Jangkitan Vagina Akibat Pencuci Alat Sulit Wanita-Mastika April2008 by minkmink

VIEWS: 2,689 PAGES: 3

									Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang hati Shamsul tidak tenang, terbayang kali terakhir bertemu isterinya bulan lepas. Isterinya semakin kurus dan tidak bermaya.Bulan lepas semasa Shamsul balik bercuti, Liza merajuk kerana Shamsul tidak mahu “bersenggama”. “Kenapa Abang semakin lama semakin menjauhkan diri? “Liza benar benar harap Abang dapat minta bekerja semula di Semenanjung,ada orang beritahu Liza yang Abang ada perempuan lain di Sabah, betulkah Abang telah menodai cinta kita? Tanya Liza dengan penuh hiba. Sambil tersenyum Shamsul cuba menenangkan isteri kesayangannya. Jangan mudah percaya fitnah orang. Dah 2 tahun Liza masih tanya abang perkara yang sama. Dengan nama Allah Liza, tiada perempuan lain dihati Abang. Insyaallah Abang sedang berusaha untuk pindah balik sini”. Jawab Shamsul dengan sabar. Pada masa itu, tak tahu Syamsul bagaimana nak menerangkan pada isterinya, bagaimana hendak melakukan hubungan sedangkan perasaan kesihan ada, geli ada... Ya Allah...Apa yang telah berlaku pada isteriku ini? Dia tahu isterinya berkecil hati dengan sikapnya. Dia terlalu sayangkan Liza, Sumpah! Tiada perempuan lain dalam hidupnya. Malam kedua kepulangan Syamsul, Liza telah mengadu pinggangnya sakit, pening dan muntah muntah, buang air kecil terasa pedih dan sakit. Farajnya bengkak kemerahan, Suhu badannya panas. Shamsul telah membawanya ke Klinik berhampiran. Seperti biasa, Dr diKlinik tersebut hanya memberi krim sapu dan ubat antibiotik. Katanya perkara kecil hanya jangkitan kuman biasa. Shamsul tidak pula risau kerana semenjak 2 tahun ini memang kerap isterinya mengadu perkara yang sama. Kadangkala Shamsul rasa isterinya mungkin mahukaan perhatian. Maklumlah mereka berjauhan. Shamsul sedar, sejak akhir akhir ini, pergolakan rumahtangga mereka semakin menjadi menjadi kerana hampir satu tahun mereka tidak melakukan hubungan suami isteri. Ini ialah kerana Liza sering mengadu kesakitan selepas hubungan seks. Farajnya pula sering merah kesakitan dan mengeluarkan cecair berwarna putih atau kekelabuan. Pada mulanya tak begitu teruk tetapi lama kelamaan ia menyebabkan farajnya gatal dan berbau hanyir dan busuk, lebih lebih lagi lepas bersetubuh. Raya tahun lepas, kami tak balik kampung kerana Liza gugur untuk kali yang ketiga. Semenjak itu Liza sering menghadapi tekanan perasaan mungkin sebab merasakan diri tidak dikasihi lagi. Kadangkala suggul dan kadangkala marah tak menentu. Setiap kali bila ada peluang, Shamsul akan menaliponnya dari Sabah untuk menenangkan perasaan isterinya. Shamsul yang bekerja dengan syarikat pembalakan tidak mudah untuk berhubung denan Liza kerana tiada talian telefon dikawasan pendalaman hutan. Inipun sudah 2 hari Liza dalam hospital baru dapat tahu. “Encik kita dah sampai di Hospital HUKM, suara pemandu teksi menyentak Shamsul dari lamunanya. Sesampai diwad kecemasan, Samsul terus menerpa ibunya, Apa dah jadi pada Liza Mak? Mak Lijah hanya mampu menangis dan cuba menenangkannya. Liza menantu kesayangannya bagaikan anak sendiri, maklumlah dia anak tunggal dan sudah tiada kedua ibubapanya. Bagaimana keadaan isteri saya Dr? tanya Shamsul dengan cemas apabila Dr Jamilah merapatinya. Masih tak sedarkan diri dari pagi tadi, jawab Dr Siti sambil menggelengkan kepalanya. Semalam semasa Liza dikejarkan kesini keadaanya sudah teruk, farjajnya mengeluarkan cecair putih kekelabuan dengan banyak, kesakitan bahagian pinggul dan pinggangnya yang amat, suhu badanya terlalu tinggi, dia dalam keadan menggigil dan lemah. Kami telah melakukan segala yang termampu hanya Allah

