KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN TEKNIKAL DI by ksw12253

VIEWS: 556 PAGES: 36

									KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN
       TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK




                  FOONG CHAN YAT




           UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                            PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

                      UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

       BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
 JUDUL: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN
        TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

                      SESI PENGAJIAN:        2005/2006

 Saya       FOONG CHAN YAT
               ( HURUF BESAR)

 mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
 Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

 1.     Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
 2.     Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
        pengajian sahaja.
 3.     Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
        institusi pengajian tinggi.
 4.     ** Sila tandakan ( )

                                 (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
                 SULIT           kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
                                 RAHSIA RASMI 1972)


                 TERHAD          (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
                                 organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)


                 TIDAK TERHAD
                                                                 Disahkan oleh


      _____________________________                _________________________________
         (TANDATANGAN PENULIS)                           (TANDATANGAN PENYELIA)

      Alamat Tetap:
      NO. 46, JALAN BESAR,                         TN. HJ. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT
      31100 SUNGAI SIPUT (U),                                (NAMA PENYELIA)
      PERAK DARUL RIDZUAN.

      Tarikh: 1 APRIL 2006                         Tarikh: __________________________


CATATAN:        * Potong yang tidak berkenaan.
                ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
                    pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
                    tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
                   Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
                   secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
                   penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
  adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
      Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.




        Tandatangan        : ......................................................................
        Nama Penyelia      : TN. HJ. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT
        Tarikh             : 1 APRIL 2006
KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN
         TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK




                       FOONG CHAN YAT




                  Laporan projek ini dikemukakan

            sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

   penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

                     (Kejuruteraan Mekanikal)




                        Fakulti Pendidikan
                   Universiti Teknologi Malaysia




                           APRIL, 2006
                                                                                     ii




“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
             yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.




                 Tandatangan     : …………………........
                 Nama Penulis : FOONG CHAN YAT
                 Tarikh          : 1 APRIL 2006
                                                                     iii




                 Kepada ibu bapa yang disanjungi


             (FOONG PING CHUA & LAI KIM MOOI)




                              serta


Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi dorongan ke arah kejayaan
                               ini


         (FOONG CHAN CHOONG & FOONG CHAN YEN)




                               dan
          rakan seperjuangan yang menyokong selama ini
                                                                                       iv




                                  PENGHARGAAN




        Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima
kasih kepada pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda, Tn. Hj. Asnul Dahar bin
Minghat atas bimbingan, dorongan, tunjuk ajar, perbincangan serta nasihat pakar yang
diberikan dalam menjayakan projek ini.



        Seterusnya penghargaan ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas kebenaran
bertulis yang diberikan bagi menjalankan kajian ini.



        Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada Pengetua Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, Encik Choong Chee Kong dan Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Encik Lee Hah, guru-guru tingkatan, guru-
guru dan pelajar-pelajar atas kerjasama yang telah diberikan untuk menyempurnakan
kajian ini.



        Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
                                                                                    v




                                     ABSTRAK




       Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menyebabkan
pelajar kaum Cina kurang memilih Sekolah Menengah Teknik (SMT) untuk melanjutkan
pelajaran mereka. Sampel kajian terdiri daripada kesemua 77 orang pelajar kaum Cina
Tingkatan Empat di dua buah Sekolah Menengah Harian di Pekan Sungai Siput (U) yang
mempunyai kelayakan memohon memasuki SMT dalam aliran kejuruteraan teknikal
berdasarkan pencapaian akademik mereka dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)
tahun 2004. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen kajian ini. Semua data adalah
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)
version 11.0 for Windows.       Dapatan kajian telah menunjukkan faktor ibu bapa
merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemasukan pelajar kaum Cina ke aliran
kejuruteraan teknikal di SMT, diikuti dengan faktor rakan sebaya sebagai faktor kedua
utama. Kajian ini turut mendapati pelajar kaum Cina kurang mendapat pendedahan
dalam aliran kejuruteraan teknikal di SMT.      Beberapa cadangan diberikan untuk
memungkinkan kajian lanjutan.
                                                                                       vi




                                     ABSTRACT




       The purpose of this descriptive research is to determine the factors cause a small
number of participation of Chinese students pursuing technical engineering field in SMT.
The selected respondents for this study consisted of 77 Form Four Chinese students
currently studying in Sekolah Menengah Harian, Sungai Siput (U), of which the
respondents’ 2004 PMR results indicate qualification of SMT intake in technical
engineering field. Questionnaire was chose as an instrument in this research. The
analysis of data is using SPSS software version 11.0 for Windows. The findings indicate
that parental factor is the main factor that contributes to the decision of pursuing
technical engineering field in SMT. This is followed by peer factor as the second factor.
In addition, the findings also illustrate that Chinese student lack the exposure towards
study in that field. Some recommendations had been proposed for future researcher.
                                                                  vii




                              KANDUNGAN




BAB   PERKARA                                           HALAMAN



      JUDUL                                                i
      PENGAKUAN                                            ii
      DEDIKASI                                             iii
      PENGHARGAAN                                          iv
      ABSTRAK                                              v
      ABSTRACT                                             vi
      KANDUNGAN                                            vii
      SENARAI JADUAL                                       xi
      SENARAI RAJAH                                        xii
      SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN                            xiii
      SENARAI LAMPIRAN                                     xiv



