Docstoc

Loceng Amaran Dunia

Document Sample
Loceng Amaran Dunia Powered By Docstoc
					                                                                                                     1


                              Loceng Amaran Dunia
                                           Jakaria Dasan
Prof. Dr. Tadashi Nagai bukanlah suatu nama terkemuka dalam dunia sasterawan, ekonomi mahu pun
politik. Beliau adalah seorang Dekan Program Radiologi di Fakulti Perubatan University of Nagasaki yang
hanya dikenali selepas dentuman maha hebat di Nagasaki pada detik 9 Ogos 1945. Beliau dikenali dan
diiktiraf dunia sebagai pejuang keamananan dari Negara Jepun melebihi tokoh tersohor dunia seperti
Martin Luther King dari Amerika Syarikat, Nelson Mandela dari Afrika Selatan dan lain-lain lagi.
Walaubagaimana pun disebabkan oleh sastera Jepun yang kurang mendapat publisiti di kalangan
pembaca yang berorientasikan bahasa Inggeris maka kisah mengenai Dr. Tadashi Nagai ini hanya dapat
diketahui jika membaca sebuah buku yang diterjemahkan oleh seorang penulis barat bertajuk “The Bells
of Nagasaki.” Dan kisah beliau akan dapat lebih diselami jika anda berada di Urakami, Nagasaki, Jepun.
Berdasarkan pada kisah beliau yang dibukukan dan lawatan ke Nagasaki, Jepun baru-baru ini, bahana
dan impak sebiji bom berukuran tiga setengah meter panjang dengan ukurlilit 60 cm mengakibatkan
kematian 73,884 orang secara serta merta dan 74,909 cedera parah dan meninggal dunia tidak lama
selepas itu, hanya kerana mereka berada pada jarak 4 km di mana pusat jatuhnya bom atom itu.


Pada ketika bom atom meletup di ketinggian 500 meter di udara daerah Urakami, Nagasaki. Dr. Tadashi
Nagasaki sedang berada di Wad Radiologi bersama beberapa orang pelajarnya di University of Nagasaki
yang terletak kira-kira 400 meter dari pusat di mana bom atom itu jatuh ke bumi. Pada jam 11:02 pagi,
9.8.1945, ledakan bom atom plutonium “Fatman” (sempena gelaran yang diberikan kepada Winston
Churchill) di udara Nagasaki telah menghasilkan suatu tenaga luar biasa kuatnya dengan kelajuan 2,000
meter per saat menghancurkan dan memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya. Tenaga ini
membawa bersamanya haba yang cukup panas, sepanas 9,000°F membakar segala yang ada hingga
menyebabkan apa sahaja yang berada di permukaan bumi atau tidak terlindung dari impaknya akan
mati atau musnah serta merta. Dr. Tadashi Nagai, yang terselamat di sebabkan oleh penghadang
makmalnya berjaya keluar dari bawah timbunan konkrit bangunan University of Nagasaki yang musnah
teruk itu. Beliau bersama-sama beberapa orang rakan dan pelajar yang terselamat sebaik sahaja
tersedar dari kejutan maha dasyat itu telah melakukan satu usaha mulia yang tidak mungkin dapat
menyamai apa sahaja usaha mulia yang dilakukan pada hari ini. Selain memberikan bantuan perubatan,
beliau dan rakan-rakan serta beberapa orang penuntut University of Nagasaki telah memberikan
semangat untuk meneruskan kehidupan mereka yang kehilangan orang tersayang di sisi. Hinggakan
                                                                                                     2


kesihatan dan nyawa mereka sendiri menjadi taruhan disebabkan terdedah kepada ancaman radiasi dan
gangguan emosi yang amat mencabar dengan menyaksikan keadaan ribuan mayat-mayat yang
bergelimpangan selain mendengar rintihan mangsa-mangsa yang cedera parah, yang kemudiannya
hanya untuk berterusan menderita dan meninggal dunia satu persatu. Begitu tragik dan tragisnya
kematian kesan dari ciptaan fizik yang dicetus oleh Albert Einstein dan kemudiannya dikembangkan oleh
Leo Szilard, ahli fizik yang mengesyorkan kepada Presiden Rooselvelt (Amerika Syarikat) bagi
membangun tenaga bom atom untuk kegunaan ketenteraan.


