MODEL KERAJAAN ISLAM by bce68889

VIEWS: 72 PAGES: 4

									                                                :: PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)


MODEL KERAJAAN ISLAM
Contributed by Dato Haji Harun Taib
Sunday, 07 January 2007



 Muqaddimah Matlamat penubuhan Kerajaan Islam tidak dapat tiada mestilah disandarkan kepada contoh-contoh yang
telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan juga kepada corak pemerintahan Khulafa’urrasyidin yang
telah terbukti berjaya memerintah hampir sepertiga dunia.
       Para pengkaji sejarah samada yang beragama Islam atau sebaliknya memperakui kewibawaan yang telah
ditunjukkan oleh Kerajaan Islam di zaman kegemilangannya. Ramai antara mereka yang mengaitkan kejayaan dunia
hari ini dalam bidang ilmu sains dan teknologi dan falsafah yang berkait dengan ilmu itu sendiri adalah bersumberkan
dari kecemerlangan ilmu yang dicapai oleh umat Islam di zaman keagungannya. Matlamat Model sebuah Kerajaan
Islam yang hendak dirangka mestilah berpakaian kepada asas-asas berikut: - Agama yang menjadi ikutan
- Kerajaan yang berdaulat
- Keadilan sejagat
- Keselamatan awam
- Kerajaan berkebajikan
- Pembangunan ekonomi yang berkekalan
- Kepimpinan yang berpandangan jauh
- Perancangan yang berwawasan akhirat Rangka Perlaksanaan Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat yang
digariskan di atas maka sesebuah Kerajaan Islam mestilah: Menjaga Agama Untuk mencapai tujuan ini beberapa
jabatan untuk menyelaras hal ehwal tarbiyah dan dakwah mestilah diwujudkan. Antaranya ialah Jabatan Dakwah dan
Pendidikan yang bertanggungjawab menetukan sukatan pelajaran yang perlu diikuti oleh institusi-institusi pendidikan
bermula dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi agar setiap individu yang melalui peruses
pendidikan tersebut dapat memahami ajaran Islam yang sebenar dan bersedia menghayati setiap pengajarannya.
Faktor-faktor luaran, sokongan dan sampingan juga penting dalam mempastikan keberkesanan serta kejayaan sesuatu
system yang hendak dilaksanakan. Oleh itu perkara-perkara seperti suasana pembelajaran yang sesuai, peralatan
yang mencukupi dan tenaga yang berkebolehan mestilah diberi penekanan. Pihak kerajaan mesti mampu membuat
ramalan keperluan tenaga mahir pada masa akan datang agar persediaan dapat dibuat lebih awal seperti pemilihan
mata pelajarna dan menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi, tidak sebagaimana yang berlaku sekarang di mana
banyak terjadi kes-kes penganggur kehormat – ada jawatan tiada kerja. Sehubungan dengan ini juga pihak
kerajaan mestilah dapat mengira bilangan keluaran institusi pengajian tinggi dalam setiap bidang yang diceburi agar
pekerjaan yang sesuai dapat disediakan untuk mereka. Pihak kerajaan juga mestilah mengamalkan konsep pendidikan
untuk semua tanpa mengira umur yang mana ianya memerlukan tempat belajar yang mencukupi. Suatu sukatan
minima mestilah digubal agar setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan minima ini. Insentif mestilah diberikan
kepada individu-individu yang berkemampuan untuk membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam semua bidang
agar Dakwah Islamiyyah dapat bersaing dengan mana-mana negeri dalam negara dalam semua bidang. Dalam bidang
dakwah, pihak kerajaan bertanggungjawab memastikan seruan Islam sampai ke seluruh jajahan takluk. Bukan sahaja
menjadi tanggungjawab utama bagi pemerintah untuk memandu rakyat menerima Islam seterusnya memluk Islam tetapi
sekurang-kurangnya ajran Islam mesti sampai kepada setiap individu samada dalam bentuk ilmiyyah mahupun
praktikal. Oleh kerana suasana umat Islam hari ini majoritinya tidak memahami ajaran Islam dengan lengkap, maka