1     PENDAHULUAN                                          1
      1.0   Pengenalan                                     1
      1.1   Latar Belakang Masalah                         5
      1.2   Pernyataan Masalah                             14
      1.3   Objektif Kajian                                14
      1.4   Persoalan Kajian                               15
      1.5   Kepentingan Kajian                             16
            1.5.1   Pelajar-pelajar Kaum Cina Sekolah
                    Menengah Rendah                        16
            1.5.2   Ibu Bapa                               17
            1.5.3   Guru-guru                              17
                                                            viii



          1.5.4   Pihak Sekolah                        17
          1.5.5   Jabatan Pelajaran Negeri Perak       18
          1.5.6   Kementerian Perpaduan Negara
                  dan Pembangunan Masyarakat           18
    1.6   Batasan Kajian                               18
    1.7   Definisi Terminologi                         19
          1.7.1   Sekolah Menengah Teknik              19
          1.7.2   Aliran Teknikal                      19
          1.7.3   Aliran Kejuruteraan Teknikal         20
          1.7.4   Aliran Stenografi                    20




2   SOROTAN KAJIAN                                     21
    2.0   Pengenalan                                   21
    2.1   Kaum Cina serta Pendidikan Teknik dan
          Vokasional                                   21
    2.2   Faktor Minat                                 23
    2.3   Faktor Ibu Bapa                              26
    2.4   Faktor Rakan Sebaya                          28
    2.5   Faktor Pendedahan                            31




3   METODOLOGI KAJIAN                                  34
    3.0   Pengenalan                                   34
    3.1   Reka Bentuk Kajian                           34
    3.2   Sampel Kajian                                35
    3.3   Instrumen Kajian                             35
          3.3.1   Kajian Rintis                        37
                  3.3.1.1 Kebolehpercayaan Item Soal
                           Selidik                     37
                  3.3.1.2 Kesahan Kajian               38
                                                             ix

    3.4   Prosedur Kajian                               39
          3.4.1   Mentadbir Soal Selidik                40
    3.5   Analisis Data                                 41




4   ANALISIS DATA                                       42
    4.0   Pengenalan                                    42
    4.1   Analisis Bahagian A                           42
          4.1.1   Jantina                               43
          4.1.2   Gred Mata Pelajaran Kemahiran
                  Hidup Bersepadu (KHB) Dalam
                  Penilaian Menengah Rendah (PMR)
                  Tahun 2004                            43
          4.1.3   Aliran Pengajian Di Sekolah
                  Menengah Atas                         44
          4.1.4   Bidang Pekerjaan Ibu Bapa             45
    4.2   Analisis Bahagian B                           45
          4.2.1   Persoalan Kajian Pertama              46
          4.2.2   Persoalan Kajian Kedua                49
          4.2.3   Persoalan Kajian Ketiga               52
                  4.2.3.1 Purata Skor Peratusan Dalam
                            Faktor Rakan Sebaya         55
          4.2.4   Persoalan Kajian Keempat              56




5   RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
    CADANGAN                                            60
    5.0   Pengenalan                                    60
    5.1   Rumusan Kajian                                61
    5.2   Perbincangan Kajian                           62
          5.2.1   Faktor Ibu Bapa                       62
          5.2.2   Faktor Rakan Sebaya                   66
                                                            x

      5.2.3   Faktor Minat                            69
      5.2.4   Pendedahan Tentang Aliran
              Kejuruteraan Teknikal                   71
5.3   Cadangan Kajian                                 73
      5.3.1   Pelajar-pelajar Kaum Cina Sekolah
              Menengah Rendah                         73
      5.3.2   Ibu Bapa                                74
      5.3.3   Guru-guru                               74
      5.3.4   Pihak Sekolah                           74
      5.3.5   Jabatan Pelajaran Negeri Perak          75
      5.3.6   Kementerian Perpaduan Negara
              dan Pembangunan Masyarakat              75
5.4   Cadangan Kajian Lanjutan                        75




BIBLIOGRAFI                                           77
Lampiran A - H                                    84 - 98
                                                                          xi




                                 SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                              TAJUK                      HALAMAN


1.1   Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik
      Johor Bahru tahun 2004                                         10
1.2   Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik
      Johor Bahru tahun 2005                                         11
1.3   Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik
      Kota Tinggi tahun 2004                                         12
1.4   Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik
      Kota Tinggi tahun 2005                                         13
3.1   Bilangan pelajar kaum Cina Tingkatan Empat yang
      mempunyai kelayakan memohon memasuki Sekolah
      Menengah Teknik untuk aliran kejuruteraan teknikal
      tahun 2005                                                     35
3.2   Skala Likert lima pemeringkatan di Bahagian B soal selidik     36
3.3   Taburan item-item di Bahagian B soal selidik                   37
4.1   Taburan responden mengikut jantina                             43
4.2   Taburan responden mengikut gred mata pelajaran KHB             43
4.3   Taburan responden mengikut aliran pengajian                    44
4.4   Taburan responden mengikut bidang pekerjaan ibu bapa           45
4.5   Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor minat                46
4.6   Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor ibu bapa             49
4.7   Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor rakan sebaya         53
4.8   Purata skor peratusan dalam faktor rakan sebaya                56
4.9   Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor pendedahan           57
                                                                   xii




