KAK HANA DALAM MEMORI…….
“Wana, Wana besar nak jadi apa?” Tanya Kak Hana. “Tak tahulah kak, hmm…Wana nak jadi macam akak. Akak putih, cantik dan tinggi lampai. Mana-mana akak pergi pasti semua orang pandang, bestkan kak?”. Sambil memelukku dan ketawa kecil, Kak Hana berkata, “Budak ni, akak tanya pasal kerjayalah. Jadi doktor, o.k?” Ibarat baru semalam kata-kata itu diucapkan oleh Kak Hana kepadaku… Talkin telah habis dibacakan Pak Haji Derus. Tak tertahan sebak di dada aku terus meraung dan memeluk ibuku yang lebih kuat imannya dariku. Aku dan Kak Hana hanya dua-beradik dan amat rapat walaupun jarak perbezaan umur hampir 15 tahun. Kak Hana memang penyayang orangnya, sentiasa memberi aku nasihat dan semangat. Aku masih ingat tahun lepas, Kak Hana begitu gembira semasa aku menerima ijazah Doktor Perubatan. Ayah telah hampir 10 tahun pulang ke rahmatullah, jadi pada hari bersejarah itu ibu dan Kak Hana sama-sama meraikannya. Mengimbas kembali kisah sedihku, Kak Hana telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi HUKM 10 hari lepas setelah tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Sebelum itu, hampir 2 bulan akak sentiasa mengadu lemah badan sehingga mengangkat tangan pun amat susah baginya. Apabila berbaring amat susah untuk angkat kepala dari bantal dan makan serta minum pun susah nak telan. Kulit badan dan muka dipenuhi bintikbintik merah yang bersisik. Sekeliling mata pula bengkak berwarna biru lebam umpama ditumbuk dan juga bengkak pada sekeliling kuku serta kulit jari pecah-pecah. Akak dikatakan menghidap penyakit Dermatomyositis bersama Polymyositis. Satu penyakit yang boleh berlaku akibat suntikan kolagen. Suntikan kolagen tidak bertahan lama tetapi hanya untuk 3 hingga 6 bulan. Suntikan berulangan perlu dilakukan untuk mengekalkan awet muda. Berkemungkinan badan akak tidak lagi dapat menerima kolagen yang disuntik. Kolagen ialah sejenis protin dari tisu haiwan seperti khinzir atau lembu dan selainnya dari tisu manusia iaitu dari mayat yang baru mati. Tidak ada kolagen dari sumber tumbuh-tumbuhan. Kasihan mengenangkan nasib akak, nakkan kasih sayang suami sehingga sanggup terseksa dan melanggar hukum agama… Kami sekeluarga begitu gembira apabila Kak Hana sedar setelah seminggu dalam koma. Akak sempat memberiku pesanan terakhirnya, “Wana, berjanjilah pada akak, sekarang ini Wana dah jadi doktor, jangan sekali-kali mencari ilmu hanya dengan niat menjadi jutawan. Pekerjaan doktor itu amat berkat dan penuh tanggungjawab. Kerjaya yang begitu dihormati masyarakat tidak sepatutnya dijadikan satu silapmata untuk mengambil kesempatan ke atas kepercayaan orang ramai. Bukankah amanah seorang doktor ialah untuk merawat dan meringankan beban kesakitan manusia? Kenapa pula orang yang kita percaya mengambil kesempatan ke atas kita terutama kaum wanita yang naluri memang mahukan kecantikan?” 1
“Wana,” kata Kak Hana meneruskan pesanannya dengan nada lemah tersekatsekat. “Kalaulah Wana nak jadi pakar bedah kosmetik atau pakar perubatan estetik, ingatlah, janganlah sekali-kali Wana melanggar hukum Allah S.W.T. Kemahiran dalam bidang tersebut sepatutnya digunakan untuk menolong mangsa kemalangan, mangsa deraan atau membantu memperbaiki kecacatan pesakit dan bukannya meraut keuntungan ke atas wanita yang mahu nampak lebih cantik, muda jelita seperti akak ni - dilahirkan sempurna tanpa cacat cela tetapi tidak bersyukur dengan pemberian nikmat Allah S.W.T! Sepatutnya seorang doktor mendidik masyarakat tetapi sayangnya wang yang menjadi Tuhan di dunia. Tarikan wang lebih penting dari tanggungjawab kepada masyarakat. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambamu ini, aku relakan pengajaran dan azab yang engkau timpa ke atas diriku”. Ibu terus memeluk Kak Hana, aku hanya mampu kaku terpacak…Itulah kata-kata terakhir Kak Hana. Malam itu tepat 11.45, Kak Hana menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kisah kesengsaraan Kak Hana bermula 4 tahun lepas. Suami Kak Hana seorang „Yang Berhormat‟ pada masa itu, tergilakan seorang artis muda. Kak Hana setiap hari makan hati, maklumlah istana yang dibina hampir 20 tahun atas dasar cinta sama cinta tiba-tiba musnah begitu sahaja. Abang Ramli sudah tak ingat rumahtangga; Kak Hana dijadikan tempat melepaskan maki-hamun. Namun Kak Hana begitu bersabar mengenangkan nasib anak-anak yang ke semuanya masih di bangku sekolah lagi. Ibu menasihatkan Kak Hana bersabar dan berikhtiar. Satu ketika semasa balik cuti semester (ketika itu aku siswazah perubatan di UKM), aku agak terperanjat