tugas dan skop badan dakwah adalah sangat luas. Kursus-kursus dan seminar-seminar mestilah kerap diadakan agar
semua lapisan rakyat termasuklah yang telah lewat usia serta melepasi umur pengajian berbentuk formal masih dapat
diisikan dengan ilmu-ilmu asas. Jabatan dakwah juga bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada pelancong-
pelancong yang bukan Islam dalam bentuk yang sewajarnya. Pegawai-pegawai kerajaan yang bukan Islam (jika ada)
mestilah juga didedahkan dan ditaklimat dengan system pentadbiran Islam yang sempurna. Memandangkan kepada
tugas yang banyak dan berat di bawah bidang tugas Dakwah, maka tenaga-tenaga mahir dalam bidang berkenaan
(Ulama’) mestilah disediakan secukupnya dan mereka hendaklah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
kemahiran untuk berhadapan dengan golongan sekular dan orang bukan Islam dari berbagai peringkat dan kebolehan
serta berlatar belakang agama yang berbeza. Masjid-masjid dan surau-surau mestilah sentiasa diisi dengan kuliah-
kuliah secara berterusan. Ianya hendaklah disusun secara sistematik agar keseluruhan ilmu Islam itu dapat disebarkan
melalui institusi-institusi yang tidak formal ini. Dengan cara demikian adalah dirasakan syi’ar pneyebaran ilmu
akan bersemarak, masalah buta agama Insyallah akan dapat diatasi. Mengurus perbendaharaan Untuk tujuan ini suatu
jabatan bagi mengawasi kemasukan dan keluaran wang negeri mesti diwujudkan. Ianya bukan sahaja
bertanggungjawab memastikan kesucian dan kebersihan sumbernya tetapi bertanggungjawab juga dalam mengelakkan
berlakunya penyelewengan dalam proses perolehan dan perbelanjaan. Terlebih dahulu pihak kerajaan mesti mengenal
pasti sumber-sumber kewangan dan juga punca-punca yang boleh mendatangkan sumber kewangan serta
menyenaraikan syarikat-syarikat yang urusannya berkait rapat dengan sumber kewangan. Kerajaan mestilah
mengawasi sumber-sumber penting yang menjadi punca utama pendapatan negeri seperti gas dan petroleum, balak,
minyak sawit, sektor pembuatan dan sebagainya. Sejajar dengan matlamat untuk mengembangkan ekonomi secara
berkekalan, pihak kerajaan mestilah juga sentiasa memikirkan alternatif-alternatif sekiranya sumber-sumber utama dan
sektor-sektor utama ekonomi menunjukkan tanda-tanda kemerosotan di samping sentiasa berusaha menambahkan
pendapatan negara. Sebagai contoh, kilang penapis minyak yang sedia ada mungkin suatu hari nanti tidak akan
beroperasi lagi lantaran kehabisan hasil petroleum, tetapi jika kilang tersebut dibina secara besar sehingga dapat
menjadi alternatif bagi negara pengeluar minyak mentah bagi memproses minyaknya, maka kilang tersebut masih
http://www.pas.org.my                           Powered by Joomla!                          Generated: 19 September, 2007, 05:46
                                                :: PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)




mampu menseimbangkan pertambahan ekonomi negeri dan tidaklah menjadi gajah putih setelah kehabisan minyak.
Sektor-sektor pertanian dan perikanan mestilah diusahakan secara lebih meluas agar ianya bukan sekadar untuk
menyara diri pengusahanya sahaja, tetapi ianya juga dapat menyara negeri agar pengaliran keluar wang dalam bentuk
import dapat dikurangkan. Pihak pentadbir kewangan mestilah bijak menasihati kerajaan agar tidak ghairah dengan
peningkatan pembangunan yang mana perbelanjaan seboleh-bolehnya tidak melebihi kemasukan. Setiap projek
ekonomi yang hendak diceburi mestilah mengambil kira masalah umat dan implikasi social dari memikirkan keuntungan
untuk negeri semata-mata. Satu lagi sumber utama kewangan ialah zakat. Pengurusan zakat hendaklah efisyen dan
bersifat professional. Ianya bukan sahaja sebagai sumber kewangan tetapi juga merupakan salah satu Rukun Islam.
