JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Document Sample
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN Powered By Docstoc
					SULIT
Perdagangan
Kertas 1
Ogos
2003
1 jam


                     JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

                            PEPERIKSAAN PERCUBAAN

                         SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2003



                                PERDAGANGAN

                                    Kertas 1

                                    Satu jam




       JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


   1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

   2. Jawab semua soalan.

   3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan.




Portal Pendidikan Utusan 2004                              1
1 Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan penghargaan/
  A Melengkapkan diri dengan kemahiran dan kecekapan
  B Meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri
  C Menerima penghormatan daripada orang lain
  D Memberi dorongan dan galakan kepada diri

2
             •   Mengecat
             •   Memasang tayar
             •   Memasang enjin
             •   Memasang cermin tingkap

    Pembahagian tugas di atas dilakukan di sebuah kilang kereta di Shah Alam.
    Apakah jenis pengkhususan tersebut?
    A Pengkhususan antarabangsa
    B Pengkhususan mengikut proses
    C Pengkhususan mengikut kawasan
    D Pengkhususan mengikut profesion

3          Setiap firma mengeluarkan hasil keluaran yang
           berbeza antara satu sama lain untuk memenuhi
           keperluan dan kehendak pengguna


    Jenis pengeluaran di atas merujuk kepada
    A pengeluaran langsung
    B pengeluaran ekstraktif
    C pengeluaran tak langsung
    D pengeluaran perkhidmatan

4 Seseorang itu mesti terlibat dalam perdagangan jika ia melibatkan diri dalam
  perniagaan.
  Antara berikut, yang manakah paling tepat menerangkan pernyataan
  tersebut?
  A Kedua-duanya bermotifkan keuntungan
  B Kedua-duanya memerlukan bantuan kerajaan
  C Kedua-duanya memerlukan bantuan perniagaan
  D Kedua-duanya membolehkan barangan diagihkan




Portal Pendidikan Utusan 2004                                                    2
5                  •   Bekalan barang berlebihan di pasaran
                   •   Harga barang menjadi tidak stabil
                   •   Barang menjadi rosak

    Antara berikut, yang manakah menyebabkan timbulnya masalah-masalah di
    atas?
    A Pengeluar tidak dapat mengagihkan barangan dengan segera
    B Pengeluar tidak menjalankan promosi secara intensif
    C Pengeluar menghasilkan barangan secara berlebihan
    D Pengeluar menghadapi masalah pergudangan

6 Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan kerajaan memberi
  pelepasan cukai kepada perniagaan?
  I   Menggalakkan eksport bahan mentah tempatan
  II Menggalakkan penggunaan pekerja tempatan
  III Menggalakkan pelaburan dalam perusahaan tertentu
  IV Menggalakkan penempatan perusahaan di kawasan tertentu
  A I, II dan III
  B I, II dan IV
  C I, III dan IV
  D II, III dan IV

7 Mengapakah peruncit kecil-kecilan lebih suka mendapatkan stoknya daripada
  pemborong bayar dan bawa?
  A Pemborong menawarkan harga yang murah
  B Pemborong menyediakan perkhidmatan serahan
  C Peruncit boleh membeli barang secara kredit
  D Peruncit boleh membeli beraneka jenis dan jenama barang

8                  •   Stok dibeli secara pukal oleh ibu pejabat
                   •   Stok yang dijual adalah sama dari segi
                       kualiti harga, jenama dan pembungkusan

    Pernyataan di atas merujuk kepada
    A Kedai sejaras
    B kedai tunggal
    C kedai koperasi
    D kedai serba ada




Portal Pendidikan Utusan 2004                                                 3
9 Antara berikut, pasangan manakah menunjukkan perbezaan antara
  pemborong jober para dan pemborong satu barisan?

          Pemborong jober para                 Pemborong satu barisan
     A Menjual pelbagai jenis          Menjual satu jenis barang sahaja
       barang
     B Memastikan stok sentiasa        Memastikan stok dibekalkan apabila
       mencukupi                       dipesan
     C Menerima keuntungan             Menerima komisen sebagai ganjaran
       sebagai ganjaran daripada       daripada jualan barang
       jualan barang
     D Memastikan aktiviti promosi     Memastikan aktiviti promosi dijalankan
       dijalankan oleh pemborong       oleh peruncit.