Sejarah penggunaan bom atom ini adalah berpunca daripada keputusan yang ditetapkan oleh pemimpin
tiga kuasa besar yang terdesak mengakhiri Perang Dunia Kedua selepas Jerman berjaya ditewaskan.
Harry S. Truman (Amerika Syarikat), Joseph Stalin (Soviet Union) dan Winston Churchill (Great Britain)
telah bertemu di Berlin dan bersetuju agar ‘ujikaji’ bom atom dilakukan ke atas beberapa buah bandar di
Jepun. Peristiwa yang berlangsung di runtuhan Kota Berlin pada 15 Julai 1945 ini dikenali sebagai
“Postdam Declaration.” Sejurus sebelum pertemuan yang diatur secara tergesa-gesa itu, Truman lebih
dahulu mendapat perkhabaran dari para saintisnya (ahli-ahli fizik) iaitu Robert Oppenheimer, Arthur H.
Campton, E.Om Lawrence, dan Enrico Fermi mengenai kejayaan ciptaan bom yang telah diletupkan di
Los Alamos, Almogordo, New Mexico. Empat bandar telah dipilih untuk dibom; Hiroshima, Kokura,
Niigata dan Nagasaki. Walaubagaimana pun, hanya dua bandar sahaja yang akhirnya menderita akibat
malapetaka tersebut, Hiroshima dan Nagasaki. Nagasaki seharusnya terselamat akan tetapi disebabkan
oleh awan tebal yang meliputi bandar Kokura, maka kapal pengebom “Bockscar” menukar arah haluan
bukan ke Niigata tetapi ke Nagasaki, iaitu pelan alternatif jika Bockscar menghadapi kesukaran. Sekali
lagi dirakamkan bahawa bom itu sepatutnya jatuh di atas markas senjata Nagasaki yang terletak agak
jauh dari Urakami, tetapi kerana tiupan angin yang agak kuat maka bom itu akhirnya tersasar ke
Urakami, kawasan berhampiran University of Nagasaki.


Itu adalah tempat di mana Tadashi Nagai dan kakitangan serta penuntut-penuntut universiti sama sekali
tidak menjangkakan bahawa hari itu adalah hari dimana mereka tidak lagi sempat mendengar loceng
amaran sepertimana hari-hari sebelumnya. Loceng yang sepatutnya membunyikan amaran, terhumban
jauh bersama-sama dengan sisa segala makhluk yang mendiami bumi Urakami pada masa itu. Tadashi
menceritakan bagaimana sekumpulan penuntut sedang menggali lubang untuk suatu eksperimen
bersama-sama dengan seorang professor yang mengetuai eksperimen itu. Profesor dan seorang
penuntutnya berada di dalam tanah yang telah digali, bergilir-gilir menghulurkan tanah yang digali
                                                                                                      3


kepada rakan-rakan mereka yang berada di atas. Profesor dan penuntut yang berada dalam lubang itu,
sebelum pengsan, sempat melihat bagaimana tubuh rakan-rakan mereka yang berada di atas terbang
melayang seperti kapas yang ditiup kipas angin yang maha deras hingga tidak terhitung derasnya.
Mereka terselamat kerana berada dalam lubang yang hampir tertimbus keseluruhannya itu.