Penyempurnaan ibagat ini secara menyeluruh bergantung kepada kecekapan pengurusannya. Pihak kerajaan
hendaklah mengenal pasti mana-mana individu, badan-badan korporat, badan-badan perniagaan dan institusi-institusi
kewangan yang layak membayar zakat dan seterusnya mengambil langkah sewajarnya. Ini adalah kerana ianya bukan
sahaja melibatkan kewangan yang merupakan milik kerajaan dan asnaf-asnaf yang berhak menerimanya, tetapi yang
lebih penting ianya adalah termasuk dalam ruang lingkup amar ma’ruf nahi munkar. Bayangkan Umar bin Abdul
Aziz ianya dapat membiayai segala projek-projek pembangunan negara, membayar kos pengurusan dan dapat
menyediakan modal bagi fakir miskin untuk membuka perniagaan sendiri sehingga tiada lagi yang layak menerima
zakat. Badan ini hendaklah bekerjasama dengan Unit Ibadah untuk memudahkan proses pemungutannya dan juga
dengan Unit Dakwah bagi menyedarkan rakyat tentang kewajipan menunaikannya. Suatu perkara yang menjadi isu
dalam mana-mana pentadbiran ialah masalah imbuhan atau pengajian. Bahagian kewangan perlu membuat kejian
berkenaan perkara ini agar ianya dapat diselaraskan di semua peringkat sesuai dengan keupayaan kewangan negeri.
Antara perkara yang mesti diambil kira ialah kelulusan, bidang tugas, tanggungjawab kerja, tanggungan keluarga, taraf
hidup, had minima keperluan asasi rakyat dan perkara-perkara lain lagi yang difikirkan merupakan faktor dalam
menentukan nilai imbuhan pegawai. Mentadbir urusan Ibadat Dalam melaksanakan urusan ini, pihak kerajaan mestilah
menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan bagi memudahkan rakyat mengerjakannya. Dalam hal sembahyang,
pihak kerajaan mestilah menyediakan tempat ibadat yang cukup beserta dengan imam-imam yang layak untuk
memimpin serta meyampaikan khutbah dengan berkesan agar peringatan mingguan tentang addin itu benar-benar
dapat difahami dan dihayati. Bahagian ini juga bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas mereka yang
meninggalkan sembahyang. Dalam hal puasa, oleh kerana ianya bersifat peribadi, tidak banyaklah tanggungjawab
pihak kerajaan dalam mempastikan perlaksanaannya. Walau bagaimanapun adalah suatu tindakan yang agas wajar
sekiranya pihak kerajaan mengambil inisiatif menyediakan juadah berbuka puasa bagi musafir dan juga faqir miskin
yang tidak berumah kediaman. Berkenaan dengan orang-orang yang meninggalkan puasa seperti juga sembahyang,
suatu badan perlu diwujudkan bagi menanganinya, mungkin juga ianya ditangani oleh unit yang sama seperti kes orang-
orang yang meninggalkan sembahyang dan ibadah-ibadah lain kerana ianya seharusnya bersifat mendidik, bukan
semata-mata menghukum. Berkenaan dengan zakat, perkara ini perlu diambil berat lebih dari yang lain kerana ianya
ada hubungan kemanusiaan atau tanggungjawab social. Setelah penerangan yang secukupnya disampaikan kepada
rakyat, pihak kerajaan mestilah menyediakan tenaga yagn cukup untuk tujuan ini. Badan yang menguruskan zakat
mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk keluar memungutnya jika diperlukan bukannya menunggu pembayar zakat
datang ke pejabat. Oleh kerana harta zakat adalah dalam pelbagai bentuk: wang, hasil tanaman, ternakan, penilaian
barangan emas, perak dan sebagainya, maka satu unit lain perlu diwujudkan bagi menyelaraskan penjagaan, penilaian
serta pembahagiannya. Sementara bahagian yang diperuntukkan kepada kerajaan mestilah ditadbir secara bijaksana
kerana ianya termasuk dalam sumber kerajaan bagi tujuan pembangunan danpengurusan. Manakala pengurusan yang
berkait dengan ibadah haji pula, pihak kerajaan mestilah menyelaras semua perkara-perkara yang berkait dengannya,
bukannya turut sama mengaut untung dari jamaah haji dan menyekat mana-mana orang perseorangan atau syarikat
lain untuk menguruskannya. Pihak kerajaan sepatutnya memudahkan segala urusan yang berkait dengan ibadat haji
dengan memberi dorongan serta menolong mana-mana syarikat (jika diperlukan) dalam usaha untuk mendapatkan visa,
jadual penerbangan ataupun penempatan.
