PERTANDINGAN KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN KONSEP 1MALAYSIA DI by ksw12253

VIEWS: 79 PAGES: 3

									PERTANDINGAN KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN KONSEP 1MALAYSIA
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI




PENDAHULUAN
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abd Razak telah
memperkenalkan konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Untuk menerapkan konsep tersebut di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT),
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah
mengumumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan
pertandingan     menulis   kertas   konsep   1Malaysia   semasa   beliau   merasmikan
Konvensyen Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di Universiti Tun Hussein Onn
pada 16 Mei 2009. Kumpulan yang memenangi pertandingan ini akan menjadi
penggerak kepada pelaksanaan konsep 1Malaysia di IPT masing-masing dan bantuan
kewangan untuk menjalankan aktiviti yang terkandung dalam kertas cadangan tersebut
akan disalurkan kepada universiti masing-masing oleh KPT.




OBJEKTIF PERTANDINGAN
Objektif pertandingan adalah seperti berikut:
   1. Mencungkil idea tentang cara menerapkan konsep 1Malaysia di kalangan
      pelajar;


   2. Meneroka kesedaran dan pemahaman pelajar IPT tentang konsep 1Malaysia;


   3. Menerapkan kesemua nilai 1Malaysia mengikut idea dan acuan pelajar; dan


   4. Merealisasikan 1Malaysia di kalangan pelajar daripada pelbagai kaum di
      Malaysia.




                                             1
SYARAT PERTANDINGAN
  1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar di IPT;


  2. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada empat (4) atau lebih kumpulan kaum di
     Malaysia;


  3. Kertas cadangan hendaklah mengandungi kerangka kerja yang boleh
     dilaksanakan di sepanjang setahun pengajian;


  4. Satu kajian perlu dijalankan di kampus masing-masing bagi mendapat idea dan
     pandangan daripada semua pihak. Hasil kajian tersebut perlu dimasukkan dalam
     kertas cadangan;


  5. Selain daripada penerapan nilai-nilai 1Malaysia dalam setiap aktiviti yang
     dirangka, setiap aktiviti mestilah juga mempunyai hasil pembelajaran (learning
     outcomes), kemahiran insaniah, cara pelaksanaan, jangkaan peserta dan
     penilaian keberkesanan program yang dicadangkan;


  6. Satu panel hakim bebas akan dilantik untuk mengadili pertandingan berkenaan.
     Keputusan panel hakim adalah muktamad; dan


  7. Semua kertas cadangan perlu melalui Timbalan Naib Canselor (HEP) bagi IPTA
     dan Director Students Affair bagi IPTS.




FORMAT KERTAS CADANGAN
  a. Kertas   cadangan     mestilah   menyenaraikan    aktiviti-aktiviti   yang   boleh
     dilaksanakan sepanjang 1 (satu ) tahun bagi mencapai 1Malaysia di kalangan
     pelajar IPT;




                                         2
   b. Kertas cadangan yang dikemukakan hendaklah ditulis sama ada dalam Bahasa
      Melayu ataupun Bahasa Inggeris dengan menggunakan font Arial saiz 12 dan
      tidak melebihi 30 muka;


   c. Kertas cadangan yang lengkap mestilah dihantar sebelum/pada 15 Ogos 2009
      kepada:


         Urusetia Pertandingan Konsep 1Malaysia
         Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
         Jabatan Pengajian Tinggi
         Aras 2 Blok E9 Parcel E Presint 1
         Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
         62505 PUTRAJAYA




HADIAH
Hadiah bernilai RM30,000.00 setiap satu akan diberikan kepada lima kumpulan yang
mengemukakan kertas cadangan terbaik untuk melaksanakan program yang dirancang.




KAVEAT
Kementerian Pengajian Tinggi berhak untuk menerima atau menolak kertas kerja yang
diterima. Satu panel hakim akan dilantik untuk mengadili pertandingan tersebut.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.




                                         3

								
To top