peringkat daripada peringkat pengeluaran, pendaratan hinggalah ke peringkat

pemasaran. Langkah dan strategi yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan lebih

menjurus kepada usaha untuk meningkatkan sumbangan perusahaan perikanan

terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan meningkatkan hasil pendaratan

sumber perikanan.



               Langkah penting yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah

mengembangkan perusahaan perikanan tangkapan ke peringkat komersial melalui

galakan dalam penggunaan vesel enjin dalam. Perkara ini telah dimulakan pada tahun

1984 iaitu setelah NBD mencapai kemerdekaan.8 Ini menunjukkan bahawa setelah

mencapai kemerdekaan, perusahaan perikanan tangkapan di NBD terbahagi kepada

dua bahagian, iaitu perusahaan secara komersial dan perusahaan secara kecil-kecilan.



               Perusahaan secara komersial merupakan operasi menangkap ikan di

kawasan laut dalam luar pantai (antara tiga hingga 200 batu nautika dari pantai) yang

menggunakan vesel enjin dalam yang dilengkapi dengan peralatan moden seperti

kompas, radio kawalan jauh dan alat pengesan ikan yang dipanggil echo-sounder.

Antara vesel-vesel enjin dalam yang beroperasi di NBD ialah vesel pukat tunda, vesel

pukat lengkung, vesel rawai, vesel bubu dan vesel yang menggunakan lain-lain

perkakas.



               Manakala perusahaan secara kecil-kecilan merupakan operasi

menangkap ikan yang dikendalikan oleh nelayan-nelayan yang menggunakan bot

berenjin sangkut dengan alat menangkap ikan artisanal seperti andang karan (trammel

gill net), ancau (ring net), bubu (fish trap), jaul (hand line), kelong (deep-water fish

corral) dan kabat (intertidal fish trap). Kebanyakan operasi menangkap ikan dalam

perusahaan secara kecil-kecilan dijalankan di kawasan zon satu seperti di tepi pantai,

                                                                                           5
muara sungai dan Teluk Brunei. Namun demikian, terdapat juga beberapa nelayan

yang beroperasi lebih jauh ke kawasan laut dalam iaitu di zon dua dan tiga.



              Dalam usaha meningkatkan hasil pendaratan daripada perusahaan

perikanan secara kecil-kecilan, pihak kerajaan telah menggalakkan nelayan-nelayan

untuk menubuhkan syarikat nelayan kecil-kecilan. Penubuhan syarikat ini hanya

dikhususkan kepada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, sesebuah syarikat

boleh menggunakan tenaga asing sebagai buruh perikanan. Ini menunjukkan bahawa

pihak kerajaan juga telah cuba mengembangkan perusahaan kecil-kecilan ke peringkat

komersial. Keadaan ini telah mewujudkan dua kategori dalam perusahaan secara

kecil-kecilan di NBD, iaitu secara persendirian dan secara bersyarikat. Operasi secara

persendirian dilakukan sendiri oleh nelayan, manakala operasi secara bersyarikat pula

dilakukan secara komersial yang lazimnya menggunakan tenaga asing sebagai buruh

perikanan. Syarikat nelayan kecil-kecilan berbeza dengan perusahaan komersial

vesel-vesel enjin dalam. Kebanyakan syarikat ini menjalankan operasi penangkapan

ikan di kawasan zon satu dengan menggunakan antara empat hingga 10 buah bot

perikanan berenjin sangkut.



              Bagi mempastikan perusahaan secara komersial dan syarikat nelayan

kecil-kecilan dapat dilaksanakan, pihak kerajaan melalui bank-bank tempatan telah

memperkenalkan skim bantuan kewangan yang dinamakan Skim Kemudahan

Perusahaan (SKP) dan Skim Kewangan Mikrokredit (SKM) kepada para nelayan untuk

menjalankan perusahaan.       Melalui SKP perusahaan komersial boleh membuat

pinjaman sehingga $1.5 juta, dan sehingga $30 ribu melalui SKM bagi syarikat nelayan

kecil-kecilan dalam pembelian peralatan seperti vesel enjin dalam, bot perikanan, enjin

sangkut, pukat dan sebagainya.



              Langkah seterusnya yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah

memberikan beberapa bantuan kepada pengusaha-pengusaha perusahaan perikanan

                                                                                     6
komersial dan nelayan-nelayan kecil-kecilan. Dalam perusahaan secara komersial,

pihak kerajaan telah membekalkan isi pukat tunda dan lengkung bagi mengurangkan

bebanan pengusaha-pengusaha dalam pembelian pukat daripada pembekal luar yang

hanya dapat membekalkannya dalam jumlah yang banyak.               Selain itu, bagi

memastikan vesel-vesel pukat lengkung dan rawai boleh mendaratkan sumber

perikanan yang lebih banyak pihak kerajaan telah membina beberapa lawa-lawa bagi

memudahkan operasi-operasi penangkapan9 dan membekalkan peti-peti sejuk (cool

boxes) bagi memudahkan penyimpanan hasil-hasil tangkapan.10



              Dalam usaha mengembangkan lagi perusahaan secara komersial, pihak

kerajaan juga telah membuka peluang kepada pemodal dan pengusaha luar negara

untuk menjalankan usaha sama dengan pengusaha tempatan.            Usaha sama ini