Menegakkan keadilan Tugas menegakkan keadilan ini merupakan suatu tugas yang sangat berat dan penting. Islam itu
sendiri antara lainnya diasaskan di atas dasar keadilan. Tiada keadilan tanpa Islam dan tidak wujud keadilan di luar
Islam. Begitulah besarnya bidang tugas badan yang bertanggungjawab menegakkan keadilan. Antara tugas yang
utama dalam usaha untuk menegakkan keadilan ialah membela puak, golongan atau mana-mana individu yang dizalimi.
  Mahkamah mestilah benar-benar bersifat adil. Dalam hal yang demikian utnuk mempastikan sesuatu kes yang
dihadapkan ke mahkamah itu mendapat pengadilan yang tidak berat sebelah atau tersilap, suatu badan lain perlu
diwujudkan untuk menyiasat yang dipanggil Hisbah. Badan ini juga bertindak mengawasi pasar-pasar supaya tidak
berlaku penipuan dari segi penetapan harga, penukaran barangan dan sebagainya. Jika berlaku perbalahan atau
pertikaian yang diadukan ke pihak berkuasa maka badan yang ditugasksn mestilah melakukan penyiasatan secara
bebas untuk menyelesaikannya secara adil mengikut pandangan Islam. Yang lebih penting dari itu ialah peraturan yang
menjadi pengawal kepada keharmonian hidup bermasyarakat mestilah sebagaimana yang termaktub dalam Kitabullah
dan Sunnah Rasulullah – yakni Hudud, Qisas dan Ta’zir.
Menegakkan keamanan Seperti juga keadilan, keamanan merupakan satu lagi sinonim bagi Islam kerana Islam itu
antara lainnya bererti selamat atau sejahtera. Oleh itu langkah-langkah yang sewajarnya mestilah diambil untuk
memastikan keamanan bagi semua dari sudut social, ekonomi, politik, perundangan, makanan dan tempat tinggal.
Pihak polis yang biasanya ditugaskan untuk menjaga keamanan sesuatu daerah mestilah benar-benar memainkan
peranannya kerana mereka sebenarnya bukan sahaja menjaga keamanan dalam erti kata agar tidak berlaku huru-hara
atau rusuhan, tetapi dalam masa yang sama mereka sedang mempertahankan keluhuran ajaran Islam itu sendiri. Pihak
berkuasa mestilah cekap dalam merisik suasana agar bibit-bibit negatif yang wujud dalam masyarakat yang boleh
menggugat keamanan dapat ditangani segera. Segala unsur-unsur yang dapat mendorong masyarakat untuk
http://www.pas.org.my                           Powered by Joomla!                          Generated: 19 September, 2007, 05:46
                                                :: PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)




memberontak mestilah dilenyapkan, ini bererti segala aduan rakyat tentang apa sahaja mestilah disiasat dan diambil
tindakan yang sewajarnya. Pihak penguatkuasa mestilah bersedia untuk berhadapan dengan mereka dengan penuh
bijaksana melalui proses perundingan agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana musuh Islam wujud
di mana-mana dan akan cuba membuat huru-hara tanpa sebarang sebab yang munasabah. Satu unit perlu wujud untuk
mengadakan kursus-kursus kepada anggota dan pegawai penguatkuasa berkenaan tugas dan tanggungjawab mereka
yang berat ini. Mereka juga mestilah sentiasa diisi dengan ilmu-ilmu agama dan diperingatkan tentang tugas sebagai
amanah kerana mereka terdedah dengan sogokan rasuah dan sebagainya. Termasuk juga dalam ruang lingkup
menjaga keamanan perkara-perkara yang boleh menimbulkan huru-hara sesebuah kerajaan. Segala bentuk ajaran
yang menyeleweng yang biasanya akan mempengaruhi masyarakat secara negatif mestilah dihapuskan segera.
Pengembangan ideology yang bertentangan dengan Islam yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian juga
perlu dibendung. Peluang-peluang pekerjaan hendaklah sentiasa mencukupi ataupun kadar pengangguran mestilah di
tahap minima kerana antara yang menjadi sebab kepada rusuhan masyarakat ialah masalah pengangguran.