                                SENARAI RAJAH




NO. RAJAH                             TAJUK                  HALAMAN


1.1   Laluan melanjutkan pelajaran dalam sistem Pendidikan
      Teknik dan Vokasional                                    9
                                                                            xiii




                   SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN




BPTV      -   Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
EPRD      -   Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPTek     -   Jabatan Pendidikan Teknikal
KHB       -   Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM       -   Kementerian Pelajaran Malaysia
KS        -   Kurang Setuju
MPV       -   Mata Pelajaran Vokasional
PMR       -   Penilaian Menengah Rendah
PSM       -   Projek Sarjana Muda
S         -   Setuju
SBP       -   Sekolah Berasrama Penuh
SKM       -   Sijil Kemahiran Malaysia
SMT       -   Sekolah Menengah Teknik
SPM       -   Sijil Pelajaran Malaysia
SPM (V)   -   Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
SPSS      -   Statistical Package For Social Science
SPVM      -   Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
SS        -   Sangat Setuju
STPM      -   Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
STS       -   Sangat Tidak Setuju
TS        -   Tidak Setuju
UNESCO    -   United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
UTM       -   Universiti Teknologi Malaysia
%         -   Peratus
f         -   frekuensi
                                                                 xiv




                             SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                             TAJUK                HALAMAN


A   Borang Soal Selidik                                     84
B   Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian (1)     90
C   Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian (2)     91
D   Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan, UTM            92
E   Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan dan
    Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM                      93
F   Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak     95
G   “MPV di Semua Sekolah Menengah” Petikan
    Berita Harian, Rabu, 16 Julai 2003                      96
H   “PMR 2003 - 50,520 Tempat Disediakan di SMT”
    Petikan Utusan Malaysia, Selasa, 9 Disember 2003        97
                                        BAB 1




                                  PENDAHULUAN




1.0    Pengenalan



       Pendidikan di Malaysia sejak awal kewujudannya telah mengalami berbagai-
bagai reformasi akibat daripada sistem kolonial yang kuat berpegang kepada sistem
pecah-perintah. Sebelum pendidikan formal terlaksana, masyarakat majmuk di Malaya
telah mendidik anak-anak mereka perkara mengenai kehidupan. Masyarakat Melayu
mengajarkan anak-anak mereka berkebun dan menangkap ikan. Keluarga Cina pula
mengajarkan anak-anak mereka berniaga dan melombong. Manakala, anak-anak
masyarakat India dilatih berladang dan menoreh getah. Bertitik tolak daripada
pendidikan bercorak praktikal ini, Pendidikan Teknik dan Vokasional telah berakar umbi
di Malaysia.



       Pada tahun 1916, R.O. Windstead yang merupakan Penolong Pengarah
Pendidikan pada masa itu telah memperkenalkan pendidikan bercorak praktikal di
Malaya. Anak-anak Tanah Melayu ini buat pertama kali diajarkan kemahiran
manipulatif seperti melukis, berkebun, memasak dan membuat anyaman melalui
pendidikan formal. Kemudiannya, pada tahun 1918, pendidikan teknikal khas yang
pertama diberikan kepada anak-anak Melayu melalui penubuhan Sekolah Tukang (Trade
Schools) di Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penubuhan Sekolah Tukang di Pulau
Pinang, Ipoh dan Johor Bahru di antara tahun 1926 hingga tahun 1934.
                                                                                       2

       Pada masa itu, sekolah ini menyediakan kursus tiga tahun untuk latihan mekanik,
elektrik dan ketukangan kayu. Tujuan utama pendidikan ini diberikan adalah untuk
membantu anak-anak Melayu menjadi mekanik. Sekolah Tukang ini kemudian bertukar
nama kepada Sekolah Pertukangan Teknik Rendah dan seterusnya kepada Sekolah
Menengah Pertukangan. Syarat kemasukannya pula ditingkatkan kepada persekolahan
menengah rendah.



       Pada tahun 1938, pendidikan mirip vokasional telah bertapak di Malaya. Namun,
pendidikan ini tidak dapat terlaksana kerana ketiadaan teknologi di Malaya pada masa
tersebut. Polisi Pendidikan Baru kemudiannya dibentuk pada tahun 1946 untuk
melaksanakan Laporan 1938 (yang gagal kerana Perang Dunia Kedua) dengan membina
struktur dan polisi baru.



       Pada tahun 1956, Penyata Razak telah membuat penyatuan sukatan pelajaran di
Sekolah Venakular (Plural Schools) di seluruh Malaya dan Bahasa Melayu telah
dijadikan Bahasa Kebangsaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957, pendidikan terus mengalami reformasi. Pada tahun 1960, Laporan Rahman Talib
dihasilkan dengan tujuan mengkaji semula Laporan Razak. Hasil cadangan Laporan
Rahman Talib, Pendidikan Vokasional diperkenalkan sebagai pendidikan formal di
negara kita.



