Seborrheic keratoses akibat Kimia dalam Produk Kecantikan-Mastika Nov07

Document Sample
Seborrheic keratoses akibat Kimia dalam Produk Kecantikan-Mastika Nov07 Powered By Docstoc
					BEGINIKAH RUPANYA KAWAN ISTERIKU…?
“Cantiknya isteri bos abang! Kulit dia putih, gebu dan licin…Isteri muda diakah?” tanya Rosmah padaku. “Shh..,jangan cakap kuat-kuatlah! Bukan isteri mudalah. Bos abang En. Jefri tu baik orangnya dan begitu juga Dr. Halimah, isteri dia. Mereka tu pasangan yang bahagia,” tegurku kepada isteriku. “Berapa umur Dr. Siti? tanya isteriku. “Hampir 50 tahun,” jawabku. Terbeliak mata Rosmah. “Dahlah, jangan asyik pandang mereka!” cepat-cepat aku menarik tangan isteriku. Ketika kami hendak beredar dari ruang legar pusat membeli-belah Mid Valley, tiba-tiba seorang wanita meluru ke arah kami, “Ros…, ya Allah Ros apa dah jadi? Kenapa muka you teruk macamni?!” sergah wanita itu. Melihat reaksi wajah isteriku yang malu tak terkata, aku cepat-cepat membawanya beredar dari situ membiarkan sahaja perempuan tadi tercengang. Padaku, tidak sopan dan biadap betul cara perempuan tadi menegur isteriku! Masuk aje dalam kereta, Rosmah terus menangis teresak-esak. “Malu Ros jumpa Ella tadi bang!” kata isteriku sambil menangis. Aku menjawab, “Apa nak dimalukan, itu bukan kawan! Seorang kawan tidak sepatutnya membuka mulut menyakiti hati sahabatnya. Dahlah Ros, tak guna menangis sebab orang macam gitu. Kalau macam itulah namanya kawan, tidak perlu ada musuh!” kataku marah. “Ya Allah, Ros sangat malu jumpa orang bang…,tengoklah tompok hitam ni dah hampir penuh satu muka,” kata Ros teresak-esak. Kasihan pula aku melihat isteriku. Aku terus memeluknya dan cuba menenangkannya. Isteriku memang mengambil berat tentang kecantikan. Dari sebelum berkahwin lagi dia dah mula menggunakan pelbagai produk kecantikan, membuat rawatan muka di merata-rata salun. Mula-mulanya setakat kemerahan kulit, kemudiannya mengelupas dan radang. Bila ke klinik, doktor beri krim steroid redalah. Tetapi jerawat pula naik dan kemudiannya mulalah timbul tompok-tompok berwarna coklat muda. Hampir setahun yang lepas mulalah nampak tompokan coklat yang sebesar syiling 5 sen. Dari satu dua, lama-kelamaan makin banyak yang keluar dan semakin menjadi hitam dan membesar, seolah-olah tahi lalat hidup yang lebar, melekat antara satu sama lain dan kelihatan berminyak-minyak. Memang agak menggelikan. Mukanya pun kelihatan lebih tua dari usianya. Sambil mengusap rambut isteriku, tiba-tiba terlintas di fikiran untuk membawanya berjumpa Dr. Halimah. Manalah tahu mungkin dia dapat membantu. Sambil tersenyum aku berjanji pada Rosmah akan membawanya ke HUKM bertemu Dr. Halimah. Kami datang lebih awal dari waktu temujanji. Lima belas minit kemudian Dr. Halimah sampai. Setelah mendengar cerita isteriku, Dr. Halimah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, “Sekarang ni macam-macam penyakit timbul yang disebabkan oleh kimia merbahaya dalam produk kecantikan. Dari alahan kulit, kerosakan buah pinggang sehinggalah kanser yang membawa maut. Dalam istilah perubatan, kepingan hitam yang penuh pada muka Pn. Rosmah ialah ‘Seborrheic Keratoses’ iaitu sejenis kerosakan kulit yang menyebabkan sel kulit lapisan luar terlalu cepat pertumbuhannya dan begitu juga pengeluaran melanin yang luar biasa banyaknya. Memang hodoh dan