Kekurangan makanan juga menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat menentang pemerintah, oleh itu
keselamatan makanan (food security) mestilah dijadikan agenda penting dalam pentadbiran. Masalah perpaduan kaum
juga tidak boleh dipandang ringan dalam sesebuah masyarakat majmuk. Negara kita bukan sahaja bermasyarakat
majmuk dari segi kaum, malah agamanya pun berbeza-beza. Namun dengan keadilan ajaran Islam, jika ianya
dilaksanakan kita yakin bahawa semajmuk mana sesuatu masyarakat sekalipun, keamanan pasti terjamin.
Menjaga kebajikan awam Segala tindakan kerajaan dalam melaksanakan ajaran dan tuntutan Islam mestilah mengambil
kira kemaslahatan awam. Selain dari menjuruskan segala aktiviti social ke arah mengabdikan diri kepada Allah,
kepentingan awam mestilah juga dijaga sebaik-baiknya. Aspek-aspek seperti bantuan kemiskinan, pusat perubatan
awam, biro pengaduan awam, bantuan pendidikan, pembinaan jalanraya, bekalan prasarana yang mencukupi seperti
tenaga elektrik dan air mestilah dijadikan agenda utama dalam urusan pentadbiran dan dapat diselesaikan mengikut
jadual yang ditetapkan. Pihak kerajaan bertanggungjawab mempastikan setiap rakyat memiliki tempat tinggal yang
selesa bersesuaian dengan kemampuan sesebuah keluarga. Pembinaan rumah kos rendah yang mampu dibeli oleh
setiap keluarga yang dikategorikan miskin mestilah dibina dengan cukup. Pengurniaan tanah bagi mana-mana individu
yang mengusahakannya mestilah dilakukan secara adil dan tidak membebankan serta mengikut keperluan sesebuah
keluarga. Keluarga yang besar tetapi hanya bergantung kepada imbuhan sibapa yang masih tidak mencukupi mestilah
diberi bantuan sewajarnya. Mana-mana individu atau keluarga yang tidak ada tempat pergantungan mestilah dikenal
pasti dan dibantu oleh kerajaan. Rumah-rumah atau tempat khas untuk warga tua dan anak-anak yatim yang miskin
hendaklah disediakan dan diberi layanan yang istimewa. Pusat-pusat rawatan perubatan mestilah mencukupi dan
mudah dikunjungi. Skim bantuan perubatan mestilah merangkumi bantuan menggunakan peralatan canggih
dankhidmat pakar agar masalah kewangan tidak menjadi penghalang kepada khidmat perubatan yang sempurna.
Sesuai dengan dasar pendidikan untuk semua, masalah yang berkaitan seperti buku teks, yuran persekolahan, yuran
peperiksaan hendaklah ditangani agar ianya tidak membebani rakyat. Biasiswa hendaklah ditadbir secara berkesan
dan benar-benar membantu golongan pelajar yang kurang mampu dan tidak membebankan mereka setelah tamat
pengajian seperti jadual bayaran balik, kontrak-kontrak dan sebagainya. Masalah kemudahan asas seperti
pengangkutan awam, jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air mestilah benar-benar berbentuk kebajikan yang
menjadi tanggungjawab kerajaan. Bayaran-bayaran seperti tol jalan, tariff elektrik dan air seharusnya tidak dijadikan
sebagai sumber pendapatan negeri. Tidak ada maknanya dikategorikan sebagai keperluan asas jika masih terdapat
golongan rakyat yang tidak mempu menikmatinya. Selain dari kemudahan-kemudahan asas yang dinyatakan di atas,
satu lagi bentuk kebajikan yang mesti dilaksanakan ialah kebajikan pegawai-pegawai kerajaan. Beberapa keistimewaan
dan insentif hendaklah disediakan kepada individu-individu yang berkorban menegakkan pemerintahan Islam samada
buruh kasar, tenaga pengajar, anggota keselamatan, pegawai kolar putih dan golongan pentadbir. Samada ianya
dinamakan skim pencen atau gratuity. Ianya seharusnya memastikan kelangsungan hidup sesebuah keluarga setelah
khidmatnya ditamatkan kerana usia atau hilang keupayaan. Untuk menambahkan keselesaan hidup, kerajaan juga
hendaklah menyediakan skim pembelian mudah kepada pegawai kerajaan dengan cara bayaran bertangguh tanpa
cengkeram dan sebagainya. Institusi kewangan hendaklah menyediakan skim bantuan seperti skim gadaian atau
hutang perniagaan dalam bentuk hutang yang tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan. Pihak kerajaan seharusnya
memberi galakan kepada mana-mana individu yang mempunyai potensi untuk berniaga atau membuka perusahaan
dengan memberi pinjaman dalam bentuk yangmudah. Pemberian tender-tender hendaklah diagihkan secara adil dan
peluang-peluang perniagaan dalam sektor berat seperti perkilangan dan pembuatan hendaklah dibuka kepada rakyat
umum bukannya dibolot oleh pihak-pihak kerajaan yang dikendalikan oleh kroni-kroni pemerintah sahaja. Kebajikan
untuk golongan muda hendaklah diambil berat juga. Tenaga penggerak pembangunan ramai di kalangan para belia.