       Sekolah Menengah Pertukangan perlahan-lahan dimansuhkan menjelang tahun
1967 dan nama institusi ditukar kepada Sekolah Menengah Vokasional. Kursus sebelum
ini selama tiga tahun telah dikurangkan menjadi dua tahun. Kurikulum Pendidikan
Vokasional turut dikaji dari semasa ke semasa dengan dua per tiga daripada
kurikulumnya diperuntukkan bagi kursus vokasional dan satu per tiga daripadanya bagi
pendidikan am.



       Pada tahun 1969, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah
diimplementasi dalam sistem pendidikan negara. Seterusnya, pada tahun 1987, Sijil
Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) ditukar namanya kepada Sijil Pelajaran Malaysia
(Vokasional) atau SPM (V). Perkembangan ini secara langsung telah membawa kepada
                                                                                           3

penyelarasan sistem pensijilan di seluruh negara. Pada tahun yang sama, Peperiksaan
Sekolah Menengah SPM dimulakan di seluruh Malaysia (www.moe.gov.my, 15.8.2005).



       Pada tahun 1979 pula, Laporan Jawatankuasa Kabinet telah memperakukan
Sekolah Menengah Vokasional yang ada untuk disemak dan digubah semula supaya
lebih bersesuaian dengan permintaan tenaga pekerja sejajar dengan perkembangan
perindustrian yang pesat. Hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju terserlah apabila
enam puluh sembilan buah Sekolah Menengah Vokasional di seluruh negara dinaik taraf
kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1997. Pertukaran status sekolah ini telah
memperlihatkan “aliran kejuruteraan teknikal” diperkenalkan dalam sistem Pendidikan
Teknik dan Vokasional di samping aliran vokasional dan aliran kemahiran yang sedia
ada. Aliran kejuruteraan teknikal yang telah diperkenalkan terdiri daripada tiga jurusan
yang berikut:



       1.       Pengajian Kejuruteraan Jentera (atau Mekanikal)
       2.       Pengajian Kejuruteraan Awam
       3.       Pengajian Kejuruteraan Elektrik



       Pada tahun 1995, Kementerian Pelajaran Malaysia telah distruktur semula dan
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dipertingkatkan kepada Jabatan
Pendidikan Teknikal (JPTek) bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020
(www.moe.gov.my, 15.8.2005). Semua sembilan unit yang asal disusun semula dan
dirangkumkan ke dalam lima buah bahagian. Pada tahun 2000 pula, JPTek mewujudkan
satu lagi bahagian baru selaras dengan penubuhan Kolej-kolej Komuniti. Berikutan
perpindahan beberapa Bahagian ke Kementerian Pengajian Tinggi, JPTek kini hanya
terdiri daripada empat Bahagian sahaja, iaitu:



       1.       Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknikal & Vokasional
       2.       Bahagian Kurikulum Teknikal & Vokasional
       3.       Bahagian Perancangan & Penyelidikan Teknikal & Vokasional
       4.       Bahagian Latihan & Kemajuan Staf
                                                                                       4

       Sejak penubuhannya, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mengkonsepsi dasar dan arah tuju
perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional, menentukan pelaksanaan dan
penyelarasan institusi pendidikan teknikal dan vokasional serta merancang, menggubal
dan menilai keberkesanan pendidikan teknikal dan vokasional. Selain itu, JPTek telah
menggariskan matlamat dan misi Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk:



       1.     Memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam
              pendidikan sains dan teknologi memperluaskan kebolehan mereka
              menjadi tenaga kerja yang berteknologi tinggi dan warganegara yang
              produktif.



       2.     Menawarkan program teknologi yang lebih rigorous bagi membolehkan
              pelajar berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang
              teknikal dan kejuruteraan. Melalui cara ini, negara akan dapat melahirkan
              tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi, berketrampilan dan
              mengamalkan nilai murni.



       Seiringan dengan matlamat ini, Pendidikan Teknik dan Vokasional telah
berkembang pesat dan kini menjurus kepada tiga aliran yang berlainan, iaitu aliran
teknikal, aliran vokasional dan aliran stenografi (www.schools.sains.com.my, 15.8.2005).
Bagi aliran teknikal, sebanyak tujuh kursus telah ditawarkan untuk calon-calon SPM
manakala untuk aliran vokasional pula, sebanyak enam belas kursus ditawarkan.



       Berikutan enam puluh sembilan buah Sekolah Menengah Vokasional di seluruh
negara telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1997, terdapat
sejumlah tujuh puluh empat buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh Semenanjung
Malaysia (www.moe.gov.my, 20.8.2005). Pada masa ini, jumlah keseluruhan Sekolah
Menengah Teknik di Malaysia mencecah lapan puluh sembilan buah (Rajmah, 2003).
                                                                                     5

       Kepentingan peranan yang dimainkan oleh Pendidikan Teknik dan Vokasional
dalam sistem pendidikan Malaysia semakin menyerlah apabila Mata Pelajaran Teknikal
turut ditawarkan di lima belas buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), tujuh buah Sekolah
Menengah Agama, dua puluh empat buah Sekolah Premier dan 230 buah Sekolah
Menengah Harian yang dipilih (www.geocities.com, 20.8.2005).



