KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2009 Sekolah by cit19873

VIEWS: 926 PAGES: 5

									          KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2009
                     Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
                                     Negeri Melaka


1) PENDAHULUAN
Peperiksaan SPM 2009 telah dijalankan pada 18 November hingga 16 Disember 2009
yang lalu di 116 buah pusat peperiksaan, bertambah 6 buah pusat. Seramai 15,292
orang calon di negeri Melaka telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan berbanding
14,692 orang pada tahun sebelumnya iaitu pertambahan seramai 650 (4.25%) orang.


                JENIS CALON                       BILANGAN      PERATUS

                Sekolah KPM                          13319        87.10

                MRSM                                  794          5.19

                Sekolah Swasta                        97           0.63

                Persendirian Perseorangan            1082          7.08

                                       Jumlah        15292         100



2) PENGGREDAN BARU SPM 2009.

Mulai tahun 2009, sistem penggredan baru telah diperkenalkan dalam peperiksaan SPM
untuk membezakan pencapaian calon yang memperolehi keputusan yang cemerlang
tertinggi. Melalui sistem ini, pencapaian calon dilaporkan secara lebih terperinci melalui
gred-gred berikut:
                 Jadual 3 Perbandingan Gred Baru dengan Gred Lama

               Gred Baru                           Gred Lama
      A+ (Cemerlang Tertinggi)
      A   (Cemerlang Tinggi)                1A                Cemerlang
      A- (Cemerlang)                        2A
     B+ (Kepujian Tertinggi)                   3B
     B   (Kepujian Tinggi)                     4B
     C+ (Kepujian Atas)                        5C                   Kepujian
     C   (Kepujian)                            6C
     D   (Lulus Atas)                          7D
     E   (Lulus)                               8E                     Lulus
     G    (Gagal)                              9G                     Gagal


3) PENCAPAIAN SPM 2009 NEGERI MELAKA.

   a) Layak Sijil SPM
      Seramai      12278    (92.92 %) pelajar daripada 13214 pelajar Sekolah Kementerian
      Pelajaran di negeri Melaka yang menduduki peperiksaan berjaya mendapat sijil SPM
      (lulus Bahasa Melayu) iaitu 2.12% mengatasi peratus lulus nasional.


                           Keputusan     Nasional , %    Melaka , %      Beza

                           Layak Sijil      90.8           92.92         +2.12



   b) Cemerlang (Semua A)


Sistem penggredan baru SPM telah dapat memperincikan lagi kecemerlangan calon apabila
diperkenalkan gred yang lebih tinggi daripada gred 1A. Gred A+ ialah gred Cemerlang
Tertinggi yang mana calon-calon yang memperoleh gred ini adalah merupakan mereka yang
berada dalam kumpulan 90% ke atas, berbanding calon-calon yang lain.
Perincian bagi bilangan calon sekolah Kementerian Pelajaran yang mendapat A bagi
semua mata pelajaran yang diambil adalah seperti berikut:


                Pencapaian.                   2009          2008.               2007
                Semua A+                   12 (0.09%)          -
                Semua A+ dan A             82 (0.62%)     84 (0.67%)          35 (0.29%)
                Semua A+, A dan A-         215 (1.63%)    175 (1.39%)     153 (1.24%)
                Jumlah                     309 (2.34%)    259 (2.05%)     188 (1.53%)




                                                                                       Muka Surat 1
         Pecahan terperinci bagi pencapaian gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata
         pelajaran yang diduduki adalah seperti berikut:



                               Keputusan    Bil.Pelajar


                                 12A+            1

                                 11A+            8
                                 10A+            8
                                  9A+            9
                                Jumlah          26



4) PENCAPAIAN SEKOLAH


Bersesuaian Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia yang memberi keutamaan kepada meluaskan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan dengan sub-NKRA ketiga merujuk kepada Sekolah
Berprestasi tinggi dan KPI ke 4 KPPM yang merujuk pencapaian pelajar berdasarkan Gred
Purata Nasional pada peringkat SPM, Pencapaian sekolah dibahagikan kepada 4 kategori
iaitu:

                   Kategori Sekolah        Gred Purata Sekolah (GPS)
                   Cemerlang                              0 – 2.25
                   Baik                               2.26 – 4.50
                   Memuaskan                          4.51 – 6.75
                   Berpotensi                         6.76 – 9.00


Analisis pencapaian Sekolah Kementerian Pelajaran di Negeri Melaka menunjukkan:
    1. Sebanyak 19 buah Sekolah Kementerian Pelajaran di Negeri Melaka telah mencapai
         keputusan 100% layak sijil.
    2. 37 buah sekolah telah melahirkan pelajar-pelajar yang mencapai gred cemerlang A
         (A+,A, A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil meningkat sebuah berbanding
         tahun sebelumnya. 5 Buah sekolah mencapai peratus calon cemerlang (semua A)
         melebihi 10% iaitu:




                                                                               Muka Surat 2
                     NAMA SEKOLAH                    SEMUA A (A+,A,A-)
                                                      BIL      %
                     SM SAINS MUZAFFAR SHAH           33      23.91
                     SBP INTEGRASI SELANDAR           28      21.37
                     SMK INFANT JESUS CONV.           36      15.38
                     SMK ST FRANCIS                   25      12.89
                     SMK GAJAH BERANG                 33      12.04


     3. Kesemua 73 buah Sekolah KPM di negeri Melaka mencapai GPS kurang 6.75
        dimana 2 buah sekolah dalam kategori Cemerlang, 17 buah dalam kategori       Baik
        dan 54 buah sekolah dalam kategori Memuaskan. Tiada sekolah di negeri Melaka
        dalam kategori Berpotensi. Dua buah sekolah kategori Cemerlang di negeri Melaka
        ialah SM Sains Muzaffar Shah dan SM Berasrama Penuh Integrasi Selandar.


           Kategori Sekolah   Gred Purata Sekolah (GPS)     Bilangan Sekolah
            Cemerlang
            (Excellence)                  0 – 2.25                    2
            Baik
            (Good)                    2.26 – 4.50                     17
            Memuaskan
            (Moderate)                4.51 – 6.75                     54
            Berpotensi
            (Potential)               6.76 – 9.00                   tiada
            JUMLAH                                                    73


GPN Melaka bagi SPM 2009 adalah 5.21 iaitu meningkat 0.13 berbanding SPM 2008 (5.34)
dan juga mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.13.


               Gred Purata         2007              2008          2009
               Nasional                              5.51          5.34
               Melaka              5.42              5.34          5.21




5)      PENCAPAIAN MATA PELAJARAN

     Calon-calon SPM 2009 negeri Melaka menduduki sejumlah 79 mata pelajaran dimana

           42 mata pelajaran telah mencapai 100%.


                                                                               Muka Surat 3
      31 mata pelajaran mengatasi nasional

      37 mata pelajaran sama dengan pencapaian nasional dan

      11 mata pelajaran di bawah pencapaian nasional

   a) Pencapaian Mata Pelajaran Negeri Melaka Berbanding Nasional.

   Bagi peperiksaan SPM terdapat 7 Mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
   Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Mathematics dan Science.
   Semua mata pelajaran teras mencatat peratus lulus melebihi 70% dan mengatasi
   nasional diantara 0.9% hingga 4.1% manakala 6 mata pelajaran teras mengatasi
   nasional pada peringkat gred cemerlang A (A+, A, A-) diantara 0.4% hingga 3.4%
   kecuali mata pelajaran science.




Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Melaka
11 Mac 2010




                                                                         Muka Surat 4

								
To top