Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Get this document free

Leukemia [Kanser Darah]-Mastika Sept2008

VIEWS: 1,184 PAGES: 4

									Ya Tuhan, Janganlah Engkau Ambil Anak Kesayanganku…
“Sabarlah Kak Uda” pujuk Dr. Haslina sambil memeluk sepupunya. “Ceritalah apa yang berlaku. Maafkan Has kerana tak dapat bantu masa Kak Uda perlukan Has”. “Bila Has balik?” Tanya Leman, suami Huda. “Pagi tadi,” jawab Dr. Haslina. Sambil teresak-esak Huda menceritakan kisah anak tunggalnya, Liza. Sudah hampir 6 tahun berkahwin dan 3 kali keguguran barulah mereka dikurniakan cahaya mata pertama. Liza merupakan pelengkap kebahagiaan rumah tangga mereka dan sememangnya Liza amat dimanjakan kedua ibubapanya. Tetapi kini buah hati mereka berdua berhadapan saat genting yang dia sendiri tidak mengerti. “Sebulan yang lalu akak mula nampak badan Liza dipenuhi lebam, terutamanya di bahagian tulang belakang dan kaki. Akak dan Abang Leman berasa hairan dan terus tanya penjaga TASKA tempat kami menghantarnya. Manalah tahu dia didera oleh pekerja atau kanak-kanak lain di situ. Beberapa hari kemudiannya, semasa salin lampin Liza, akak perasan apabila jari akak terkena badannya, bahagian tersebut terus menjadi merah dan lebam. Tapi taklah sangka apa-apa. Baru-baru ni, kami balik kampung, dia mula demam dan batuk-batuk. Semua orang tegur sebab Liza nampak pucat dan lesu. Kami bawa dia ke klinik di situ. Dua tiga hari lepas tu, nampak macam dah sembuh tetapi kemudian demam panas balik, kali ni lagi teruk. Muka Liza naik macam tanda-tanda, bukan lebam tapi macam ruam panas yang lebar kemerahan”. “Balik KL, kami bawa dia ke klinik. Dia diberi ubat lagi. Doktor kata mungkin demam campak. Hati akak tak sedaplah sebab dalam sebulan dua, Liza selalu nampak letih dan tak seaktif macam dulu, bila tidur malam asyik berpeluh. Itu yang akak telefon Has. Nasib baik Has suruh bawa Liza ke hospital. Doktor kata kalau dibiarkan lagi boleh membawa maut. Setelah ambil darah dan menjalankan pemeriksaan, Dr. Siti beritahu yang Liza menghidap…kanser darah,” kata Huda dengan nada tersekat menahan sebak. Berlinangan air mata Dr. Haslina melihat anak kecil yang baru berusia 2 tahun. Jauh beza rupa Liza hari ini berbanding dengan 6 bulan lepas di mana kali terakhir Dr. Haslina bertemunya. Badannya kurus, muka cengkung, pucat, bawah matanya membengkak. Perutnya pula agak buncit. Ya Allah, apakah dosa anak sekecil ini, menderita sakit yang tiada penawarnya... “Has, sebagai pakar sakit kanak-kanak, apa harapan Liza untuk hidup?” Tanya Leman. “Panjang atau pendek umur seseorang hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu tetapi mutu hidup Liza memang akan terjejas, tidak seperti kanak-kanak lain. Kanser darah atau leukemia di kalangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sekarang. Di Malaysia ia merupakan kanser utama yang dihidapi kanak-kanak. Masalah penyakit-penyakit kanser di Malaysia agak membimbangkan. Buat masa ni, ia merupakan sebab keempat penyebab