       Manakala, Mata Pelajaran Vokasional (MPV) juga diperkenalkan ke semua 1,738
buah sekolah menengah di seluruh negara mulai tahun 2004 selaras dengan permintaan
negara yang memerlukan pekerja mahir untuk memenuhi sektor pembuatan dan
perkilangan. (Manzaidi, 2003).



       Menyedari hakikat ini, arah tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional pada masa
depan perlu selaras dengan arus pembangunan yang pesat di Malaysia. Untuk
merealisasikan aspirasi negara menjadi sebuah negara maju seiring dengan mandat
Wawasan 2020, Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu memainkan perwatakannya
mengembangkan potensi pelajar yang celik teknologi dan seterusnya melahirkan generasi
tenaga pekerja yang produktif, berketrampilan dan berteknologi tinggi
(www.moe.gov.my, 20.8.2005).




1.1    Latar Belakang Masalah



       Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Jabatan Pendidikan Teknikal telah
menawarkan sebanyak 50,520 tempat kepada pelajar lepasan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) tahun 2003 untuk memasuki tingkatan empat di Sekolah Menengah
Teknik (SMT) di seluruh negara pada tahun 2004 (Rajmah, 2003). Jumlah itu
melibatkan pertambahan 1,890 tempat berbanding tahun sebelumnya berikutan
pembukaan tiga Sekolah Menengah Teknik baru, iaitu di Jengka, Pahang, di Pendang,
Kedah dan di Pontian, Johor. Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan SMT setakat
ini ialah lapan puluh sembilan buah.
                                                                                        6

         Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Abdul Aziz Mastam, daripada jumlah itu, sebanyak 36,340 tempat
disediakan untuk aliran teknikal, 14,180 tempat untuk aliran vokasional dan 1,320 tempat
untuk aliran kemahiran (Rajmah, 2003).



         Sebanyak dua puluh daripada lapan puluh sembilan buah Sekolah Menengah
Teknik di seluruh Malaysia menawarkan hanya aliran teknikal manakala selebihnya
menawarkan ketiga-tiga aliran teknikal, aliran vokasional dan aliran kemahiran (Rajmah,
2003).



         Pendidikan Teknik atau pendidikan aliran teknikal ialah kursus lepasan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) selama dua tahun di Sekolah Menengah Teknik. Calon-
calonnya akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah tamat
kursus ini (www.moe.gov.my, 3.8.2005). Aliran teknikal kini telah menawarkan tujuh
jurusan, antaranya termasuk Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan
Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pertanian, Perdagangan, Ekonomi Rumah
Tangga (Pengurusan Makanan) dan Ekonomi Rumah Tangga (Pengajian Pakaian)
(Rajmah, 2003). Menurut Moktar (1999), tiga jurusan yang bercorak kejuruteraan
(Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian
Kejuruteraan Elektrik) pula boleh digolongkan dalam kumpulan yang lebih kecil sebagai
aliran kejuruteraan teknikal.



         Pendidikan Vokasional atau pendidikan aliran vokasional pula menyediakan
pelajar untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau SPM(V)
setelah tamat kursusnya. Bagi aliran vokasional, sebanyak enam belas kursus
ditawarkan, iaitu elektrik, elektronik, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi
logam, automatif, binaan bangunan, penyejukan dan penyamanan udara, katering, rekaan
fesyen dan membuat pakaian, seni kecantikan, asuhan kanak-kanak, bakeri dan
konfeksioneri, pengurusan perniagaan, holtikultur hiasan, kejenteraan ladang dan
pengurusan ladang (www.moe.gov.my, 20.8.2005).
                                                                                          7

       Aliran kemahiran atau aliran stenografi ini berlainan dengan kedua-dua aliran di
atas dari segi syarat kemasukannya. Aliran ini terbuka kepada pemohon yang lulus
dalam peperiksaan SPM atau SPM(V) dan lulus Bahasa Inggeris. Selain itu, umur
pemohon hendaklah tidak melebihi dua puluh satu tahun pada tarikh kemasukan
(www.schools.sains.com.my, 15.8.2005). Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan
dianugerahkan kepada pelajar yang lulus dalam kursusnya.



       Sementara itu, aliran teknik dan vokasional menggariskan syarat bahawa
pemohonnya mestilah warganegara Malaysia yang sihat tubuh badan serta tidak
menghidapi penyakit (www.moe.gov.my, 3.8.2005). Pemohon-pemohon juga perlu
memenuhi syarat-syarat berikut bagi melayakkan diri untuk diterima masuk ke sekolah
ini:



       1.     Untuk pemohon dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, pemohon mesti
              berada di Tingkatan Tiga dan mengambil Penilaian Menengah Rendah
              (PMR) serta memenuhi syarat memasuki Tingkatan Empat tahun
              berikutnya.