mencacatkan rupa tetapi tidak membawa maut.” Aku terus menyampuk, “Apa yang menyebabkan kerosakan ini Dr?” “Kemungkinan besar puncanya ialah kimia merbahaya dalam produk kecantikan yang digunakan oleh Pn. Rosmah. Kimia seperti „AHA-alpha hydoxy acid’ iaitu asid buah termasuk asid tebu, bahan-bahan ‘tretinoin’ seperti „renova, retin-A, retinova, avita, retinol, retinyl palmitate, vitamin A’ dan ‘hydroquinon’ menyebabkan pengelupasan serta penghakisan kulit. Manakala bahan-bahan seperti ‘mineral oil, lanolin, petroleum jelly, paraffin wax’, ‘isopropyl myristate, DMDM hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, 2-bromo-2nitropropane-1, 3-dio methylparaben, ethylparaben, p-propylparaben, isobutylparaben, n-butylparaben, benzylparaben dan propylene glycol, propanediol methyl chloroisothiazolinone, methyl isothiazolinone, kathon CG, aromatherapy oil’ seperti „bergamot, lime, lavender, sandalwood’ serta pewangi dan pewarna dalam produk kecantikan boleh menyebabkan alahan serta radang pada lapisan luar kulit. Kesannya kulit menjadi amat sensitif pada cahaya matahari dan haba sehingga pengeluaran melanin iaitu pigmen berwarna gelap yang melindungi kulit daripada cahaya matahari serta haba, menjadi tidak terkawal. Ini akan nampak sebagai tompok-tompok gelap pada kulit. Kalau puan lihat, keadaan kulit dan rupa puan nampak lebih tua dari umur sebenarnya. Ini juga akibat tindakbalas matahari dan haba ke atas kulit akibat kerosakan kulit yang disebabkan oleh bahan kimia beracun seperti yang terdapat dalam produk kecantikan puan,” terang Dr. Halimah panjang lebar. “Jadi produk kecantikan yang saya gunakan selama ini bukannya mencantikkan saya tetapi mencacatkan wajah dan membuat saya nampak jauh lebih tua...Kalaulah saya tahu dari dulu lagi taklah jadi macam ini keadaan rupa saya,” tiba-tiba isteriku bersuara dengan nada penuh kesedihan dan keinsafan. “Dr, boleh tak agaknya kulit isteri saya dipulihkan semula?” tanyaku. “Iya Dr, Dr. Halimah guna produk kecantikan apa ya? Memang cantik dan nampak awet muda,” sampuk Rosmah. Sambil tersenyum Dr. Halimah menghulurkan beg comel dengan nama „Zai‟s Beauty Formula‟ tertulis padanya. “Tadi masa lunch saya singgah sekejap di Salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula. Ambillah hadiah ikhlas dari saya. Saya dah guna produk ini hampir 20 tahun. Lagipun saya kenal dengan Dr Tunku Zaidar pencipta produk kecantikan dan sistem perawatan Zai‟s Beauty Formula. Saya sangat mempercayainya. Produk ini paling selamat kerana langsung tidak menggunakan bahan kimia. Tiada pewangi, pengawet dan penyatu. Lagipun, Zai‟s Beauty Formula menggunakan 100% herba dan cara pembuatan produk ini menggunakan kaedah penapaian. Berkenaan kulit muka puan, beberapa ujikaji mesti dibuat untuk pastikan kulit muka puan bebas dari kanser kulit. Kalau o.k, InsyaAllah untuk mencantikkan semula kulit puan, saya syorkan puan ke Salun Alam Kecantikan Zai‟s Beauty Formula. Di situ puan boleh mendapat khidmat nasihat bagaimana untuk memulihkan keadaan rupa paras puan. Mereka mempunyai perawatan dan produk dari hujung rambut ke hujung kaki,” kata Dr. Halimah tersenyum. Kami suami isteri begitu berpuashati dengan penerangan yang diberi oleh Dr Halimah. Dan aku melihat Ros tersenyum, Insya Allah isteriku akan cantik kembali. Tidak perlu isteriku berdamping dengan orang seperti Ella yang sanggup mengaibkannya.
Zai’s Beauty Formula, produk kecantikan tanpa kimia beracun. Tanpa pengawet, pewangi, pewarna dan penyatu. Proses pembuatan mengikut Ilmu Penapaian cara tradisional Rahsia Warisan DiRaja. Pengilangan dan penjualan produk Zai’s Beauty Formula dilakukan sepenuhnya oleh Zaimal Sdn Bhd (pemilik produk Zai’s Beauty Formula & Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula). Zai’s Beauty Formula tidak menggunakan khidmat pengilang kontrak (contract manufacturer) dan tidak ada pengedar. Mutu & Keselamatan Produk Terjamin.

Rujukan:
http://health.nytimes.com/health/guides/symptoms/wrinkles/print.html http://www.ewg.org/reports/skindeep http://www.prettybynature.com/cosmetics-that-contain-cancer-causing-chemicals/ http://www.raysahelian.com/parabens.html

Gambar: Kulit muka yang mengalami keadaan ‘Seborrheic Keratoses’

Dapatkan perawatan muka ‘Perfect C2’ pada harga promosi RM65.00 sahaja. Tawaran sah sehingga 30 November 2007 (sila bawa keratan ini)

Dapatkan juga promosi Zai’s Beauty Formula di: Majalah MASTIKA isu bulan Okt 2007, Jan & Mac 2008 Majalah WANITA isu bulan Okt & Dis 2007, Feb 2008

Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419 Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:  Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 Tmn Dato Razali Ampang, Selangor Tel:03-4257 3457  Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835  Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658  Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457 Laman Web: http://www.zaimal.com


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:1062
posted:12/28/2008
language:Malay
pages:3