PENGGUNAAN HAMPARAN KERJA (SPREAD SHEET) DALAM REKABENTUK by pji11298

VIEWS: 379 PAGES: 28

									PENGGUNAAN HAMPARAN KERJA (SPREAD SHEET) DALAM
   REKABENTUK SAMBUNGAN KELULI BERASASKAN
               EUROCODE 3 (EC3)




          SITI KHADIJAH BINTI MAHMOD




        UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                  PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

                          UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

                        BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
  JUDUL: PENGGUNAAN HAMPARAN KERJA (SPREAD SHEET) DALAM
 REKABENTUK SAMBUNGAN KELULI BERASASKAN EUROCODE 3 (EC3)

                                   SESI PENGAJIAN: 1/20082009

   Saya                            SITI KHADIJAH BINTI MAHMOD
                                         (HURUF BESAR)
   mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falasfah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti
   Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

   1.   Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perustakaan Universiti Teknologi Malaysia
        dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
   2.   Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
        pengajian tinggi.
   3.   **Sila tandakan (/)

                SULIT              (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
                                   Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI
                                   1972)

                TERHAD             (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
                                   organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

           /    TIDAK TERHAD
                                                                    Disahkan oleh


   __________________________________                   _________________________________
         (TANDATANGAN PENULIS)                            (TANDATANGAN PENYELIA)

   Alamat Tetap :-
    NO: 3, JLN NAPUH 20/10,
                                                       PROF. DR. SHAHRIN MOHAMMAD
    SEKSYEN 20,
                                                                      Nama Penyelia
    40300 SHAH ALAM,
    SELANGOR DARUL EHSAN.


   Tarikh : 10 NOVEMBER 2008                                       Tarikh : 10 NOVEMBER 2008

CATATAN: *  Potong yang tidak berkenaan.
         ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
            berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
            SULIT atau TERHAD.
         ♦
            Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
            penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
            Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
                                                                                                        0
 “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
                            Muda Kejuruteraan Awam”




     Tandatangan           : ………………………………………………..

     Nama penyelia         : PROF. DR. SHAHRIN BIN MOHAMMAD.

     Tarikh                : 10 November 2008




                                                                                       0
PENGGUNAAN HAMPARAN KERJA (SPREAD SHEET) DALAM REKABENTUK
      SAMBUNGAN KELULI BERASASKAN EUROCODE 3 (EC3)




                     SITI KHADIJAH BINTI MAHMOD




   Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
           penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam




                         Fakulti Kejuruteraan Awam

                        Universiti Teknologi Malaysia




                               November 2008




                                                                              i
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
                    setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.




     Tandatangan            :………………………………………...

     Nama penulis           : SITI KHADIJAH BINTI MAHMOD.

     Tarikh                 : 10 NOVEMBER 2008




                                                                                          ii
      Sekalung sanjungan buatmu ayah dan mak…

                  Mahmod bin Hitam

                 Rabiah binti Samad




               Adik beradik tersayang…

Kak Long, Abang Ngah, Abang Lang, Ateh, Dayang dan Su




                  Teman istimewa…

                 Mohd Zawawi bin Isa




           Serta rakan yang diingati selalu…

                 Putri, Achik dan Alin




                                                        iii
                               PENGHARGAAN




       Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat ALLAH S.W.T yang Maha Esa di
atas rahmat kurnia dan keizinanNya projek tahun akhir ini dapat disiapkan dengan
jayanya pada masa yang ditetapkan.




       Jutaan terima kasih saya tujukan khas buat Prof. Dr. Shahrin Mohammad,
penyelia projek saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan buah fikiran yang
amat berharga sepanjang saya menyiapkan projek ini.




       Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat samaada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan projek ini, terutamnaya kepada Zahrul Huzairi yang
sama-sama menjalankan projek tahun akhir ini di bawah penyelia yang sama.




       Hanya ALLAH jualah yang mampu membalasnya.