       2.     Untuk pemohon dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan, pemohon
              mesti berada di Tingkatan Tiga, mengambil Penilaian Menengah Rendah
              (PMR), layak memohon memasuki Tingkatan Empat di Sekolah
              Menengah Bantuan Penuh Kerajaan serta tidak tertahan di mana-mana
              tingkatan atau darjah terdahulu.



       Suhaimy (1991) dalam kajiannya mendapati masih terdapat tanggapan negatif
yang mengatakan bahawa Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional adalah untuk
pelajar yang lemah dan peluang untuk mendapatkan pekerjaan serta melanjutkan
pelajaran adalah sukar. Tanggapan yang bias ini harus dibetulkan secepat mungkin.
                                                                                    8

       Dari aspek kelayakan akademik, pencapaian dalam PMR menjadi faktor
pertimbangan semasa proses pemilihan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik
(www.moe.gov.my, 20.8.2005). Bagi aliran teknikal, pemohon mestilah mendapat
pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:



       1.      Peringkat B dalam Bahasa Melayu
       2.      Peringkat B dalam Sains dan Peringkat C dalam Matematik atau Peringkat
               B dalam Matematik dan Peringkat C dalam Sains
       3.      Peringkat C dalam Kemahiran Hidup



       Maka, hanya pelajar yang mempunyai pencapaian akademik baik dan pencapaian
akademik sederhana baik layak memohon meneruskan pelajaran dalam aliran teknikal di
Sekolah Menengah Teknik.



       Dari segi peluang melanjutkan pelajaran pula, Pendidikan Teknik dan Vokasional
ini mempunyai peluang yang sangat cerah. Laluan untuk melanjutkan pelajaran
ditunjukkan dalam rajah seperti berikut:
                                                                                                                        9

                                                     Dunia Pekerjaan


     Pasca Ijazah

                           Ijazah
                                                                                                        Kelayakan
                                           Diploma
                                                                                                       Vokasional


     Institusi Pengajian Tinggi Awam/                  Diploma

     Institusi Pengajian Tinggi Swasta                Politeknik


                                                                        Sijil
                                                                     Politeknik

        Matrikulasi
                                    STPM
                                                            Politeknik


                                    Tingkatan Enam
                                                                     Sijil Kolej
                                                                     Komuniti
                                                                                                    Institusi Latihan
                                                                                                      Teknikal dan
                                                                   Kolej Komuniti                      Vokasional



                           Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)                           Sijil Kemahiran M’sia (SKM) dll.


                      Teknikal                              Vokasional                                Kemahiran

                         Sekolah Menengah Teknik/ Sekolah Menengah Vokasional (Tingkatan 4 dan 5)


                                        Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
                                           Mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR)



                                      (Sumber: www.beliathai.org.my)

    Rajah 1.1 : Laluan melanjutkan pelajaran dalam sistem Pendidikan Teknik
                      dan Vokasional



        Ekoran kualiti dan peluang melanjutkan pelajaran diragui, tanggapan negatif
terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional berlanjutan dan menular kepada seluruh
masyarakat Cina. Chan (1995) dalam kajiannya telah mendapati bahawa hanya 33.6
peratus daripada ibu bapa masyarakat Cina sudi menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional manakala 66.4 peratus tidak ingin membuat
demikian. Sikap masyarakat Cina ini secara langsung telah membawa impak kepada
populasi pelajar Sekolah Menengah Teknik. Bilangan kemasukan pelajar kaum Cina ke
                                                                                    10

Sekolah Menengah Teknik adalah terlalu sedikit sehingga tidak dapat mencerminkan
identiti negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk.



       Realiti sebenar di dua buah Sekolah Menengah Teknik di negeri Johor dewasa ini
adalah cukup jelas untuk memperlihatkan fenomena ini. Bilangan kemasukan pelajar
mengikut jantina dan kaum ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah
Menengah Teknik Kota Tinggi bagi tahun 2004 dan tahun 2005 untuk aliran kejuruteraan
teknikal ditunjukkan dalam jadual-jadual seperti berikut:



   Jadual 1.1 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Johor
                Bahru tahun 2004

   Kelas                  Lelaki                      Perempuan            Jumlah
                Melayu      Cina     India    Melayu        Cina   India   Semua
 Pengajian
Kejuruteraan       11         0        0         27          0      0        38
 Awam 1
 Pengajian
Kejuruteraan        8         0        2         29          0      0        39
 Awam 2
 Pengajian
Kejuruteraan       33         0        0          5          0      0        38
Mekanikal 1
 Pengajian
Kejuruteraan       32         0        1          6          0      0        39
Mekanikal 2
 Pengajian
Kejuruteraan       28         0        0          9          0      0        37
 Elektrik 1
 Pengajian
Kejuruteraan       23         0        1         13          0      0        37
 Elektrik 2
 Pengajian
Kejuruteraan       29         0        0          8          0      0        37
 Elektrik 3

  Jumlah          164         0        4         97          0      0       265



                (Sumber: Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor)
                                                                               11

  Jadual 1.2 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Johor
               Bahru tahun 2005