sahaja yang dapat menentukan. Apa yang terjadi pada isteri saya Dr? Tanya Shamsul dengan nada tersekat kerana cuba menahan sebak. Menurut Liza, 2 tahun lepas, apabila En Shamsul bertukar kerja dan berpindah ke Sabah, dia mulai curiga dengan kesetiaan En Shamsul. Orang perempuan memang kerap rasa begini apabila terpaksa berjauhan suami. Pada masa itulah dia mula diperkenalkan kepada jamu dan ubat ubatan tradisional yang kononya dapat mengetatkan faraj dan memperbaiki hubungan kelamin, sambung Dr Siti. Untuk mengharumkan faraj pula pelbagai pencuci dan penyembur faraj digunanya. Ramai orang melayu kita tidak sedar betapa bahayanya barangan seperti ini dan telah ramai yang mengidap kanser peranakan, kanser pangkal rahim dan jangkitan kronik pada faraj dan vagina, ini boleh menyebabkan kemandulan, kegugguran kandungan dan juga boleh menyebabkan kematian akibat sepsis atau keracunan darah. Macammana ubat ubatan tradisional dan pencuci alat sulit wanita boleh begitu memudaratkat Dr? Tanya Mak Lijah kehairanan. Kajian menunjukkan ubat ubatan tradisional atau jamu yang dimasukkan kedalam faraj mengandungi alum, boric acid dan kapur selain dari herba yang digunakan. Bahan bahan ini bertujuan untuk mengeringkan dan mengesatkan faraj. Keadaan begini membahayakan kerana boleh mencederakan faraj semasa bersetubuh. Ini menyebabkan jangkitan kuman dan kulat. Selain dari merosakkan dinding faraj, bahan yang digunakan pula boleh menyebabkan Kanser. Pencuci dan pewangi alat sulit wanita pula membahayakan kerana, walaupun dikatakan mengandungi herba atau berasakan daun sireh, masaalahnya kandungan pencuci vagina yang dijual megandungi kimia merbahaya seperti : pewangi, pewarna, Isobutane, isopropyl myristate, mineral oil, alcohol, hydrated silica, magnesium stearate, benzyl alcohol. Propylene Glycol dan Paraben. Kesemua bahan ini boleh menyebabkan radang faraj, jangkitan kuman dan kulat yang boleh menyebakan keputihan, cecair busuk kelaur dari faraj, kerosakan sistem peranakan dan kematian akibat sepsis atau keracunan darah., Dr Siti menerangkan dengan panjang lebar. Tak sangka saya sehingga produk kebersihan wanita pun begitu merbahaya, ingatkan setakat produk kecantikan sahaja! sahut Shamsul dengan nada kesal. Masaalahnya Dr, isteri saya suka mencantikkan diri, manalah nak cari produk yang selamat untuknya ? sambung Shamsul. Iya Dr, Makcik tenguk kulit muka Dr begitu cerah, cantik berseri. Dr guna produk apa ya? Celah Makcik Lijah. Sambil tersenyum, Dr Siti berkata, Saya dan rakan rakan disini menggunakan Zai's Beauty Formula. Penciptanya Dr Tunku Zaidar sahabat lama saya. Sudah lebih 20 tahun saya menggunakannya. Produk dan Perawatan kulit di Zai’s Beauty Formula paling selamat dalam pasaran kerana langsung tidak menggunakan bahan kimia pewangi, pewarna, pengawet dan penyatu. Produk dan perawatan kecantikan yang ditawarkan merangkumi dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dr, nanti bila Liza dah sihat, boleh tak Dr perkenalkannya pada Zai's Beauty Formula? tanya Shamsul. Insyallah, lepas ini saya akan pastikan isteri saya tidak lagi menggunakan produk merbahaya. Tiba tiba, seorang jururawat berlari kearah Dr Siti dan membisikkan sesuatu. Mereka berdua bergegas masuk ke Wad Kecemasan. “Ya Allah......selamatkanlah isteriku......” Syamsul berdoa sambil menitiskan airmatanya.

http://www.cosmeticsdatabase.com/product.php?prod_id=3075&refurl=/browse.php?maincat=skincare&& nothanks=1 http://www.preventcancer.com/press/petitions/nov17_94.htm http://www.health-report.co.uk/cancer_causing_chemicals.html http://100777.com/node/1117 http://members.aol.com/chemxpose/perfume.html


								
To top