                                                                                  iv
                                     ABSTRAK




       Pada masa kini, dunia dipenuhi dengan pelbagai cabaran serta persaingan, setiap
perekabentuk memerlukan suatu alat yang cepat dan tepat untuk membantu mereka
dalam proses analisis dan rekabentuk. Oleh itu, pembangunan perisian berkomputer
semakin berkembang dengan pesat. Akan tetapi, kebanyakkan perisian tersebut adalah
produk negara luar dan harga terlalu mahal. Oleh yang demikian, projek ini dijalankan
untuk menghasilkan suatu program aplikasi rekabentuk sambungan keluli menggunakan
Microsoft Excel 2007 yang mana jauh lebih murah dengan berdasarkan kod amalan
piawaian EC3 iaitu BS EN-1-8:2005 (Part 1-8 : Design of joints) serta BS EN-1-1:2005
(Part 1-1 : General rules and rules for buildings). Program aplikasi ini menawarkan tiga
jenis rekabentuk sambungan pembinaan pin iaitu sambungan web sesiku kembar,
sambungan plat hujung fleksibel dan sambungan plat fin sahaja yang mana di dalam
ketiga-tiga jenis sambungan ini terdapat dua bahagian iaitu sambungan rasuk ke rasuk
dan sambungan rasuk ke tiang. Walaubagaimanapun, projek ini hanya menekankan
terhadap pembangunan program aplikasi untuk rekebantuk sambungan struktur keluli.
Untuk memastikan ketepatan hasil pengiraan program aplikasi di tahap maksimum, ia
dibandingkan dengan hasil pengiraan insani dan hasil pengiraan menggunakan kod
amalan piawaian BS 5950-1:2000 (Part 1 : Code of Practice for Design Rolled and
Welded Sections). Satu set jadual piawai untuk ketiga-tiga sambungan telah dihasilkan
menggunakan program aplikasi. Hasil dari satu kajian selidik, ternyata program aplikasi
ini amat memuaskan pengguna.




                                                                                      v
                                     ABSTRACT




       Nowadays, in a world full of challenges and competition, every designer
especially in steelwork construction industry needs fast and accurate tools to assist them
in the design process. Therefore, a lot of software has been developed available in the
market. However, most of them are the product from foreign countries and unfortunately,
it is highly expensive. Thus, this project is conducted to produce an application program
on steel structure connection design using Microsoft Excel 2007 which much more
cheaper and convenient based on EC3 standards code, BS EN-1-8:2005 (Part 1-8 :
Design of joints) and BS EN-1-1:2005 (Part 1-1 : General rules and rules for buildings).
This application program offers three type of pin construction connection design, double
angle web cleats connection, flexible end plates connection and fin plates connection
where each connection have two part, beam to beam (restrained) and beam to column.
Even so, this project only focused on program development for design steel structure
connection. In order to ensure the maximum accuracy of the software calculation result, it
will be compared with manual calculation and calculation through the BS 5950 – 1:2000
(Part 1: Code of Practice for Design Rolled and Welded Sections). A set of table capacity
for all three type of connection was done using the validate application program, allowing
users especially the designer to save time on analysis and designing a connection to a
certain steel structure. A survey conducted on the use of this application program shows
that it is widely accepted and recommended by the users.




                                                                                        vi
                               KANDUNGAN




BAB PERKARA                                         HALAMAN



1   PENDAHULUAN


    1.1   Pengenalan                                   1
    1.2   Kenyataan Masalah                            2
    1.3   Objektif Kajian                              3
    1.4   Skop Kajian                                  4
    1.5   Kepentingan Kajian                           5
    1.6   Kandungan Laporan Kajian                     6


2   KAJIAN LITERATUR


    2.1   Pengenalan                                   7
    2.2   Eurocode (EC)                                7
          2.2.1   Sejarah Eurocode                     8
          2.2.2   Eurocode3 (EC3)                      9
    2.3   Struktur Sambungan Pembinaan Mudah           9
          2.3.1   Sambungan Web Sesiku kembar          12
          2.3.2   Sambungan Plat Hujung Fleksibel      30
          2.3.3 Sambungan Plat Fin                     44
    2.4   Microsoft Excel                              59
          2.4.1   Mengapa Microsoft Excel?             59
          2.4.2 Fungsi Utama Microsoft Excel           60

                                                            vii
           2.4.3 Hamparan Kerja                               60
           2.4.4   Kemudahan Macro Dalam Microsoft Excel      61
                   2.4.4.1 Pengawal (form controls)           62
                   2.4.4.2 Pengaturcaraan VBA                 63
           2.4.5   Pengkalan Data                             64
    2.5    Kesimpulan                                         64