diharap dapat mempertingkatkan hasil pendaratan sumber perikanan dan dapat

menyumbangkan faedah-faedah sampingan seperti pemindahan teknologi moden,

mewujudkan peluang pekerjaan dan diharap dapat menembusi pasaran eksport. Dua

buah syarikat daripada Republik Rakyat China iaitu Luen Thai Fishing Venture Limited

dan Shenzhen Haiyuan Co. Limited telah membuat usaha sama dengan syarikat

tempatan iaitu Mas Sugara Fishing Venture Sendirian Berhad dan Semaun Seafood

Sendiran Berhad. Syarikat usaha sama ini telah memulakan operasinya pada tahun

1999 dengan menggunakan vesel pukat tunda, vesel pukat lengkung dan vesel rawai

di zon tiga dan zon empat.11



              Manakala dalam perusahaan secara kecil-kecilan pula, pihak kerajaan

melalui Jabatan Perikanan telah mengambil langkah memperkenalkan kaedah yang

lebih berkesan dan moden seperti peralatan menangkap ikan yang dibina daripada

bahan sintetik dan pukat yang telah siap dibina. Dalam masa yang sama juga, pihak

kerajaan juga memperkenalkan penggunaan bot perikanan yang diperbuat daripada

kaca gentian (fibreglass) yang lebih tahan lama dan selamat.       Selain itu, pihak



                                                                                  7
kerajaan juga telah membenarkan penggunaan treler (trailer) bagi menunda bot

perikanan dari rumah ke jeti penurunan perahu.12



               Langkah seterusnya yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam

membangun perusahaan secara kecil-kecilan ialah melalui pembinaan takat-takat

tiruan yang diperbuat daripada tayar, pelantar minyak yang tidak digunakan, paip

“galvanised’ dan konkrit yang dibentuk menjadi pramida segi tiga.13 Program takat

tiruan ini telah dimulakan semenjak tahun 1985 hingga ke hari ini. Pada masa ini

hampir keseluruhan kawasan sempadan antara zon satu dengan zon dua telah dibina

takat-takat tiruan.   Pembinaan takat tiruan bertujuan bagi menyediakan sumber

makanan, kawasan pembiakan dan perlindungan kepada sumber-sumber perikanan;

membantu nelayan kecil-kecilan untuk meningkatkan hasil tangkapan dan juga

menghindarkan aktiviti-aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda di

kawasan zon satu yang dikhususkan bagi nelayan kecil-kecilan.14              Selain itu,

pembinaan ini juga bertujuan menyediakan kawasan alternatif bagi nelayan-nelayan

kecil-kecilan yang sedikit sebanyak telah terjejas dengan penguatkuasaan undang-

undang larangan menangkap ikan di persekitaran 500 meter daripada pelantar-

pelantar minyak.15



               Bagi mencapai matlamat pembinaan takat-takat tiruan, pihak kerajaan

telah   memperkenalkan    peralatan   elektronik   moden   iaitu   ‘global   positioning

system’ (GPS) dan ‘fish finder’ kepada nelayan-nelayan kecil-kecilan.           Dengan

penggunaan alat ini telah membantu serta menjimatkan masa nelayan untuk menuju

ke kawasan yang produktif.16     Selain itu, pihak kerajaan juga telah memberikan

beberapa latihan dan bengkel kepada para nelayan tentang cara dan kaedah

penggunaan kedua-dua alat tersebut.17 Pada masa ini, hampir keseluruhan nelayan

kecil-kecilan yang menggunakan teknologi menangkap ikan kail, jaul, anjun dan bubu

telah menggunakan alat-alat tersebut dalam operasi mereka.



                                                                                      8
              Selain itu, pihak kerajaan melalui Jabatan Perikanan dengan kerjasama

beberapa institusi luar negara seperti Southeast Asian Fisheries Development Center

(SEAFDEC) telah melaksanakan beberapa penyelidikan stok sumber perikanan dari

semasa ke semasa di kawasan perairan NBD. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk

mengetahui tahap pengeksploitasian sumber perikanan dan mengelakkan kejadian

penerokaan yang berlebihan. Dalam masa yang sama, melalui penyelidikan ini juga

dapat mengenalpasti alat menangkap ikan yang paling sesuai digunakan dalam

pengeksploitasian sumber perikanan.     Hasil daripada penyelidikan ini, telah dapat

membantu pihak kerajaan untuk menggubal dan menguatkuasakan beberapa dasar

dan peraturan dalam operasi-operasi pengkesloitasian sumber perikanan yang

dijalankan di NBD.



              Antara penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan

ialah penggunaan saiz mata pukat berukuran 51 milimeter vesel pukat tunda dalam

perusahaan komersial bagi menggantikan penggunaan saiz mata pukat berukuran 38

milimeter. Penguatkuasaan ini telah dilaksanakan pada tahun 2002 setelah didapati

jumlah pembaziran atau pembuangan anak-anak ikan dan sumber perikanan yang

tidak mempunyai nilai pasaran mencapai purata 70 peratus.18 Sementara itu, pihak

kerajaan akan melaksanakan dan menguatkuasakan moratorium terhadap perusahaan

secara kecil-kecilan yang menjalankan operasi menangkap ikan di zon satu pada 1

Januari 2008. Penguatkuasaan dilaksanakan adalah bagi menangani kepupusan atau

penurunan kira-kira 43 peratus sumber perikanan di zon satu.