apabila melihat wajah Kak Hana begitu tegang, berisi dan berkilat. Memang nampak cantik tapi bukan cantik asli. Apabila senyum, langsung tiada kelihatan kedut garis halus di tepi mata mahupun bibir. Bibirnya pula “penuh” dan tebal. Kak Hana begitu gembira. “Kenapa tercengang Wana? Terperanjat ke? Melihat akak yang sudah berumur 42 tahun kelihatan macam anak dara?” Tanya Kak Hana kepadaku. Aku mengeleng-gelengkan kepala tanda tak setuju. “Kak Hana, apa yang akak buat ni amat merbahaya, akak buat suntikan Botox dan Kolagen, kan?” aku menempelaknya. “Jangan akak, benda ni lebih banyak buruk dari baiknya. Ramai dah jadi mangsa, mungkin akak tak sedar kerana mangsa suntikan jarang mahu menceritakannya atau menyaman kerana malu. Di hospital tempat Wana belajar, ramai pesakit mengadu akibat kesan tindak balas suntikan-suntikan ini”. “Seorang Doktor Pakar Pembedahan Kosmetik dan Perubatan Estetik yang membuatkan suntikan pada akak. Alah yang selalu keluar majalah dan TV tu, takkan pula merbahaya, lainlah kalau di salun-salun kecantikan atau Doktor Perubatan biasa,” terang Kak Hana menguatkan hujah-hujahnya. “Yalah, tapi walaupun Doktor Pakar yang buat, risikonya tetap tinggi kerana tahap ketahanan badan setiap manusia amat berbeza. Jangan kak, buruk padahnya nanti. Kalau akak nak kelihatan muda, nanti Wana minta tolong pensyarah Wana, Prof. Dr. Rubiyah untuk berjumpa Dr. Tunku Zaidar, pencipta produk Zai‟s Beauty Formula. Prof tu berumur lingkungan 50an, tapi kulitnya cantik dan nampak muda macam wanita awal 30an. Menurutnya, produk ini paling selamat kerana langsung tidak menggunakan bahan kimia. Akak tengok muka Wana, dah lain kan? Wana pun dah pakai Zai‟s Beauty Formula!”. “Hmm…memanglah akak akui muka Wana memang dah bersih sekarang. Jerawat dah tak ada langsung, cerah pulak tu! Tapi Wana, akak nak kesan yang cepat dan mudah,” jawab Kak Hana. “Akak, apa yang akak buat ni memang kesannya cepat tapi bukan aje memudaratkan kesihatan, malah nanti akak akan tua kerepot lagi cepat. Wana biasa tengok di hospital HUKM, nauzubillah kak, kesan sampingan dari suntikan seperti ini mahupun rawatan-rawatan laser yang dilakukan boleh menyebabkan kulit jadi 2
bertompok-tompok kehitaman dan radang. Tak sesuai rawatan macam ini pada kulit muka orang Asia macam kita ni kak…berhentilah kak,” aku bersungguh-sungguh cuba memujuknya………bersambung bulan November 2008
Rujukan: http://www.guardian.co.uk/science/2005/sep/13/medicineandhealth.china http://www.encyclopedia.com/doc/1G1-11767795.html http://www.annals.org/cgi/content/abstract/118/12/920http://thestar.com.my/news/story.a sp?file=/2008/2/29/nation/20490101&sec=nation http://www.thaindian.com/newsportal/health/botched-cosmetic-surgery-victims-fail-tocomplain-in-malaysia_10022460.html http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/2/29/nation/20490101&sec=nation K Wiss Published in Journal Watch Dermatology September 1, 1993Covering Ann Intern Med 1993
Gambar: Penyanyi superstar yang menjadi mangsa rawatan suntikan Kolagen dan Botox berlebihan. Dapatkan juga promosi Zai’s Beauty Formula di: Majalah MASTIKA isu bulan September & November 2008 Majalah WANITA isu bulan Oktober & Disember 2008 Zai’s Beauty Formula produk kecantikan tanpa kimia beracun. Tanpa pengawet, pewangi, pewarna dan penyatu. Proses pembuatan mengikut Ilmu Penapaian cara tradisional Rahsia Warisan DiRaja. Pengilangan & penjualan produk Zai’s Beauty Formula dilakukan sepenuhnya oleh Zaimal Sdn Bhd (Pemilik Produk Zai’s Beauty Formula & Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula). Zai’s Beauty Formula tidak menggunakan khidmat pengilang kontrak (Contract Manufacturer) & tidak ada pengedar. Mutu & Keselamatan produk terjamin.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dapatkanlah penambahan perawatan „Anti-Aging‟ secara percuma yang bernilai RM38.00 dengan mana-mana perawatan muka Zai‟s Beauty Formula (tertakluk kepada syarat). Terhad untuk 1 kali perawatan sahaja.
Sah sehingga 31hb Oktober 2008. (Sila bawa keratan ini)
3
Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor Tel: 03-7842 2331 / 7843 0532 Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula: Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 Tmn Dato Razali Ampang, Selangor Tel:03-4257 3457 Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835 Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658 Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457 Laman Web: http://www.zaimal.com http://www.zaisbeautyformula.com
E-mail: enquiry@zaimal.com
4