3   METODOLOGI


    3.1    Pengenalan                                         65
    3.2    Kaedah Kajian                                      65
    3.3    Carta Aliran Rekabentuk                            67
    3.4    Operator Microsoft Excel                           67
           3.4.1   Operator Arithmatik                        68
           3.4.2 Operator Bandingan                           68
           3.4.3   Operator Logik                             69
    3.5    Penetapan Data                                     70
    3.6    Pengiraan Rekabentuk Secara Manual                 70
    3.7    Pengiraan Rekabentuk Menggunakan Microsoft Excel   70
           3.7.1   Pembangunan Program Aplikasi               72
                   3.7.1.1 Hamparan Kerja Pilihan             72
                   3.7.1.2 Hamparan Kerja Rekabentuk          73
                   3.7.1.3 Hamparan Kerja Borang Keputusan    75
           3.7.2   Pembinaan Jadual Piawai                    73
    3.8    Pembinaan Senarai Soalan                           77
    3.9    Keperluan Program Aplikasi                         78
    3.10   Penggunaan Program Aplikasi                        78
    3.11   Kesimpulan                                         83


4   ANALISIS DAN KEPUTUSAN



                                                                   viii
    4.1   Pengenalan                                   84
    4.2   Tahap Ketepatan Pengiraan Program Aplikasi   84
    4.3   Penghasilan Jadual Piawai                    89
    4.4   Tahap Kepuasan Pengguna                      90
    4.5   Kesimpulan                                   92


5   KESIMPULAN


    5.1   Rumusan                                      93
    5.2   Cadangan Masa Hadapan                        95


RUJUKAN                                                97
LAMPIRAN A-H                                           99




                                                            ix
                               SENARAI JADUAL




NO. JADUAL             TAJUK                                     HALAMAN



1.1   Elemen dan spesifikasi struktur keluli yang direkabentuk      4
2.1   Kategori sambungan pembinaan mudah                            10
2.2   Senarai kawalan yang digunakan                                63
3.1   Operator arithmatik                                           68
3.2   Operator bandingan                                            69
3.3   Operator logik                                                69
4.1   Perbandingan Nilai Pengiraan Untuk Sambungan
      Web Sesiku Kembar                                             86




                                                                           x
                                    SENARAI RAJAH




     NO. RAJAH            TAJUK                                    HALAMAN



     2.1    Sambungan dalam pembinaan pin                             11
     2.2    150x90x10UEA                                              13
     2.3    90x90x10EA                                                13
     2.4    Kedudukan perincian yang dicadangkan                      13
     2.5    Kedudukan bolt pada rasuk disokong                        14
     2.6    Kedudukan sesiku pada rasuk disokong                      15
     2.7    Kedudukan web rasuk disokong tanpa kehadiran takik        16
     2.8    Kedudukan web rasuk dengan kehadiran takik                18
     2.9    Kedudukan lenturan takik rasuk disokong                   19
     2.10   Kedudukan kestabilan takik rasuk disokong (dikekang)      20
     2.11   Kedudukan kumpulan bolt pada rasuk penyokong              21
     2.12   Kedudukan sesiku pada rasuk penyokong                     22
     2.13   Kedudukan rasuk penyokong                                 23
     2.14   Kedudukan struktur tegangan sesiku                        26
     2.15   Kedudukan struktur tegangan dan galas web rasuk           27
     2.16   Kedudukan struktur tegangan bolt                          28
     2.17   200x10Flat                                                31
     2.18   150x80Flat                                                31
     2.19   Kedudukan perincian yang dicadangkan                      31
     2.20   Kedudukan bolt pada web rasuk disokong                    32
     2.21   Kedudukan plat hujung                                     32
     2.22   Kedudukan web rasuk disokong pada plat hujung             34