              Bagi memudahkan urusan pendaratan sumber perikanan, pihak

kerajaan telah membina dua buah kompleks pendaratan ikan di daerah Brunei Muara

dan daerah Belait bagi kemudahan vesel-vesel enjin dalam. Kompleks-kompleks ini

mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti tempat memunggah ikan, jeti untuk

berlabuh, kilang ais, bilik sejuk, stor pukat dan bangsal membaiki pukat. Manakala

bagi perusahaan secara kecil-kecilan, pihak kerajaan telah membina beberapa buah

                                                                                  9
jeti   tempat   penurunan   perahu nelayan kecil-kecilan.    Sehingga kini, sebanyak

sembilan buah jeti telah dibina di seluruh NBD. Dengan terbinanya jeti-jeti ini telah

memudahkan nelayan kecil-kecilan untuk menurun dan menaikkan perahu.



                Selain itu, pihak kerajaan juga telah membina pusat penyimpanan dan

pengedaran ikan, dan bangunan memproses ikan. Pusat dan bangunan ini dilengkapi

dengan bilik sejuk, bilik dingin, bilik beku dan kawasan memproses ikan. Pembinaan

ini bertujuan menyimpan dan memproses hasil-hasil tangkapan terutama bagi ikan

yang tidak mempunyai nilai pasaran tempatan seperti ikan baja untuk makanan ikan

dalam sangkar. Dengan adanya pusat dan bangunan ini pembuangan ikan-ikan yang

tidak mempunyai nilai pasaran dapat dikurangkan.



                Manakala dari segi urusan pemasaran pula, pihak kerajaan telah

membina beberapa buah pasar ikan di kawasan-kawasan yang strategik seperti di

kawasan jeti penurunan perahu dan di kawasan yang mempunyai penduduk padat.

Pada masa ini, terdapat tujuh buah pasar ikan di NBD iaitu pasar-pasar ikan Gadong,

Jerudong, Muara, Belait, Seria, Tutong dan Bangar. Hampir keseluruhan pasar-pasar

ikan dibina di kawasan yang berdekatan dengan kawasan pendaratan ikan bagi

memudahkan para nelayan menjual atau menghantar hasil tangkapan. Pasar-pasar

ikan ini disediakan beberapa kemudahan asas seperti bangku ikan, peti sejuk

menyimpan ikan dan stor menyimpan alat penyejuk (freezer).



Keberkesanan Pembangunan Perusahaan Perikanan Tangkapan

Secara umum langkah dan strategi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam

membangunkan perusahaan perikanan tangkapan telah dapat mencapai matlamat

utama untuk meningkatkan sumbangannya terhadap KDNK dan meningkatkan hasil

pengeluaran perikanan. Dari segi sumbangan perusahaan perikanan terhadap KDNK

jelas menunjukkan peningkatan yang drastik daripada 12.3 juta pada tahun 1984

kepada 86.4 juta pada tahun 2005 (lihat Rajah 1).

                                                                                  10
                 Manakala dari segi pengeluaran sumber perikanan dalam perusahaan

tangkapan pula meningkat daripada 7,749 tan metrik pada tahun 1991 kepada 16,925

tan metrik pada tahun 2006 (lihat Rajah 2). Walau bagaimanapun, 79 peratus (13,356

tan metrik) daripada jumlah keseluruhan pengeluaran pada tahun 2006 (16,925 tan

metrik) adalah daripada perusahaan secara kecil-kecilan. Berdasarkan kepada rajah

2, menunjukkan bahawa pengeluaran perusahaan secara komersial tidak pernah

mencapai 5,000 tan metrik dan sering mengalami keadaan turun naik. Pengeluaran

tertinggi yang pernah dicapai hanya sebanyak 4,230 tan metrik pada tahun 2007.

Keadaan    ini    berbeza   dengan   perusahaan   secara   kecil-kecilan   yang   hasil

pengeluarannya meningkat lebih kurang 275 peratus daripada 3,569 tan metrik pada

tahun 1991 kepada 13,356 tan metrik pada tahun 2006.       Keadaan ini menunjukkan

keberkesanan strategi pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan hanya

berlaku dalam perusahaan secara kecil-kecilan, tetapi kurang berkesan dalam

perusahaan secara komersial.



                 Faktor utama penyebab kepada kurang berkesannya pembangunan

perusahaan secara komersial adalah disebabkan oleh jumlah vesel-vesel enjin dalam

yang dilesenkan sering mengalami keadaan turun naik. Umpamanya pelesenan vesel

enjin dalam telah meningkat daripada lapan buah pada tahun 1984 kepada 51 buah

pada tahun 2000 hingga 2002 tetapi menurun kembali kepada 29 buah pada tahun

2006 (lihat Rajah 3). Keadaan ini disebabkan oleh beberapa masalah yang dihadapi

oleh pengusaha-pengusaha komersial tersebut.       Antaranya masalah pengurusan,

aliran tunai (cash flow) yang kurang berkesan, dan jumlah operasi yang terhad akibat

kerosakan enjin dan tiada tenaga kerja.19 Selain itu, vesel pukat tunda merupakan

vesel enjin dalam yang paling banyak digunakan di NBD yang 50 hingga 70 peratus

hasil tangkapan daripada vesel ini terpaksa dibuang kerana tidak mempunyai nilai

pasaran.




