Mastika-Parut Berlubang by minkmink

VIEWS: 1,397 PAGES: 3

									Berakhir Nya Suatu Kesepian …
“Tahniah Ju, semoga perkahwinan kau bahagia sampai ke anak cucu” Rahimah memberi ucap dengan penuh ikhlas pada kawan lamanya Juriah sambil menghulurkan bungkusan hadiah. “Terima kasih Imah. Imah, kenapa kau tak datang ke majlis perkahwinan aku ?” Juriah bertanya pada Imah yang memang telah lama tidak berjumpa. “Aku benar-benar berharap kau dapat menjadi pengapit aku. Kita ni kan macam adikberadik semenjak di sekolah tadika lagi. Walaupun lama tak jumpa, namun kasih sayang persahabatan tetap kekal”sambung Juriah dengan penuh mesra. Tiba-tiba Rahimah menangis teresak-esak. “Eh! Kenapa Imah?” tanya Juriah, terkejut sambil memeluk dan mengesat airmata kawan karibnya. “Tengoklah muka Imah ni, penuh dengan parut berlubang dan bertanda hitam!. Malu Imah nak jumpa orang. Ju kawan baik Imah, tak sampai hati Imah nak rosakkan majlis Ju dan gambar-gambar kenangan perkahwinan Ju dengan muka Imah ni” terang Rahimah pada Juriah. “Lagipun Imah malu. Kan Ju tahu, sampai hari ini, tidak ada teman lelaki yang boleh Imah katakan „special‟. Kalau sekadar cakap dalam telefon ok tetapi setelah berjumpa, tak sampai beberapa minggu dah beri macam-macam alasan sebab tak nak jumpa Imah lagi. Apalah Imah nak jawab bila saudara mara dan kawan kawan asyik tanya bila lagi Imah nak naik pelamin? Umur Imah pun dah nak dekat 32 tahun” keluh Rahimah dengan nada yang begitu sayu sekali. Sambil tersenyum, Juriah memegang tangan Rahimah lalu berkata “Imah, Ju tahu perasaan Imah tetapi jangan risau…” Belum sempat habis Juriah bercakap, Rahimah menyampuk “Ju, kau manalah tahu. Kulit Ju dahlah licin, cerah pulak tu….. bukan macam kulit Imah”. “Itulah yang Ju nak beritahu nie. Dulu, kulit muka Ju lagi teruk daripada Imah” sahut Juriah. “Adik Ju, Akmar menjadi pakar kecantikan di salah sebuah salon Zai’s Beauty Formula. Dialah yang beriya-iya mengajak Ju ke sana. Adik Ju kata bahawa Dr Tunku Zaidar, pencipta produk serta kaedah rawatan Zai’s Beauty Formula telah mencipta formula terbaru dan teknik rawatan terbaru untuk merawat Parut Berlubang dan Parut Bertanda” sambung Juriah. “Tiga minggu sebelum majlis perkahwinan Ju, Ju telah menjalani rawatan di salon Zai’s Beauty Formula. Imah tahu, baru sekali rawatan sudah boleh nampak perbezaannya. Kulit Ju semakin rata, lubang serta warna parut bertambah kurang. Ju telah diberi „LU.ST‟ dan „Scarlift‟ sebagai produk rawatan di rumah. Alhamdulillah, kulit Ju yang Imah lihat sekarang ni adalah hasil setelah baru sebulan bersama Zai’s Beauty Formula” Juriah menceritakan pengalamannya.

1

“Betul ke Ju? Kalau gitu, Imah nak pergi hari ini jugalah” kata Rahimah tak sabar-sabar. “Oh tak boleh, kita kena telefon dulu untuk buat temujanji. Ini kerana salonsalon mereka sentiasa ramai pelanggan; nanti buat penat saja kita ke sana. Nanti Ju dapatkan nombor telefon salon dan berikan pada Imah, ok?” nasihat Juriah kepada kawannya. Enam bulan selepas pertemuan Juriah dengan Rahimah itu, Juriah menerima panggilan telefon daripada kawan baiknya. “Hello Ju, Imah ni” kedengaran suara Rahimah di gagang telefon. “Iya Imah, apa khabar?. Suara Imah macam orang dapat durian runtuh aje” jawab Juriah. “Ha ha ha…. lebih daripada itu Ju. Ju, Imah nak belanja Ju hujung minggu ini kerana dua sebab. Pertama nak ucap terima kasih pada Ju kerana ramai kawan dan tegur tentang perubahan kulit wajah Imah. Dan keduanya, Imah nak sampaikan berita gembira. Johan, teman lelaki Imah akan masuk meminang Imah hujung bulan ini!” Rahimah menerangkan hajatnya dengan penuh keriangan. “Alhamdulillah Imah, Ju juga tumpang gembira atas perubahan wajah dan diri Imah sendiri” sahut Juriah dengan penuh ikhlas.

Gambar 1 (ParutLubang11.jpg): „Zai‟s ScarGel‟ diratakan pada bahagian kulit muka.

Gambar 2 (ParutLubang8.jpg): Alat yang menggunakan „interferential system‟ digunakan untuk melancarkan peredaran darah di dalam lapisan kulit muka.

2

Gambar 3 (ParutLubang1.jpg): Dr Tunku Zaidar menunjukkan „Zai‟s ScarLift‟ untuk rawatan di rumah.

-------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan rawatan di atas pada harga promosi RM65.00 sahaja. (Sila bawa rencana ini untuk dapatkan tawaran istimewa ini). Tawaran sah sehingga 30 hb November 2004.

-------------------------------------------------------------------------------------------Sila baca iklan Zai‟s Beauty Formula di dalam majalah „WANITA‟ setiap bulan untuk maklumat lanjut mengenai rawatan serta produk yang terdapat di salon-salon kami. Bacalah majalah ‘HARMONI’ untuk mendapatkan petua khazanah silam untuk kebahagian suami isteri daripada Dr. Tunku Zaidar.

Pejabat & Makmal Zaimal Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419 Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:  Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-77273457 Tmn Dato Razali Ampang, Selangor Tel:03-4257 3457 Taipan USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03- 5635 4835  Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658. Laman Web: http://www.zaimal.com

3


								
To top