Docstoc

Mastika Feb2006

Document Sample
Mastika Feb2006 Powered By Docstoc
					Malangnya Nasib Anakku Yang Tidak Berdosa…
Bergenang airmata Johar sambil mengusap kepala anaknya Azmin yang sedang nyenyak tidur. Azmin baru berusia lima bulan. Zaleha isterinya, sedang memangku Azmin memandang Johar dengan penuh kerisauan. “Ya Allah, kesiannya nasib anak kecil yang tidak berdosa ini. Bagaimanakah Azmin akan menghadapi masa dewasanya? Bagaimana pula, apabila dia jatuh cinta serta ingin berumahtangga seperti orang lain? Apakah perasaannya apabila dia terpaksa menghadapi kenyataan yang dirinya bukanlah lelaki yang sempurna?” Soalan-soalan tersebut asyik berulang-ulang difikiran Johar. Azmin dilahirkan dengan kecacatan pada alat jantinanya. Dia hanya mempunyai satu buah zakar dan kemaluannya sangat kecil serta cacat. Tiba-tiba seorang jururawat menghampiri mereka lalu meminta mereka masuk ke bilik doktor. Setelah Azmin diperiksa, Johar dan Zaleha duduk menghadap doktor untuk mendengar keputusannya. “Bersabarlah menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Tidak ada apa yang dapat dilakukan lagi pada masa ini” kata Dr Siti dengan nada sedih. “Kita cuma boleh membantu Azmin menghadapi kecacatannya serta menyesuaikan diri apabila dia membesar nanti”. “Kenapalah malangnya nasib kami? Saya ini dahlah susah hendak mengandung dan telah mengalami keguguran sebanyak empat kali. Anak sulung kami yang berusia tiga tahun menghidap paru-paru berair dan yang ini pula……” Zaleha tidak dapat menghabiskan katakatanya dan terus menangis penuh kepiluan. “Dr Siti, kenapa keadaan anak kami jadi begini? Adakah jika kami mendapat anak lagi keadaan begini akan berulang?” tanya Johar perlahan. “Kadar keguguran sangat tinggi sekarang ini” jawab Dr Siti. “Kelahiran bayi lelaki yang menghadapi kecacatan pada alat kemaluan dan bayi dengan masalah pernafasan pula semakin meningkat. Ada pula bayi perempuan yang dilahirkan berbulu pada kemaluannya dan bilangan kanak-kanak perempuan yang awal datang haid, mempunyai kanser ovari dan rahim semakin meningkat” sambung Dr Siti lagi. “Kebanyakan kes keguguran atau kecacatan pada bayi tidak dapat ditentukan sebabnya dengan tepat. Walau bagaimanapun, banyak kajian-kajian saintifik yang dilakukan dalam makmal telah membuktikan dengan jelas bahawa sesetengah bahan kimia boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan bayi. Ini termasuk bahan-bahan yang banyak digunakan dalam produk-produk kosmetik dan dandanan diri. Sebagai contoh, bahan „dibutyl phthalate’ digunakan dalam pewangi kosmetik, „paraben’, ‘butylated hydroxyanisole’, ‘propylene glycol’ dan „butylated hydroxytoluene’ semuanya digunakan sebagai bahan pengawet dalam produk kosmetik” terang Dr. Siti dengan panjang lebar. . “Maka, kita kaum wanita mesti berhati-hati memilih produk kecantikan. Baca isi kandungannya dan pastikan ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia seperti yang saya sebutkan tadi” nasihat Dr Siti. “Saya memang telah cuba bermacam-macam produk kosmetik sehingga menimbulkan 1

masalah pada kulit muka saya. Orang biasa macam saya ini manalah nak tahu baca benda-benda yang doktor sebutkan tadi. Tak adakah cara lain yang lebih mudah doktor?” tanya Zaleha yang sudah berhenti menangis dan sedang asyik mendengar nasihat Dr Siti. “Kita kenalah berusaha mencari maklumat. Kita sebagai pengguna mesti banyak membaca serta mencari maklumat melalui buku, suratkhabar, „internet’ dan lain-lain agar kita menjadi pengguna yang berinformasi serta dapat mengelak daripada terbeli produk-produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Cara paling mudah ialah elakkan daripada mengguna sebarang produk kecantikan yang mempunyai bahan pewarna, baunya wangi atau mengandungi bahan pengawet” Dr Siti meneruskan nasihatnya sambil tersenyum. “Hmm…. baru saya teringat. Saya pernah terbaca dan juga mendengar daripada kawan-kawan saya tentang produk kecantikan „Zai‟s Beauty Formula‟ yang dicipta oleh Dr. Tunku Zaidar. Produk-produk tersebut memang tidak menggunakan sebarang bahan kimia sama ada kimia pengawet, pewarna, pewangi atau lain-lain. Ia hanya mengandungi herba dan proses pembuatan adalah secara penapaian” Zaleha berkata sambil cuba mengingat kembali. “Doktor pernah dengar tak?” tanya Zaleha. Sambil ketawa kecil, Dr. Siti menjawab “ Memang betul apa yang puan cakapkan. Sebenarnya saya sendiri dah lama menggunakan produk kecantikan „Zai‟s Beauty Formula‟ serta menjalani rawatan di salun Alam Kecantikan Zai‟s Beauty Formula”. “Padanlah doktor nampak muda dan doktor mempunyai kulit muka yang cerah, halus serta licin” puji Zaleha. “Terima kasih puan. Memang kita kena berhati-hati dan bijak memilih produk kecantikan” jawab Dr. Siti sambil tersenyum lebar. “Kalau begitu, saya akan bawa isteri saya berjumpa dengan Dr. Tunku Zaidar” sampuk Johar sambil mengangguk-angguk kepalanya. “Baiklah En. Johar dan Puan Zaleha… bawa Azmin datang untuk temujanji selanjutnya enam bulan lagi. Saya perlu memantau perkembangannya dari masa ke semasa. Azmin sekarang masih kecil. InsyAllah bila Azmin besar sedikit, saya akan rujuk Azmin kepada doktor pakar bedah kanak-kanak dan kita cuba berikhtiar membaiki keadaan Azmin” nasihat Dr. Siti mengakhiri konsultasi. “Terima kasih banyak doktor atas segala nasihat doktor” jawab Zaleha sambil bangun bersama Johar untuk membawa Azmin pulang.

(Gambar PERI019) Bayi yang keadaan cacat teruk dilahirkan mati 2

-------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan Perawatan “REJUV ZBF” harga promosi RM55.00 sahaja. (Sila bawa rencana ini untuk dapatkan tawaran istimewa ini). Tawaran sah sehingga 28 hb Februari 2006.

-------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan promosi Zai‟s Beauty Formula di: Majalah „MASTIKA‟ isu bulan Februari, April & Jun 2006 Majalah ‘JELITA’ isu bulan Januari, Mac & Mei 2006

Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419 Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:  Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 Tmn Dato Razali Ampang, Selangor Tel:03-4257 3457 Taipan USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03- 5635 4835  Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658  Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457 Laman Web: http://www.zaimal.com

3


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:128
posted:12/28/2008
language:Malay
pages:3