                                                                                    11
              Manakala keberkesanan strategi pembanguan dalam perusahaan

secara kecil-kecilan dapat dilihat daripada perkembangan yang menggalakkan dalam

perusahaan ini. Perkara ini jelas tergambar daripada peningkatan bilangan nelayan

yang berdaftar, jumlah bot perikanan, jumlah peralatan menangkap ikan yang

dilesenkan dan jumlah syarikat nelayan kecil-kecilan.



              Bilangan nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan telah

bertambah daripada 2,692 orang pada tahun 1984 menjadi 3,840 orang pada tahun

2006.   Walau bagaimanapun      antara 50 hingga 80 peratus        daripada jumlah

tersebut adalah nelayan sambilan yang mempunyai pekerjaan tetap di dalam sektor

awam atau swasta. Misalnya pada tahun 2006 nelayan sambilan berjumlah 2,556

orang berbanding dengan 1,284 orang nelayan penuh masa (lihat Rajah 4).

Pertambahan jumlah nelayan disebabkan adanya penggunaan treler (trailer) seperti

yang dijelaskan di atas.   Dengan penggunaan alat ini, bot perikanan boleh dibawa

balik ke rumah, berbanding dengan sebelum ini bot perikanan ditinggalkan di tepi-tepi

pantai dan akibatnya sering mengalami kecurian.         Disebabkan keselamatan bot

perikanan yang lebih terjamin, semakin ramai penduduk melibatkan diri dalam aktiviti

menangkap ikan terutama pada hujung minggu dan waktu percutian.



              Manakala dari segi jumlah bot perikanan berenjin sangkut yang

dilesenkan juga telah meningkat daripada 1,576 buah pada tahun 1984 kepada 2,186

buah pada tahun 2006. Peningkatan jumlah bot perikanan ini disebabkan adanya bot

yang diperbuat daripada kaca gentian (fibreglass) seperti yang dijelaskan di atas.

Walaupun jumlah bot perikanan berenjin sangkut telah meningkat, jumlah bot

perikanan yang tidak berenjin juga semakin meningkat daripada 11 buah pada tahun

1984 kepada 151 buah pada tahun 2006 (lihat Rajah 5). Peningkatan jumlah bot tidak

berenjin ini adalah disebabkan oleh peraturan yang menghendaki semua bot perikanan

dilesenkan walaupun tidak menggunakan enjin dan rondaan yang kerap dilakukan oleh

pegawai-pegawai penguatkuasa pelesenan untuk memastikan peraturan ini diikuti.

                                                                                  12
                Selain dari bilangan nelayan dan jumlah bot perikanan, jumlah peralatan

menangkap ikan yang dilesenkan juga mengalami peningkatan yang sangat drastik.

Peningkatan ini jelas apabila peralatan menangkap ikan yang dilesenkan pada

tahun1984 berjumlah 4,904 unit telah meningkat kepada 34,460 unit pada tahun 2006.

Peningkatan drastik ini berlaku kepada semua kategori peralatan menangkap ikan

sama ada kategori perangkap, jaring mahupun pancing. Daripada ketiga-tiga kategori

ini, peralatan pancing telah menunjukkan peningkatan yang sangat drastik, daripada

1,555 unit pada tahun 1984 kepada 21,705 unit pada tahun 2006.                  Peralatan

perangkap dan peralatan jaring yang dilesenkan pula telah meningkat dengan masing-

masing berjumlah 1,830 unit dan 1,519 unit pada tahun 1984 kepada 6,986 unit dan

5,769 unit pada tahun 2006 (lihat Rajah 6).



                Peningkatan ketiga-tiga kategori di atas adalah disebabkan adanya skim

bantuan kewangan SKM yang membolehkan para nelayan kecil-kecilan menubuhkan

syarikat nelayan kecil-kecilan.20 Perkara ini jelas apabila jumlah syarikat nelayan kecil-

kecilan yang hanya berjumlah sebanyak tujuh buah pada tahun 1984 telah meningkat

menjadi sebanyak 459 buah pada tahun 2006 (lihat Rajah 7). Dengan peningkatan

jumlah syarikat nelayan kecil-kecilan ini menunjukkan pencapaian pihak kerajaan

dalam usaha mengembangkan perusahaan perikanan ke tahap komersial. Selain itu,

dengan adanya syarikat-syarikat nelayan kecil-kecilan ini juga telah memberi peluang

kepada penduduk tempatan untuk menguasai urusan pemasaran yang sebelum ini

dikuasai oleh peniaga-peniaga berbangsa Cina.        Ini menunjukkan bahawa syarikat

nelayan kecil-kecilan ini bukan sahaja menguasai urusan penangkapan dan

pendaratan, akan tetapi juga urusan pemasaran.          Perkara ini adalah disebabkan

adanya SKM yang membolehkan syarikat nelayan memiliki beberapa buah bot

perikanan dengan menggunakan teknologi moden dan juga memiliki bangku jualan

ikan sendiri.