   Kelas              Lelaki                   Perempuan              Jumlah
               Melayu Cina        India   Melayu Cina    India        Semua
 Pengajian
Kejuruteraan     12        0        0        19       0        0        31
 Awam 1
 Pengajian
Kejuruteraan     11        0        0        14       0        0        25
 Awam 2
 Pengajian
Kejuruteraan     18        0        0        6        0        0        24
Mekanikal 1
 Pengajian
Kejuruteraan     17        0        0        4        0        0        21
Mekanikal 2
 Pengajian
Kejuruteraan     13        1        0        8        0        0        22
 Elektrik 1
 Pengajian
Kejuruteraan      7        0        0        18       0        0        25
 Elektrik 2

  Jumlah         78        1        0        69       0        0       148



               (Sumber: Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor)
                                                                               12

Jadual 1.3 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
           tahun 2004

   Kelas              Lelaki                   Perempuan              Jumlah
               Melayu Cina        India   Melayu Cina    India        Semua
 Pengajian
Kejuruteraan     19        0        0        20       0        0        39
 Awam 1
 Pengajian
Kejuruteraan     19        0        0        19       0        0        38
 Awam 2
 Pengajian
Kejuruteraan     32        0        0        4        0        0        36
Mekanikal 1
 Pengajian
Kejuruteraan     38        0        0        0        0        0        38
Mekanikal 2
 Pengajian
Kejuruteraan     20        0        0        21       0        0        41
 Elektrik 1
 Pengajian
Kejuruteraan     18        0        0        23       0        0        41
 Elektrik 2

  Jumlah         146       0        0        87       0        0       233



               (Sumber: Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor)
                                                                                         13

Jadual 1.4 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
             tahun 2005

   Kelas               Lelaki                      Perempuan                   Jumlah
                Melayu Cina          India    Melayu Cina    India             Semua
 Pengajian
Kejuruteraan       14         0        0         23         0         0          37
 Awam 1
 Pengajian
Kejuruteraan       26         0        0         12         0         0          38
 Awam 2
 Pengajian
Kejuruteraan       25         1        0          7         0         0          33
Mekanikal 1
 Pengajian
Kejuruteraan       26         0        0          5         0         1          32
Mekanikal 2
 Pengajian
Kejuruteraan       11         0        0         22         0         0          33
 Elektrik 1
 Pengajian
Kejuruteraan       20         0        0         14         0         0          34
 Elektrik 2

  Jumlah          122         1        0         83         0         1          207



                (Sumber: Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor)



       Daripada jumlah penduduk di Malaysia pada Banci Tahun 2000, kira-kira 21,890
ribu atau 94.1 peratus ialah warganegara Malaysia. Daripada jumlah ini, kaum
Bumiputera terdiri daripada 65.1 peratus, Cina terdiri daripada 26.0 peratus dan India
terdiri daripada 7.7 peratus (www.statistics.gov.my, 20.8.2005). Perangkaan telah
menunjukkan bahawa kaum Cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia selepas
kaum Bumiputera. Akan tetapi, anak-anak kaum Cina yang memasuki Sekolah
Menengah Teknik untuk melanjutkan pelajaran mereka adalah sangat sedikit dan
fenomena ini telah membentuk satu perbezaan nisbah yang begitu drastik dengan
populasi sebenar kaum Cina.
                                                                                   14

       “Jika kita serius untuk berdaya saing dan jika kita benar-benar mahu
       keamanan serta masyarakat yang stabil, kita bukan saja mesti berusaha
       untuk meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan di sekolah, tetapi
       juga meningkatkan tahap integrasi nasional.        Tahap integrasi dan
       kefahaman sesama kaum masa kini menjadi satu kebimbangan. Sekolah
       kini menjadi lebih mono-kaum…”
                                                      (Berita Harian, 28.4.2004)



       Kata-kata hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada
Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia tahun 2004 wajar diambil prihatin agar sama-
sama berikhtiar mencari jalan penyelesaian.




1.2    Pernyataan Masalah



       Pola bilangan pelajar memasuki Sekolah Menengah Teknik mengikut kaum
menunjukkan Sekolah Menengah Teknik kurang mendapat sambutan daripada pelajar
kaum Cina. Dengan ini, penyelidik ingin meninjau faktor-faktor yang menyebabkan
pelajar kaum Cina di dua buah Sekolah Menengah Harian di Pekan Sungai Siput (U)
kurang memilih Sekolah Menengah Teknik untuk melanjutkan pelajaran mereka.




1.3    Objektif Kajian



       Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar kaum Cina kurang memilih Sekolah Menengah Teknik untuk
melanjutkan pelajaran mereka. Objektif kajian ini adalah untuk:
                                                                                     15

1.3.1 Meninjau faktor minat pelajar kaum Cina untuk melanjutkan pelajaran dalam
       aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik.



1.3.2 Meninjau sama ada faktor ibu bapa menyebabkan pelajar kaum Cina kurang
       memilih aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk
       melanjutkan pelajaran mereka.



1.3.3 Meninjau sama ada faktor rakan sebaya menyebabkan pelajar kaum Cina kurang
       memilih aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk
       melanjutkan pelajaran mereka.