Pada ketika itulah masyarakat dunia khususnya ahli fizik terpaksa menelan kepahitan kemajuan
pembangunan yang telah dibuat dalam bidang ini yang menyebabkan dua buah bom yang hanya bersaiz
tiga setengah meter berupaya melenyapkan 100,000 nyawa di Hiroshima (6.8.1945) dan 73,884 nyawa
di Nagasaki SERTA-MERTA. Anda bayangkanlah, apa agaknya kesan 50,000 hingga 100,000 senjata
nuklear kepada kehidupan dunia sejagat iaitu bahan letupan yang jauh lebih “berkualiti” dari bom atom
setelah 62 tahun (1945-2007) kajian mendalam dibuat oleh seluruh kuasa besar dunia sejak peristiwa
hitam Nagasaki. Sejauhmanakah keikhlasan pemimpin-pemimpin ‘kuasa besar’ menghapuskan program
nuklear mereka? Sejauhmanakah kebenaran bahawa kuasa nuklear hanya semata-mata untuk
penggunaan teknologi semata-mata? Sejauhmanakah kepastian kita bahawa negara kecil dan miskin
yang ada didunia ini tidak mampu memilikinya jika di kalangan rakyat mereka itu ada juga ahli fizik yang
berjasa di Negara luar dan pada masa yang sama membangunkan secara sembunyi ‘sedikit’ untuk
persediaan Negara asalnya. Ini bukanlah spekulasi umum tetapi adalah berdasarkan kepada persepsi
“kemungkinan.” Setelah membaca “The Bells of Nagasaki” berdasarkan pengalaman Tadashi Nagai dan
berpijak di bumi Nagasaki anda akan tersentuh dan terdorong untuk merenung secara mendalam
persoalan ini.


Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, seorang profesor bidang fizik, ketika bersama dalam lawatan ke
Nagasaki, meluahkan perasaan sedih dan hibanya bagaimana penemuan oleh “rakan-rakan fiziknya” itu
telah mengubah maksud dan tujuan sebenar bidang fizik iaitu untuk memberi kehidupan yang lebih baik
dan bukannya menyebabkan kematian yang amat perit kepada diri dan keluarga mereka yang
mengalami kesan negatifnya. Beliau sebagai profesor akademik dan ahli fizik amat tersentuh dengan
penderitaan yang dikupas mendalam dalam buku “The Bells of Nagasaki” iaitu sebuah tulisan yang
dihasilkan dari luahan kehancuran jiwa dan perasaan Prof. Dr. Tadashi Nagai. Menyentuh mengenai
fenomena pemanasan dunia (global warming), beliau menyatakan bahawa keadaan ini juga mungkin
akan menyebabkan berlakunya kemusnahan dasyat yang serupa, jika tidak ada usaha-usaha
membendung punca-puncanya. “Pemanasan dunia telah menyebabkan perubahan cuaca yang kerap
dan sukar diramal. Impaknya kepada kesihatan manusia sukar dikesan dan suatu waktu, akan datang
                                                                                                      4


musibah yang berbentuk fizikal seperti banjir besar, tanah runtuh, dan lain-lain bencana alam yang tidak
terfikir akan berlaku.” Dalam syarahan umum beliau bertajuk “Climate Change and the Energy
Challenge” yang diadakan pada 18 Disember 2007 bertempat di UMS pada bulan Disember lalu, Prof
Datuk Dr Mohd Noh Dalimin membentangkan bahawa “natural greenhouse effect” bertanggungjawab
menyebabkan suhu mukabumi berada pada level yang membolehkan manusia masih mampu mendiami
bumi ini dengan selesa. Natural greenhouse effect adalah dihasilkan oleh hutan menghijau dan pelbagai
sumber alam semulajadi yang masih wujud terpelihara dan tidak dimusnahkan. Ia berjaya menghalang
bahang suhu panas dunia dari secara langsung mengancam hidup manusia. Namun demikian, dalam
keadaan kita meyakini bahawa tidak ada lagi ledakan bom atom yang telah ditambahbaik ‘kualitinya’
untuk memusnahkan sumber alam semulajadi ini, kita tidak dapat lari dari ancaman yang disebabkan
oleh aktiviti-aktiviti manusia.