Pusat-pusat Latihan Kemahiran hendaklah disediakan bagi menyediakan para belia dengan berbagai kemahiran.
Langkah ini bukan sahaja dapat menjuruskan para muda-mudi ke arah kerja-kerja bermanfaat, tetapi juga ia akan
menambah peroduktiviti negeri dan seterusnya menjamin ke arah kehidupan yang sihat. Tempat-tempat yang menjadi
kunjungan para belia hendaklah disediakan. Kemudahan seperti padang-padang bola, kolam renang, lapang sasar
sukan memanah, gelanggang-gelanggang badminton, sepak takraw, bola tampar, seni mempertahankan diri dan
seumpamanya hendaklah mencukupi.
Ada pendapat mengatakan jika rosak belia maka rosaklah negara dan jika baik belia maka baiklah masa depan negara.
Sebagai langkah awal, pihak kerajaan mestilah mengenal pasti golongan muda-mudi yang rosak akhlak mereka seperti
yang terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah, lepak dan sebagainya supaya dikumpul dan diberi pengisian yang
sesuai agar diri mereka dapat dibaiki. Bagi golongan yang berpotensi tinggi pula seperti yang bersyaksiyyah tinggi,
berlatar belakang agama yang baik serta berkelayakan mencukupi hendaklah dikaderkan di pusat-pusat Tarbiyah dan
Kepimpinan agar bakat kepimpinan yang ada pada mereka sentiasa diasah.
http://www.pas.org.my                           Powered by Joomla!                          Generated: 19 September, 2007, 05:46
                                                 :: PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)




Mewujudkan jentera pentadbiran yang berkeupayaan Matlamat ini adalah lainnya ialah untuk memastikan kelangsungan
kerajaan Islam. Tanpa jentera kerajaan yang berkeupayaan, bila-bila masa ianya boleh dipermaikan oleh pihak musuh
atau pihak pembangkang yang mengakibatkan kejatuhannya. Pegawai-pegawai kerajaan juga mestilah berkeupayaan
menangkis segala tohmahan-tohmahan musuh samada dengan cara berhujah dalam majlis-majlis dialog atau dalam
bentuk penulisan. Masyarakat kini yang semakin meningkat dari sudut keintelektualannya sentiasa menilai keupayaan
pihak pemerintah menyusun jentera pentadbiran dalam melaksanakan dasar-dasar yang digariskan. Yang lebih penting
dari tanggungjawab di atas ialah penyebaran ajaran Islam dan perlaksanaan system pemerintahan Islam itu sendiri.
Islam yang maha lengkap ini benar-benar memerlukan tenaga yang berkeupayaan tinggi untuk memastikan segala
tuntutan Islam terhadap sesebuah kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadi apa yang sebenarnya
diperlukan ialah ‘Ulama’ yang intelektual dan intelek yang ‘alim’. Tugas yang dipikul oleh
para pegawai kerajaan bukan sahaja sekadar mengetahui hukum hakam tetapi dapat mengaplikasikannya dalam era
moden dan era globalisasi. Isu-isu yang timbul mestilah dapat dianalisa dari sudut agama dan dikatikan dengan
kehendak dan aspirasi Islam. Dengan ini maka masyarakat yang selama ini ragu-ragu dengan keupayaan Islam sebagai
ugama yang sesuai untuk sepanjang zaman, pasti akan memperakui adaptabilitinya. Olej kerana jentera kerajaan terdiri
dari pegawai-pegawai yang sedia ada, yakni ‘Ulama’ yang kurang terdedah dengan ilmu-ilmu keduniaan
dan para professional yang tidak mempunyai asas agama yang mencukupi, maka banyaklah kursus-kursus yang
diperlukan untuk melengkapkan segala kekurangan. Mungkin juga mereka diperlukan mendapat diploma dalam satu
jangka masa yang tidak begitu panjang yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi secara separuh masa (part time),
luar kampus (off kampus) atau jarak jauh (distant learning). Antara langkah lain yang patut diambil ialah mengenal pasti
tenaga professional yang sedia ada di semua peringkat dan menugaskan mereka di tempat yang sewajarnya. Jika
sesuatu bidang yang memerlukan penyelesaian segera dan pihak kerajaan masih tidak dapat menyediakan tenaga
yang diperlukan maka pakar-pakar dari luar negara mestilah diundang di samping menghantar pegawai-pegawai untuk
menjalani kursus jangka pendek di luar negara Penguasa-penguasa kerajaan tempatan di peringkat daerah-daerah
hendaklah dipilih dari pegawai-pegawai yang benar-benar boleh menjalankan tugas sebagai seorang yang
bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tanah, kemajuan dan keselamatan kampung, keperluan
semasa masyarakat dan mestilah juga mampu mentadbir hal ehwal keamanan dan keharmonian daerah yang
ditadbirnya.