                                                                           xi

ng
2.23   Kedudukan kimpalan plat hujung dengan rasuk disokong              34
2.24   Kedudukan lenturan takik rasuk disokong                           35
2.25   Kedudukan kestabilan takik rasuk disokong (dikekang)              36
2.26   Kedudukan web rasuk penyokong                                     37
2.27   Kedudukan struktur tegangan plat hujung                           40
2.28   Kedudukan struktur tegangan web rasuk                             41
2.29   Kedudukan struktur tegangan kimpalan                              42
2.30   Kedudukan struktur tegangan bolt                                  42
2.31   100X10Flat                                                        45
2.32   150x10Flat                                                        45
2.33   Kedudukan perincian yang dicadangkan                              45
2.34   Kedudukan bolt pada rasuk disokong                                46
2.35   Kedudukan web rasuk disokong tanpa takikan                        47
2.36   Kedudukan web rasuk disokong dengan kehadiran takik               48
2.37   Kedudukan kestabilan takik rasuk disokong (dikekang)              50
2.38   Kedudukan plat fin                                                51
2.39   Kedudukan bolt pada tiang                                         53
2.40   Kedudukan kimpalan plat fin pada rasuk penyokong                  53
2.41   Kedudukan web rasuk penyokong                                     54
2.42   Kedudukan struktur tegangan plat fin                              56
2.43   Kedudukan struktur tegangan web rasuk                             56
2.44   Kedudukan struktur galas web rasuk dan plat fin                   57
2.45   Kedudukan struktur lenturan web tiang                             58
2.46   Hamparan kerja (spreadsheet) berserta kedudukan kekotak kawalan
       (form controls)                                                   62
2.47   Contoh kod bahasa aturacaan VBA                                   64
3.1    Fail “COMPUTERIZED DESIGN OF CONNECTION IN
       SIMPLE CONSTRUCTION - Microsoft Excel”                            71
3.2    Kod bahasa VBA untuk butang “Next” pada hamparan kerja “start”    73
3.3    Cara pembukaan program “COMPUTERIZED DESIGN OF
       CONNECTION IN SIMPLE CONSTRUCTION”                                79

                                                                              xii
3.4   Hamparan Kerja “main_menu”                                     80
3.5   Ruangan pengguna memilih dan memasukkan data yang
      dikehendaki                                                    81
3.6   Kedudukan butang “UP” dalam hamparan kerja rekabentuk          82
3.7   Contoh keputusan pengiraan rekabentuk yang telah dijadualkan   83
4.1   Graf peratus kepuasan pengguna terhadap program aplikasi       90
4.2   Peratus cadangan pengguna terhadap program aplikasi            91




                                                                          xiii
                        SENARAI SIMBOL




ta @ tp   -   Tebal plat
l         -   Panjang plat
Z         -   Modulus elastik pada keratan
I         -   Momen Luas Kedua
VED       -   Daya ricih
Tp        -   Daya tegangan
n         -   Bilangan bolt
e         -   Jarak hujung
p         -   “Pitch” bolt
do        -   Diameter lubang
d         -   Diameter bolt
tw        -   Tebal web
dc        -   Ukur dalam takik
c         -   Panjang takik
g         -   Jarak antara bolt
s         -   Panjang kaki bagi kimpalan
Igross    -   Momen sifat tekun kasar
Iholes    -   Momen sifat tekun lubang




                                             xiv
                         SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN TAJUK                                      HALAMAN



A   Carta aliran rekabentuk sambungan                  99
B   Pengiraan Manual                                   114
C   Kod aturcara VBA                                   134
D   Senarai Soalan (questionnaire)                     146
E   Penandaan sambungan piawai                         148
F   Jadual piawai sambungan web sesiku kembar          149
G   Jadual piawai sambungan plat hujung flexsibel      169
H   Jadual piawai sambungan plat fin                   179




                                                             xv
                                          BAB 1




                                  PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan


       Penggunaan keluli dalam industri pembinaan semakin mendapat perhatian para
kontraktor.   Ini   kerana   keluli   terkenal   dengan   ketahanlasakan,   kekuatan   dan
kelenturannya. Ianya juga dapat menjimatkan masa, dikatakan akan menjadi alternatif
kepada timber dan konkrit pada masa mendatang. Keupayaan keluli pada beban yang
bersesuaian menyebabkan bahan ini penting dalam pembinaan struktur yang kompleks.
Industri keluli mengalami perkembangan yang pesat dengan pelbagai penyelidikan
dilakukan untuk memodenkan kaedah analisis serta rekabentuk keluli. Ekoran itu,
peringkat rekabentuk dalam proses pembinaan perlu diberi perhatian yang sewajarnya
dalam usaha mendapatkan rekabentuk yang optimum iaitu cepat, tepat dan fleksibel.