10    Antara berikut, yang manakah menyebabkan peranan pemborong
      disingkirkan?
      I    Penubuhan kedai runcit
      II Penubuhan kedai sejaras
      III Kemunculan jualan langsung
      IV Kemunculan peruncit besar-besar
      A I, II dan III
      B I, II dan IV
      C I, III dan IV
      D II, III dan IV

11    Maklumat di bawah berkaitan dengan urus niaga yang dilakukan oleh Puan
      Hasiah.

       Harga mesin basuh                  :   RM2 200
       Wang pendahuluan                   :   RM 200
       Tarikh belian                      :   6 September 2002
       Tarikh bayaran                     :   20 September 2002
       Syarat pembayaran                  :   10% 5 hari
                                              5% 15 hari
                                              2 % 30 hari

      Hitungkan jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Hasiah.
      A RM1 800
      B RM1 900
      C RM1 960
      D RM2 000




Portal Pendidikan Utusan 2004                                                   4
Soalan 12 memerlukan pilihan jawapan seperti berikut:

          Pilihan                   Pernyataan 1               Pernyataan II
             A                          Betul                      Betul
             B                          Betul                     Salah
             C                         Salah                      Salah
             D                         Salah                       Betul

12   I    Dalam teknik pemasaran hasil pertanian, promosi dijalankan secara
          bergabung antara pengeluar.
     II   Dalam teknik pemasaran keluaran perindustrian, pengiklanan secara
          intensif dan bersaing diperlukan.

13
               •    Dokumen ini dihantar oleh syarikat perkapalan kepada pihak
                    lembaga pelabuhan yang menerima barang-barang untuk
                    dihantar
               •    Dokumen ini juga dihantar untuk memintanya memuatkan
                    barang-barang ke dalam kapal

     Dokumen yang diterangkan di atas ialah
     A Pemberitahuan Panggil Datang
     B Waran Limbungan
     C Nota Perkapalan
     D Resit Nakhoda

14   Antara berikut, urus niaga yang manakah merupakan eksport tak nyata
     Malaysia?
     I   Syarikat Speed membeli komponen komputer dari Jepun
     II Encik Karim membuat pelaburan di Switzerland
     III Pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan
     IV Mercy menghantar sekumpulan doktor ke Iraq
     A I dan II
     B I dan III
     C II dan IV
     D III dan IV




Portal Pendidikan Utusan 2004                                                    5
15
                       Koperasi Sameba Bhd.
                 Modal         : RM150 000
                 Lebihan        : RM47 000
                 Rizab         : RM 8 000
                 Jumlah belian tahunan
                 ahli         : RM390 000

     Pernyataan di atas berkaitan dengan Koperasi Sameba Bhd. pada tahun
     2002.
     Berapakah rebat atas langganan koperasi tersebut?
     A RM0.02 dalam seringgit
     B RM0.10 dalam seringgit
     C RM0.12 dalam seringgit
     D RM0.38 dalam seringgit

16   Mengapakah milikan tunggal mudah ditubuhkan?
     A Diurus oleh pemilik
     B Modal yang besar
     C Saiz perniagaan yang kecil
     D Peraturan dan dokumentasi yang sedikit

17
             •    Mengumpulkan modal daripada ahli-ahlinya menerusi
                  penjualan syer
             •    Menjalankan perkhidmatan yang terhad sahaja
             •    Melindungi kepentingan dan kebajikan ahlinya


     Antara berikut, bank manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas?
     A Bank Simpanan Nasional
     B Bank Rakyat Malaysia Berhad
     C Bank Bumiputera-Commerce Berhad
     D Bank Pembangunan Malaysia Berhad

18               Tuan Hj Baharom, kontraktor binaan di Mersing.
                 Beliau menghadapi masalah aliran tunai untuk
                 membayar gaji pekerjanya seramai 10 orang.


