PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI

Document Sample
PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI Powered By Docstoc
					Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara




       PANDUAN PENJAGAAN
                        DAN PENGGUNAAN
           KOMPUTER PERIBADI,
             KOMPUTER RIBA DAN
                                                                  PENCETAK




31 Mac 2009

JABATAN PEGUAM NEGARA



                                                       1 / 16
                            Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara




PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA DAN PENCETAK
     .............................................................................................................................................................................. 3

PENDAHULUAN ............................................................................................................................................................... 3

A.              PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI ......................................................................................... 4

     1.            PERKAKASAN ........................................................................................................................................................ 4

          1.1          MONITOR ...........................................................................................................................................................4

          1.2          CPU ......................................................................................................................................................................5

          1.3          PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) DAN TETIKUS (MOUSE) .......................................................................6

          1.4          BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY) ..........................................................................................................8

     2.            PERISIAN ................................................................................................................................................................9

B.              PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER RIBA ............................................................................................... 15

C.              PANDUAN PENJAGAAN PENCETAK ........................................................................................................... 16




                                                                                                         2 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



     PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI,
                                     KOMPUTER RIBA DAN PENCETAK




PENDAHULUAN

Penjagaan perkakasan ICT selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Namun begitu, penyelenggaraan ringkas dan penjagaan yang betul penting bagi
menyelamatkan sistem dari kerosakan serius dan memastikan jangka hayat
perkakasan yang lebih panjang. Sehubungan itu, panduan ini disediakan untuk
membantu pengguna dalam aspek penjagaan perkakasan ICT yang dibekalkan.
Bagi aspek keselamatan pula, pengguna boleh merujuk Garis Panduan
Keselamatan Pejabat Jabatan Peguam Negara yang terdapat dalam Laman Web
Jabatan.          Di samping itu, ia turut menyediakan panduan penggunaan
perkakasan yang betul dari aspek kesihatan.

Panduan ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian, iaitu Panduan Penjagaan
Komputer Peribadi, Panduan Penjagaan Komputer Riba dan Panduan
Penjagaan Pencetak.




                                                       3 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



                 A.        PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI

1.        PERKAKASAN

1.1       MONITOR

•     Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan
      barang perhiasan atau kain tebal.




                  Gambar rajah 1                                              Gambar rajah 2




                      Gambar rajah 3
                                                                             Gambar rajah 4

    Gambarajah 1, 2 dan 3 menunjukkan
                                                              Gambar           rajah       4   menunjukkan
 ruangan udara bagi monitor yang
                                                              ruangan udara bagi pencetak yang
 tertutup       menghalang           proses        aliran
                                                              tertutup.
 udara keluar masuk.

      •   Jarakkan monitor dan dinding sebanyak 20 cm untuk laluan udara.


                                                       4 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



1.2       CPU

      •   Dapatkan sedikit ruang lebih kurang 20 cm antara CPU dan dinding untuk
          laluan udara.




                                               Gambar rajah 5

      Gambar rajah 5 menunjukkan ruangan antara CPU dan dinding kurang dari
      jarak yang sepatutnya.

      •   Pastikan CPU jauh dari medan magnet yang boleh mengganggu prestasi
          komputer.


      •   Letakkan di kawasan yang sejuk dan kering, serta jauh dari pancaran
          matahari. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam
          CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan
          mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.




                                                       5 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



      •     Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalaman, vakum celah-celah bilah kipas
            dan sink haba dengan dibantu berus kecil. Setelah selesai kerja, skrukan
            balik kipas di atas sink haba dan pastikan kipas CPU berpusing bila
            komputer dihidupkan.


      •     Susun kabel-kabel dalam CPU agar laluan udara tidak dihalang di
            kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.



1.3         PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) DAN TETIKUS (MOUSE)

      •     Merupakan perkakasan luar yang paling banyak bergerak dan mudah
            rosak.


      •     Papan Kekunci - Cuci permukaan papan kekunci dengan kain atau tisu
            lembap. Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil serta
            gunakan cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.




                     Gambar rajah 6                                           Gambar rajah 7

          Gambar      rajah       6    menunjukkan Gambar                      rajah       7   menunjukkan
          penggunaan               berus             bagi penggunaan kain bagi membersihkan
          membersihkan papan kekunci.                         papan kekunci.



                                                       6 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara




                                               Gambar rajah 8

     •    Jangan membiasakan makan dan minum di depan komputer. Air minum
          yang tertumpah pada papan kekunci boleh mengakibatkan takungan air di
          dalamnya dan merosakkan papan kekunci (rujuk Gambar rajah 8).


     •    Tetikus - Pusingkan penutup ke kiri atau ke kanan, keluarkan bebola
          tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua cecair pencuci CD.
          Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus dan cuci pada
          tetikus dengan kain lembap.




                    Gambar rajah 9                    Gambar rajah 10
           Gambar rajah 9 dan 10 menunjukkan cara membuka penutup tetikus
           mengikut anah panah secara lawan arah jam.

                                                       7 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara




                       Gambar rajah 11                                        Gambar rajah 12

            Penutup tetikus yang telah dibuka.                     Ruangan dalam tetikus yang perlu
                                                                   dibersihkan secara berkala.