kematian di Malaysia. Setiap tahun, lebih kurang 30 ribu kes kanser dilaporkan,” kata Dr. Haslina sambil mengeluh panjang. “Macam mana Liza boleh kena kanser? Orang kata kanser penyakit keturunan tetapi tiada pula ahli keluarga kita yang menghidap kanser” tanya Huda. “Kanser ada pelbagai jenis dan banyak faktor boleh menyebabkannya. Baru-baru ini semasa Kak Uda call Has, Has sedang mengikuti satu seminar di U.S mengenai kanser di kalangan kanakkanak. Dikatakan kebanyakan kanser kanak-kanak besar kemungkinannya berlaku akibat terdedahnya ibu kepada bahan kimia beracun semasa mengandung. Produk kecantikan muka yang kita gunakan setiap hari, syampu rambut, bedak dan sabun mandian, ke semuanya mengandungi bahan beracun yang boleh menyerap melalui kulit kepala, muka dan badan, masuk ke dalam darah dan merosakkan organ badan seperti jantung, otak dan paru-paru. Kimia beracun ini juga boleh merosakkan sel dan menjadikan ketumbuhan luar biasa mengakibatkan kanser”. “Macam mana pulak syampu rambut boleh merbahaya?” Tanya Huda tiba-tiba. “Kebanyakan syampu mengandungi bahan amat merbahaya seperti SLS (Sodium Lauryl Sulphate), SLES (Sodium Laureth Sulfate), Stearalkonium Chloride, Diethanolime (DEA), Triethanolamine (TEA), Monoethanolamine (MEA), Disodium Laureth Sulfosucinate, Lauamide MEA, Cocamide DEA, Cocamide MEA, DEA PEG Stearates yang boleh menyebabkan kanser otak, kanser darah, rambut keguguran dengan banyak, radang kulit kepala dan kerosakan mata. “Bila Has dah cakap macam tu, ni ha...cuba tengokkan syampu dan produk kecantikan Kak Uda ni,” kata Leman sambil menunjukkan beg kecil penuh dengan produk rambut serta produk kecantikan milik isterinya. “Abang Leman risaulah, semenjak 6 bulan kebelakangan ni Kak Uda kamu ni selalu sakit kepala, muntah-muntah, lemah badan, penglihatan kadangkala kabur dan sudah beberapa kali pitam. Ada kenamengena dengan pelbagai produk yang Kak Uda kamu ni pakailah ya?” tanya Leman risau. “Kak Uda perhatikan label kandungan pada produk-produk tu, memang terdapat bahan-bahan yang saya sebutkan tadi. Berhentilah dari menggunakan barangan ni semua Kak Uda, penuh dengan kimia beracun. Bukan takut mati tapi sanggupkah kita menanggung derita bertahun-tahun, sanggupkah kita melihat orang tersayang menderita dan kita tak berdaya berbuat apa-apa?” kata Dr. Haslina dengan nada kesal. “Habis tu, apalah akak nak pakai Has? Ada ke pilihan lain? Has, guna apa?” Tanya Huda dengan sedih. “Has guna jenama Zai’s Beauty Formula. Semenjak di universiti lagi Has dah gunakan, hmm...hampir 18 tahunlah, sebab kebetulan ramai pensyarah tempat Has belajar menggunakannya. Produk ini paling selamat kerana langsung tidak menggunakan bahan kimia. Tiada pewangi, pengawet dan penyatu. Lagipun, Zai’s Beauty Formula, menggunakan 100% herba dan cara pembuatan produk ini menggunakan kaedah penapaian. Penciptanya Dr. Tunku Zaidar kawan baik Dr. Siti yang berjumpa akak di HUKM tempoh hari. “Dah lamakah produk ini, mana nak beli? Akak risau sebab tengoklah kepala akak dah hampir botak Has. Dahlah Liza jadi begini, akak pula selalu sakit,” kata Huda dengan amat sedih. “Jangan bersedih sangat kak, kebetulan esok saya akan ke Salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula. Nanti Has bawa akak sama. Di situ akak boleh mendapat khidmat nasihat bagaimana nak memulihkan keadaan kulit kepala akak. Di sana mereka mempunyai perawatan dan produk dari hujung rambut ke hujung kaki,” kata Dr. Haslina sambil tersenyum. “Mahalkah Has?” Tanya Huda. “Tak, mereka akan tanya kemampuan kita dan mengesyorkan apa yang terdaya kita beli,” terang Dr. Haslina.

“Huda, janganlah berkira sangat, nanti abang akan tolong tambahkan sedikit duit kalau duit Huda tak cukup. Dengan keadaan ekonomi macam sekarang, harga barang semuanya naik, kan lebih baik utamakan kesihatan. Tengok aje keadaan Huda, asyik tukar produk kecantikan, tukar produk rambut, kulit muka bertambah rosak, rambut bertambah gugur, kesihatan semakin terganggu, kan lebih banyak berbelanja untuk baik pulih semula. Dan kalau sakit pulak lagi teruk, kerja terganggu, nasib tak baik diberhentikan kerja kerana selalu bercuti...lagi susah kita semua nanti. Kan lebih baik guna produk yang selamat dan sudah terbukti tidak merosakkan kulit dan tidak menjejaskan kesihatan,” panjang lebar leteran Leman kepada isterinya. “Betul juga cakap abang. Nanti Has bawa akak ke Zai’s Beauty Formula ya?” Tanya Huda. Dr. Haslina tersenyum tanda setuju. Rujukan: www.ewg.org http://dailynews.co.za/index.php?fArticleId=4477026 http://www.cdc.gov/niosh/ipcs/ipcs0502.html http://www.drgreene.com/21_1862.html http://www.maspo.org.my/index.php?page=article&item=3
Journal of Toxicology, Cutaneous and Ocular Toxicology 1992 CTFA. - Cosmetic Ingredient Review (CIR) Compendium 2002.

Gambar: Seorang kanak-kanak dengan penyakit leukemia sedang dirawat di hospital

Dapatkan juga promosi Zai’s Beauty Formula di: Majalah MASTIKA isu bulan Oktober & November 2008 Majalah WANITA isu bulan Ogos, Oktober & Disember 2008

Zai’s Beauty Formula produk kecantikan tanpa kimia beracun. Tanpa pengawet, pewangi, pewarna dan penyatu. Proses pembuatan mengikut Ilmu Penapaian cara tradisional Rahsia Warisan DiRaja. Pengilangan & penjualan produk Zai’s Beauty Formula dilakukan sepenuhnya oleh Zaimal Sdn Bhd (Pemilik Produk Zai’s Beauty Formula & Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula). Zai’s Beauty Formula tidak menggunakan khidmat pengilang kontrak (Contract Manufacturer) & tidak ada pengedar. Mutu & keselamatan produk terjamin.

Dapatkan satu tambahan “Susu Badam” bernilai RM35.00 secara percuma dengan mana-mana perawatan Zai’s Beauty Formula (tertakluk kepada syarat). Sah sehingga 30hb September 2008. (Sila bawa keratan ini)

Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor Tel: 03-7842 2331 / 7843 0532 Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:  Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 Tmn Dato Razali Ampang, Selangor Tel:03-4257 3457  Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835  Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658  Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457 Laman Web: http://www.zaimal.com

Alamat e-mail pertanyaan: enquiry@zaimal.com


								
To top