Kanser Hidung- Mastika Ogos2006 Final

					KESALNYA DIRI KU INI….
Tanggal 6hb Mac 2005 merupakan hari yang paling menyayat hati dalam hidupku. Pada hari itu, aku disahkan menghidap kanser hidung. Aku terperanjat dan tidak percaya kerana takkan pula pada usia semuda 28 tahun aku boleh mendapat penyakit ini. Aku meraung sekuatkuat hatiku! Baru 2 tahun aku mendirikan rumah tangga, baru mula nak merasa kebahagiaan hidup. Anakku pula baru berusia 10 bulan dan masih bertatih lagi. Pada masa itu, Imran suamiku sedang berkursus di Jepun. Bila keluargaku diberitahu, mereka bersikap acuh tak acuh. Aku kecewa dengan mereka. Keluargaku tidak rapat, kami dibesarkan dalam suasana tegang tanpa kasih sayang. Setelah dewasa dan bekerja, diriku hanya sebagai tempat keluarga meminta wang tetapi aku relakan. Kini baru mahu merasai nikmat penghidupan, aku diduga pula dengan penyakit ini. Aku redha…Ya Allah, kaulah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui. Aku menulis ceritaku ini supaya menjadi teladan kepada wanita lain. Kanser tidak mengenal mangsa. Berhati-hatilah, cegah sebelum kena. Segala-galanya bermula apabila aku mula berjinak-jinak dengan produk kecantikan setelah mula bekerja. Maklumlah nak putih kulit, nak cantik. Pantang ada produk baru, pasti aku cuba. Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa. Namun kemudian aku mulai kerap batuk, mendapat selsema dan selalu bersin. Aku hanya ke klinik swasta biasa untuk mendapatkan rawatan. Pada mulanya reda tetapi keadaannya kerap berulang-ulang. Aku diberitahu oleh kawan dan pengusaha salon kecantikan bahawa mungkin aku ada resdung, lalu akupun disuruh berubat guna cara berasap. Bila tak juga sembuh, atas nasihat rakan sekerja, aku berubatlah cara tradisional, homeopati dan sebagainya. Keadaanku bertambah teruk, aku selalu demam panas, hidung sentiasa berair dan tersumbat. Adakalanya hidungku berdarah. Badan letih dan tak bermaya, mula sakit kepala dan sakit pada bahagian muka terutama bahagian antara mata. Kesakitan terasa di dalam bahagian dahi semasa aku mencondongkan badan ke depan seperti ketika sujud. Sakit tekakku pula semakin berpanjangan dan kerap berulang-ulang. Kadangkala lendir yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk keluar daripada hidung dan tekak. Bodohnya aku, aku masih percaya dan meneruskan rawatan resdung di salon-salon kecantikan dan pusat rawatan tradisional. 25hb Februari 2006, sudah hampir tujuh bulan dari bermulanya tanda-tanda awal penyakit. Setiap hari aku bersin dan mengalami pendarahan hidung sehingga basah lencun saputangan! Sedikit darah mulai keluar dari tekakku. Aku mulai cemas, aku beritahu Imran dan aku terus dibawa ke hospital. Semasa menunggu giliran berjumpa doktor, aku muntah darah dan terus dimasukkan ke wad. Aku tidak dibenarkan pulang sehingga berjumpa dengan doktor pakar ENT (pakar telinga, hidung dan tekak). Keesokkannya, setelah biopsi dilakukan barulah aku dibenarkan pulang dan temujanji dibuat pada 6hb Mac 2006. Itulah hari bermulanya dugaan yang amat berat buat diriku… Pada masa ini, aku sudah menjalani sesi ke-10 rawatan radioterapi. Penglihatanku semakin pudar, tekakku sudah mula hilang keupayaan menelan, sementara kudis pada hidungku pula mulai membesar dan bernanah. Dr Amir memberitahuku bahawa banyak lagi ujian yang 1