1.4       BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)

      •   Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan di laluan udara B (rujuk
          Gambar rajah 13). Dalam masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan
          cepat menyimpan debu dan boleh menganggu operasi kipas.


      •   Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben tidak menghalang arah
          udara masuk di bahagian B.


      •   Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas
          unit bekalan kuasa tidak dihalang.




                                                       8 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara




                                              Gambar rajah 13

•    Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak stabil seperti
     berikut:

     a) Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding.
     b) Bekalan elektrik terlalu rendah menyebabkan komputer sering restart.
          Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply atau Voltage Stabilizer)
          boleh menapis kebisingan dan menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu
          tinggi atau terlalu rendah. Selain itu, UPS dapat menyelamatkan data
          atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan
          mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Oleh itu, untuk
          menutup komputer, pengguna perlu melakukan Shut Down yang
          sempurna.



2. PERISIAN

•    Simpan atau download semua driver serta manual yang dibekalkan kerana
     sekiranya ada masalah pada sistem, pemasangan dapat dibuat semula

                                                       9 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



     dengan mudah. Salin semua driver ke satu direktori dalam cakera keras atau
     USB.


•    Pastikan PC dipasang dengan program anti-virus dan sentiasa dikemas kini
     (update). Jalankan checkdisk dan scandisk setiap minggu atau bila disyakki
     sistem terganggu. Buat defragment pada cakera keras (hard disk) setiap
     minggu atau sebulan sekali. Tujuannya supaya sistem tersusun kemas dan
     cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada pencarian program atau
     fail.


•    Hapus (delete) fail yang tidak perlu. Fail-fail yang tidak perlu ini termasuklah
     fail-fail yang berakhir dengan .chk, fail-fail log dan fail-fail yang digunakan
     sementara (temporary files). Hapuskan juga cookies atau history sekiranya
     perlu dalam browser (Contoh: Internet Explorer atau Mozilla Firefox).


•    Buang program yang tidak digunakan (uninstall).                                 Proses uninstall dibuat
     dengan memilih program tersebut dan pilih menu uninstall.                                Bagi paparan
     yang tiada menu tersebut, klik menu START - SETTINGS - CONTROL
     PANEL dan cari menu ADD/REMOVE PROGRAMS. Klik program yang ingin
     dibuang dan tekan ADD/REMOVE.


•    Membuat salinan data (copy) pada storan tambahan seperti USB atau
     external hard disk sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kerosakan tidak
     dijangka pada hard disk, yang boleh menyebabkan kehilangan data.


Selain penjagaan perkakasan dan perisian, cara penggunaan juga memainkan
peranan.


•    Tutup komputer anda dengan betul iaitu dengan menekan menu START -
     SHUT DOWN/TURN OFF COMPUTER – OK/TURN OFF. Sekiranya anda
                                                      10 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



     ingin     meninggalkan            komputer          anda       buat      seketika,    anda   disyorkan
     menggunakan menu STAND BY.


•    Letakkan CD-ROM di dalam bekasnya (Jewel Box) untuk elak dari debu,
     kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh
     permukaan kilat.


•    Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain
     sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.


•    Amalkan langkah-langkah ‘ergonomik’ (istilah yang merujuk kepada sesuatu
     reka bentuk peralatan yang direka untuk kesesuaian fizikal manusia) di
     ruang kerja bagi mengelakkan simptom-simptom seperti:


     i.   Computer Vision Syndrome (CVS) - Sindrom sementara yang disebabkan
          oleh pemfokusan mata dengan computer display akibat kerja komputer
          terlalu lama. Antara simptom CVS adalah seperti pening, keletihan dan
          sakit leher.


     ii. Repetitive Strain Injury (RSI) - Kerosakan tisu dan otot yang boleh
          mengakibatkan kesakitan, akibat keletihan yang melampau.


•    Langkah-langkah ergonomik yang disarankan adalah seperti berikut:


     i.   Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ke tahap sederhana
          dan pastikan skrin monitor di kedudukan yang kurang atau tiada silau.
          Silau dari tingkap boleh dikurangkan dengan kedudukan monitor yang
          menghadang tingkap atau penggunaan langsir supaya kecerahan ruang
          kerja boleh diubah dari semasa ke semasa.


                                                      11 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



     ii. Menggunakan komputer terlalu lama tanpa henti boleh menyebabkan
          keletihan pada mata. Anda dinasihatkan mengalih pandangan dari skrin
          monitor sesekali dan fokus pada sesuatu objek yang jauh.


     iii. Tempatkan monitor di kedudukan hadapan anda dengan jarak yang
          selesa. Jika banyak menggunakan dokumen, anda dinasihatkan untuk
          meletakkannya di hadapan anda dan monitor pada sebelahnya. Cuba
          posisikan kedudukan paling atas skrin di bawah garis pandangan anda
          semasa duduk menghadap papan kekunci.


     iv. Sebelum memulakan kerja:


          a) Ubah kedudukan skrin monitor, papan kekunci, tetikus dan dokumen
               tugasan pada kedudukan yang paling selesa.                                  Pastikan ada ruang
               untuk menggunakan tetikus dengan mudah dan rehatkan pergelangan
               tangan semasa tidak menaip.