       Perkembangan pembangunan perisian samada dalam bentuk aplikasi multimedia
ataupun sistem semakin menggalakkan dan pelbagai perisian telah dibangunkan.
Penggunaan perisian komputer telah menjadi kemestian oleh pihak perekabentuk dan
jurutera pada peringkat rekabentuk disamping menjadi jalan alternatif pada kaedah
manual. Antara perisian yang diguna-pakai ialah STAAD-PRO, LUSAS, ESTEEM,

                                                                                        1
ORION, dan sebagainya. Kebanyakkan perisian diilhamkan dan dibangunkan oleh orang
luar tempatan, maka perisian tersebut tidak sepenuhnya sesuai kerana perbezaan kod
amalan yang digunakan di Malaysia. Justeru itu, tiba masanya untuk orang tempatan
mengambil cabaran ini untuk membangunkan sendiri perisian atau sebuah program
aplikasi berkomputer setanding perisian produk luar tempatan.


       Antara kriteria perisian yang diperlukan oleh pihak perekabentuk dan jurutera
pada masa kini adalah ia menggabungkan proses rekabentuk dan analisis. Perisian yang
sebegini akan menjimatkan masa pada peringkat rekabentuk jika berlaku sebarang
perubahan data semasa projek sedang dijalankan. Di samping itu, antara kod amalan
piawaian yang digunakan sebagai panduan semasa proses rekabentuk struktur keluli
antaranya seperti BS5950-2000 : Structural Use of Steelwork In Building, BS EN 1993 :
Eurocode3 (EC3) dan AISCLRFD (American Institute of Steel Construction-Load and
Resistance Factor Design). Selain itu, perisian hendaklah mudah digunakan oleh semua
yang terlibat dalam peringkat rekabentuk tersebut. Hal ini merujuk kepada penghasilan
perisian yang mesra pengguna. Teknologi ini akan menjadi pemangkin kepada
peningkatan pembangunan di Malaysia yang akan menjadikan Malaysia salah sebuah
negara yang boleh berdikari dalam konteks kemajuan IT seiring dengan negara-negara
yang sedang membangun.


1.2    Kenyataan Masalah


       Rekabentuk struktur keluli merupakan satu proses analisis dan memerlukan
seorang perekabentuk untuk melakukan operasi pengiraan yang melibatkan pelbagai jenis
persamaan dalam satu masa. Sekiranya pengiraan dilakukan secara manual, ia memakan
masa yang lama selain memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi bagi
mengelakkan berlakunya kesalahan pengiraan mahupun ralat pada hasil kiraan.


       Selain itu, pelbagai perisian komputer yang canggih di pasaran tidak mampu
dimiliki oleh syarikat kecil dalam bidang kejuruteraan awam mahupun pelajar kerana
harganya yang terlalu mahal dan susah didapati. Walaupun telah memiliki perisian yang

                                                                                   2
berkaitan, tidak semua perisian yang sedia ada boleh dimanfaatkan. Ini kerana kod
amalan piawaian yang digunakan iaitu EC3 merupakan kod amalan piawaian yang baru
dan masih dalam proses pembangunan perisian walaupun oleh orang luar tempatan. Kod
amalan piawaian yang digunakan iaitu EC3 bagaikan suatu yang baru pada peringkat
rekabentuk. Ini sekaligus memerlukan kefahaman dan pengetahuan yang mendalam
tentang formula terutamanya simbol yang digunakan. Tanpa pemahaman dan
pengetahuan tersebut, maka akan timbul pelbagai masalah pada peringkat rekabentuk
nanti.


          Akhir sekali, tanpa hasil gabungan pengalaman dan penggunaan perisian, pihak
perekabentuk tidak dapat menyakinkan pihak yang terlibat dalam sesebuah projek
pembinaan terutama mengenai perubahan dan penambah-baikan yang diperlukan. Ia juga
membebankan tugas perekabentuk yang memerlukan data-data rekabentuk dengan kadar
segera bagi menyelesaikan masalah ketika di tapak pembinaan sekiranya tiada hasil
proses pengiraan yang telah siap sedia dijadualkan.


1.3       Objektif Kajian


          Kajian projek sarjana muda ini mempunyai tiga objektif utama iaitu :-


         i.      Menghasilkan prosedur rekabentuk sambungan keluli berdasarkan kepada
                 kod amalan piawaian EC3.
       ii.       Membangunkan sebuah progam aplikasi rekabentuk sambungan keluli
                 dengan bantuan perisian Microsoft Excel.
      iii.       Membuat     kajian   parametrik   terhadap    sambungan     keluli   untuk
                 menghasilkan jadual piawai.