Pegawai yang bertanggungjawab secara langsung kepada Setiausaha Kerajaan Negeri ini juga perlulah juga
mengetahui potensi ekonomi yang terdapat di daerahnya untuk dimaju dan dikembangkan dan seterusnya dilaksanakan
 projek-projek pembangunan untuk menampung keperluan pekerjaan masyarakat setempat dan juga untuk menambah
kekuatan ekonomi negeri.
CABARAN DAN HALANGAN Antara halangan yang besar dalam usaha untuk melaksanakan pemerintahan secara
Islam dalam sesebuah negeri ialah kekangan dan peruntukan perlembagaan. Semua telah maklum bahawa mana-
mana undang-undang atau akta yang hendak diluluskan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah
 dengan sendirinya terbatal dan kita juga sedia maklum bahawa undang-undang tertinggi negara ialah Perlembagaan
Persekutuan, bukannya Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Namun saya yakin bahawa di bawah peruntukan
Pentadbiran Kerajaan Negeri (Jadual 9) yang membenarkan Kerajaan Negeri mentadbir Undang-undang Syariah,
masih ada ruang untuk merealisasikan model yang dirangka. Pihak Perundangan dan Guaman Parti telah meneliti dan
membuat cadangan sebagaimana yang terdapat dalam kertas kerja yang dilampirkan. Halangan kedua ialah
kekurangan tenaga professional. Ramai yang menyangka bahawa jama’ah kita masih kekurangan tenaga
professional kerana system pentarbiyahan kita kononnya tidak dijuruskan ke arah itu. Namun saya berpendapat,
dengan mengikuti perkembangan-perkembangan semasa dan usaha-usaha pengkaderan yang dilaksanakan selama
ini, keperluan tenaga professional yang diperlukan dalam jentera kerajaan negeri adalah mencukupi. Masalah ketiga
adalah bekalan tenaga mahir. Oleh kerana kemahiran yang kita perlukan dalam mentadbir kerajaan dan melaksanakan
dasar-dasar kerajaan yang memerintah secara Islam adalah berlainan dari maksud kemahiran yang difahami dalam
pentadbiran sekular, maka tenaga mahir yang sedia ada dirasakan masih tidak mencukupi. Pihak kerajaan memerlukan
sedikit masa untuk menyediakannya. Tenaga-tenaga yang berpotensi akan dilatih di pusat-pusat kemahiran secara
intensif dan Insya’Allah masalah ini akan dapat diatasi.
PENUTUP
Kita yakin bahawa rahmat ALLAH datang bersama dengan penundukkan seorang atau kaum atau negara terhadap
segala perintah-Nya walaupun dalam pelaksanaannya tiada seorang pun yang dikenakan hukuman – yang
pentingnya undang-undang itu berkuatkuasa.

Insya’allah dengan beberapa langkah yang dicadangkan dan berbekalkan pegawai yang ikhlas ingin melihat
kejayaan system pemerintahan Islam serta cita-cita luhur para pendokong perjuangan Islam yang sentiasa mendoakan
kejayaan Islam dan umatnya dan sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk, model kerajaan
Islam yang ditasawwurkan akan dapat direalisasikan.




http://www.pas.org.my                            Powered by Joomla!                           Generated: 19 September, 2007, 05:46

								
To top