     Apakah jenis pembiayaan bank yang sesuai dipohon oleh beliau?
     A Pinjaman
     B Overdraf
     C Kad kredit
     D Kredit berdokumen




Portal Pendidikan Utusan 2004                                              6
19   Berikut merupakan unsur-unsur yang terdapat di dalam insurans
     konvensional kecuali
     A faedah
     B perjudian
     C ketidakpastian
     D pembahagian keuntungan

20   Ganti rugi dalam insurans biasanya diberi dalam bentuk berikut:
     I   Memberi polisi insurans secara percuma
     II Membaik pulih kenderaan yang rosak
     III Membina semula sebahagian bangunan yang musnah
     IV Mengganti barang yang hilang dengan wang tunai
     A I, II dan III
     B I, II dan IV
     C I, III dan IV
     D II, III dan IV

21
                   Adalah dimaklumkan melalui radio bahawa
                   pendaftaran calon bagi peperiksaan SPM akan
                   ditutup pada 22 Mei 2003

     Pernyataan di atas, merujuk kepada
     A iklan kolektif
     B iklan memujuk
     C iklan bertanding
     D iklan penerangan

22




     Antara berikut, media pengiklanan yang manakah sesuai bagi mengiklan
     keluaran di atas?
     A Peragaan tingkap
     B Kenderaan awam
     C Van serahan
     D Sampel




Portal Pendidikan Utusan 2004                                               7
23




     Gambarajah di atas merujuk kepada lesen pembawa.
     Antara berikut, lori manakah yang mematuhi pelesenan tersebut?
     A Lori persendirian yang mengangkut muatan 1 000 kg.
     B Lori persendirian yang mengangkut muatan 2 500 kg.
     C Lori sewa yang mengangkut muatan 1 000 kg.
     D Lori sewa yang mengangkut muatan 2 500 kg.

24
                                PERNIAGAAN EMAS AYU




     Gambar rajah di atas merujuk kepada Perniagaan Emas Ayu.
     Apakah kelebihan yang diharapkan oleh perniagaan tersebut daripada
     perkhidmatan kurier?
     A Barang sampai ke destinasi dengan cepat
     B Barang sampai ke destinasi dengan selamat
     C Perkhidmatan yang berisiko rendah
     D Perkhidmatan terdapat di bandar-bandar besar

25   Antara jenis-jenis perniagaan berikut, yang manakah berkemungkinan
     menggunakan kad jawapan perniagaan?
     A Gedung aneka jabatan
     B Kedai sejaras
     C Pesanan mel
     D Pasar raya




Portal Pendidikan Utusan 2004                                             8
26               •   Perkhidmatan telefaks
                 •   Perkhidmatan teleks


     Antara berikut, yang manakah merupakan persamaan kedua-dua
     perkhidmatan komunikasi di atas?
     I   Menghantar maklumat secara lisan dengan cepat
     II Mengirim dan menerima maklumat sepanjang hari tanpa pengawasan
     III Kedua-dua perkhidmatan disediakan oleh Telekom Malaysia
     IV Mengirim mesej bercetak di dalam dan di luar negeri
     A I, II dan III
     B I, II dan IV
     C I, III dan IV
     D II, III dan IV

27   Bagaimanakah pergudangan dapat mengelakkan barang daripada
     mengalami kerosakan dan pembaziran?
     A Membolehkan barang-barang diawet, didingin bekukan, dibungkus dan
        distor dengan sempurna
     B Menyediakan ruang dan memastikan penerusan proses pengeluaran
        dalam kilang
     C Mengawal pengeluaran barang berdasarkan penawaran dan permintaan
        pasaran
     D Mengawasi barang keluar dan masuk oleh pihak kastam

28   Di antara berikut, pemilik gudang yang manakah harus menandatangani
     suatu perjanjian dengan pihak kastam?
     A Gudang kerajaan
     B Gudang peruncit
     C Gudang berlesen
     D Gudang pengilang

29
               Encik Imran sentiasa membuat pembayaran kepada
               pemiutang syarikat mengikut tarikh dan syarat yang telah
               dipersetujui.

     Berdasarkan kenyataan di atas, apakah nilai-nilai keusahawanan yang
     dimiliki oleh Encik Imran?
     A Menepati janji
     B Mengambil risiko
     C Bertanggungjawab
     D Berpandangan jauh




Portal Pendidikan Utusan 2004                                              9
30
                                Borang B

     Borang B merujuk kepada
     A Borang Perakuan Pendaftaran
     B Borang Pendaftaran Penutupan Perniagaan
     C Borang Pendaftaran Penubuhan Perniagaan
     D Borang Pendaftaran Perubahan Perniagaan