Universiti adalah suatu institusi yang boleh berperanan sebagai medan untuk menimbulkan kesedaran
perihal pentingnya memelihara keamanan dunia sejagat ini, termasuklah memulihara alam yang kian
tercemar dan mula kelihatan lesu dimamah usia. Ilmu yang ditimba hendaklah difokuskan kepada usaha
menyedarkan manusia bahawa dunia ini ibarat suatu badan yang walau dimana pun kawasannya, jika
berlaku kerosakan di kawasan itu, akan turut memberi impak kepada kawasan lain di dunia. Suatu waktu
pembakaran yang tidak terkawal di hutan Negara jiran umpamanya menyebabkan jerebu menyelubungi
Negara kita. Siapa sangka Tsunami yang berpusat di Acheh menyebabkan ada keluarga yang kehilangan
insan tersayang di Malaysia dan Negara lainnya. Bongkol ais yang mula mencair di kutub utara
menyebabkan berlakunya perubahan geografi yang ketara. Dan pada 11 Januari 2008, sebagaimana
dilaporkan dalam akhbar bahawa buat pertamakalinya Baghdad mengalami pengalaman saljinya buat
kali yang pertama, pelik tapi benar. Artikel ini tidak bermaksud untuk membangkitkan kerisauan, kerana
dalam mana-mana agama pun disebut bahawa suatu hari akan berlaku suatu kemusnahan dunia yang
maha dasyat. Cuma apakah usaha-usaha yang telah kita lakukan dalam sama-sama mempastikan agar
saat itu tidak berlaku pada masa jangka hayat kita, keluarga kita, anak cucu kita. “Universiti Malaysia
Sabah melalui Institut dan Pusat Penyelidikan yang ditubuhkan seperti Institut Biologi Tropika dan
Pemuliharaan, Institut Biologi dan Penyelidikan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Pusat Kajian Alga
Bahaya, Pusat Bahan dan Mineral, Pusat Bencana Alam, Pusat Kajian Primate Borneo, Pusat Remote
Sensing dan GIS, malah Pusat Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan adalah merangkumi aspek-
aspek pengkajian mengenai usaha ke arah memulihara alam sejagat,” tegas Prof. Datuk Dr. Mohd Noh
Dalimin.
                                                                                                      5




Sejarah Nagasaki (dan Hiroshima) merupakan lembaran hitam dalam dunia bilamana manusia yang tidak
berdosa lesap begitu sahaja di mukabumi yang jauh dari berlakunya sengketa. Ratusan ribu nyawa
melayang di atas paras 500 meter (letupan menggunakan kiraan masa atau ‘remote control’) di kedua-
dua bandar Hiroshima dan Nagasaki. Pada masa yang sama pemanasan global yang keterlaluan kini
sedang menghampiri manusia dan bakal mendekati jarak 500 meter yang sama. Persamaan ini
seharusnya menyedarkan manusia bahawa loceng di Nagasaki hanya terhenti seketika tatkala bom atom
jatuh di Nagasaki pada 9.8.1945 jam 11:02 pagi, tetapi loceng itu masih terus berbunyi sehingga kini dan
mungkin akan terhenti selamanya jika pemanasan gobal menembusi jarak 500 meter di atas paras bumi.
Semasa disaat akhir kematiannya, Prof. Dr. Takashi Nagai menyebut mengenai pentingnya manusia
seluruh dunia hidup harmoni dan memelihara keamanan dunia sejagat, menyayangi jiran dan
mempastikan tumbuh-tumbuhan dan seluruh isi alam ciptaan Tuhan tidak dimusnahkan sesuka hati.
Beliau yakin bahawa kemusnahan yang melebihi kuasa bom atom (nuklear) di Nagasaki selepas itu, tidak
akan mampu dicatat atau dibukukan manusia selepas itu.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:57
posted:4/1/2010
language:Malay
pages:5