                                                                                       13
             Namun demikian perkembangan yang sangat menggalakkan dalam

perusahaan secara kecil-kecilan telah memberi kesan yang negatif terhadap potensi

sumber perikanan di kawasan zon satu.        Berdasarkan daripada penyelidikan dan

pemantauan berterusan Jabatan Perikanan NBD mendapati bahawa potensi sumber

perikanan di kawasan zon satu telah menurun kira-kira 43 peratus. Beberapa faktor

telah dikenal pasti menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya keupayaan

menangkap ikan yang berlebihan (fishing effort), penggunaan mata pukat berukuran

antara 6 milimeter hingga 25 meter yang melebihi jumlah had maksimum, banyaknya

penggunaan   alat   bantuan   elektronik   seperti   GPS,   dan    ‘fish   finder’   dan

pengkomersialan perusahaan secara kecil-kecilan melalui syarikat nelayan kecil-

kecilan.21



             Dalam menangani masalah penurunan potensi sumber perikanan

tersebut, pihak kerajaan akan menguatkuasakan “Moratorium Ke Atas Operasi

Menangkap Ikan di Zon Satu” pada 1 Januari 2008.              Langkah-langkah yang

dilaksanakan dalam penguatkuasaan moratorium ialah pemindahan operasi nelayan-

nelayan bersyarikat dari kawasan zon satu ke kawasan zon dua, menempatkan

nelayan-nelayan sambilan yang baru dan pemohon-pemohon bersyarikat di kawasan

zon dua dan pembekuan pengeluaran lesen beberapa jenis peralatan menangkap ikan

yang baru dan telah melebihi had maksimum.22



             Walaupun strategi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam

pembangunan perusahaan perikanan telah dapat meningkatkan hasil pengeluaran

terutama daripada perusahaan kecil-kecilan, namun ia tidak dapat memenuhi

permintaan sumber perikanan di pasar-pasar ikan di NBD.           Berdasarkan Jadual 1

menunjukkan bahawa antara tahun 1984 hingga tahun 2006, 45 hingga 86 peratus

sumber perikanan yang terdapat di pasar-pasar ikan merupakan sumber yang diimport

dari luar.



                                                                                      14
              Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan kekurangan bekalan

sumber perikanan di pasar-pasar ikan di NBD. Faktor pertama, hasil tangkapan yang

didaratkan tidak hanya dihantar atau dipasarkan di pasar-pasar ikan yang terdapat di

NBD, tetapi juga dihantar ke tempat-tempat lain. Antaranya dihantar terus ke pasar-

pasar raya, pondok-pondok jualan kampung, sektor-sektor penyedia sajian (hotel dan

restoran), institusi-institusi kerajaan (hospital, sekolah dan markas tentera) dan

institusi-institusi perniagaan (sektor pemprosesan perikanan, industri minyak dan

syarikat penerbangan).    Pada masa ini, di NBD dianggar terdapat sebanyak 380

tempat pemasaran hasil tangkapan yang didaratkan.



              Faktor kedua, hasil tangkapan yang didaratkan tidak mempunyai nilai

pasaran atau tidak memenuhi cita rasa penduduk NBD.               Keadaan ini telah

menyebabkan NBD membelanjakan lebih $11 juta untuk mengimport sumber

perikanan daripada negeri-negeri jiran (Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan

Labuan) yang sentiasa dapat membekalkan sumber perikanan dengan kos yang

murah.   Perkara ini jelas apabila spesies-spesies sumber perikanan yang paling

banyak diimport merupakan spesies yang mempunyai nilai pasaran tinggi di NBD

seperti ikan tenggiri (narrowbarred spanish mackerel), ikan merah (lutjanidae/luijanus

spp), ikan putih (pampus argenteus) dan ikan rumahan bini (rastrelliger brachysoma).23



Kesimpulan

Dalam usaha memenuhi permintaan tinggi sumber perikanan di NBD, pihak kerajaan

selaku penggerak utama telah melaksanakan beberapa langkah dan strategi

pembangunan perusahaan perikanan tangkapan.          Peranan pihak kerajaan dalam

pembangunan     perusahaan    perikanan   bukan    hanya   terbatas   pada   peringkat

pengeluaran, tetapi meliputi juga pada peringkat pendaratan dan pemasaran.



              Pada peringkat pengeluaran, pembangunan yang dilaksanakan lebih

menjurus kepada pengkomersialan perusahaan perikanan tangkapan dengan memberi

                                                                                    15
bantuan kewangan melalui SKP dan SKM. Melalui skim kewangan ini perusahaan

perikanan tangkapan telah dapat dikembangkan ke peringkat komersial dengan

menggunakan vesel pukat tunda, vesel pukat lengkung, vesel rawai, vesel bubu dan

vesel alat menyelam. Dalam masa yang sama, skim ini juga dapat meningkatkan taraf

perusahaan secara kecil-kecilan ke peringkat komersial melalui penubuhan syarikat

nelayan kecil-kecilan.   Selain itu, pihak kerajaan juga telah membuka peluang

pelaburan kepada pelabur dan pengusaha asing menjalankan usaha sama dengan

penguasa tempatan untuk menjalankan perusahaan perikanan secara komersial. Ini

menunjukkan    dasar terbuka kerajaan untuk memaju dan mengkomersialkan

perusahaan perikanan tangkapan.