31   Berikut ialah butir-butir yang dipetik daripada buku-buku akaun Perniagaan
     Gemilang pada 31 Disember 2002.

                                                                (RM)
      Stok Januari 2002                          1 650
      Jualan                                     25 000
      Belian                                     13 650
      Insurans kedai                                200
      Diskaun jualan                                350
      Air, elektrik, telefon                        215
      Diskaun belian                                300
      Komisen diterima                              150
      Stok 31 Disember 2002                        5 250

     Hitungkan untung bersih bagi Perniagaan Gemilang.
     A RM13 735
     B RM14 635
     C RM14 735
     D RM14 950

32
             X                                          Mengurus kewangan

                                   PENIAGA


                                                           Mengawal risiko
          Memimpin dan                                      perniagaan
        mengurus kakitangan


     Dalam gambarajah di atas, X ialah
     A mengurus stok
     B mengurus pelaburan
     C mengurus maklumat
     D mengurus pelanggan


Portal Pendidikan Utusan 2004                                                     10
33   Antara berikut, pasangan manakah menunjukkan perbezaan antara syer
     biasa dan syer keutamaan?
                   Syer Biasa                     Syer Keutamaan
     A Pemegang syer adalah pemilik Pemegang syer adalah pemiutang
         syarikat                       syarikat
     B Dividen syer adalah bersifat     Dividen adalah tidak kumulatif kecuali
         kumulatif                      dinyatakan sebaliknya
     C Pemegang syer biasa              Pemegang syer keutamaan
         menanggung risiko kerugian     menghadapi risiko kerugian yang
         yang tinggi                    kurang.
     D Kadar dividennya adalah tetap Kadar dividen bergantung kepada
                                        keuntungan syarikat

34   Encik Ramlan mempunyai milikan syarikat dalam Syarikat Ram Era
     Sdn.Bhd.

     2 000 syer keutamaan 6%, RM2 sesyer
     5 000 syer biasa RM1 sesyer
     RM6 000 debentur 6%

     Syarikat mengisytiharkan 10% dividen ke atas syer biasa. Hitungkan jumlah
     pendapatan Encik Ramlan daripada pelaburannya.
     A RM 240
     B RM 500
     C RM 740
     D RM 1 100

35   Apakah sumbangan industri desa terhadap perkembangan ekonomi
     negara?
     A Meningkatkan pengimportan barang pengguna
     B Memperluaskan penggunaan sumber tempatan
     C Menggalakkan persaingan antara jenis industri
     D Membantu proses pengeluaran barang ringan

36   Mengapakah industri desa mendapat pulangan yang sedikit sedikit sahaja?
     A Pasaran yang terhad
     B Kadar cukai yang tinggi
     C Manipulasi harga orang tengah
     D Barang-barang kurang berkualiti




Portal Pendidikan Utusan 2004                                                    11
37   Antara agensi kerajaan berikut, yang manakah memberi bantuan
     pengeluaran kepada industri desa?
     I   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
     II Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
     III Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
     IV Lembaga Pemasaran Pertanian dan Persekutuan (FAMA)
     A I, II dan III
     B I, II dan IV
     C I, III dan IV
     D II, III dan IV

38   Mengapakah pengguna perlu dilindungi?
     A Pengeluar tidak tahu hak pengguna
     B Pengeluar mengutamakan keuntungan
     C Pengeluar memerlukan sokongan pengguna
     D Pengeluar lebih berkuasa daripada pengguna

39    Encik Prakash, pemilik Kedai Runcit Jaya di Taman Melati. Beliau telah
      membeli gula dalam kuantiti yang banyak setelah mendengar berita
      bahawa kerajaan akan menaikkan harga gula mulai minggu hadapan.
      Beliau menghadkan perjualan gula setakat 2 kg kepada pengguna.

     Perbuatan Encik Prakash telah menyalahi …………
     A Akta Perihal Dagangan 1972
     B Akta Kawalan Bekalan 1973
     C Akta Kawalan Harga 1946
     D Akta Kontrak 1974

40   Etika Amalan perniagaan menggariskan tanggungjawab penjual terhadap
     pelanggan seperti berikut:
     I    Menjual barang yang bermutu
     II Mengadakan promosi yang jujur
     III Menyediakan kemudahan perubatan
     IV Melakukan timbangan dan sukatan yang tepat
     A I, II dan III
     B I, II dan IV
     C I, III dan IV
     D II, III dan IV


                                KERTAS SOALAN TAMAT




Portal Pendidikan Utusan 2004                                                  12