          b) Ubah kedudukan pada kedudukan yang selesa dari segi jarak
               penglihatan dan postur. Skrin seharusnya mempunyai jarak 18 hingga
               30 inci dari anda mengikut kesesuaian.

          c) Teknik penggunaan papan kekunci dan tetikus adalah penting.
               Pastikan kedudukan bahagian atas badan berada pada kedudukan
               yang tenang dan jangan memaksa pergelangan tangan serta jari anda
               bergerak berlebihan. Secara amnya, lengan anda perlulah berada di
               kedudukan mendatar dan siku berada sejajar dengan papan kekunci
               dan tetikus (rujuk Gambarajah 13).




                                                      12 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara




                                              Gambar rajah 13

          e) Sekiranya kaki tidak sampai pada lantai di kedudukan anda yang
               paling selesa, gunakan tempat rehat kaki.

          f) Gunakan pemegang dokumen (document holder) jika melakukan
               kerja-kerja salinan dari dokumen ke komputer.




                                              Gambar rajah 14


                                                      13 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



     Gambar rajah 14 menunjukkan langkah-langkah ergonomik penggunaan
     komputer.

     v. Jenis kerja dan peralatan media yang digunakan menjadi penentu kepada
          jangka masa yang perlu diambil untuk berehat bagi mengelakkan
          keletihan. Secara amnya:

          a) Anda perlu berhenti seketika sebelum benar-benar letih.

          b) Berehat dalam masa yang pendek tetapi kerap lebih memuaskan dari
               berehat dalam jangka masa yang lama. Berehat dalam jangka masa
               30 saat - 2 minit setelah 20 – 30 minit menggunakan komputer adalah
               lebih efektif berbanding 15 minit setiap 2 jam.

          c) Sebaik-baiknya jauhkan pandangan dari skrin semasa berehat dan
               elakkan aktiviti yang hampir sama dengan kerja anda seperti menulis
               atau bermain silang kata.




                                                      14 / 16
Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



                     B.        PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER RIBA



•    Hindarkan dari menggunakan bateri dan pengecaj (charger) yang tidak
     sesuai dengan komputer riba yang digunakan. Hubungi khidmat pelanggan
     (customer service) dari pembekal sekiranya bateri dan pengecaj tidak boleh
     mengecaj komputer riba yang digunakan.


•    Elakkan menggunakan komputer riba di atas paha atau di atas karpet kerana
     permukaan yang lembut akan menyebabkan udara tidak dapat berjalan
     dengan sempurna di bawah komputer riba dan menjadikan ia overheating.


•    Jangan        meletakkan          beban        berat      di    atas      komputer    riba.   Ia   akan
     mengakibatkan litar (circuit) di dalam bateri menjadi mudah rosak.


•    Jauhkan kedudukan bateri dengan sebarang benda yang diperbuat dari
     logam.


•    Tidak meletakkan komputer riba di tempat yang terkena pancaran matahari
     atau dibiarkan lama di dalam kenderaan.


•    Tidak menumpahkan air di atas komputer riba. Walaupun mengering dan
     berfungsi secara normal kembali, namun litar di dalam komputer riba ataupun
     bateri secara perlahan-perlahan akan berkarat.


•    Menjaga komputer riba dan bateri mengikut panduan.


•    Gunakan salah satu bekalan kuasa dalam sesuatu masa, sama ada bateri
     yang dicaj penuh atau pemasangan komputer riba terus ke plug.



                                                      15 / 16
    Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara



                              C.        PANDUAN PENJAGAAN PENCETAK



•   Habuk-habuk yang terdapat pada pencetak boleh merosakkan komponen-
    komponen pencetak tersebut.                      Badan pencetak boleh dilap dengan kain atau
    tisu lembap.


•   Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau berus kecil
    sebaik-baiknya setiap satu atau dua minggu. Jika perlu, bungkus pencetak
    dengan plastik agar terhindar dari kotoran.


•   Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci di kawasan jet dari lebihan ink.                                 Kartrij
    pencetak dipenuhi penghubung halus yang mempengaruhi hasil cetakan,
    gunakan kartrij dengan berhati-hati termasuk semasa mengganti kartrij.


•   Jimatkan penggunaan pencetak jika perlu agar kualiti cetakan sentiasa optimum
    dan penggunaan dakwat menjadi lancar.


•   Matikan suis pencetak jika tidak digunakan.


•   Gunakan Diagnostic Tools yang selalunya dibekalkan bersama pencetak.
    Pelajari perisian tersebut kerana informasi yang disediakan boleh membantu
    pengguna          mengatasi           permasalahan             dalam        mencetak       serta   panduan
    penggunaan.


•   Matikan pencetak jika gagal mencetak. Kegagalan mencetak boleh diatasi
    dengan mematikan butang suis pencetak, kemudian cabut kabel dari PC yang
    digunakan (Local Printer). Setelah sepuluh minit, pasangkan kabel tersebut pada
    plug, hidupkan semula pencetak. Kemudian cuba cetak kembali.



                                                          16 / 16