              Pada peringkat pendaratan, pihak kerajaan telah membina beberapa

kemudahan tempat mendaratkan hasil tangkapan seperti kompleks pendaratan ikan,

jeti tempat penurunan perahu, pusat penyimpanan dan pengedaran ikan, dan

bangunan memproses ikan. Selain itu, pihak kerajaan juga telah membina beberapa

buah takat tiruan dan lawa-lawa di kawasan-kawasan menangkap ikan bagi membantu

nelayan meningkatkan hasil tangkapan.



              Pada peringkat pemasaran pula, pihak kerajaan telah membina

beberapa buah pasar ikan di kawasan yang berdekatan dengan tempat pendaratan

sumber perikanan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bangku

ikan, peti sejuk menyimpan ikan dan stor menyimpan alat penyejuk (freezer).

Pembinaan ini telah dapat memberi kemudahan kepada nelayan untuk memasarkan

hasil tangkapan yang sebelum ini dikuasai oleh peniaga-peniaga berbangsa Cina.



              Secara umum langkah dan strategi yang dilaksanakan tersebut telah

berjaya meningkatkan perkembangan perusahaan tangkapan.          Namun demikian,

kejayaan ini lebih terserlah dalam perusahaan secara kecil-kecilan sahaja, tetapi

kurang berkesan dalam perusahaan secara komersial yang menggunakan vesel-vesel

                                                                                 16
enjin dalam.    Perkara ini jelas apabila perusahaan secara kecil-kecilan telah

mengalami perkembangan yang menggalakkan dari segi bilangan nelayan yang

berdaftar, jumlah bot perikanan, jumlah peralatan menangkap ikan yang dilesenkan

dan jumlah syarikat nelayan kecil-kecilan.   Berbeza dengan perusahaan secara

komersial yang sering mengalami keadaan turun naik dari segi jumlah vesel yang

didaftarkan yang berpunca daripada beberapa masalah seperti masalah pengurusan,

aliran tunai yang kurang berkesan dan keterhadan waktu operasi menangkap ikan.



               Dengan kejayaan ini terutama dalam perusahaan secara kecil-kecilan

telah dapat meningkatkan sumbangan perusahaan perikanan terhadap KDNK dan

meningkatkan hasil tangkapan yang didaratkan.    Walaupun hasil tangkapan dapat

ditingkatkan ke paras 80 peratus daripada jumlah MSY, namun demikian ia hanya

dapat memenuhi kira-kira 50 peratus daripada permintaan sumber perikanan di pasar-

pasar ikan di NBD.     Keadaan ini telah menyebabkan NBD mengimport sumber

perikanan daripada negeri-negeri jiran.   Ini menunjukkan bahawa walaupun NBD

berjaya meningkatkan pengeluaran sumber perikanannya, namun ia masih belum

dapat memenuhi permintaan sumber perikanan yang sentiasa meningkat setiap tahun.




                                                                                 17
                                                                     Rajah 1
                                                         Nilai Sumbangan Sektor Perikanan
                                                   Terhadap KDNK Pada Harga Semasa 1984-2005

            100

            90                                                                                                                                                                                         86.4

            80                                                                                                                                                                          74.7 76.1

            70

            60
 Juta $ .




                                                                                                                                                                                52.0
                                                                                                                                                                        48.7
            50
                                                                                                                                                43.2            43.5
                                                                                                                                        40.3            39.1
            40                                                                                                           35.7 37.2
                                                                                                          31.9 33.2
            30                                                                                    28.0
                                                                                          25.7
                                                                                  22.9
                                                                          19.4
            20                                                 16.4
                            12.3 13.2 11.8 14.0
            10

             0
                                  1984

                                          1985




                                                                   1988

                                                                           1989

                                                                                   1990

                                                                                           1991




                                                                                                                  1994

                                                                                                                          1995

                                                                                                                                 1996

                                                                                                                                         1997



                                                                                                                                                         1999

                                                                                                                                                                 2000

                                                                                                                                                                         2001

                                                                                                                                                                                 2002

                                                                                                                                                                                         2003



                                                                                                                                                                                                        2005
                                                 1986

                                                        1987




                                                                                                   1992

                                                                                                           1993




                                                                                                                                                 1998




                                                                                                                                                                                                2004
Sumber: Data-data disusun semula daripada Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun 1991-1995,
        1996-2000 & 2001-2005 dan Brunei Darussalam Statistical Yearbook 2005.




                                  Rajah 2
Pengeluaran Sumber Perikanan dalam Perusahaan Perikanan Tangkapan 1991-2006

                                     17000
                                     16000
                                     15000
                                     14000
                                     13000
                                     12000
                  Tan Metrik ..