1.3.4 Meninjau pendedahan pelajar kaum Cina tentang perihal melanjutkan pelajaran
       dalam aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik.




1.4    Persoalan Kajian



       Empat persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik adalah seperti yang
berikut:




1.4.1 Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar kaum Cina untuk melanjutkan
       pelajaran dalam aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik?



1.4.2 Apakah faktor ibu bapa menyebabkan pelajar kaum Cina kurang memilih aliran
       kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk melanjutkan pelajaran
       mereka?
                                                                                        16

1.4.3 Apakah faktor rakan sebaya menyebabkan pelajar kaum Cina kurang memilih
       aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk melanjutkan
       pelajaran mereka?



1.4.4 Apakah pelajar kaum Cina mendapat pendedahan yang secukupnya tentang
       perihal melanjutkan pelajaran dalam aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah
       Menengah Teknik?




1.5    Kepentingan Kajian



       Kajian ini perlu dilakukan kerana kajian ini dapat memberi kepentingan dan
sumbangan kepada pihak-pihak yang berikut:




1.5.1 Pelajar-pelajar Kaum Cina Sekolah Menengah Rendah



       Pelajar-pelajar ini mula mendapat idea pembentukan awal kerjaya mereka semasa
mereka belajar di Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Kajian ini memberi kesedaran kepada
pelajar-pelajar tentang minat dan hala tuju mereka pada masa akan datang. Mereka
berpeluang merancang matlamat dan aliran yang ingin diceburi di Tingkatan Empat
nanti. Pelajar-pelajar kaum Cina ini dapat mengenal pasti satu lagi pilihan alternatif yang
ada untuk melanjutkan pelajaran, iaitu ke Sekolah Menengah Teknik.
                                                                                     17

1.5.2 Ibu Bapa



       Melalui kajian ini, ibu bapa pelajar kaum Cina akan lebih mengenali Sekolah
Menengah Teknik, khususnya bagi aspek syarat kemasukan ke Sekolah Menengah
Teknik. Secara tidak langsung, ibu bapa kaum Cina dapat membentuk tanggapan yang
lebih positif tentang Sekolah Menengah Teknik dan lebih banyak ibu bapa akan sudi
menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.




1.5.3 Guru-guru



       Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap pelajar-
pelajarnya. Menurut Moktar (1999), guru perlu sentiasa memperkaya diri dengan
pelbagai maklumat kerjaya yang diperlukan oleh pelajar. Kajian ini dapat menyedarkan
guru-guru tentang peranan yang dimainkan oleh mereka dalam aspek-aspek seperti
perkembangan minat pelajar, pemberian bimbingan untuk melanjutkan pelajaran dan
pembentukan awal kerjaya pelajar-pelajar.




1.5.4 Pihak Sekolah



       Hasil kajian ini turut memberi idea dan rujukan kepada pihak sekolah supaya
lebih mengenali minat pelajar terhadap pendidikan yang diberikan kepada mereka.
Sekiranya pelajar-pelajar sangat berminat dalam melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah Teknik, pihak sekolah haruslah mengambil tindakan dengan kadar cepat,
terutamanya dalam prosedur dan pendaftaran ke Sekolah Menengah Teknik. Pihak
sekolah perlu mengatur langkah bijak mengembangkan bakat dan minat pelajar kaum
Cina terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional.
                                                                                      18

1.5.5 Jabatan Pelajaran Negeri Perak



       Hasil kajian ini dapat memberitahu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak bahawa
satu fenomena ganjil telah berlaku di Sekolah Menengah Teknik, iaitu hampir seratus
peratus pelajar Sekolah Menengah Teknik terdiri daripada kaum Melayu.
Kesinambungannya, dapatan kajian dapat dijadikan bahan rujukan dalam usaha
menggalakkan lebih banyak pelajar kaum Cina memasuki Sekolah Menengah Teknik.




1.5.6 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat



       Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Semenjak negara kita
mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan perpaduan
negara. Antaranya termasuklah usaha mewujudkan Sekolah Kebangsaan untuk
kemasukan semua kaum dan usaha menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di sekolah untuk mengeratkan hubungan rakyat yang berbilang kaum. Usaha
murni ini wajar diteruskan di Sekolah Menengah Teknik dalam membentuk populasi
sekolah yang berbilang bangsa dan budaya. Justeru itu, kajian ini memang perlu
dilakukan agar dapat membantu dalam menggalakkan lebih banyak pelajar kaum Cina
memasuki Sekolah Menengah Teknik.




1.6    Batasan Kajian



       Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah terhad kepada pelajar-pelajar kaum
Cina dari dua buah Sekolah Menengah Harian di Pekan Sungai Siput (U), Perak Darul
Ridzuan. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Shing Chung, Sungai Siput (U) dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Methodist, Sungai Siput (U). Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar-pelajar kaum Cina kurang memilih Sekolah Menengah Teknik
                                                                                           19

untuk aliran kejuruteraan teknikal sahaja, iaitu jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera,
Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik.

								
To top