perlu dijalankan kerana khuatir kanser yang kuhadapi telah merebak. Aku bertanya kepadanya bagaimana aku boleh terkena kanser hidung. Dr Amir mengatakan Malaysia menjadi negara paling tinggi kadar penghidap penyakit kanser hidung di kalangan wanita. Menurut beliau, penggunaan produk kecantikan merupakan salah satu sebab mengapa semakin ramai wanita menghidap kanser berbanding lelaki. Pelbagai faktor boleh menyebabkan kanser hidung, antaranya kimia merbahaya dalam produk kecantikan. Bahan kimia seperti PEWANGI (FRAGRANT), ALCOHOL (ISOPROPYL), PROPYLENE/BUTYLENE GLYCOL, POLYETHYLENE GLYCOL (PEG), SODIUM LAURYL SUFATE (SLS) & SODIUM LAURETH SULFATE (SLES), DIETHANOLAMINE (DEA), MONOETHANOLAMINE (MEA), TRIETHANOLAMINE (TEA) dan IMIDAZOLIDINYL UREA. Bahan-bahan kimia apabila dihidu, boleh menyebabkan radang pada lapisan dalam hidung. Ini memudahkan jangkitan kuman berlaku ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Peradangan ini disebut sinusitis atau resdung. Kuman ini membiak dan rongga tersumbat sehingga terjadinya pembengkakan pada bahagian tersebut. Jika yang dihidu merupakan bahan yang boleh menyebabkan kanser, bermulalah ketumbuhan kanser hidung. Dalam keadaan apabila rongga sinus tersumbat, cecair dan nanah tidak dapat keluar melalui hidung. Maka ia sebaliknya akan mengalir ke dalam ruang dalam otak. Ini akan membawa jangkitan ke dalam otak dan menyebabkan peradangan selaput otak (meningitis) dan peradangan otak (ensefalitis). Kedua-dua keadaan ini amat teruk dan boleh menyebabkan kematian. Dr Amir menerangkan bahawa sepatutnya pesakit terus ke hospital apabila tanda-tanda awal resdung terjadi seperti demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat, sakit kepala, lemah badan, bersin, selsema dan lendir kuning dan berbau keluar dari hidung dan tekak. Masalahnya, ramai orang kita tidak tahu betapa bahayanya apabila mereka tidak mendapat rawatan resdung daripada pakar perubatan di hospital. Bagaimana nak sembuh sedangkan punca resdung seperti menghidu kimia dalam produk kecantikan masih terus digunakan dan rawatan resdung itu sendiri yang menambahkan radang pada lapisan dalam hidung! Panjang lebar penerangan Dr Amir kepadaku. Setelah mendengar penerangannya, aku kesal dengan perbuatan bodohku dan aku bertanya mengenai produk kecantikan yang selamat digunakan. Dr Amir mengesyorkan Zai’s Beauty Formula ciptaan Dr Tunku Zaidar bt Tunku Zainal Abidin. Menurut beliau, produk ini paling selamat kerana langsung tidak menggunakan bahan kimia. Tiada pewangi, pengawet dan penyatu. Dr Tunku Zaidar menggunakan 100% herba dan cara pembuatan produk ini menggunakan kaedah penapaian. Pengeluaran produk begini terhad kerana proses penapaian mengambil masa yang begitu lama. Itulah sebabnya produk kecantikan Zai’s Beauty Formula tidak dapat dikeluarkan dengan banyak dan tiada agen atau stokis dan hanya boleh didapati di Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula. Aku bertekad hendak meminta Imran mendapatkan produk tersebut. Walaupun, aku menghidap kanser tetapi aku juga masih hendak mencantikkan diriku. Akanku sampaikan rahsia kecantikan ini kepada sahabat-handaiku supaya mereka terselamat daripada penyakit yang meragut kebahagiaan…. Sila layari laman web berikut: http://www.lindachae.com/ProductIngredientList.htm, http://www.ewg.org/reports/skindeep/, http://www.fpinva.org/, http://www.health-report.co.uk/ingredients-directory.htm, http://www.cir-safety.org/alerts.shtml, http://www.mercola.com/2004/jul/17/dangerous_cosmetics.htm. Utusan Malaysia, Rabu – 9 Julai 2003

2

Pesakit kanser hidung

---------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan perawatan muka ‘Perfect C2’ (mencerah dan membaikpulih radang kulit akibat kimia pengelupasan dalam produk kecantikan) pada harga promosi RM65.00 sahaja. (Sila bawa rencana ini untuk dapatkan tawaran istimewa ini). Tawaran sah sehingga 31 hb Ogos 2006.

---------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan promosi Zai’s Beauty Formula di: Majalah ‘MASTIKA’ isu bulan Ogos, Okt & Dis 2006 Majalah ‘JELITA’ isu bulan Julai, Ogos, Sept & Okt 2006

Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419 Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:  Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 Tmn Dato Razali Ampang, Selangor Tel:03-4257 3457  Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835  Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658  Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457 Laman Web: http://www.zaimal.com

3


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:5497
posted:12/27/2008
language:Malay
pages:3