                                                                                         3
1.4       Skop Kajian


          Dalam mencapai objektif, kajian yang dijalankan hendaklah merangkumi skop
yang telah ditentukan terlebih dahulu iaitu :-


         i.        Rekabentuk sambungan keluli berpandukan kepada kod amalan piawaian
                   EC3 iaitu BS EN-1-8:2005 (Part 1-8 : Design of joints) dan BS EN-1-
                   1:2005 (Part 1-1 : General rules and rules for buildings).
       ii.         Pembangunan sebuah program aplikasi menggunakan perisian Microsoft
                   Excel 2007.
      iii.         Pengkalan data yang akan diaplikasikan bagi tujuan proses rujukan data
                   pelbagai keratan keluli adalah menggunakan Microsoft Access 2007.
      iv.          Rekabentuk sambungan keluli hanya memfokuskan kepada elemen dan
                   spesifikasi struktur keluli seperti dalam jadual 1.1


              Jadual 1.1 : Elemen dan spesifikasi struktur keluli yang direkabentuk
   Elemen                                           Spesifikasi
 Keratan            i.     Menggunakan saiz piawaian rasuk dan tiang keluli yang
                           tersenarai dalam British Steel Section
                   ii.     Tertumpu pada keratan keluli berbentuk I sahaja
                  iii.     Keratan terbina dalam lingkungan:-
                           a)     Saiz rasuk : UB914X305 ~ UB254X102
                           b)     Saiz tiang : UC356X406 ~ UC152X152
 Jenis              i.     Kaedah rekabentuk sambungan pembinaan mudah (tiada momen)
 sambungan                 a)     menggunakan sambungan web sesiku kembar
                                  (saiz : 150x90x10UEA dan 90x90x10EA)
                           b)     menggunakan sambungan plat hujung fleksibel
                                  (saiz : 200x10Flat dan 150x80Flat)
                           c)     menggunakan sambungan plat fin
                                   (saiz : 100X10Flat dan 150x10Flat)
 Bahan              i.     Menggunakan bolt bergred 8.8

                                                                                       4
               ii.     Menggunakan kekuatan web sesiku kembar, plat hujung fleksibel,
                       plat fin bergred S275
              iii.     Menggunakan kekuatan rasuk dan tiang keluli bergred S275 dan
                       S355
 Bolt           i.     Saiz bolt M20
 Kimpalan       i.     Saiz fillet : 6mm, 8mm dan 10mm bagi sambungan plat hujung
                       fleksibel
               ii.     Saiz fillet : 8mm bagi 10mm ketebalan plat bagi sambungan plat
                       fin


        Selain itu, seramai lima puluh orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam sebagai
pengguna pertama yang mencuba program aplikasi diberikan senarai soalan
(questionnaire) untuk dijawab.


1.5     Kepentingan Kajian


        Berdasarkan kajian yang dijalankan, kajian ini penting kerana program aplikasi
yang dibangunkan dengan bantuan perisianMicrosoft Excel yang mana ianya lebih
mudah, murah dan mesra pengguna dari perisian sedia ada ini, mampu memudahkan
proses pengiraan rekabentuk sambungan keluli. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa,
kos dan tenaga berbanding kiraan manual.


        Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan proses pematangan pengguna program
aplikasi ini mengenali proses pengiraan menggunakan EC3 dengan lebih terperinci. Ini
dapat dibuktikan dengan adanya formula terutamanya simbol yang digunakan dan
prosedur proses pengiraan sesuatu rekabentuk sambungan keluli tersebut.


        Akhir sekali, jadual piawai yang dihasilkan dari segala data dan keputusan hasil
proses pengiraan dapat memberikan gambaran kasar kepada perekabentuk, jurutera
mahupun pengguna mengenai proses rekabentuk sesuatu struktur sambungan keluli
seperti dalam perbezaan pemilihan keratan dan juga jenis sambungan yang digunakan.

                                                                                      5
1.6    Kandungan Laporan Kajian


       Laporan ini secara umumnya dibahagikan kepada 5 bab. Ia bertujuan untuk
memudahkan para pembaca memahami kandungan laporan ini. Bab 1 ialah mengenai
pengenalan kepada isi laporan ini secara umumnya, dimana kenyataan masalah, objektif,
skop dan kepentingan kajian.


