INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN 22200 BESUT, TERENGGANU TEL 09

Document Sample
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN 22200 BESUT, TERENGGANU TEL 09 Powered By Docstoc
					                                                                                                LAM-PT-07-02

                      INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN                                TEL : 09-6957012
                      22200 BESUT,                                                         09-6957021
                      TERENGGANU                                                           09-6957029
                                                                                     FAX : 09-6957429

                                                          Ruj. Kami : IPSMB.TR(KA)0001/Jld.7(            )
                                                          Tarikh    : 16 Disember 2008
Kepada
Semua Pelajar Baharu KPLI,KPLI LPBS j-QAF
Ambilan Januari 2009

Saudara/Saudari,

Pendaftaran Pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah Dan KPLI LPBS J-QAF Ambilan Januari
2009 Institut Perguruan Sultan Mizan Besut.

Merujuk kepada perkara di atas, tahniah diucapkan kepada Saudara/saudari kerana ditawarkan untuk
mengikuti kursus tersebut.

2. Sehubungan dengan itu, sekiranya tawaran tersebut diterima maka saudara/saudari dikehendaki
melaporkan diri di Institut ini seperti butiran berikut:

           Tarikh    :   12 Januari 2009 (Isnin)
           Jam       :   8.30 pagi hingga 11.30 pagi
           Tempat    :   Dewan Bendahara, Institut Perguruan Sultan Mizan,
                         Besut,Terengganu.

3.     Bersama-sama ini disertakan maklumat berikut untuk tindakan saudara/saudari selanjutnya:

          3.1    Kit Pendaftaran BOR-PT07-01 hingga 06.
          3.2    Bayaran Yuran Pendaftaran sebanyak RM300.00 di bayar melalui Kiriman
                 Wang(money order) sahaja, kepada Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan,
                 Besut, Terengganu.
          3.3    Arahan kepada pelajar baharu
          3.4    Dokumen-dokumen berkenaan

4.   Saudara/saudari diingatkan supaya membawa semua sijil-sijil/dokumen asal dan enam (6)
salinan yang telah disahkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




(DR MAZNAH BT ABD SAMAD)
Pengarah,
Institut Perguruan Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.

s.k.
       1. Tim Pengarah
       2. Fail HEP
       3. Fail Timbul

                                                                                Kie/hep/panggilan




Februari 2008