                                     11000
                                     10000
                                         9000
                                         8000
                                         7000
                                         6000
                                         5000
                                         4000
                                         3000
                                         2000
                                         1000
                                            0
                                                 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
                    Komersial                      0           0      3,203 3,031 3,411 3,898 4,230 4,105 3,009 3,367 3,500 3,306 3,177 3,353 4,176 3,569
                    Kecil-kecilan                  0           0      4,253 5,982 5,004 4,553 2,475 5,764 6,617 5,083 6,843 10,52811,36512,32911,88513,356
                    Jumlah                       7,479 8,050 7,456 9,013 8,415 8,451 6,705 9,869 9,626 8,450 10,34313,83414,54215,68216,06116,925



Sumber: Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
         Darussalam & Jabatan Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan
         Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, Brunei Darussalam Statistical Yearbook 2004 &
         2005

                                                                                                                                                                                                        18
                                                                                       Rajah 3
                                                                Bilangan Vesel Enjin Dalam Yang Dilesenkan 1984-2006

                                                      55

                                                      50

                                                      45


                       .
                       Vesel Enjin Dalam (Unit)       40

                                                      35

                                                      30

                                                      25

                                                      20

                                                      15

                                                      10

                                                      5

                                                      0
                                                           1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
                      Tunda                                 4    4    4    4    5    8    10   11   10   13    17   18   23    26   22   22   21   25   25   20   22   14   16
                      Lengkung                              2    4    7    5    5    3    3    3    3    4     3    1    1     0    1    1    2    2    5    4    4    7    6
                      Rawai                                 2    1    0    1    0    0    2    2    1    1     2    1    3     2    4    5    16   14   12   8    6    8    3
                      Bubu                                  0    0    0    0    0    0    1    2    2    3     2    1    3     2    5    3    9    6    6    5    5    6    2
                      Lain-Lain                             0    0    0    0    0    0    0    2    2    1     2    0    5     2    7    4    3    4    3    2    1    2    2




Sumber: Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
         Darussalam dan Brunei Statistical Year Book (Berbagai-bagai keluaran)




                                                                                           Rajah 4
                                                                          Bilangan Nelayan Yang Berdaftar 1984-2006

                      5000

                      4500

                      4000

                      3500
   .
   Bilangan (Orang)




                      3000

                      2500

                      2000

                      1500

                      1000

                       500

                                                  0
                                                      1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

                                                                                         Penuh masa           Sambilan        Jumlah

Sumber: Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,                                                                                Negara Brunei
         Darussalam.




                                                                                                                                                                            19
                                                                        Rajah 5
                                                   Bilangan Bot Perikanan Yang Dilesenkan 1984-2006

                               4,000



                               3,500



                               3,000



                               2,500
           Bilangan (Unit) .




                               2,000



                               1,500



                               1,000



                                500



                                    0
                                        1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
  Tidak Berinjen                           11   10    8      6     68     9      5     16     8      7     8      5      6      6       6        5       16      6      15      24     380     43    151
  Berenjin Sangkut 1,576 1,124 1,392 1,452 1,202 1,291 1,317 1,799 1,298 1,172 970                                838    710    637     834     852 1,025 1,037 1,391 2,149 3,204 331 2,186




Sumber: Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
         Darussalam dan Brunei Statistical Year Book (Berbagai-bagai keluaran)




                                                              Rajah 6
                                    Bilangan Peralatan Menangkap Ikan Yang Dilesenkan 1984-2006

                     50,000



                     45,000



                     40,000



                     35,000



                     30,000
   .




                     25,000
   Unit




                     20,000



                     15,000



                     10,000



                           5,000



                                0
                                    1984    1985   1986   1987   1988   1989   1990   1991   1992   1993   1994   1995   1996    1997    1998     1999    2000       2001    2002    2003    2004   2005   2006
          Pancing                   1,555 1,828 2,407 2,616 1,656 2,700 2,628 3,005 4,024 4,164 3,679 4,075 3,296 3,746 5,690 6,946 13,302 7,146 20,044 24,279 29,708 9,469 21,705
          Jaring                    1,519 1,211 1,525 1,445 1,420 1,379 1,511 1,428 1,495 1,528 2,055 2,352 1,656 1,632 1,730 1,956 2,826 2,321 3,108 6,913 7,765 2,620 5,769
          Perangkap 1,830 1,745 1,531 1,700 1,516 1,493 1,420 1,554 1,625 1,457 1,516 1,660 1,329 1,516 1,983 2,515 3,243 1,326 4,555 6,953 8,788 1,932 6,986




Sumber: Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
         Darussalam dan Brunei Statistical Year Book (Berbagai-bagai keluaran)


                                                                                                                                                                                                           20
                                                     Rajah 7
                                Bilangan Syarikat Nelayan Kecil-kecilan 1984-2006


                          500

                          450

                          400

                          350

                          300

                          250

                          200

                          150

                          100

                           50

                            0
                                  1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

  Syarikat Nelayan Kecil-kecian    7    10   8    11   15   15   14   11   15   17   23   20   26   30   33   48   69   87   135   124 208   239 459




Sumber: Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,                                                      Negara Brunei
         Darussalam.