       Diikuti dengan bab 2, ia membincangkan kajian literatur tentang perkara yang
berkaitan dengan projek ini. Kajian ini meliputi dua bahagian yang yang perlu di
utamakan iaitu rekabentuk sambungan keluli berdasarkan kod amalan piawaian EC3 dan
perisian Microsoft Excel.


       Menerusi bab 3, diterangkan mengenai metodologi kajian. Ia merangkumi
prosedur proses pembangunan program aplikasi rekabentuk sambungan keluli sehingga
terbentuknya proses jadual piawai bagi jenis sambungan keluli yang direkabentuk serta
kaedah membina senarai soalan. Akhir sekali disertakan keperluan program aplikasi dan
cara penggunaanya.


       Bab 4 pula membincangkan kajian parametrik yang dijalankan. Jadual piawai
dihasilkan adalah dari analisis data-data yang terkumpul. Ia juga membincangkan tentang
perbezaan keputusan analisis rekabentuk yang diperolehi dengan hasil dari penggunaan
kaedah manual serta hasil tinjauan kepuasan pengguna perisian yang dihasilkan secara
senarai soalan.


       Bab terakhir, bab 5 merupakan rumusan tentang hasil yang didapati bagi
keseluruhan projek sarjana muda ini, masalah-masalah yang dihadapi semasa
menjalankan projek ini serta beberapa cadangan untuk masa depan.




                                                                                     6
                                      BAB 2




                            KAJIAN LITERATUR




2.1     Pengenalan


        Bab ini akan merangkumi dua bahagian penting iaitu rekabentuk sambungan
keluli berdasarkan kod amalan piawaian EC3 iaitu BS EN-1-8:2005 (Part 1-8 : Design of
joints) serta BS EN-1-1:2005 (Part 1-1 : General rules and rules for buildings) dan
perisian Microsoft Excel yang digunakan sebagai medium bagi melakukan operasi
pengiraan untuk menghasilkan jawapan kepada segala persoalan rekabentuk. Bab ini
menceritakan secara umum mengenai kaedah yang digunakan. . Ia bertujuan untuk
memberi gambaran kasar terhadap ilmu dasar bagi kaedah yang dipraktikkan dalam
kajian ini.


2.2     Eurocode (EC)


        Eurocode (EC) merupakan kod amalan untuk rekabentuk dalam bidang
kejuruteraan awam dan ia digunakan oleh negara-negara Eropah. Kod EC merupakan kod
yang asas rekabentuknya adalah dengan tujuan untuk mengharmonikan semua tatacara
pembinaan oleh kumpulan penyelaras yang terdiri daripada wakil penggubal kod



                                                                                   7
pembinaan di Eropah. Ia merupakan kod yang pertama sekali mendapat persetujuan
dalam falsafah rekabentuk asas.


       2.2.1     Sejarah Eurocode


                 Pada awal tahun 90-an, semua kod Eropah mengalami proses perpindahan
       kepada ‘the Commission of the European Communities’ (CEN). Setelah beberapa
       ketika, CEN telah menubuhkan jawatankuasa struktur untuk membincangkan
       piawaian ini maka EC2, EC3 dan EC4 telah diperkenalkan sebagai pra-piawaian
       Eropah - ‘European Pre-Standard’ (ENV). Kemudiannya ia diserapkan ke dalam
       piawaian eropah - ‘European Standard’ (EN) pada tahun 2005. Ia digubal
       berdasarkan pertimbangan pengalaman yang diperolehi serta komen-komen yang
       boleh diterima-pakai. Tetapi ianya tidak melibatkan perubahan keseluruhannnya
       fasal-fasalnya.


                 Berikut adalah bahagian dalam EC:-
                i.       EN 1990 basic of design
               ii.       EN 1991 Eurocode 1 : Action on structures
           iii.          EN 1992 Eurocode 2 : Design of concrete structures
               iv.       EN 1993 Eurocode 3 : Design of steel structures
               v.        EN 1994 Eurocode 4 : Design of composite steel and concrete
                         structures
               vi.       EN 1995 Eurocode 5 : design of timber structures
           vii.          EN 1996 Eurocode 6 : design of masonry structures
          viii.          EN 1997 Eurocode 7 : geotechnical design
               ix.       EN 1998 Eurocode 8 : design of structures for earthquake
                         resistance
               x.        EN 1999 Eurocode 9 : design of aluminum structures