                                     Jadual 1
        Jumlah Sumber Perikanan Yang Terdapat di Pasar Ikan di NBD 1984-2006

     Tahun                                      Tempatan                                                            Import
                                       Kilogram          Peratus                                    Kilogram                        Peratus
       1984                            2,133,433           41                                       3,044,603                         59
       1985                            2,401,227           44                                       3,085,356                         56
       1986                            2,186,992           51                                       2,085,264                         49
       1987                            2,071,399           53                                       1,828,467                         47
       1988                            1,548,303           38                                       2,522,662                         62
       1989                            1,826,477           34                                       3,488,624                         66
       1990                            1,864,524           34                                       3,695,127                         66
       1991                            1,569,662           31                                       3,446,605                         69
       1992                            1,684,284           32                                       3,511,640                         68
       1993                            1,726,089           26                                       4,966,688                         74
       1994                             861,782            14                                       5,215,355                         86
       1995                             956,000            15                                       5,225,000                         85
       1996                            1,438,000           25                                       4,336,000                         75
       1997                            1,273,000           24                                       3,934,000                         76
       1998                            1,946,000           37                                       3,283,000                         63
       1999                            2,262,000           45                                       2,752,000                         55
       2000                            1,668,000           38                                       2,690,000                         63
       2001                            1,597,000           35                                       3,026,000                         65
       2002                            2,059,000           40                                       3,087,000                         60
       2003                            2,226,000           45                                       2,668,000                         55
       2004                            2,520,000           51                                       2,428,400                         49
       2005                            2,577,000           53                                       2,288,000                         47
       2006                            2,160,910           55                                       1,760,460                         45

Sumber: Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
         Darussalam dan Brunei Statistical Year Book (Berbagai-bagai keluaran).

                                                                                                                                                  21
Nota Hujung




              22
1
   Ismail Ali, “Sejarah Pembangunan Industri Hiliran Berasaskan Perikanan di Negeri Sabah, 1786-2000”,
Tesis Ph.D, Universiti Malaysia Sabah, 2004. hlm. 1.
2
   Ajamain bin Hj. Sawal, "Future Fisheries Management Strategy for Brunei Darussalam", Master Thesis.
Humberside Polytechnic, 1990. hlm. 1.
3
   Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam,
“Dasar Dalam Pengeluaran Lesen-Lesen Bagi Kapal-kapal Perikanan Komersial di Negara Brunei
Darussalam”, hlm. 1.
4
   Department of Fisheries, Ministry of Industry and Primary Resources, Investment Opportunities in Fisheries
Industries Brunei Darussalam, 2002. hlm. 14.
5
   Sumber Daripada Dayang Ranimah binti Hj Abd Wahab, Ketua Divisyen Perkembangan dan Pengurusan
Perikanan Marin, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara
Brunei Darussalam.
6
   Mohammad Raduan bin Mohd. Ariff dan Amaluddin Bakeri. 1998. “Hubungan Perdagangan Sumber
Perikanan Sarawak-Negara Brunei Darussalam: Kajian Kes Daerah Perikanan Limbang dan Lawas”. JATI.
Bil. 4, Ogos. hlm. 109.
7
   Department of Fisheries, Ministry of Industry and Primary Resources, Brunei Darussalam. 2002, Op cit.
hlm. 16, dan lihat juga Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Brunei.
1991. Rancangan Lima Sudut Meningkatkan Industri Perikanan. hlm. 4.
8
   Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim, Teknologi Menangkap Ikan di Negara Brunei Darussalam, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2007. hlm. 185.
9
    Laporan Tahunan 2002, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
Darussalam. hlm. 74.
10
    Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Brunei, “Suara Perikanan”,
Keluaran 13, Jan-Jun 2006. hlm. 15.
11
   Pelita Brunei, 6 Oktober 1999, hlm. 5, dan lihat juga Borneo Bulletin, 26 November 1999, hlm. 8.
12
   Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim, Op cit. hlm. 189.
13
    Pelita Brunei, 1 Julai 1998, hlm. 12.
14
    Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Brunei, Kejayaan Takat
Tiruan, (tanpa tarikh). hlm. 1.
15
      Laporan Tahunan 2002, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
Darussalam. hlm. 74.
16
     Jawatankuasa Tertinggi Penerbitan Buku Perjalanan Negara Brunei Darussalam Memasuki Alaf Baru,
Perjalanan Negara Brunei Darussalam Memasuki Alaf Baru, Jabatan Percetakan Kerajaan, Brunei, 1999,
hlm. 64.
17
    Borneo Bulletin, 18 June 1998, hlm. 3.
18
     Laporan Tahunan 2002, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
Darussalam. hlm. 75.
19
   Ajamain bin Hj. Sawal, Op cit. hlm. 41-42, dan lihat juga Pelita Brunei, 11 Oktober 1995, hlm. 12.
20
   Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim, Op cit. hlm. 191.
21
   Divisyen Perkembangan dan Pengurusan Perikanan Marin, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian
dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam, “Pelaksanaan “Moratorium” Ke Atas Operasi
Menangkap Ikan Zon 1, Negara Brunei Darussalam”, Jun 2007. hlm. 1-3.
22
   Ibid. hlm. 4.
23
    Temu bual dengan Awang Abdul Hamid bin Haji Zainin, pada 17 November 2007, jam 2.30 petang, di
Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.