                                                                                   8
       Terdapat satu lagi edisi kod Eropah 3, iaitu ‘Concise Eurocode 3’ (C-
EC3). Ia disediakan untuk memperkenalkan kandungan dalam kod Eropah 3
kepada pengguna. Walaupun C-EC3 disediakan sebagai satu dokumen rekabentuk
tunggal, namun rujukan kepada kod Eropah 3 adalah perlu dalam kerja
rekabentuk keluli. Ini adalah kerana ia hanya menerangkan tentang bahagian kod
Eropah 3 untuk rekabentuk struktur keluli yang kebanyakkannya berada dalam
skop BS5950 dan BS449.


2.2.2 Eurocode3 (EC3)


       Seperti dikatakan diatas, EC3 pertama sekali diterbitkan pada tahun 1993.
Secara umumnya, ia adalah sebahagian rekabentuk manual dalam EN yang mana
ia terdiri dari kandungan ENV dan CEN yang telah diubahsuai sedikit
berdasarkan pertimbangan pengalaman yang diperolehi serta komen-komen yang
boleh diterima-pakai. Ia adalah hasil penemuan terkini kajian hampir 15 tahun
yang dilakukan dalam bidang pembinaan di Eropah. Ia kemudiannya telah
dimajukan untuk meningkatkan persaingan di dalam industri pembinaan Eropah
di dalam mahupun di luar negara Kesatuan Eropah tersebut.


       Asas rekabentuk EC3 menggunakan rekabentuk keadaan had. Keadaan
had terbahagi kepada dua iaitu keadaan had muktamad dan keadaan had
kebolehkhidmatan. Mengikut prinsip rekabentuk keadaan had ini, perekabentuk
yang menggunakan EC3 akan mendarabkan faktor keselamatan ke atas nilai
beban rekabentuk dan membahagikan keupayaan struktur dengan faktor
keupayaan rekabentuk. Keselamatan struktur dipastikan dalam EC3 dengan
memastikan kemungkinan berlakunya keadaan yang akan menghampiri kegagalan
adalah rendah.




                                                                              9
2.3    Struktur Sambungan Pembinaan Mudah


       Sambungan adalah suatu elemen struktur penting yang digunakan untuk
menyambungkan elemen-elemen struktur keluli yang bertujuan untuk memindahkan daya
dari satu anggota ke satu anggota yang lain. Ia juga merupakan bahagian yang paling
kritikal dan terdapat banyak kegagalan berlaku berpunca dari kegagalan sambungan.
Apabila menganalisis dan merekabentuk sambungan keluli, pelbagai bentuk beban perlu
dipertimbangkan termasuklah daya ricih dan momen yang wujud.


       Pembinaan mudah adalah pembinaan yang memindahkan daya ricih sahaja dan
tidak mengambil kira kesan putaran. Oleh itu, pembinaan mudah tidak dapat
memindahkan momen pada had muktamad yang ditetapkan. Sambungan yang berkesan
adalah sambungan yang membenarkan putaran yang mencukupi pada rasuk dengan
mengambil kira kesan pesongan pada rasuk yang mana putaran tersebut hendaklah tidak
mempengaruhi kapasiti daya ricih pada sambungan. Berikut adalah kategori sambungan
pembinaan mudah.


                     Jadual 2.1 : Kategori sambungan pembinaan mudah
                                Pembinaan Mudah
       Sambungan Pembinaan Pin                    Sambungan Pembinaan Bermomen
  i.   Sambungan Web Sesiku kembar           i.     Sambungan plat hujung dibolt
 ii.   Sambungan Plat Hujung Fleksibel      ii.     Sambungan momen angin
iii.   Sambungan Plat Fin                  iii.     Sambungan kimpalan rasuk ke tiang
 iv.   Plat tiang                          iv.      Plat tiang
 v.    Tapak tiang                          v.      Tapak tiang


       Walaupun terdapat dua jenis pembinaan mudah, tetapi kajian ini
ditumpukan kepada tiga jenis sambungan pembinaan pin sahaja iaitu
sambungan web sesiku kembar, sambungan plat hujung fleksibel dan
sambungan plat fin sahaja. Dalam ketiga-tiga jenis sambungan ini pula,
terdapat dua bahagian dalam merekabentuk iaitu sambungan rasuk


                                                                                   10

								
To top